Wednesday 29 September 2010

'Anak'

Assalamualaikum.. bismillahirrahmanirrahim :)

tadi blog aku bersalin . alhamdulillah selamat lahirkan sebuah blog kecil . haha. blog ni lain sikit dari 'ummi' dia. nanti aku letak ayat ayat quran and tazkirah sedikit . supaya jadi anak yang solehah dan beriman . insyaAllah . :) kan Islam itu tidak terhad pada satu bahasa .. so aku nak cuba gak cara yg baru ni :)

我生活的 nCiku :)
*jangan klik*

setakat ni masih dalam post yang pertama .
insyaAllah akan merajinkan diri utk menulis . hee~ :D




comel kan? =]




Tuesday 28 September 2010

Dakwah itu Wajib

Assalamualaikum..tadi mimpi buruk. istigfar aku berkali kali . terima kasih pd seorang sahabat yang menasihatkan utk bangun qiam .. Alhamdulillah.. lega sikit.. terus tunggu subuh skali tadi.. lepas tu check email sekejap.. ada kiriman dari seorang sahabat. MasyaAllah.. terus terkesan di hati .. rasa bercampur baur. serba salah, menyesal pun ada. tak pernah terfikir sampai begini.. niat ingin berkongsi apa yang dapat dari sahabat tadi.. mudah mudahan kita sama sama dapat renung kan..


Aku, Lim dan Islam

Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon. Sana-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM. Aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama. Setiap kali hariraya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali umtuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim. Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku.Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami.20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya. Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.

Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya. " He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago. ..Subhanallah! Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan.

"Assalamualaikum.. " Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang. Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah. 'Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang" Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku. Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.



"Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak?...Memanglah..Kenapa kau tanya macam tu?kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa? What do you mean? kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house. Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni? Dan mengapa aku di Islam kan oleh seorang bekas paderi kristian? Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata.Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka?Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Aku akan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain.Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah dengan melahirkan kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.


Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu.Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah. Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tidak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah?Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal..sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah. Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.

Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar. Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telak dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu.


Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru. Aku ingin berdakwah! Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?


Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam..


***

Mungkin ini hanya olahan cerita bagi menyampaikan mesej kepada kita semua bahawa tugas berdakwah itu bukan hanya milik ustaz atau ustazah di sekolah .tapi juga kita yang hanya bekerja biasa , kerana kita adalah orang ISLAM . DAKWAH tetap akan berdiri walaupun tiada manusia mendirikannya . itu yang aku dapat dalam program KILAT tempoh hari . ya , kita sebagai khalifah juga perlu menyampaikan dakwah .

semoga Allah permudahkan perjalanan para mujahid dan mujahidah . insyaAllah .



Friday 17 September 2010

opps..

Bismillahirrahmanirrahim :) Assalamualaikum ..lama tak letak story baru kan..Alhamdulillah selamat sampai Beijing pagi Rabu .. actually banyak benda nak cerita tapi tak de rezeki .. *VPN buat hal kan..biasa lah..duk china balik memang macam ni hari hari.. ok cerita satu satu ye :)

  1. Kelas saya dah tukar! *hoyeah! :D sekarang saya sekelas dengan students from korea, sweden and belgium . sebenarnya patut start my degree sem dgn budak budak malaysia yang lain , tapi atas sebab sebab tertentu maka plan tu tak jadi la.INSHAALLAH tapi sy tetap masih dikira classmate dgn diorg.. :)
  2. Beg luggage habis dikemas secepat mungkin, ALHAMDULILLAH ~ and semua baju baju lama *sebenarnya tak muat lagi dah.. T__T telah dibuang.. :) hehe~
  3. tadi pergi ambil spec baru .. haha..kali ni warna biru.. nampak matured gila.
  4. and beberapa perkara yg meng'happy" kan berlaku .. :) hehe~ but still acting cool.. lepak lepak..

Okay tu je buat masa ni. :) insyaAllah ada apa apa update akan brsambung entry akan datang..



p/s : baru lepas tengok cerita MY NAME IS KHAN : AND I'M NOT A TERRORIST .
dan seperti biasa menderma air mata lagi.. =___="


Saturday 11 September 2010

Believe




I really believe life is a test, its full of challenges and rewards
and if you take all that comes your way no matter how it hurts and do the right thing
you will pass this test in the end,
trust in God and love your family its all that matters .

;)







Thursday 9 September 2010

Merry-Go-Round



i'm just a little girl
who wants to ride on a
Merry-Go-Round
with joy and laughter
no more pain
no more tears
and no more sadnes



(can i have this one?)









* * *




Wednesday 8 September 2010

Apa Sudah Jadi Dengan Malaysia ?

Assalamualaikum .. baru baru ini topik "racism" semakin hot kat dada akhbar.. lagi lagi dengan kemunculan video NAMAWEE yang mencipta lagu berunsur sifat perkauman .

sedari umur aku 7 tahun sehinggalah 17 tahun . aku mendapat pendidikan di sekolah cina , sekeliling kawan ku berbangsa cina.. dan aku tidak pernah ada masalah perkauman dengan mereka. tapi mengapa masyarakat sekarang terlalu mementingkan sifat perkauman? adakah kita mahu kembali ke zaman arab jahiliyah dulu? yang begitu bangga dengan keturunan dan kaum mereka? yang bersikap assabiyah .. ? nauzubillah ..
jangan wahai saudaraku .. Allah tidak memandang rupa , kulit warna untuk menerima kita sebagai hamba NYA.. andai mereka menentang dan menghina Islam , baru lah kita diseru untuk berjihad mempertahankan ISLAM yang tercinta.. jikalau tidak , marilah kita sama sama cuba menghidupkan kembali suasana harmoni hidup masyarakat berbilang kaum dan berlainan agama.. seruan ini juga untuk non muslim di luar sana..

Islam tidak racist , Islam kami menerima semua yang sanggup mentauhidkan Allah dan mengaku Nabi Muhammad SAW sebagai rasul junjungan..
even sewaktu zaman khilafah semua , ada juga kaum yang bukan Islam menetap di tanah wilayah orang Islam.. tetapi mereka masih boleh hidup harmoni.

Ini cuma pandangan aku , tidak berniat mahu menyinggung perasaan sesiapa. cuma mahu kan yang terbaik untuk masyarakat dan negara.

okay article ni panjang sikit. baca pelan pelan .

I just found an artical written by Angelia Sinyang.It's all about what i had in my mind for a long time.

--------------------------------------------------

The non-Malays went berserk when they heard how the Principal in Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman Putra, Kulai, Johor insulted their children, by asking the Chinese to go back to China and the Indians of wearing dog-chains.

I am not a racist, though I admit that I started to doubt that now. I personally don’t agree with racist remarks from anybody especially coming from a teacher. But with the racist sentiment filling up the air uncontrollably, lately, I understand fully, how this teacher has come to this point.

A teacher wouldn’t be uttering such words without a good reason. Something must have triggered the words and I believe, she was provoked into saying it just like what the DAP and MCA is doing to the government, Malays lately.

We are already choking, and it look
s like nothing could be said or done could purify the air for now. I do believe that the ‘dog-chain’ thing is too much. The Principal should apologize on that and if action is to be taken, then be it.

But, I didn’t know that coming from China is something insulting. Asking someone to go home is not at all a racist remark. Especially when the Chinese made it clear how proud they are to be Chinese from China . They look up upon Mao Tze Tung and all the great warriors of China and never share the same proudness towards our Hang Tuah, Tunku Abdul Rahman, Mat Kilau and other Malaysian heroes just because these Malays
ian heroes are not of Chinese ethnic.

The Chinese despise Malaysia , Malays, our Kings, our language and everything, so why the hell don’t they go back to China ? It is just natural for the Principle to tell their kids to go back to China , where their hearts and souls belong.

Only in Malaysia , we see people go crazy, stomping their feet, insisting that they are Malaysians but at the same time don’t want anything to do with Malaysia .

Only in Malaysia , we see people who insist that they are Malaysians but couldn’t even speak Bahasa Malaysia .

Only in Malaysia , we see people who want to
be treated equally as the original settlers but cunningly try to re-write the Malaysian’s history and constitution.

Only in Malaysia , we see people who claim to be Malaysians but cannot even sing the National Anthem!

Only in Malaysia , we see people who figh
t for equality but insist on going to vernacular schools.

No other multi-racial country in the world would tolerate vernacular schools except Malaysia

No other multi-racial country in the world would give equal privilege, rights or acknowledgment on the importance of other culture and language to be taught and nurtured among the youngsters.

Only in Malaysia we see minority own 81
% of the economic cake and it is still ain’t enough.

Only Malaysian Chinese would ask for Namewee to be forgiven and look up upon the person and even set up a fan club.

And only Malaysia , would forgive someone like Namewee.The fact that Malaysia has come this far and that the Malaysian Chinese have achieved so much doesn’t seem important anymore.

Of course there are few Chinese students who didn’t get scholarships despite being poor, but there are Malay and Bumip
utra students with the same fate too. The problem lies in the implementation of the system, not the race. We have to stop looking at things from the race point of view.

In order to do that, maybe the Chinese first need to look at it from the non-Chinese point of view: what if you didn’t get promoted even when you have proven to be the best employee just because the Chinese management wants only Chinese to hold top posts?

Or you did not get the job even when the interviewer admitted that you are the best candidate, and tell you to your face that they can’t hire you because you are not a Chinese?

Only Malaysian Chinese can hire a new,
dumb guy to become your boss, rather than promoting you to the post because the new, dumb guy is a Chinese and you’re not.

Only Malaysian Chinese who want to hold top posts in government sectors but will never ever open top posts for other races in the private sectors dominated by them.

Only in Malaysian Chinese we see a clear practice of double standard and bias when questioning about the positions and employment opportunities in government sectors as compared to private sectors.

Only in Malaysian Chinese, we see zero tolerance, total greed and unlimited hatred.

Only in Malaysian Chinese we see that greed, intolerance, hatred and double standards are acceptable values.

So, how do the Malaysian Chinese interpret equality, actually?

How do the Malaysian Chinese prove that they deserve to be treated as Bumiputras or even call themselves Malaysia
ns?

Could I get a straight, simple answer to these simple questions?

By Angelia Sinyang


ini pandangan dari Angelia Sinyang.. bukan bermaksud pandangan aku juga .
korang rase camna?





first sem in Beijing Foreign Studies University

barisan depan: syaf , aku ,wani , johan , maryam
barisan belakang : tihah , nabila , laili , yusra , bihah , luqman dan fauzan .

p/s : kene halau lepas ambil pic ni .sebab pak guard tak bagi sentuh sentuh bendera kat situ . =.=" janji dapat amek kan ? ahaha~


Cinta Sebelum Nikah

Assalamualaikum :)

hari ni terjumpa satu link blog
membuatkan aku fikir semasak masak nya
dan
betapa indah nya ISLAM ni.. :)
betul lah
ISLAM itu dekat dengan fitrah manusia :)

CINTA SEBELUM NIKAH


ALHAMDULILLAH.

=)



Tuesday 7 September 2010

Adik

ehem ehem..
Assalamualaikum :)
*post tadi dah delete atas sebab sebab tertentu*
hehe.. :))

pagi
lepas sahur
lepak kat bilik adik no. 2
Syafiq Nur Ezzam

rase nye lame dah
since last time fly gi belajar
aku duduk sembang ngan adik dari hati ke hati
*selama ni asyik bertekak je tiap tiap ari =.="

tapi
pagi ni lain
lepas sahur tadi
kami duduk sembang bergurau bersama
rindu nya suasana dulu
terasa jauh sangat aku dengan dia
sambil bertanyakan perihal sekolah dan pelajaran dia
yang selama ini mungkin telah aku abaikan

walaupun setiap hari aku doa
semoga Allah jadikan adik adik aku
orang yang beriman dan anak yang soleh
tetapi aku lupa
untuk berhenti sejenak
untuk bertanya khabar mereka
sihatkah?
gembirakah?
entah.
aku tidak tahu.

rasa itu lebih teruk.

adik , lepas ni kalau ada apa apa cerita je kat akak ye :)


p/s : gua janji nak belikan dia roller blade kalau dapat top ten dalam kelas.
kalau sungguh dia dapat.. alamatnya melayang jugak la duit nak belikan benda alah tu..
haish..sapa suh janji benda bukan bukan.. =__="



Monday 6 September 2010

Packing Packing

Assalamualaikum :)

dari malam semalam dok sibuk packing luggage
takut takut ada barang tertinggal
first asing kan baju baju yang nak bawak balik
banyak gila
macam first time nak FLY aritu plak
aiseh.. -.-"

baju kurung lah paling banyak
haha..senang nanti nak pakai baju kurung je
malas dah nak shoping kat sana
saiz badan orang CHINA ni memang pelik
kecik gila
bajet semua orang kurus agaknya
aku dah lah gemuk pendek
haizz~

lepas ni balik sana
first thing yang kena settle
jual mountain bike aku tuh
then beli yang baru
sejak roomate aku yang sorang tuh jual motor die
frust je hari hari
kesian plak aku tengok
so pasni aku akan carry dia gi kelas
haha~
take turn okey ;p



taraa











eh eh
basikal tua?
larat ke nak bawak?

tak boleh tak boleh
tukar yang ni










haa.. yang ni baru style ~
ahah ;p


lepas ni dah takde masalah nak pakai baju kurung kayuh basikal dah
pastu nak tambah suwit letak bunga kat bakul depan tu
cececeh~
=p

jangan jeles okey
kami akan dating hari hari
huhu~


btw
really miss you

WANNY RAHMAN

*best roomate ever*

=)





Raya :)

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum :)

tak lama lagi nak raya dah .. ramadan tinggal 4 hari je lagi .. dari siang tadi sibuk kemas rumah nenek kat kampung .. huu~ tiba tiba teringat balik kenangan mse kecik kecik dulu .. salu kena cabut rumput bawah rumah.. time tu lah nak ngelat .. ade je alasan..

basuh tangga
kemas rumah
lap kipas
pasang langsir
pasang mentol
kuih raya suma da siap :)

Salam Lebaran :)

nanti dah nak raya wat satu lagi entry ek :) hehe~


p/s : raya dah nak tiba , makna nya masa aku pun semakin suntuk .
semua sibuk sibuk buat persiapan untuk sambut lebaran
aku lak kena siap packing luggage untuk pulang ke Beijing..

tapi rasa macam ada sesuatu yang kurang
ermm... hati aku? tertinggal ke?




Saturday 4 September 2010

ROSAK FITRAH MAKA ROSAKLAH AGAMA

Fitrah itu ibarat tanah. Jiwa ibarat pokok yang tumbuh
di atasnya. Kalau fitrah itu suci dan bersih, jiwa akan
hidup. Kalau ia kotor dan tercemar, jiwa akan luntur dan mati. Jiwa tidak dapat hidup di atas fitrah yang kotor dan
tercemar.

Kita dibekalkan oleh Tuhan dengan fitrah yang suci dan
murni. Supaya di atas fitrah yang suci dan murni itu, jiwa kita
dapat hidup subur. Sucinya fitrah kita itu kerana adanya rasa
bertuhan. Ditanam rasa bertuhan itu ke dalam fitrah kita di alam
roh lagi manakala Tuhan bertanya kepada sekalian para roh:
“Alastu birabbikum”. Bukankah Aku Tuhan kamu? Para roh
serentak menjawab: “Bala syahidna”. Bahkan, kami naik saksi.
Firman-Nya:

Maksudnya: “Dan Allah mengambil kesaksian terhadap
roh mereka (seraya berfirman): ‘Bukankah Aku Tuhan
kamu?’ Mereka menjawab: ‘Bahkan, kami naik saksi’.”
(Surah al-A’raf: 172)

Akan tetapi fitrah manusia tidak semestinya kekal suci dan
bersih. Dia boleh dikotori dan dicemari oleh dunia. Apabila fitrah
itrah itu ibarat tanah. Jiwa ibarat pokok yang tumbuh
di atasnya. Kalau fitrah itu suci dan bersih, jiwa akan
hidup. Kalau ia kotor dan tercemar, jiwa akan luntur
dipengaruhi oleh dunia, dia akan rosak dan tercemar. Lebih-lebih
lagilah kalau dunia sudah masuk dan tersemat di dalam hati
sanubari.

Apabila fitrah telah dirosakkan oleh dunia, dia akan jauh dari
Tuhan. Lama kelamaan, dia akan lupakan Tuhan. Orang yang
sudah rosak fitrahnya ialah orang yang sudah lupa dan kehilangan
Tuhan. Tempat Tuhan diganti dengan dunia. Tidak akan
berkumpul rasa bertuhan dan rasa cinta dunia dalam fitrah
manusia pada masa yang sama. Kalau datang satu, yang satu
lagi akan lenyap. Begitu juga sebaliknya. Tuhan tidak jadikan
dua hati dalam diri anak Adam. Hati itu, sama ada dia cinta Tuhan
atau dia cinta dunia. Dia tidak boleh mencintai kedua-duanya
pada satu masa.

Jiwa itu raja dalam diri. Dia akan lemah dan mati, sekiranya
fitrah rosak. Bila jiwa sudah lemah atau mati, dia tidak akan dapat
berfungsi dan berperanan lagi. Dia seperti raja yang gering atau
sudah mangkat. Tidak boleh lagi memerintah dalam kerajaan diri.
Akan timbul vakum dalam pemerintahan. Akan terjadi rebutan
kuasa.

Yang pertama yang akan menuntut kebebasan ialah nafsu.
Bila fitrah sudah dirasuk oleh dunia, nafsu bertambah kuat dan
terangsang. Nafsu tidak suka dikongkong. Nafsu suka bebas
mengikut apa sahaja kehendak dan kemahuannya. Nafsu akan
mengambil alih tampuk pemerintahan. Tidak ada siapa lagi yang
akan dapat menahan, mengekang dan mengawalnya. Dia seperti
beraja di mata dan bersultan di hati.
Akal pula akan terumbang-ambing. Dia seperti kehilangan
tuan. Kalau dahulu dia mengikut arahan jiwa tetapi sekarang
dia ditakluk dan dijajah oleh nafsu. Maka akal pun bekerja untuk
nafsu. Makin bijak akal, makin terserlah kejahatan nafsu.
Nafsu juga, kerana sifatnya yang jahat dan rakus itu tidak
pernah puas mengejar dan memburu dunia. Dia berebut-rebut,
menekan dan menindas untuk mendapatkan sebanyak mungkin
dunia ini. Dia tidak ubah seperti anjing yang merebut-rebut dan
mengkeronyok bangkai.

Jiwa yang mati ibarat pokok yang sudah tumbang dan reput.
Disebabkan sifat nafsu yang jahat dan rakus ini, maka akan
tumbuh pada jiwa atau hati yang mati itu berbagai-bagai penyakit
seperti cendawan atau kulat yang tumbuh pada kayu yang reput.
Penyakit-penyakit ini ialah sifat-sifat keji atau mazmumah seperti
sombong, angkuh, ego, hasad dengki, panas baran, tamak haloba,
pemarah, pendendam, bakhil dan berbagai-bagai lagi. Nafsu yang
jahat akan menyuburkan sifat-sifat mazmumah.

Penyakit-penyakit hati inilah punca segala kesusahan, kesengsaraan
dan penderitaan manusia. Ia punca manusia bergaduh,
berkelahi dan berkrisis. Ia punca manusia hilang perpaduan
dan berpecah-belah. Ia memusnahkan ukhuwah dan
kasih sayang. Ia mendorong manusia melakukan jenayah dan
kezaliman. Akhirnya manusia menjadi jahat, zalim dan tidak
berperikemanusiaan. Mereka bunuh membunuh dan berperang
sesama sendiri.

Yang bergaduh dan berperang itu sebenarnya bukan tangan
dan kaki manusia. Yang bergaduh dan berperang itu ialah
penyakit-penyakit dan sifat-sifat mazmumah yang tumbuh dan
bersarang di hati-hati manusia. Sombong orang ini bergaduh
dengan panas baran orang itu. Bakhil orang ini bertembung
dengan hasad dengki orang itu dan seterusnya.
Maka huru-haralah hidup manusia. Masyarakat manusia dipenuhi
dengan kekejaman, penindasan, penzaliman, rompakan,
rogol, zina, arak, dadah, judi, krisis, pergaduhan, peperangan
dan bunuh membunuh. Manusia menjadi cemas dan hidup
dalam ketakutan dan kebimbangan. Hidup manusia tidak
selamat. Hidup di dunia dirasakan seperti dalam neraka.
Inilah akibatnya kalau kesucian fitrah tidak dijaga. Inilah
kesannya kalau fitrah dibiarkan tercemar dan dikotori oleh dunia.
Islam itu agama fitrah. Maksudnya bukan sahaja Islam itu
memenuhi segala kehendak dan tuntutan fitrah manusia dan
bukan sahaja segala hukum hakam dalam agama Islam itu sesuai
dengan kehendak dan tuntutan fitrah manusia, tetapi juga Islam
menuntut supaya kesucian fitrah itu sentiasa dijaga dan dipelihara.
Kalau kesucian fitrah itu dicemari dan fitrah itu dirosakkan,
maka kita akan dapati sukar untuk berpegang kepada Islam.
Rosak fitrah maka rosaklah Islam kita. Kita tidak akan dapat
mengikuti lunas-lunas Islam, lebih-lebih lagi untuk rasa bertuhan,
rasa kehambaan dan untuk mengamal dan menghayatinya lahir
dan batin. Kita akan tersimpang daripada Islam. Jiwa kita akan
mati dan nafsu kita akan bermaharajalela. Nafsu kitalah yang
akan kita turutkan.

Kalau inilah keadaan yang melanda umat manusia masa kini,
apakah yang harus kita buat? Apakah jalan keluar yang terbuka
untuk kita? Tidak lain tidak bukan, kita terpaksa kembali kepada
Tuhan. Mahu tidak mahu, kita terpaksa tanam semula rasa
bertuhan dalam hati-hati kita. Kita terpaksa buang jauh-jauh cinta
dunia yang bersarang dan mencengkam hati-hati kita itu. Kita
mesti gantikan cinta dunia kita itu dengan cinta Akhirat.
Tuhan dan rasa bertuhan, rasa kehambaan dan cinta akhirat
inilah yang akan membantu kita memperbaiki diri. Rasa-rasa
inilah yang akan membantu kita bermujahadah melawan hawa
nafsu. Rasa-rasa inilah yang akan membantu kita membuang
sifat-sifat mazmumah dari hati. Rasa-rasa inilah yang akan
membantu kita menghias hati kita dengan sifat-sifat mahmudah
yang terpuji. Bila ini dapat kita lakukan secara istiqomah, maka
lama kelamaan hati kita dari hari ke hari akan menjadi bertambah
bersih. Fitrah kita akan kembali kepada keadaan asal semulajadinya
yang suci dan murni.

Di atas fitrah yang suci dan murni inilah, jiwa kita akan
kembali hidup dan subur. Dia akan kembali berfungsi dan
berperanan sebagai raja dan pemerintah dalam diri. Jiwa yang
hidup akan terangsang dengan Tuhan dan hari akhirat. Bila jiwa
sudah rasa bertuhan, dia seolah-olah mendapat kekuatan dari
Tuhan untuk mengawal dan mengekang nafsunya.
Nafsu tidak takut dengan kita. Kalau kita hendak didik nafsu
atas usaha kita sendiri, nafsu akan ketawakan kita. Nafsu hanya
takut dengan Tuhan. Oleh itu, untuk mendidik nafsu, kita
terpaksa bersandar dengan Tuhan. Kita kena dapat kekuatan dari
Tuhan. Kita kena rasa bertuhan. Pernah apabila Tuhan bertanya
kepada nafsu tentang keberadaannya, nafsu menjawab kepada
Tuhan “engkau, engkau, aku aku” hingga Tuhan rejam nafsu
selama seribu tahun dalam neraka. Dengan Tuhan pun nafsu
angkuh. Inikan pula dengan kita.

Setiap bayi dilahirkan dengan fitrah yang suci dan murni ini.
Jangan dicemar atau dikotori fitrah ini. Kalau dicemar atau
dikotori, akibatnya manusia akan kehilangan Tuhan. Manusia
akan rosak keinsanannya. Jiwa manusia akan mati. Nafsunya
akan bermaharajalela dan hatinya akan binasa. Dia akan menjadi
haiwan yang bertopengkan manusia. Rosak fitrah, maka rosaklah
agama.

Penyakit-penyakit hati inilah punca segala kesusahan, kesengsaraan
dan penderitaan manusia. Ia punca manusia bergaduh, berkelahi dan
berkrisis. Yang bergaduh dan berperang itu sebenarnya bukan tangan
dan kaki manusia. Yang bergaduh dan berperang itu ialah penyakitpenyakit
dan sifat-sifat mazmumah yang tumbuh dan bersarang di
hati-hati manusia.



perkongsian dari : En. Suhaimi Abdul Rahim

semoga sama sama kita dapat mengambil iktibar dan pengetahuan tentangnya ..

Friday 3 September 2010

Oh My Dear!


to dearie

AINA FADZILA

taktau cam na nak describe

but i do LOVE you sOOOO muchhhhh !!!!

serious ni :)

THANKYOU for everything ;)


bff forever kan? ^^



Wednesday 1 September 2010

kamera



okay .

rase macam nak baling dah SLR gua .

takde mood .

agak agak ada orang nak angkat ke?

haha .









31 Ogos


Negara kita dah merdeka 53 tahun dah .

tapi kita tak kan pernah merdeka

dari menjadi hamba kepada Allah .. :)



p/s : hari ni bli kasut raya , POLO mahal gila nak mati ,last2 beli BATA je.. haha~ okay ape.. :p