Monday 31 January 2011

‎Mesir, Bumi ini akan di'suci'kan.

Bismillahirrahmanirrahim..


Pagi ini sebelum usrah, dikejutkan dengan berita terbaru dari Mesir. saudara seislam kita ditekan oleh kerajaan kuku besi. SubhanAllah! macam mana agaknya keadaan mesir sekarang? tidak mampu tertahan sebak di dada apabila mengetahui ada akhawat kita yang dinodai semasa kekecohan berlaku di sana. Ya Allah.. selamat kan lah! ;'(  banner-banner mereka tertulis, " die for something is better than live for nothing" lihatlah betapa tegarnya mereka.

Mungkin beginilah keadaannya ketika Ikhwanul Muslimin ditindas dahulu, atau keadaan waktu itu lebih teruk dari sekarang. Ribuan ahli IM ditangkap, diseksa dalam bilik bilik kecil dan gelap semata-mata kerana mereka memilih jalan Allah dari jalan kesesatan. Kejam! kerajaan yang bertopengkan  kuasa british dan israel.

baru kini betul-betul terasa, makna berjuang fisabilillah.
Hidup mulia atau mati syahid. di mana pilihan kita?3ish 3azizan aumut syahiidan..

"Dan kamu benar-benar mengharapkan mati syahid sebelum kamu menghadapinya,maka sekarang kamu sungguh,telah melihatnya dan kamu menyaksikannya."(3:143)

"Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan,kelaparan,kekurangan harta,jiwa,dan buah-buahan. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar." (2:155)

 

doakan semoga setiap umat Islam, tidak kira rakyat Mesir mahupun Malaysia, atau di mana sahaja, terus dilindungi Allah..

tetaplah kamu di jalan ini,kerana sesiapa yang mencari jalan selain jalan Allah, masuk lah ia di kalangan orang-orang yang rugi.

Nauzubillahiminzalik.

Allah........ 

sabar ya? ;') 

untuk info lebih lanjut :

1)  Egypt crisis

2)  Krisis Mesir, Nasib Pelajar Malaysia kita

Butir butir tasbih berzikir doa.

In the name of Allah..

i wish i were in cairo right now. saudaraku, bertahan ya? Nasrullah itu akan tiba. kemenangan agung diberikan untuk hambaNya yang sabar dan taqwa.thats the promise. insyaAllah. doaku tidak putus buatmu di sana. ;') semoga yang terbaik!
 kami di sini hanya mampu berdoa, kerana Allah maha mendengar kan? takkan Dia sia2 kan mereka yang berjuang di jalanNya kecuali dikurniakan syahid sebagai ganjaran di syurga . ;)
semoga kamu semua juga begitu. insyaAllah.
;')
tatapan wajah-wajah duka- cairo,egypt- 
 
 

Saturday 29 January 2011

Di mana kamu sahabat?

Bismillah...

Ya Allah.. dengan nama Mu yang paling suci dan mulia,
izinkan aku keluhkan nafas ini..
dunia semakin sesakkan jiwa..
kerisauan mula merebak ke seluruh jasad..
andai tidak mampu aku penuhi kewajipan di 'persinggahan sementara' ini,
bagaimana mungkin mampu aku menjawab di hadapan arasy Mu kelak?
:'(

futur.
Astaghfirullahalazim..
Ya Hayyu Ya Qayyum,
pinjamkan aku secebis kekuatan itu.


"kepala terasa berat, tapi tanggungjawab masih banyak,
rasa hendak tersungkur.
bagaimana harus aku jadi orang yang berkualiti tapi tidak istiqomah.?
ya Allah padaMu ku serahkan segalanya.cukupkan bagi ku agama ku..
tiada sesal bagiku jika itu yang terbaik untuk dunia dan akhiratku.."

Asas kekuatan umat Islam :-
1) Al Iman
2) Al Ukhwah
3) As Silah



Friday 28 January 2011

Simple. 28January.

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful..

"Aku merasakan cinta itu api yang menyala
hati para pemabuk cinta itu bahan bakarnya
jika hati itu terbakar hancur luluh
namun setelah hangus hati itu kembali pulih
seperti ahli neraka setelah kulitnya masak
kembali lagi kulit mereka merasakan derita"
.ibnu imran.

Kadangkala ada suara dalam hati ini yang memaksa-maksa diri untuk menulis,
tentang CINTA.  tapi untuk apa? senyum sinis. perlukah?
"untuk jadi pengajaran buat mereka yang di luar sana, apa salah nya. kan elok?"
huh. ibarat orang yang pernah terselamat setelah jatuh bangunan, kau suruh dia cuba terjun lagi sekali. tengok mati ke tak. 

Alhamdulillah,seb bek tak mati.
make it simple. 
"Allah kan ada. "
senyum manis. 
:)

"Ya Tuhan kami,kami telah menganiayai diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, niscaya pastilah kami termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi."
(Al A'raf : 23)

selamat ulangtahun syafiqah.
28january.


Tuesday 25 January 2011

Apa yang lebih baik.

In the name of Allah,Most Gracious, Most Merciful.

Aku mengamati semua sahabat, dan tidak menemukan sahabat yang lebih baik daripada MENJAGA LIDAH. Aku memikirkan tentang semua pakaian,tapi tidak menemukan pakaian yang lebih baik daripada TAQWA. Aku merenungkan segala jenis amal baik, namun tidak dapat yang lebih baik dari pada MEMBERI NASIHAT BAIK. Aku mencari segala bentuk rezeki, tapi tidak menemukan rezeki yang lebih baik daripada SABAR.
(khalifah umar al khattab r.a.)

:) 

Ya Allah Ya Khaliq, letakkan lah dunia di tanganku bukan di hati ku.
ameen..

Berjuang lah dengan nama Tuhanmu..

Bismillahirrahmanirrahim..  
Seuntai kurma kala berbuka,
Zinnirah,muslimat sejati,
Biar terseksa tak berhenti berjuang,
Tuhan hanyalah Allah,
kau jadikan sumber inspirasi perjuangan,
Amanah perjuangan,
Tanpa mengenal erti letih dan putus asa,
Tanpa rungutan,
Tanpa sungutan,
kau tunaikan tanpa tangguh,
Ikhlas.
Biar tanpa ganjaran,
tanpa pujian,tanpa habuan.
kau sematkan di hati.
Nekad.
Biar mehnah kunjung tak henti,
Ujian datang silih berganti,
Pancaroba selalu mendatangi,
kau tak pernah gentar,
Umurmu,fikirmu,hartamu,dirimu..
kau korbankan hanya untuk Islam.
Tinggi kembaramu ke langit,
Akhlakmu sejernih wudhu'
kau pejuang,
Tak bisa kenal erti penat dan jemu,
kau hadapi mehnah,
Dengan kesabaran,
kau terus melangkah,
Tidak kau undur walau setapak,
kerana tegasnya iman di hati.

***
hadiah dan doa buat semua daie dan daie'yah :)
kadangkala kaki tersadung, futur dengan mehnah dunia,
tapi harapan ku dengan sebuah ukhwah terbina
semoga perjuangan ini diteruskan sehingga akhir Islam mengambang semula.
insyaAllah.
ameen.. :)

Tazkirah

Bismillah...

Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.


Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang ilmu ini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada org lain. :D 





special thanks to : Nukilan Tinta Manis.

Cantik.

Bismillahirrahmanirrahim.. In the name of Allah, Most Gracious,Most Merciful..

Firman Allah s.w.t maksudnya : "Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menundukkan pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan".

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menundukkan pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya". (Surah an-Nur ayat 30-31)


Monday 24 January 2011

Cerita 1 : Kisah Dakwah Si Anak Kecil

In the name of Allah,Most Gracious,Most Merciful..

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah dakwah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.
Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya seraya berkata“Ayah! Saya dah bersedia”Ayahnya terkejut dan berkata “Bersedia untuk apa?”.
 
“Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah”
“Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat”
“Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun”
Ayahnya menambah “Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini”
Dengan merintih anaknya merayu “Kalau begitu, benarkan saya pergi ayah?”
Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya.
“Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!”
Terima kasih Ayah” Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.
 
Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.
Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah “Jalan-jalan Syurga” ada pada tangannya.
Dia berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya.
Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu, namun gagal.
 
Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali.
Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan.
Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan.
Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Dan akhirnya pintu rumah itu dibuka.
Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an.
Mukanya suram dan sedih.
“Nak, apa yang makcik boleh bantu?”
Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
“Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah”. Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.“Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu.” kata makcik itu dalam nada yang penuh lembut.
 
 Minggu berikutnya sebelum khutbah solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan sedikit tazkirah.
Sebelum selesai tazkirahnya dia bertanya “Ada sesiapa nak bertanya atau menyatakan sesuatu.”
Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah
perempuan separuh umur itu.
“Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini”. Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.
“Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher.
Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi”.
“Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu”
“Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat”.
“Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik” itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar”.
“Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka…..Aku tak perlukan itu lagi”.
“Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu, ALLAH Maha Esa.
Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka”
Semua para jemaah mengalirkan air mata. Mereka mengucap syukur pada Allah. Ramai juga yang bertakbir, ALLAHUAKBAR!

Imam lantas meluru menuju ke arah anaknya dan terus memeluk anaknya yang berada di bahagian saf hadapan dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.
Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.
 
 
 

Satu.

Bismillahirrahmanirrahim..

Bila hati mempunyai seribu rasa
tapi tak terluah walau sepatah kata
sempit. himpit. sesakjiwa.
itu lah padahnya.
bila diasak dengan pelbagai mehnah,
tiada pilihan melainkan kembali kepada jalan itu
ya,jalan yang satu.

"ya Allah,tetapkan lah hati kami di jalan menuju keredhaan Mu.. "

Friday 21 January 2011

Kasih dan Rahmat Allah.

Bismillah..

Sesungguhnya Allah-lah yang menciptakan rahmat itu,pada hari Ia menciptakannya sebanyak seratus bahagian. Ia menggenggamnya 99 bahagian dan menurunkan ke bumi dengan 1 bahagian dari rahmat tersebut. Dengannya(satu rahmat tersebut) seluruh makhluk saling mengasihi, sampai binatang melata pun mengangkat kukunya, khuatir akan mengenai anaknya.

Adakah kamu mengetahui mengapa Allah menyimpan 99 bahagian daripada rahmat yang selebihnya itu? 
Kerana dunia tidak mampu(kuasa) menerimanya kecuali dengan satu rahmat sahaja, dan hanya syurga lah tempat yang mampu menampung 100 rahmat Yang Maha Mulia.
namun, sudah cukup kah amalan atau layak kah kita untuk menjejaki tempat setinggi itu?

sama-sama kita mujahadah bin nafs. :)


:) 

"The one who wants that he should see the Resurrection Day as one would see it with one's eyes, should read Surah At-Takwir, Surah Al-Infitar and Surah Al-Inshiqaq." -Holy Messenger (pbuh)

بِسْـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
奉至仁至慈的真主之名

Apabila langit terbelah,
dan apabila bintang berselerakan,
dan apabila lautan dijadikan meluap,
dan apabila kuburan-kuburan dibongkar,
maka setiap jiwa akan mengetahui apa yang telah dikerjakan dan telah dilalaikan..
(Al-Infitar 82:1-5)
当苍穹(天空)破裂的时候,
当众星飘堕的时候,
当海洋混合沸腾的时候,
当坟墓被揭开的时候,
每个人都知道自己前前后后所做的一切事情。
 (引斐塔尔  82:1-5)

When the sky breaks apart,
And when the stars fall, scattering,
And when the seas are erupted,
And when the [contents of] graves are scattered,
A soul will [then] know what it has put forth and kept back..
    (Al-Infitar 82:1-5)

 
setiap kalimat ibarat guruh yang memecah langit bumi,
dentumannya menggoncang setiap jiwa yang gerun.
ini adalah peringatan untuk mengingati akan tempat pengakhiran kau di sana..
segala amal akan dihitung tanpa sedikit pun terlepas..
beringatlah, kerana aku juga akan disoal kerana ini.
nauzubillahiminzalik.
Aku memohon perlindungan dari Mu ya Allah..


p/s : abaikan post sebelum ni. mental di bawah paras beku. sebab tu lah.

Tuesday 18 January 2011

Allah. Kekuatan itu Kau kirimkan buat ku.

In The Name of Allah, Most Gracious, Most Merciful..

Ukhwah itu manis kerana indahnya iman. kan? :)
jazakillah kheir buat ukhti Iera. tak putus-putus bagi sokongan full backup untuk saya terus tsabat di jalan ini. Sejak bermula nya dakwah,jalan ini tidak pernah sunyi dengan dugaan,ujian,and macam-macam lagi.
itu janji Allah, tapi Allah pun janjikan buat mereka yang sabar dan tidak putus bertawakal kepada-Nya,surga-surga yang dipenuhi nikmat tidak terjangkau pemikiran dan sungai-sungai yang mengalir di bawahnya. cukup indah.tapi bukan sesenang nak dapat kan nya . :) hanya orang yang Allah pilih sahaja. yang mana dia redha kepada Allah, dan Allah pun redha kepadanya. :)

"letakkan dakwah n islam sebagai neraca dalam setiap apa yg kita nak lakukan or fikirkan"
-ukhti iera-
insyaAllah sayang, pika akan cuba buat yang terbaik. :)

Dalam melangkah terkadang diri diuji dengan ujian yang terasa berat hingga diri terduduk menangis seorang diri.Perit terasa tapi ketahuilah dan renungilah kembali ke dalam diri, mungkin Dia hadirkan air mata tika itu untuk menjahit kembali sejadah iman yang kian tercarik lantaran ada langkah-langkah yang tersasar dari keikhlasan. Semoga diri ditetapkan iman, di setiap kepayahan ada kemanisan .
albanaT
;')

Alhamdulillah..terima kasih ya Allah..
bersujud ku ke hadrat Mu kerana masih menyayangi diri ini.
setiap ujian Kau beri kan supaya diri yang alpa dan leka  ini..
lekas-lekas tersedar dari mimpi kosong itu..
Allah.. tenggelamkan aku dalam cinta Mu
supaya dunia ini tiada lagi nilai di hatiku.. :')



Monday 17 January 2011

Perjuangan ini masih belum berhenti.

Bismillah.. In The Name of Allah..

Manusia yang hidup untuk dirinya sendiri, usianya amatlah pendek.
Bermula dari hari kelahirannya dan tamat ketika maut.
Akan tetapi bagi mereka yang hidup untuk PERJUANGAN,
usianya panjang, sepanjang perjuangan itu.
Bermula dari hari diciptakan ADAM, dan berakhirnya
sehingga DIA memusnahkan alam.
-SQ-

peringatan buat diriku.
moga istiqomah,syafiqah!

Lama.

Bismillahirrahmanirrahim..

Lama. Lama sungguh..
aku mengambil masa..
untuk 'recover' dari perasaan ini..
perasaan apa?
bersalah. ingin lari. semuanya berkecamuk..
semua talian ditutup..seperti mahu shut down dari dunia luar barangkali.
aku ingin sendiri.
bagi aku masa?

tolong. doakan aku dapat semangat itu kembali.

Allah..

Friday 14 January 2011

Down.

Bismillah..

kecewa..
ya! aku kecewa..
kecewa dengan diri sendiri..
penat.. sumpah penat..
penat di'ignore' keadaan sekeliling..
penat dengan perasaan kecewa ni..
kenapa?persoalan yang aku sendiri tiada jawapan nya..
Ya Allah..tunjukkan aku jalan..
supaya hilang gelap dari cahaya Mu ini..
saat ini aku cuma ingin bersendirian dengan Mu...
Allahu Rabbi... ;'(

Wednesday 12 January 2011

Mudah tapi Susah

"aku nan bercangkerang salji sedang menempuh dengan kaki terpaku di laut, dengan hati terikat di langit.

Ikhlaskan diri dalam penulisan, serapkan kejujuran dalam setiap luahan, paksa diri untuk tidak mahu menunggu kata pujian.

mudah? betul.
tapi susah.

sebab ramai yang terlalu sibuk mencari pujian.
mencari penghargaan.
mencari pengikut.
mencari pak turut.
mencari persetujuan.
mencari anggukan.

berhentilah.
berhenti takut untuk dimakicaci.
berhenti takut untuk dibenci.
berhenti risau diperbanding.
berhenti risau dipertanding.

ya,
manusia hebat.
hanya aku yang tertinggal.
-syafiqah-



Tuesday 11 January 2011

“Bahawa adalah kita, ummat yang dimuliakan Allah dengan Islam. Sesiapa yang mencari kemulian selain daripada Allah, maka akan dihina Allah”

Bismillahirrahmanirrahim... 
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..

Ini adalah pemikiran seorang pemuda yang memandang jauh ke hadapan,semoga kita sama-sama membuka 'mata hati' untuk melihat dunia masa kini. Post entry kali ini tidak bersifat politik atau apa-apa jenis hasutan.Sekadar teguran yang membina dan membuat kita berfikir dengan lebih bijak.Maaf andai kata ia menyinggung mana-mana pihak.Sebagai generasi yang menginginkan masa depan anak bangsa terus terjaga dan untuk tidak disoal di akhirat nanti,ini tanggungjawab saya. Saya tidak berhujah untuk mempengaruhi siapa-siapa,tetapi ia memang tercatat dalam kalam Allah dan hadis Rasul junjungan kita sendiri.


Rasulullah saw bersabda dalam sebuah Hadis Qudsi:

"Allah swt pada Hari Kiamat akan bertanya kepada orang yang tidak berani menyampaikan kebenaran: ‘Apakah yang membuatmu tidak mahu mengucapkan (kebenaran) terhadap keadaan ini dan itu?’ Orang tersebut menjawab: ‘Kerana takut (kemarahan) masyarakat!’ Maka (Dia) berfirman: ‘Akulah yang lebih baik kamu takuti!’ " 14

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: 

"Jihad yang paling afdhal ialah menyatakan kebenaran di hadapan pemerintah yang zalim." 

Maksud zalim ialah meletakkan sesuatu tidak kena pada tempatnya. Apabila ini berlaku maka menjadi tanggungjawab kita untuk memberi nasihat. Mereka yang menjadi pemimpin perlu mendengar pandangan semua, kemudian dinilai dan menerima sesuatu yang lebih baik. Inilah cara terbaik untuk membetulkan kelemahan yang wujud di dalam diri manusia.

dan yang paling utama sekali,
"Dan janganlah kamu mengikuti sesuatu yang tidak kamu ketahui,Kerana pendengaran,penglihatan,dan hati nurani semua itu akan diminta pertanggungjawabannya."
(17:36)

sama-sama kita renungkan..

****

Assalamualaikum Dato’ Seri. Saya, Muhammad Muizzuddin bin Zaini. InsyaALLAH, Julai nanti genaplah umur saya 19 tahun. Masih berbaki lebih kurang 2 tahun, sebelum saya layak mengundi. Tetapi saya yakin, dalam ruang demokrasi, tidak pula mensyaratkan yang saya hendaklah berumur 21 tahun untuk melayakkan surat saya ini dibaca Dato’ Seri.

Dato’ Seri, saya ingin memperkenalkan diri sebagai remaja yang sangat ingin tahu. Keinginan saya ini, menjadikan saya remaja yang tidak hanya terpaku di meja belajar semata. Saya mampu menonton berita hingga ke penghujungnya (tidak di bahagian Sukan semata). Saya juga mampu membaca suratkhabar dari muka depan hingga ke muka akhir. ‘Singgah’ di laman-laman sesawang untuk melihat berita-berita yang tidak tersiar di media arus perdana. Saya juga remaja yang suka meladeni buku-buku yang tidak menjadi kegilaan kebanyakan remaja seusia saya kini.

Tidaklah pula saya katakan, yang saya lebih tahu daripada Dato’ Seri, tidak. Saya cuma mahu tegaskan, saya adalah remaja yang memerhati. Saya adalah remaja yang bukan kerjanya sehari-hari, makan, tidur, ‘menelan’ buku teks semata. Saya adalah remaja yang mengikuti rapat perkembangan-perkembangan semasa negara tercinta ini.

Izinkan saya Dato’ Seri, untuk memberi pandangan saya. Pandangan seorang budak, seorang remaja. Mungkin Dato’ Seri fikir, apalah ada pada seorang remaja seperti saya. Justeru, suka untuk saya ingatkan pada Dato’ Seri yang InsyaALLAH, kelak, kamilah yang akan membuang undi!

Dato’ Seri Najib yang saya hormati, memimpin sebuah negara bukanlah perkara yang mudah. Tidak pernah ia menjadi mudah, tidak boleh ia diambil mudah. Ia adalah persoalan besar dan penting.  Persoalan yang diletakkan tinggi di dalam Islam. “Kepimpinan adalah amanah, celaan di dunia, dan penyesalan di akhirat”, begitu sabda Nabi SAW.

DASAR


Saya, yang tohor ilmu dan cetek pengalaman ini, percaya bahawa, setiap tindakan kita adalah bergantung kepada prinsip yang kita letakkan sebagai neraca asas. Bagi sesetengah orang, mereka meletakkan Demokrasi sebagai neraca asas mereka. Ada yang meletakkan kepentingan peribadi, atau kroni, atau Sosialisme, Liberalisme dan sebagainya. Bagi kita, seorang Muslim, neraca asas yang menjadi dasar pertimbangan kita tentulah ISLAM. Izinkan saya bertanya, apakah Asas Utama kepada setiap tindakan Dato’ Seri?

Apakah Islam? Atau Kepentingan diri, atau kroni, atau selainnya?

Maaf Dato’ Seri, kiranya jawapan Dato’ Seri bahawa asas bagi setiap tindakan Dato’ Seri adalah Islam (saya tak pasti jika Dato’ Seri akan memilih jawapan selainnya), maka saya ada beberapa soalan untuk Dato’ Seri.

Saya amat keliru dengan dasar Program Transformasi Ekonomi yang dibawa Dato’ Seri. Apakah ianya dirangka dengan neraca Islam atau selainnya. Justeru, saya mohon penjelasan Dato’ Seri.

Saban hari, saya dan rakan-rakan, menerima berita dari segenap pelusuk negara, samada dekat dengan kami atau jauh, remaja seusia kami yang MENGHILANG! Iya, ‘hilang’ nyawa kerana penggunaan dadah berlebihan atau kerana perlumbaan haram. ‘Hilang’ maruah dan harga diri kerana amalan penzinaan lewat pergaulan bebas. ‘Hilang’ akal kerana ketagihan ekstasi, pil khayal dan arak. ‘Hilang’ kewarasan hingga tergamak membunuh bayi kecil atau ditinggalkan di jalanan untuk menjadi habuan anjing dan hurungan semut. ‘Hilang’ kemampuan untuk menjadi barisan pelapis kepimpinan negara. ‘Hilang’ arah hinggakan nafsu ‘disembah’ sebagai Tuhan! HILANG Dato’ Seri, HILANG!

Saya begitu terkesan pada pesan Saiyidina Ali KWJ, “Lihatlah pada generasi muda, untuk menilai masa depan ummatnya”. Saya tergamam dan jadi takut Dato’ Seri, melihatkan rakan-rakan sebaya yang hanyut. Apakah sebegini hancur dan punahnya masa depan negara tercinta ini!?

PELAN TRANSFORMASI EKONOMI


Program Transformasi Ekonomi anjuran kerajaan pimpinan Dato’ Seri, turut menggariskan perancangan untuk MENJADIKAN MALAYSIA SEBUAH HAB HIBURAN MALAM UNTUK MEMACU INDUSTRI PELANCONGAN. Di atas alasan untuk memperkasa industri pelancongan dan menarik pelancong juga, kerajaan pimpinan Dato’ Seri merancang penubuhan kelab-kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan mempakejkan semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

Kerajaan Dato’ Seri juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020. Penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012 akan menyusul. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014.

Maka, menjelang 2014, akan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam di zon hiburan. Rancangannya adalah untuk menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudkan lebih kurang 5,000 pekerjaan baru menjelang 2020. Bagi mencapai hasrat itu, kerajaan Dato’ Seri akan merubah beberapa peraturan hiburan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan malam.

Dato’ Seri juga berhasrat melonggarkan lagi syarat-syarat untuk persembahan artis luar negara. Dan kami telahpun menyaksikan bagaimana, seorang penyanyi gay membuat persembahan, memuaskan nafsu remaja-remaja muda, dengan kebenaran daripada kerajaan Dato’ Seri.

Izinkan saya ulangi soalan saya Dato’ Seri, apakah Islam diletakkan sebagai neraca timbangan waktu Dato’ Seri merangka, membentang dan membahas idea ini? Ataupun Dato’ Seri punya pilihan lain yang Dato’ Seri lebih suka untuk diletakkan sebagai neraca timbangan?

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri, apakah Dato’ Seri penuh sedar, bahawa perancangan Dato’ Seri ini adalah perancangan ‘PEMUSNAHAN’ besar-besaran? Ini bukanlah pelan pembangunan ekonomi, ini adalah pelan ‘PEMUSNAHAN’ berskala besar, yang akan menjadikan rakan-rakan seusia saya, remaja semuda saya atau lebih muda, hancur musnah Akhlaknya, punah-ranah Sahsiahnya.

Iya, Dato’ Seri akan ‘menghancur’ dan ‘membunuh’ pemimpin masa depan, para bijak pandai masa depan. Dengan Dato’ Seri melambakkan pada mereka, hiburan dan keseronokan melampau! Saya dan rakan-rakan, bakal dihidang dengan acara memuas nafsu yang berterusan. Ini akan menatijahkan hanya satu Dato’ Seri, hilang upayanya kami untuk menduduki barisan kepimpinan negara suatu masa nanti. Atau apakah pada pandangan Dato’ Seri, yang kami akan menjadi lebih bijak dan pandai kiranya ‘menelan’ hiburan-hiburan ini?

IFF dan AURAT
 

Dato’ Seri, seolah-olah saya pernah mendengar Saiyidina Umar al-Khattab menegaskan, “Bahawa adalah kita, ummat yang dimuliakan Allah dengan Islam. Sesiapa yang mencari kemulian selain daripada Allah, maka akan dihina Allah”. Terasa-rasa seperti terdengar SA Umar beritah demikian, kerana ia begitu meresap masuk di hati ini.

Dato’ Seri, saya begitu kecewa dan terkesima jadinya, waktu melihat Dato’ Seri dan isteri, melangkah megah di Festival Fesyen Islam, Monte Carlo tempoh hari. Saya tak dapat mengawal hati, untuk berteriak-teriak marah tatkala melihat gambar pakaian-pakaian yang diperaga atas nama “Kelembutan Islam” (Modesty of Islam), yang dinaungi oleh isteri Dato’ Seri dan pastinya dengan izin Dato’ Seri. Saya dan sahabat-sahabat terpinga-pinga dan tertanya-tanya, apakah ini pemahaman Dato’ Seri dan isteri mengenai pemakaian di dalam Islam?

Saya dan rakan-rakan jadi jelak dan muak Dato’ Seri, maaflah. Waktu Dato’ Seri ‘bertempik’ berikrar untuk mempertahankan Islam dan Melayu, isteri Dato’ Seri tidak pernah berusaha untuk menyahut seruan suaminya sendiri. Isteri Dato’ Seri tidak pernah kelihatan menutup aurat dengan sempurna. Isteri Dato’ Seri berpeluk mesra dengan orang yang haram bersentuhan (bukan mahram) tanpa segan silu di khalayak ramai. Saya tertanya-tanya, apakah Dato’ Seri meredhai perbuatan isteri Dato’ Seri ini?

JUDI


Bukan sedikit kontroversi yang berlaku waktu Dato’ Seri mengumumkan pemberian lesen kepada syarikat-syarikat tertentu untuk mengurus perjudian sukan di Malaysia pertengahan 2010 lalu. Sukar untuk saya agak, apakah harapan Dato’ Seri dengan pemberian lesen-lesen judi ini?

Apakah ini juga satu pelan meningkatkan ekonomi Malaysia? Apakah Dato’ Seri gembira dengan duit yang mencurah masuk, dalam masa yang sama kita melihat betapa hebatnya gejala buruk yang bakal timbul lewat perjudian?


Apakah Dato’ Seri meletakkan neraca BERKAT dan LA’NAT waktu mengemukakan cadangan ini? Apakah Dato’ Seri akan meredhai kiranya rakyat Malaysia memberi sesuap nasi kepada keluarga mereka, daripada wang yang mereka perolehi hasil judi? Apakah budaya yang cuba dibentuk Dato’ Seri sebenarnya?

Apakah keputusan-keputusan ini, ditimbang dengan neraca agama? Atau Dato’ Seri menggunakan neraca lain sebagai ganti?

KEMISKINAN dan HARGA NAIK

Dato’ Seri, orang bangsawan. Keturunan bangsawan. Barangkali, jika tidak jadi Perdana Menteri Malaysia pun, Dato’ Seri tetap akan hidup senang-lenang mewarisi kekayaan. Menteri-menteri Dato’ Seri juga, kaya raya.

Maka, tidak kiralah, jika hari ini minyak naik 10 sen, 20 sen, 50 sen atau Rm 10 sekalipun, Dato’ Seri dan sekalian menteri tidak akan bersusah. Tidak perlu berjerih payah.

Tahukah Dato’ Seri, di celah-celah, ceruk-ceruk kampung atau kota, ada rakyat yang menderita lewat kebejatan ekonomi yang punah hasil ketirisan dan kelemahan pengurusan. Pengurusan yang tidak meletakkan Islam sebagai neraca dan Allah sebagai penilainya, adalah pengurusan yang menghancur!

Dato’ Seri, saban hari saya melihat orang-orang miskin dan kesusahan. Tahukah Dato’ Seri, untuk menyekolahkan anak pun, sudah membuatkan mereka terpaksa membanting tulang, berusaha keras, apatah lagi untuk menghantar mereka ke menara gading (yang PTPTN lebih menghimpit daripada membantu). Kadang-kadang, apabila anak-anak yang bersekolah, meminta wang lebih untuk buku rujukan tambahan, si ibu atau bapa terpaksa menghulur dalam titis air mata. Sudahlah yuran persekolah masih dihutang. Bukan sedikit keringat yang dicurah, demi sesuap rezeki halal untuk anak-anak dan keluarga.

Kerajaan Dato’ Seri jangan terlalu bergantung kepada statistik dan kajian untuk menilai kemampuan rakyat. Selamilah sendiri penderitaan rakyat, yang terseksa dan merana kerana sistem ekonomi yang menyiksa. Setiap kali harga minyak atau keperluan utama naik, meski sekadar 10 sen atau 20 sen, mengalirlah air mata rakyat yang menanggungnya.

Rakyat benar-benar tersiksa sekarang. Janji tinggal janji, janji tidak pernah dipenuhi. Janji itu dan ini, sekadar untuk meraih undi. Waktu berkuasa, kami rakyat sudah dilupai. Tinggal kami, bermatian berusaha keras sendiri.

SUARA RAKYAT

Waktu rakyat turun ke jalanan berdemonstrasi, untuk meluahkan rasa yang terbuku di hati, dan berkongsi pedihnya kehidupan dengan Menteri-menteri yang berkuasa, Dato’ Seri menghantar pada kami, ‘perusuh-perusuh’ yang membantai tulang lemah dan daging kurus kami. Kami dibelasah dan diinjak-injak umpama binatang korban, umpama tak punya maruah. Kami diherdik dan dicaci. Kami disimbah dengan air kimia yang saya yakin, Dato’ Seri sendiri tidak pernah rasai pedih dan peritnya.

Dan menteri-menteri Dato’ Seri, tanpa rasa bersalah, menggelarkan kami sebagai perusuh yang cuba menggugat keselamatan negara, beruk-beruk di jalanan yang cuba menarik perhatian.. kalaulah mereka yang menuduh melulu itu, memahami pedihnya hati ini.

Semuanya adalah kerana, kami rakyat, cuba untuk berkongsi rasa dengan pimpinan negara. Sudahlah pilihanraya dijalankan dalam keadaan penuh keraguan dan ketidakadilan, ruang media yang disekat, tangan dan kaki kami rakyat diikat, maka ruang kecil untuk bersuara di jalanan inilah, ruang untuk kami menyampaikan rasa pada pemerintah dan pemimpin kami. Sekadar ruang kecil untuk kami bercerita dan berkongsi, betapa peritnya kehidupan yang kami rakyat lalui.

Pernahkah Dato’ Seri pedulikan suara kami? Pernahkan selain daripada tarikh pilihanraya Dato’ Seri menjadi begitu cakna pada kami? Pernahkah waktu pandangan rakyat yang tidak menguntungkan Dato’ Seri diambil peduli? Pernahkah Dato’ Seri?

Dato’ Seri bertindak sungguh responsif setiap kali adanya himpunan-himpunan rakyat.Melalui Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Dato’ Seri memastikan kami rakyat yang berhimpun tidak akan berjaya berhimpun dengan aman dan baik. Media dibawah kawalan Dato’ Seri juga menggunakan segala maklumat yang ada untuk memburuk-burukkan kami. Ulama’-ulama’ yang bernaung di bawah Dato’ Seri juga menggali hujah-hujah agama demi membuktikan tindakan kami bersuara, adalah bercanggah pada sisi agama.

Dato’ Seri, saya sungguh kecewa dengan setiap tindakan ini. Bukankah perhimpunan anjuran Dato’ Seri, pada setiap malam menunggu detik Kemerdekaan dan Awal Tahun Baru, ribuan malahan mungkin ratusan ribu rakyat termasuk golongan muda-mudi datang menyertai. Akhbar arus perdana jugalah yang melaporkan tangkapan demi tangkapan kerana berkhalwat, kerana dadah, kerana berkelakuan tidak sopan pada setiap kali sambutan-sambutan anjuran Dato’ Seri. Apakah pernah himpunan rakyat membantah ketidakadilan dan mahukan sedikit keadilan, pernah menjadi sebab untuk anak-anak muda ditangkap khalwat?

Dan pernahkah Ulama’-ulama’ muda yang bernaung di bawah Dato’ Seri itu menegur Dato’ Seri kerana program jamuan nafsu tersebut. Tetapi menegur himpunan rakyat yang bersuara, sebagai Bughah (derhaka) dan menuju Maksiat!?


REFORMASI


Saya dan juga rakan-rakan, adalah remaja muda yang punya sikap. Punya pendirian. Kami berazam, untuk mengubah keadaan ini Dato’ Seri. Kami berazam dan bertekad, seluruh diri kami akan diperguna untuk memperbaiki keadaan punah ini.

Kaedah merubah itu 2 Dato’ Seri. Pertama, nasihat agar berubah. Kedua, kira gagal, UBAH sendiri. Nasihat sudah saya berikan. Pandangan sudah saya sampaikan. Rakyat lain juga begitu, isyarat sudah mereka sampaikan.

Jika sampai masanya, untuk kami membuat pilihan, dan keadaan tidak lagi pulih, percayalah Dato’ Seri, kami sudah membuat pilihan sekarang untuk siapa yang layak menerima undi kami nanti.


Tidak cukup dengan itu, saya dan rakan-rakan, kami adalah remaja muda yang penuh tenaga dan kekuatan. Kami akan gerakkan massa suatu hari nanti. Agar pentadbiran, pengurusan, pemerintahan, kewangan dan sistem kehidupan yang meletakkan Islam, Keadilan, Kesejahteraan, Keamanan sebagai asas, akan mendapat tempat tertinggi di negara ini.


Dato’ Seri, saya tidak mengancam. Tidak pula mengugut. Saya mengingatkan. Kerana inilah tanggungjawab saya sebagai Mu’min. Bukankah sesama Mu’min itu bersaudara?


Dato’ Seri, mungkin surat ini akan sampai kepada pengetahuan Dato’ Seri, mungkin juga tidak. Kiranya ia sampai ke pengetahuan Dato’ Seri, saya dahulukan dengan permohonan maaf, kerana mungkin ada kesilapan saya. Maklumlah, saya remaja muda, mungkin ada silap dan salah pada gerak langkahnya. Saya juga berterima kasih, iyalah, orang sesibuk Dato’ Seri meluangkan masa untuk mengambil perhatian pada surat saya ini, itu adalah satu penghormatan buat remaja seperti saya.


Namun Dato’ Seri, kiranya ada pada surat ini, ataupun tindakan-tindakan remaja muda seperti kami ini yang mungkin lantang menyatakan pendirian, hingga mungkin Dato’ Seri terguris hati, kami tidak memohon maaf untuk itu. Kerana Dato’ Seri, INI MEMANG ADALAH PENCAK KAMI!


Sekian, terima kasih.



Yang benar,

Muhammad Muizzuddin Bin Zaini



11.1.11

Bismillah.. In The Name Of Allah..
Assalamualaykum semua ;) maaf dua,tiga hari ni tak post apa-apa. bizi bizi biziii,... =.=" cuti panjang macam-macam tempat nak pergi.. sebab saya tak balik Malaysia kan. so kena la beli stok-stok simpanan kat bilik. hihi.:P semoga sahabat-sahabat dan usrati yang balik cuti kali ni, gunakan masa cuti ni sebaiknya .. tingkatkan iman, jaga hati, jaga pandangan and jaga semuanya lah. :) rindu da ni.. :(

Sebenarnya entry ni saje-saje. perasan tak tarikh harini? 11 January 2011. yes! 11.1.11. :)
sempena tarikh yang cantik ni, saya ada hadiah istimewa untuk semua. :)

1)
"Alif Lam Ra. (Inilah) Kitab yang ayat-ayatnya disusun rapi kemudian dijelaskannya secara terperinci,(yang diturunkan) dari sisi (Allah) Yang Maha Bijaksana, Maha Teliti." (11:1)

2)
"kecuali orang-orang yang sabar, dan mengerjakan kebajikan,mereka memperoleh ampunan dan pahala yang besar." (11:11)

ye,ni bukan hadiah dari saya. ni hadiah dari Allah.
;)




Sunday 9 January 2011

Mimpi yg Sama.

Bismillahirrahmanirrahim..

"Allah..! " itu perkataan yang keluar dari mulutnya sebaik terkejut dari tidur. Dia bingkas bangun, melihat waktu di sebelah.."Astaghfirullahalazim...da pukul 6.15pagi.." laptop roomate sudah mula mengalunkan ayat-ayat zikrullah dari matsurat. Cepat-cepat mencapai tuala dan terus ke bilik air untuk mengambil wuduk dan solat.

"Mimpi yang sama lagi." getus hatinya.
Entah berapa kali mimpi itu asyik mengulangi. tapi selalunya buruk. membuatkan dia tidak putus beristighfar selepas terjaga. Ya, mimpi itu. "Ahh.. mainan tidur barangkali."  itu sahaja yang dapat membuatkan hatinya tenang sedikit. mungkin sekadar ingin melupakan. Nauzubillahi minzalik.
Mohon perlindungan dari Mu ya Allah..

Allah.. lindungi keluarga ku di sana. Hanya Kau sahaja yang tahu betapa bergolak nya hati ku kala ini.Tidak putus doa ku untuk mereka. :(

p/s : Mimpi buruk.:(  kawan-kawan dah sampai di malaysia. semoga selamat-selamat di sana.. Doakan kami yang tertinggal di sini ya? =/

p/s: ibu,ayah,..rindu. :(

Thursday 6 January 2011

Cuti Winter !

In the name of Allah, the Most Gracious , Most Merciful..

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.terima kasih pada yang mendoakan ;)
cuti saya baru mula, DUA BULAN tu! peh, kena buat list panjang-panjang nih.
InsyaAllah akan update entry yang lebih berfaedah dari yang ini. *keduniaan sangat~ =.=" *
Semoga cuti yang panjang ini tidak matikan hati yang baru berbenih dakwah..
tarbiyah perlu seiring, istiqomah perlu dibaja..
sama-sama kita usaha menjadi individu muslim yang berjaya :)


p/s : Saya dah merdeka. Anda pula? ;)

Wednesday 5 January 2011

Kita golongan yang mana?

Bismillah.. Assalamualaykum warahmatullah..

Musim-musim exam ni..
Kalau terbangun awal subuh, tengok-tengok jam baru 3 pagi,
dalam hati kata,
"Fuhh..nasib baik bangun awal hari ini, sempat aku nak habiskan baca bab *** tu.."
Alangkah baiknya kalau hati tu kata,
"Alhamdulillah ya Allah.. sempat lagi qiam, lepas ni baru buka buku."
see?
yang mana kita?
apa pun, bittaufiq untuk semua. :)

p/s: wuu..bila nak abis exam ni..?

Monday 3 January 2011

tolong. doakan saya?

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful..

明天就是期末考试的第一天,不知为何这次的考试让我特别紧张,忐忑不安。希望考题不会太难,也希望老师会给我们一些提示。*才怪呢。=.="
mungkin berjangkit tengok budak-budak ni revise gila gila.
serius NERVOUS nih.
Ya Allah...permudahkan lah segala urusan ku dan ingatkan lah apa yang aku lupa. T__T
加油! 莎妃卡 ~ gambareyou~ 

tolong tolong tolong doakan saya sekali?
p/s : dah seminggu darurat tak keluar bilik da. bila nak merdeka ni?

Allah. kuatnya wanita itu.

Bismillahirrahmanirrahim..

Praise to Allah..
masih tetap diberi peluang untuk hidup hari ini.
walau entah berapa kali aku berpaling dan memungkiri.
Ampuni aku, redhai aku..ya Rabb..

Allah..Mencintai Mu suatu kenikmatan..
Allah..Mendampingi Mu suatu ketenangan..
aku tidak sekuat menjadi pemburu cinta setulus Rabiah..
menolak tawaran menikah..
hanya kerana dambakan kasihMu ya Allah..
 "Perkahwinan itu memang perlu bagi sesiapa yang mempunyai pilihan.Adapun aku tidak mempunyai apa-apa pilihan untuk diriku. Aku adalah milik Tuhanku, dan di bawah perintah-Nya, aku tidak mempunyai apa-apa pun."

SubhanaAllah..
kuatkan hati ku, semoga cinta ini semata-mata mengharapkan keredhaan Mu..

"Ya Tuhanku, tenggelamkan aku dalam kecintaan kepada-Mu. Supaya tiada suatupun yang dapat memalingkan aku daripada Mu."

"Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu,
maka bakarlah aku di dalamnya..
Jika aku menyembah-Mu kerana tamak kepada syurga-Mu,
maka haramkanlah aku daripadanya..
akan tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku pada Mu,
maka berikan lah aku balasan yang besar, melihat wajahMu yang Maha Mulia itu. "

Allah. kuatnya wanita itu.

Gambar tiada kena mengena. saja nak cantikkan post.cantik lah sangat. =.=




p/s: sakit+kena study. huk huk. :(

Sunday 2 January 2011

Tuhan, izinkanlah aku.

بِسْـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ 
奉至仁至慈的真主之名-In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful . 

Ya Allah.. Ya Rahman.. Ya Rahim..
Allahu Rabbi aku meminta izin
Bila suatu saatnya aku jatuh cinta
Jangan biarkan cinta ku untuk Mu berkurang..
Hingga membuatkan ku lalai
Akan adanya Engkau..

Allahu Rabbi aku punya pinta
Bila suatu saatnya aku jatuh cinta
Penuhilah hatiku
Dengan bilangan cinta Mu
Yang tidak terbatas dek waktu
Biar rasaku pada Mu tetap utuh jitu

Allahu Rabbi
Izinkanlah bila suatu saat aku jatuh hati
Pertemukanlah kami
Berikan lah kami kesempatan
Untuk lebih mendekati cinta Mu

Allahu Rabbi
Pintaku yang terakhir
Seandainya aku jatuh hati
Jangan pernah Engkau palingkan wajah Mu dari ku
Anugerahkanlah aku cinta Mu
Cinta yang tidak pernah pupus
oleh waktu.
-Pencinta Mu Rabbi-


-dari buku PETUA MEMBUAT ORANG JATUH CINTA. 
-diolah sedikit ikut selera tuan punya blog. *suka hati dia je.=.="
 

Saturday 1 January 2011

Kami rindu. Lelaki itu.

In the name of Allah, the Most Gracious,Most Merciful..

Lelaki yang kami rindu,
Hanya iman penggerak hidupnya,
Tiangnya agama,
Batinnya taqwa,
Ilmu teguh di dada,
Hatinya sarat cinta
Kepada Allah dan RasulNya.
Suluhan nafsu bukan semata-mata
Tapi ihsan kaya di jiwa.

Lelaki yang kami rindui,
Terhibur dengan kalamullah,
Merasa manis dengan zikrullah,
Rindukan perjuangan Rasulullah..
Cintakan sunnah kekasih Allah,
Gagah menangkis mehnah,
Di akhir zaman penuh fitnah.

Lelaki yang kami rindu,
Mengemudi bahtera rumah tangga,
Petunjuknya Al-Quran.
Petanya sunnah junjungan,
Panjinya Islam,
Sauhnya iman,
Layarnya taqwa,
Pakaiannya sabar,
Semangatnya membara,
Setiap ketika,
Menggamit ketaatan.

Lelaki yang kami rindu,
Malamnya syahdu dek tangisan,
Tidak terbuai dek lena yang panjang,
Munajatnya pilu,
Penuh keinsafan.
Sujudnya penuh kehambaan,
Gentarkan neraka jahannam,
Agar tak menyentuh anak isteri tersayang.

Lelaki yang kami rindu,
Mengenalkan kami cinta hakiki,
Cinta Ilahi itulah visi,
Agar hidup diiringi Rabbi,
Bersih dari tipuan Iblis.

Dan lelaki yang kami rindui,
Membentangkan kami permaidani muhasabah,
Kata-katanya adalah tazkirah,
Senyumannya adalah nasihah,
Dan telunjuknya adalah arah,
Agar tetaplah kami penuh haibah,
Di atas landasan Islam yang indah.
Hingga kering titisan darah..

-petikan puisi dari buku : PETUA MEMBUAT ORANG JATUH CINTA
karya Fatimah Syarha Noordin,Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah dan Hj Muhammad Zakaria. 
p/s : best buku ni :) thanks kak syikin! ^^
p/ss : hehe.tajuknya saya ubah . ikut selera saya . hakhak. tak puas hati?
Kami rindu. Lelaki itu.