Thursday 25 August 2011

Matahari di Celah Awan

Bismillah..

Tahu apa salah satu keistimewaan Ramadhan?
Bila kamu berdoa, Allah akan bagi terus. highlight di situ. #TERUS#

Alhamdulillah, Alhamdulillah...
semalam hati merintih mahu kembali padaNya,
petang itu juga Dia bukakan pintu jalan,
dan sentap, terus ke hati.

''Pengalaman mengajar kita erti hidup nak, makcik pernah lalui macam macam dalam hidup ni, pernah terlalu miskin sehingga menumpang di rumah orang, tapi makcik tak pernah menyesal. Sentiasa lah buat kebaikan, kerana Allah akan balas kebaikan itu, lambat atau cepat, tetapi ia PASTI berlaku. Makcik dah pernah laluinya. dan betul ,Allah sentiasa melihat kebaikan walau sekecil kecil perkara sekalipun,."

Saat tersedar, seakan dunia berputar,
jiwa mereka yang diuji sentiasa 'hidup'kerana mengingati Tuhannya,
terhenti, menilai, sejauh mana tarbiyyah berjaya menjadikan diri ini seorang hamba yang patuh taat pada Tuhan?
Sering sahaja aku berada dalam zon selesa, sehingga alpa kepada mereka di sana.
Jiwa mati, kerana keringnya air mata.
Astaghfirullahalazhim....

"Dan kamu tidak dapat menghendaki ( menempuh jalan itu) kecuali apabila dikehendaki Allah, Tuhan seluruh alam." (At Takwir : 29)

selalunya diri ini berada  di tahap rendah yang amat, bukan rendah diri yang tawadhu',
depressed? mungkin.
tapi bila fikir balik, sungguhlah tak bersyukur diri ini, Allah dah beri macam macam nikmat tapi diri masih nak mengeluh tidak cukup. munafik kah ? ;(
nauzubillahiminzalik..

Jadi diri sendiri.
sedang berusaha ke arah itu.
Setiap dai'e punya sentuhan berbeza kan? hati-hati yang disentuh mungkin juga akan merasakan cinta yang berbeza. MashaAllah..
:')

Alhamdulillah. pagi tadi selesai menghabiskan bacaan Quran.
Perasaan itu seperti pertama kali, selepas diri mengenal apa itu tarbiyyah,
ibarat jiwa yang dilahirkan semula, mencari cinta Tuhannya.

Jika kita mahukan kebaikan dan hidayah, Allah akan menghantar hamba-hambaNya untuk membantu kita. Setiap kali itu juga lah sahabat akhawat , tidak jemu menghulur perhatian, dan semangat. Allah telah memilih kita, jika kita masih mahu menolak , apa lagi yang akan tinggal bersisa?

Pernah tak kita mencintai seseorang sepenuh hati, sehingga sanggup memberi apa sahaja kepadanya, tetapi dia tidak mencintai kita, malahan menjauhkan diri dari kita terus?
ya, itulah bagaimana Allah rasakan bila kita mahu menjauhkan diri dari rahmat kasihNya, yang kalau  dihitung, mahu habis seluruh lautan menjadi tinta.

Ukhti fillah tercinta, Syahirah, jazakillah kheir , hanya Allah mampu membalas segala kebaikan yang kamu lontarkan. Maaf atas salah silap diri ini. Pertemuan kita pertama kali seakan membuka kenangan berpuluh tahun lamanya. Kamu sangat istimewa tahu ? ;') syukran atas coretan nasihat kamu.

#Buat diri ini dan si srikandi islam yang kini berada dalam kebisuan yang nyata.


Mahukah kau lihat bertambahnya anak-anak yatim yang membutuhkan sentuhan-sentuhan sang murabbi?
Mahukah kau lihat terbiarnya si miskin yang ternanti-nanti bekalan ruhi dari si kaya yang tak mahu menjalankan tanggungjawabnya?
Sanggupkah kau lihat singa-singa terus-terusan dijinakkan menjadi kijang-kijang pengecut?
Sanggupkah kau lihat anak-anak Palestin tidak punya teman dalam perjuangan mereka?
Sanggup kau sia-siakan perjuangan mereka?
Apakah kau mahu digelar ahli ibadat yang bermain-main?
Atau kau sangka kau sudah punya jawapan di saat kesaksianmu di hadapan Tuhanmu dipersoalkan?


Bangunlah ansarullah.
Bangunlah dan kejarkan gelaran syuhada.


Bangunlah jundullah.
Tidakkah Kau rindukan kekasihMu?
Kejarlah Dia. 
Biar lelah,
Asalkan perjuanganmu menjanjikan pertemuan denganNya.


Bangunlah asadullah.
Darah panas yang mengalir dalam tubuhmu ingin sekali menjadi saksi kemenangan islam dan kesyahidanmu.


Hidupkan hamasah itu kembali.
Kerana Dia menanti di akhir perjuangan lelah ini.


Biar susah dan lelah,
asalkan di penghujung jalan ini Kekasih Hati menanti
agar terubat kerinduan di hati selama ini.


Hati yang ditarbiyyah kadang kadang mudah tersentuh dengan hal hal sesama manusia, sehingga ada yang sampai meninggalkan dakwah. Tetapi ingatlah, kita berdakwah bukan kerana manusia, atau atas suruhan naqibah, tetapi kita berdakwah kerana keredhaan Allah dan cinta pada ummah.. Jika dai'e sendiri tidak mencintai dakwah, bagaimana mungkin dia boleh menyentuh hati hati dengan cinta nya?

Lebih buat diri sendiri.
jika ada yang dapat manfaat darinya,
Alhamdulillah.
semuanya dari Allah.

Semoga ada rezeki bertemu Lailatul Qadr.

senyum segaris.

Tuesday 23 August 2011

Bisu

Bismillah...

Pelik.
Cemburu mungkin.
kenapa orang lain semakin himmah tetapi aku, terlalu lemah.

Mungkin ada niat yang tersimpang, dan mungkin juga kaffarah kepada dosa-dosa,
sehingga futur menghias jiwa menebal  rasa.

Adakah ini 'penapisan' seperti yang disebutkan?
Allah memilih siapa yang Dia kehendaki , dan menghijabkan hidayah bagi siapa yang Dia kehendaki.
ya Allah.......

Pengisian-pengisian ruhi berlalu menjadi ilmu di akal, bukan fikrah di hati.
Jika kamu mahu aku menyebutkan satu satu, pasti aku dapat ungkapkannya tanpa ragu,
tetapi jika kamu bertanyakan padaku apa kesannya di hati ku,
terdiam.termangu, aku bisu.


Dai'e itu bertutur dalam bahasa cinta,bicara seiring amalnya.

tetapi aku? amalnya mungkin boleh dibilang.

pelik.memang pelik.
benarlah, antara manusia dan hatinya, cuma Allah yang boleh mengubahnya.

mohon doa.mencari kembali hidayah Allah.
at the end of the tunnel.

'Manusia yang tiada apa apa, tidak akan mampu  memberikan apa apa."

tidak mahu menjadi tin kosong, bunyinya lantang, tetapi isi nya tiada.

Wednesday 3 August 2011

Ku temukan Dia

Bismillahirrahmanirrahim..

Malam barakah ketiga. 030811
mencari-cari di mana diri sebenar.
di sebalik tulisan.
di sebalik timbunan buku tarbawi yang menanti di baca.
ku temukan cintaNya di sana.

''Terima kasih Tuhan.
kerana hantar dia.
Terima kasih Tuhan,
kerana buka hati.''
-Fend. Contengan Jalanan.

Berkisar kisar di atas paksi yang sama.
Setiap cerita, setiap alur kisah perjalanan.
Tukang karut dan asbab yang berbeza, tetapi masih tetap sama.
kerana ini adalah Travelog Cinta paling agung.
Bahasa Cinta. Al Furqan.

Lemparkan walau dari cakerawala gemilang di luar alam,
tetap. dan pasti.
kepala yang sentiasa tinggi mendongak menjulang langit itu,
ia akan pulang tunduk sujud pada yang Satu.

ingin berkongsi sebuah puisi dari seorang ukhti, mashaAllah, sangat menyentuh hati. :')


Travelog Pemburu Cinta 1



Cinta,
ia bukan cinta pandang pertama.
Bahkan ia cinta yang telah lama mengikat.
diri.

Cuma,
barangkali kita lupa.
Mungkin pada dangkal fikiran kita.
Sesempit ruang dua biji mata yang melihat.
Sekelumit ruang gelombang dua telinga yang mendengar.
Dengan mata hati yang kian tumpul.
Kita jadi alpa,
hingga terputus cinta.

Namun,
bila habuk di jendela hati itu terkuis sedikit.
Sinar cahaya menerobos menerangi gelap kelam
ruang bernama hati.

Gegar, dan gegar.
Akan diri.
Bila tegak dibelakang , suara iman melaung
" Arrahmanir Rohiim "
Mengagungkan Pencinta segala Cinta.

Cinta siapa yang kuharap lagi ?
Jika dikumpulkan seluruh alam buana semesta,
Hanya sepersepuluh sifat rahmatnya.

Menagih kasih?
Ya, kasih ini yang perlu ku tagih.
sedang ku tahu ia tak mudah di raih.



harta yang paling berharga,hatta lebih mahal dari seluruh isi dunia. " Hidayah"

Berdoalah,
moga moga hati ini masih tetap berjuang memburu Cinta.
bukan sebarang cinta.Cinta pada Yang Esa.
tiada makna sebuah kehidupan tanpa cinta itu.
dan siapa lah kita tanpa Dia.
sedangkan Dia bisa berdiri di sana.Hebat. 
tanpa kita.
kan?

We will not go down in Gaza tonight

In the name of Allah..

Palestina remains in our Du'a. :')

We Will Not Go Down In Gaza Tonight 
Micheal Heart

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight
[ Lyrics from: http://www.lyricsmode.com/lyrics/m/micheal_heart/we_will_not_go_down_in_gaza_tonight.html ]
Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Its 3rd Ramadhan now.
Alhamdulillah..
masih diberi peluang menemui Ramadhan dalam keadaan diri yang masih sihat,insyaAllah.
bulan yang dipenuhi dengan seribu kemuliaan,
semoga menjadi penyucian jiwa sang pendosa ini.
Astaghfirullah al azhim..

Dunia itu racun, zuhud itu penawarnya,
Seluruh tahun itu racun, dan Ramadhan itu penawarnya.
MashaAllah! betapa tinggi nilai Ramadhan di sisi Allah., hadiah yang paling bermakna diberikan khas buat umat Nabi Muhammad saw, bagi mereka yang reti menilainya.
kan?

Melihat kembali tapak kaki yang ditinggalkan di bulan bulan yang lalu, 
terlalu banyak dosa, terlalu banyak khilaf, yang tak terhitung kiranya.
mungkin kini di dalam kitab amal,sudah tak tertulis dosa yang dicatatkan.
ya Allah ya rahman,
hamba ini mohon kepadaMu ya Allah, janganlah Engkau tarik nyawaku di saat aku belum melafazkan taubat di hadapanmu,
ya Allah ya rahim, janganlah Engkau cabut iman ku di saat aku masih terkapai kapai mencari cahayaMu,
Hamba mohon petunjuk dariMu ya Allah,
berikanlah hamba kesabaran dan kekuatan,
sabar dalam nikmat,
kuat dalam ujian menghijab hati,
supaya Ramadhan kali ini, dapat hamba bersihkan barang sedikit noda yang memenuhi ruang qalbu ini.
moga diberikan kekuatan dan kesihatan, dapat hamba jalani ibadah dengan penuh ketaqwaan,dengan rasa takut,taat,dan insaf di hadapanMu nanti ya Muqtadir..

tidak lupa juga,
buat saudara di Palestina, yang masih berjuang dalam keadaan payah dan jerih,
di bumi sendiri yang dijajah oleh Zionis Israel..
Semoga Allah berikan kemenangan kepada Islam, 
ketetapan yang pasti terlaksana.InsyaAllah.
(17 : 5--7 )


p/s: Alhamdulillah, dapat extend cuti sampai lepas raya. semoga ia menjadikan diri terus kuat berjuang di medan juang. buat sahabat di sini, assif jiddan ana tak dapat nak balas komen komen kalian, wallahi, kalian menjadi semangat untuk ana terus kuat di jalan ini.setiap komen dan balasan sangat sangat bermakna buat ana. ;')
semoga Allah gantikan dengan kebaikan yang lebih baik di sisiNya nanti.Ameen. 

dan semoga juga ramadhan ini membawa kita pulang bertemu kekasih yang paling Agung. :)