Tuesday 27 November 2012

Duka Bisu

Bismillahirrahmanirrahim..

aku menulis ini dengan baki air di mata,
tapi aku tetap tidak bisa menuliskan duka di hatimu, kakak.

26 November 2012  02:00 pagi
-Ibumu pergi menemui Sang Khaliq. Selama-lamanya.

Bagaimana aku bisa tersenyum sepanjang hari? dengan memikirkan wajah suram dukamu di tanah air sana. Aku tidak bisa, kakak. Sumpah.

*hujan lagi*

Kakak, kau anak tunggal dalam keluarga. Ayahmu sakit, sekarang pula ibumu pergi. Siapa yang mengerti suara duka dari ribut hatimu hari-hari?

aku tak tahu.
tapi aku  mahu rasa itu.
biar ringan sedikit beban hatimu.

kakak,
baru seminggu lepas kita berbuka sama-sama, kau masakkan masak lemak kuning, katamu, teringin sangat mahu masakan itu. Dan kau hidangkan kami kek coklat pertama hasil tanganmu. Aku terharu, sungguh. Berminggu-minggu sudah kempunan mahu rasakan kek itu. Dan kau tersenyum, sambil suakan kepadaku.

kakak,
bagaimana keadaanmu hari ini?
aku pasti, belum kebah lagi dari mimpi semalam. Allah, tenangkan dia di sana. Peluk dia dalam redha, kesatkan air matanya dengan doa kami.

Kakak,
Jangan sunyi, jangan sepi. Akhawat di sini semuanya adik-beradik kamu.

Dia mengajarkan ku, walau tidak pandai menuliskan peritnya kehilangan, tetapi tidak bermakna rasa itu tidak sama, duka itu tidak wujud, luka itu tidak dalam.

aku tahu, kakak. Walau aku tidak pernah rasakan kehilangan itu, tetapi suatu hari nanti aku pasti akan tempuh juga. Cumanya, waktu kita berbeza.

Kakak,

aku rindu.





Tuesday 20 November 2012

Malam-malam di Gaza

bismillahirrahmanirrahim..


"malam" mereka tak sama dengan "malam" kita.
"tidur" mereka tak sama dengan "tidur" kita.

malam kita,
tidur kita,
mimpi kita.

samakah?

tentu beza,
pejuang dengan pemanja.

Mimpi mereka, 
suatu hari nanti akan taklukkan Al Aqsa.
Tidur mereka,
sedikit untuk kerehatan minda, penuhnya dengan qiamualail buat Sang Pencipta,
malam mereka,
di'alun'kan dengan irama letupan bom dan tangisan saudaranya, dan juga bau gas merata.

Wahai da'ie ,
malam kamu bagaimana?



suatu hari nanti,
"Salahuddin" akan kembali.
bebaskan bumi Al Quds ini.









Sunday 18 November 2012

Kerana Aku Terlalu Percaya

Bismillahirrahmanirrahim.

....bahawa kelembutan itu selalu lebih mampu mengubah manusia.


orang kata,
dalam berukhuwwah, tak sah kalau tak touching-sampai-taknak tengok-muka , terasa hati sampai menangis bagai nak pecah jiwa,
orang kata,
dalam "membina", tak sah kalau tak mencurah air mata-air hidung segala, sedikit kerana anak-anak yang dibina, namun tentu lebih banyak kerana diri yang tidak reti membina.

Allahu Allah,
perencah utama dalam ukhuwwah dan tarbiyyah,
rupanya air mata.

tentu kau rasa,
"kalau macam tu, tinggalkan sajalah! "

nanti dia kan tersenyum,
"air mata itulah yang memaniskan semuanya."

Oh. sungguh.
begitulah jalan dakwah mengajarkan kami.


“Saat senyuman tak terbalas, maka Allah telah menghitung manis senyummu. Saat sapamu tidak terjawab, Allah takkan lupa atas apa yang kau katakan. Saat ajakanmu dalam kebaikan tidak terpenuhi, lelahmu akan menjadi hiasan di tamanNya. Saat engkau menangis atas perihnya perjuanganmu, Allah tak lalai menghitung setiap tetes air matamu. Saat mereka meninggalkanmu, Allah akan selalu ada bersamamu! Jangan hanya mengharapkan perubahan dalam dakwah ini.Ayuh ukhti,fikirkanlah tentang KONTRIBUSI yang dapat kita berikan. Semoga Allah senantiasa mencintaimu.”


Saturday 17 November 2012

Hijab

Bismillahirrahmanirrahim..

Jangan kamu melakukan dakwah ini untuk mengejar kemuliaan, kelak Tuhan akan hinakan kamu sehina-hinanya.
Lakukan dengan penuh ikhlas, penuh cinta.
kerana kita semua hanya,
HAMBA.

Wahai adik-adik yang aku kasihi,
Ketahuilah, bahawa aku sangat mencintai kalian,
sungguh,
betapa aku mahu kalian turut merasai hidup di bawah lembayung tarbiyyah ini,
tetapi seharusnya aku sedar,
hidayah itu milik Tuhan,
dan aku hanya hambaNya,
yang menyampaikan kalimat-kalimat,
sebagai khabar gembira, juga peringatan,

aku mencintai kalian,
tetapi maafkanlah,
sekiranya kerana dosa-dosa diri yang hina ini,
telah terhijab hidayah itu sebelum sampai kepada kalian,
maafkan,
atas segala ketidakikhlasan kakak ketika membina antunna.
atas segala jahiliyyah dan kekotoran hati kakak.

Ya Allah,
ampunkan hambaMu ini.
atas kelemahan iman dan kerapuhan amal.

Allah Allah
Astaghfirullahal'azhim..

Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah ia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan. Kepada Allah lah naiknya segala perkataan yang baik (yang menegaskan iman dan tauhid, untuk dimasukkan ke dalam kira-kira balasan), dan amal yang soleh pula di angkatnya naik (sebagai amal yang makbul - yang memberi kemuliaan kepada yang melakukannya). Dan sebaliknya: orang-orang yang merancangkan kejahatan (untuk mendapat kemuliaan), adalah bagi mereka azab seksa yang berat; dan rancangan jahat mereka (kalau berkesan) akan rosak binasa.
(Al Fatir : 10 )

Gaza Berdarah

Bismillahirrahmanirrahim..

Semoga cakna kita bukan cakna bermusim. 


Bumi Gaza dimamah lagi.
bumi Gaza berdarah lagi,
ayah ibu adik kakak abangku di sana menangis mati.

dan aku,
terus kaku.
bisu.
di sini.

"Mana dia Salahuddin?
Mana dia Umar ?
Mana dia ? mana mereka?"

-mana aku?

teriak raung mereka, mengisi ruang kotak fikiranku. 
membayangkan bagaimana sekiranya aku yang berada di situ,bersama mereka.

Awal Muharam kita,
sambut dengan penuh keazaman untuk mencapai cita-cita untuk tahun baru yang tiba.
tapi awal muharam mereka,
disambut dengan jurai air mata dan percikan darah merata.

Moga kita tidak main-main dengan apa yang kita bawa selama ini.

Tarbiyah mengajar saya 
bahawa tiap patah kata tulisan yang kami taipkan
walau nampak kecil dan hanya tulisan-tulisan
tapi ia mampu menyatukan para muslim yang ambil kisah muslim lainnya.
di seluruh pelusuk benua dan negara.
yang sama-sama menggunakan keyboard dan pena sebagai senjata balas mereka!

Tarbiyah mengajar saya
bahawa jerit-jerit kami
langkah yang mungkin hanya mengeluarkan peluh tatkal
a terik panas
walau nampak sepertinya tak memberi apa-apa effect
tapi ia menyampaikan suara-suara kami
mengejutkan mereka yang kesahnya hanya pada diri sendiri
kecoh-kecoh kami memberitahu mereka ada saudara mereka yang bermandi darah tatkala mereka di kerusi empuk

Tarbiyah mengajar saya
untuk mengimani
bahawa tiap langkah kecil
dengan izinNya
bakal memberi kesan besar pada dunia,
jika mereka yang "kecil-kecil" ini bersatu
dan menyampaikan pada dunia
sepertinya yang terjadi saat syahidnya syeikh ahmad yasin dan mavi marmara.
dunia bangkit dan nyatakan kemarahannya!

Tarbiyah mengajar saya
untuk mengimani
bahawa langkah2 kecil kami ini
memang mampu menguiskan pasir di ISRAEL.
bukannya kan menjadi debu yang terbang begitu saja
dan ia bukannya sekadar sampah2 yang ditulis!

tapi dengan izinNya,
kami yakin usaha-usaha kecil kami ini
hanyalah permulaan yang kan hasilkan gelombang yang besar
yang bakal menggoncang dunia!

Ya, kami tak main-main bila kami nyatakan kami mahu ubah dunia!



Monday 12 November 2012

Perahu Kertas

Bismillahirrahmanirrahim.

Waktu masih kanak-kanak kau membuat perahu kertas dan kau layarkan di tepi kali; alirnya Sangat tenang, dan perahumu bergoyang menuju lautan.
"Ia akan singgah di bandar-bandar besar," kata seorang lelaki tua. Kau sangat gembira, pulang dengan berbagai gambar warna-warni di kepala.
Sejak itu kau pun menunggu kalau-kalau ada kabar dari perahu yang tak pernah lepas dari rindu-mu itu.
Akhirnya kau dengar juga pesan si tua itu, Nuh, katanya,
"Telah kupergunakan perahumu itu dalam sebuah banjir besar dan kini terdampar di sebuah bukit."
-Perahu Kertas-
---------
Indah.
puisi tanpa lagu.

Buru-buru,
aku mahu siapkan amanah yang diberi,
jumpa lagi nanti ya?



Saturday 3 November 2012

Dari Kisah Pergi-pergi

Bismillahirrahmanirrahim.

*sign-in*

klik.

diam. kaku. Sorot lamput meja warna kuning menemani meja penuh dengan buku. Gelap semua.
Fikiranku gaduh sebentar tadi. Lihat putih-putih 'kanvas' ini, menuntut satu-satu dakwat untuk dituangkan.

Menjerit, tidak mengerti.

apa mungkin mampu jariku menari seperti dansa yang biasa diiramakan semalam?
jadi rangkai-rangkai aksara seakan tetamu asing disambut.

*diam*

putus dakwat.

Jujur, tidak mungkin hilang dunia ini dariku.
tidak bisa aku tinggalkan papan-kunci tanpa lagu.
separuh jiwa sudah ku pajakkan di sini,
dari mula.
2009
akhir disember.

Cuma mahu ditinggal nota,
pada hati yang mungkin membaja, (atau aku saja?)

- hilang aku ada kuburnya,
hilang aku pada Tuhannya,
tinggal aku dari dunia maya,
mahu melaksanakan segala yang pernah aku cerita.

rindu.Sumpah rindu.
pada kamu-kamu,
yang aku sambut dalam doa selalu.

sungguh.

- pergi aku mengumpul cerita, untuk nanti kita kongsi-kongsi bersama.Cerita yang 'benar' belaka.
aku tidak mahu jadi tukang karut bercerita tentang indahnya bulan dan syurga, aku mahu rasai perit jerih sebelum kisahkan pada semua.

bahawa,sungguhlah jalan ini pasti indah-indah hujungnya.

buat kamu-kamu,
doakan aku ya?

Allah hafeez.
*senyum segaris*

p.s :  Ana musytaaqotun ilaihunna.  :')

mimpi aku, bila aku bangun esok pagi, mahu lihat senyummu setiap hari.