Friday, 13 August 2010

Aspirasi Mujahidah



Asslmualaikum :) hari ni nk kongsi sedikit utk renungan muslimah2 di luar sana. :) sambil mngingatkn diri sy sndiri..




Alangkah indahnya ku lihat,berjalan seorang muslimah mukminah
dengan wajah yang ditutupi niqab,dia berjalan penuh tawadhu'
Langkahnya ibarat seorang pejuang muslimah yang tenang,yakin,berwibawa
penuh dengan semangat seorang MUJAHIDAH
Di sebalik fizikal nya yang menggetarkan jiwa-jiwa,
bukan getaran nafsu, tapi getaran keinsafan
untuk mengenali ALLAH dgn lebih dekat.
ada sekeping hati yang dipenuhi setiap ruang dan sudutnya
dengan mengingati yang MAHA ESA.
ada seulas bibir yang merah bak delima
sedang asyik mengalunkan KALAMULLAH serta ZIKRULLAH
ada sepasang mata yang redup , yang cukup terjaga dari pandangan maksiat
setiap gerak laku nya cukup menggambarkan keperibadian dirinya yang lembut dalam tegas
Kasih sayang jelas terpancar pada sinar matanya,bahasa badannya
yang lahir dari hati nurani yang ikhlas kerana DIA
Tidak keluar dari merah bibir yang sentiasa dihiasi senyuman keimanan,
melainkan hikmah , haq , serta mutiara-mutiara ukhuwwah
hanya dengan melihat perwatakannya
sudah cukup untuk menarik hati-hati yang lalai dari mengingati Allah
agar segera berfikir tentang-NYA
SUBHANALLAH.


Subhanallah.. cukup indah gambaran yg diberikan. membuatkan aku terfikir dan bertanya pada hati ini.. mampukah aku mnjadi sebaik itu? mampukah aku menjadi mujahidah yg tegar melawan arus dunia demi menegakkan syiar ISLAM?
Ya Allah Ya Rabb.. berikan aku kekuatan utk menjadi seperti itu. Kuatkan hati ku Ya Allah.. jgn biar hati ini lalai dengan dunia palsu ini.. jauhkan aku daripada tergolong dalam golongan munafik.. nauzubillah..

*aku ingin menjadi sekuntum melati
yang harum di medan perang
biar gugur ku ke tanah nanti
demi ISLAM yang ku pegang*

selamat berbuka ;)


Wednesday, 11 August 2010

Tiba Lagi Ramadhan =)

Assalamualaikumwarahmatullah kpd sahabat2 sekalian..
lama dah x jenguk blog ni.. dah bersawang, berlalang smua lah..*ok itu tipu*
sejak "peristiwa" tu, lama aku tinggalkn alam blog..hmm..mybe sekarang tibe mse utk BACK ON TRACK.. hoyeah~~! ^_^

pejam celik pejam celik, Ramadhan yg dinanti2 tiba lagi.. Ku pnjatkn syukur setinggi langit ke hadrat ILAHI sbb masih bernafas sehingga kini.. msih brpeluang merasai nikmat nya berpuasa dan beribadah di bulan mulia.. :)

SALAM RAMADHAN BUAT SAHABAT-SAHABAT KU..
wanny
amalina
nabila
zarina
shahirah
saadiah
aina fadzila
wan siti khairunisa
dan yg lain2 juga..
*maaf klu nama x disebut,tp kamu smua ttap dlm doa sy* ;)

UNTUK KELUARGA TERSAYANG
ayah
ibu
nenek
adik-adik
*selamat berpuase juga* :)

di bulan yg mulia ni,sama2 kita menambah amalan dan beribadah kpd Allah..
smoga mndapat maghfirah dari YANG ESA. ;)
insyaAllah..

p/s : byk lagi cerita nk tulis. tp kita ikut tema la ye.. satu2.. huhu..insyaAllah akn disambung selepas post ini.. ;)

Thursday, 1 July 2010

Pergi....

Bismillahirrahmanirrahim..

esok hari nya..
kembali pulang setelah sekian lama..
ke bumi Malaysia yg tercinta..
mengapa kali ini aku berasa duka?
terasa seperti tidak akan kembali ke sini semula gamaknya..

Ya Allah..
adakah ini suatu petanda?
baik kah ? buruk kah?
tidak terjangkau fikiran utk mendapatkan jawapan..
harapan ku panjatkan..
semoga kali ini selamat sampai ke pangkuan..
keluarga tersayang yg setia menunggu kepulangan anaknya dari perantauan..

sahabat..
semester ini telah sama2 kita tamatkan..
hari-hari bersama kalian akan tetap segar di ingatan..
andai diri ini ada tersilap kata dan perbuatan..
ku mohon dari mu kawan..
seribu kemaafan..
halalkan mkanan dan minuman..

kiranya ini pertemuan kita yg terakhir..
akan ku doakan buat mu seikhlas hati..
keredhaan dari Allah yg Pengasih..
keberkatan dalam setiap amalan..
dan segala yg terbaik buatmu kawan..

terima kasih kerana menemani ku..
meniti setiap langkah dan setiap waktu..
bersama kita mnyahut cabaran..
menempuh segala halangan..
di samping jihad dalam setiap niat dan amalan..

jika ada umur dan rezeki,
akan kita berjumpa lagi..
INSHA ALLAH.. :')

illal liqa
再见 朋友