Wednesday, 18 August 2010

Syabab Musafir Kasih (Fatimah Syarha)

Assalamualaikum :) pagi ini terjumpa satu bahan yang sesuai utk kita renungkan bersama.. sangat2 kagum dengan puisi ini.. dipetik dari sebuah novel..


Dulu,
Bila disebut lelaki
Wanita nya mendongak megah
Lelaki kami Asadullah, Saifullah
Tokoh ramai tak terkira
Kini,
Bila disebut lelaki
Wanita nya menunduk lemah
Tokoh kami sedikit sekali
Ramainya boneka Yahudi

Dulu,
Bila disebut lelaki
Wanitanya tenang di hati
Lelaki kami menjaga , melindungi
Kini,
Bila disebut lelaki
Wanita nya mahu cabut lari
Lelaki khianat , perogol bersiri

Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya
Sepasukan kuda putih membela
Al-Mu'tasim kebanggaan wanita
Kini,
Ramai wanita suci dipenjara
Fatimah diperkosa minta dibela
Lelaki tunduk tak bertenaga

Dulu,
Bila wanita di bawah jagaan nya
Lelaki memagari sehabis daya
Tiada siapa pun berani menggoda
Kini,
Bila wanita di bawah jagaan nya
Lelaki tak kisah aurat nya terbuka
Wanita nya dibiar bebas , binasa

Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa
Untuk mengangkat kemuliaan agama
Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama
Demi nafsu , dunia dan seisinya

Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah
Kontak berjihad , tekun berdakwah
Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah
Diri bermalasan ,tenaga tak dikerah

Dulu,
Lelaki memperjuangkan Deen dan Ummah
Al-Farouq , Zunnurain mati terbunuh
Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya
Hingga sanggup membunuh

Dulu ,
Lelaki bersatu menghadapi musuh
Angkatannya kuat dan teguh
Kini,
Lelaki berpuak dan berpecah
Sesama sendiri saling bertelingkah

KEMBALILAH LELAKI KU
PADA KELAKIANMU
KAMI RINDUKAN LELAKI DULU
ACUAN MADRASAH RASUL

*SUBHANALLAH,hebat kan puisi ni? aku tabik dengan penulis novel ni. *sape ade buku ni?* hehe~ mari akhwat dan ikhwah sekalian ,kita sama-sama renungkan dan amik iktibar :)

Friday, 13 August 2010

Aspirasi Mujahidah



Asslmualaikum :) hari ni nk kongsi sedikit utk renungan muslimah2 di luar sana. :) sambil mngingatkn diri sy sndiri..




Alangkah indahnya ku lihat,berjalan seorang muslimah mukminah
dengan wajah yang ditutupi niqab,dia berjalan penuh tawadhu'
Langkahnya ibarat seorang pejuang muslimah yang tenang,yakin,berwibawa
penuh dengan semangat seorang MUJAHIDAH
Di sebalik fizikal nya yang menggetarkan jiwa-jiwa,
bukan getaran nafsu, tapi getaran keinsafan
untuk mengenali ALLAH dgn lebih dekat.
ada sekeping hati yang dipenuhi setiap ruang dan sudutnya
dengan mengingati yang MAHA ESA.
ada seulas bibir yang merah bak delima
sedang asyik mengalunkan KALAMULLAH serta ZIKRULLAH
ada sepasang mata yang redup , yang cukup terjaga dari pandangan maksiat
setiap gerak laku nya cukup menggambarkan keperibadian dirinya yang lembut dalam tegas
Kasih sayang jelas terpancar pada sinar matanya,bahasa badannya
yang lahir dari hati nurani yang ikhlas kerana DIA
Tidak keluar dari merah bibir yang sentiasa dihiasi senyuman keimanan,
melainkan hikmah , haq , serta mutiara-mutiara ukhuwwah
hanya dengan melihat perwatakannya
sudah cukup untuk menarik hati-hati yang lalai dari mengingati Allah
agar segera berfikir tentang-NYA
SUBHANALLAH.


Subhanallah.. cukup indah gambaran yg diberikan. membuatkan aku terfikir dan bertanya pada hati ini.. mampukah aku mnjadi sebaik itu? mampukah aku menjadi mujahidah yg tegar melawan arus dunia demi menegakkan syiar ISLAM?
Ya Allah Ya Rabb.. berikan aku kekuatan utk menjadi seperti itu. Kuatkan hati ku Ya Allah.. jgn biar hati ini lalai dengan dunia palsu ini.. jauhkan aku daripada tergolong dalam golongan munafik.. nauzubillah..

*aku ingin menjadi sekuntum melati
yang harum di medan perang
biar gugur ku ke tanah nanti
demi ISLAM yang ku pegang*

selamat berbuka ;)


Wednesday, 11 August 2010

Tiba Lagi Ramadhan =)

Assalamualaikumwarahmatullah kpd sahabat2 sekalian..
lama dah x jenguk blog ni.. dah bersawang, berlalang smua lah..*ok itu tipu*
sejak "peristiwa" tu, lama aku tinggalkn alam blog..hmm..mybe sekarang tibe mse utk BACK ON TRACK.. hoyeah~~! ^_^

pejam celik pejam celik, Ramadhan yg dinanti2 tiba lagi.. Ku pnjatkn syukur setinggi langit ke hadrat ILAHI sbb masih bernafas sehingga kini.. msih brpeluang merasai nikmat nya berpuasa dan beribadah di bulan mulia.. :)

SALAM RAMADHAN BUAT SAHABAT-SAHABAT KU..
wanny
amalina
nabila
zarina
shahirah
saadiah
aina fadzila
wan siti khairunisa
dan yg lain2 juga..
*maaf klu nama x disebut,tp kamu smua ttap dlm doa sy* ;)

UNTUK KELUARGA TERSAYANG
ayah
ibu
nenek
adik-adik
*selamat berpuase juga* :)

di bulan yg mulia ni,sama2 kita menambah amalan dan beribadah kpd Allah..
smoga mndapat maghfirah dari YANG ESA. ;)
insyaAllah..

p/s : byk lagi cerita nk tulis. tp kita ikut tema la ye.. satu2.. huhu..insyaAllah akn disambung selepas post ini.. ;)