Thursday, 19 August 2010

Melodi Terindah




Salam semua :) bru lepas sahur tadi.. tiba tiba tergerak nak kongsi satu lagu kat sini . hee~ currently ,kind of addicted to this song :) lirik die pun best.. ^_^ dari drama SYURGAMU RAMADAN .. TV3 *promote sikit* =p

AKAN KU JUMPA -AZFAR-

Ku mengatur langkahku
berjalan tanpa bayang-bayangMu
langit dan bumi setia, menemaniku
matahari menyinar tak pernah berpihak padaku

Ku kepanasan tanpa perlindunganMu.
...Hari berganti hari aku masih teguh menanti
Hadir diri Mu dalam hidupku ini
Rasa kecewa ada bila kaki penat berlari
Namun yakinku Kau kan kutemui
ku takkan pernah cuba berhenti
langkahku mencari Cinta

Yang ku tahu hanya tuk diriku
kan ku terus cari sampai hujung dunia
kerna ku tahu akanku jumpa diriMu
dan ku kan terus menempuh mimpi-mimpiku selalu
kulihat semua gembira
bila mengenali erti Cinta
senyuman ku beri hanya duka
bila ingin Teman tuk berbicara

Cinta jangan sembunyi
mataku kabur mencari
hadirlah dalam hidupku ini
Cinta jangan engkau pergi bila langkahku cuba
untuk mengejar diriMu


Wednesday, 18 August 2010

Peringatan Utk Diri Sendiri



okay,first time tengok gambar kartun ni korang rasa ape?
tertampar? tersepak diri sendiri?
*bagus*
dush.dush.

ini juga peringatan buat diri ku . :)
wahai sahabat, mari tengok sekeliling kita,
perkara halal dan haram tiada lagi tampak berbeza
yang haram itu sudah kebiasaan baginya
"normal lah ! kami kawan baik je.."
andai dia mengetahui betapa buruk padahnya bertanggapan sebegitu
maknanya HATI itu tidak lagi bersinar dengan iman
di mana IMAN mu wahai sahabat?
tidurkah? matikah ?
entah.hilang ghaib begitu sahaja.
jangan kita terleka lagi,
ayuh 'bangun' dari lena diulit mimpi palsu duniawi.
sahabat,sebagai saudara muslim,
AKU SAYANG PADAMU
KERANA TUHANKU.

Syabab Musafir Kasih (Fatimah Syarha)

Assalamualaikum :) pagi ini terjumpa satu bahan yang sesuai utk kita renungkan bersama.. sangat2 kagum dengan puisi ini.. dipetik dari sebuah novel..


Dulu,
Bila disebut lelaki
Wanita nya mendongak megah
Lelaki kami Asadullah, Saifullah
Tokoh ramai tak terkira
Kini,
Bila disebut lelaki
Wanita nya menunduk lemah
Tokoh kami sedikit sekali
Ramainya boneka Yahudi

Dulu,
Bila disebut lelaki
Wanitanya tenang di hati
Lelaki kami menjaga , melindungi
Kini,
Bila disebut lelaki
Wanita nya mahu cabut lari
Lelaki khianat , perogol bersiri

Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya
Sepasukan kuda putih membela
Al-Mu'tasim kebanggaan wanita
Kini,
Ramai wanita suci dipenjara
Fatimah diperkosa minta dibela
Lelaki tunduk tak bertenaga

Dulu,
Bila wanita di bawah jagaan nya
Lelaki memagari sehabis daya
Tiada siapa pun berani menggoda
Kini,
Bila wanita di bawah jagaan nya
Lelaki tak kisah aurat nya terbuka
Wanita nya dibiar bebas , binasa

Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa
Untuk mengangkat kemuliaan agama
Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama
Demi nafsu , dunia dan seisinya

Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah
Kontak berjihad , tekun berdakwah
Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah
Diri bermalasan ,tenaga tak dikerah

Dulu,
Lelaki memperjuangkan Deen dan Ummah
Al-Farouq , Zunnurain mati terbunuh
Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya
Hingga sanggup membunuh

Dulu ,
Lelaki bersatu menghadapi musuh
Angkatannya kuat dan teguh
Kini,
Lelaki berpuak dan berpecah
Sesama sendiri saling bertelingkah

KEMBALILAH LELAKI KU
PADA KELAKIANMU
KAMI RINDUKAN LELAKI DULU
ACUAN MADRASAH RASUL

*SUBHANALLAH,hebat kan puisi ni? aku tabik dengan penulis novel ni. *sape ade buku ni?* hehe~ mari akhwat dan ikhwah sekalian ,kita sama-sama renungkan dan amik iktibar :)