Wednesday, 13 October 2010

Wanita

Bismillah..

Firman Allah SWT :

“Ketika Aku menciptakan seorang wanita,ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku memmbuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan. Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang sering kali datang dari anak-anaknya. Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelebihan tanpa mengeluh. Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan,bahkan ketika anak-anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya. Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalan dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya. Aku juga memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik tidak akan pernah menyakiti isterinya,tetapi kadang-kadang menguji ketabahan dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu. Dan akhirnya Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bila mana ia perlukan. Kau tahu,kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian mana yang dikenakan,susuk yang ia tampilkan,atau bagaimana ia menyisir rambutnya,tetapi kecantikan seorang wanita itu haruslah dilihat dari matanya,kerana itulah pintu hatinya,tempat di mana kecantikan itu berada.


Istimewanya WANITA kerana....

Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.” 

1. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
2. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
3. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasullah SAW) di dalam syurga.
4. Barang siapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.
5. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuannya seolah-olah dia telah memerdekakan anak Nabi Ismail.
6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
7. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.
9. Daripada Aisyah r.a “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.
12. Aisyah r.a berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab Rasullullah SAW “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasullah SAW, “Ibunya.”
13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun)
15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihd pada jalan Allah.
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu kebajikan.
19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.
20. Rasulullah s.a.w menjelaskan betapa istimewanya nasib wanita yang hamil jika dia meninggal dalam masa hamilnya. Allah memberikan jaminan kepada yang bersangkutan mendapatkan syurga sebagaimana janji yang Allah berikan kepada kaum lelaki yang mati syhid di medan perang untuk membela agama Allah. Kedudukan yang demikian tinggi bagi wanita yang meninggal saat melahirkan menunjukkan betapa besar harkat yang Allah dan Rasul-Nya berikan kepada kaum wanita. Wallahu taa’la a’lam.

Alangkah bertuahnya anda yang bergelar wanita. Oleh itu banyakkan bersyukur dan bersabar dalam menghadapi liku-liku dalam kehidupan ini.


Sekadar perkongsian dan peringatan buat diri sendiri .
Sheikh Mustafa al Rafie pernah berkata , " Sekiranya kamu tidak memberikan apa apa di atas muka bumi ini, maka kamu seolah olah bahan lebihan dunia."





Monday, 11 October 2010

Cinta?


Jangan berani mengaku kekasih
kalau kau sendiri tak kenal Tuhan
jangan berani ucap cinta
kalau kau sendiri tergapai gapai mencari cahaya
takpayah amik tahu siapa jodoh ku
kenali siapa Tuhanmu
baru datang cari aku.


p/s : teringin nak masuk contest Puisi Pantas Pendek ,tapi rasanya belum sempat daftar gua dah kena tendang out . haha, :p tulis sendiri kat blog lagi senang. 


Insomnia

Bismillah.. 

Ketiduran sebentar,membuat mata semakin segar sehingga ke subuh. pelik betul . -_-" tapi bersyukur. Alhamdulillah ..tidur yg sedikit sudah cukup memadai bagi merehatkan minda. :) bukannya yang dikisahkan oleh 'pakar' kesihatan, kata mereka tidur perlu cukup 8 jam bagi merehatkan badan. tidak kah mereka ketahui Rasulullah SAW dan para sahabat baginda tidak pernah lupa bangun pada sepertiga malam terakhir bagi menunaikan solat malam. Mereka tidak perlu tidur yang secukupnya. kerana Allah menciptakan kita sebagai khalifah dan juga hamba yang mengabdikan diri untuk beribadah, bukan untuk berehat lebih lama dari melaksanakan tugas. kata seorang sahabat kepadaku ,""rehah ghaflah lil rijal"-"kerehatan itu kelalaian bagi rijal".. :p


**Rijal yang maksudkan ialah orang yang ada ciri-ciri tertentu untuk kerja-kerja tertentu.Kerja-kerja tertentu yang dimaksudkan ialah berdakwah dan berjihad untuk menegakkan Khilafah Islamiah di dunia.Ciri-ciri tertentu yang dimaksudkan ialah orang yang faham dan sanggup bekerja serta bekerja untuk menanggung beban dan risiko dari kerja-kerja dakwah dan jihad.
 -rujukan dari : BISMILLAH 


Rasulullah SAW juga telah menyatakan dalam hadis baginda, kelebihan solat pada waktu malam.

Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu mengatakan bahwa Rasulullah bersabda, 'Tuhan kita Yang Mahasuci dan Mahatinggi turun ke langit dunia. setiap malam ketika tinggal sepertiga malam yang akhir dengan berfirman, 'Siapakah yang mau berdoa kepada-Ku lalu Aku kabulkan? Siapakah yang mau meminta kepada-Ku lalu Aku kabulkan? Siapa yang mau meminta ampun kepada-Ku lalu Aku ampuni..'"

Dari Aisyah r.a katanya: “Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam itu berdiri untuk bersolat malam, sehingga pecah-pecah kedua tapak kakinya. Saya berkata kepadanya;” Mengapa Tuan mengerjakan sedemikian ini, ya Rasulullah, padahal sudah diampunkan untuk Tuan dosa-dosa Tuan yang dahulu dan yang kemudian?” Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam lalu bersabda, “Tidakkah saya ini wajar menjadi seorang hamba yang banyak bersyukur.” (Muttafaqun ‘alaih)


di dalam Quran juga dinyatakan oleh Allah SWT, 
Orang-orang yang bertaqwa itu sedikit sekali tidurnya di waktu malam. Di waktu menjelang fajar pagi, mereka itu berdoa memohonkan pengampunan dan dari sebahagian hartanya dijadikan hak yang diberikan pada yang meminta dan yang kekurangan.” [Surah Az-Dzaariyaat: 17-19]

jadi tidak kah kamu berfikir ?

ketika balik cuti musim panas lalu,aku menonton satu program tv , TANYALAH USTAZ . dalam episod nya kali itu, beliau menyatakan rumah orang yang bangun solat malam , kelihatannya seperti bintang bintang yang bersinar terang dari pandangan penghuni langit. subhanallah. lihatlah betapa indahnya perumpamaan itu.

sebenarnya terlalu banyak keistimewaan bangun solat malam dan tidur yang sedikit, kalau lihat dari sejarah lalu, banyak tokoh terbilang seperti Sultan Muhamad Al Fatih , Salahudin Al Ayubi dan lain lain lagi , menjadikan solat malam sebagai kunci dan kekuatan utama bagi mereka. kalau tak hengat pergi beli buku sirah

Maaf, bebelan sudah sampai masanya. Akhir kata, kalau nampak kawan kawan yang duk stay up sampai subuh semata nak main game or study burn midnight oil konon , suruhlah dia solat sekejap, bukan lama pun, dua rakaat , insyaAllah lebih berkat .. :) jzkllah..