![]() |
| manusia seni. -akhawat- |
Bakat
atau
rupa
...atau keduanya.
sinisnya mata mereka.
memilih yang berupa dari yang berbakat.
dan yang berbakat,
jalanan menjadi pentas.
tiada sorakan.
tiada tepukan.
kaku,
memetik kod-kod gitar mengisi heningnya sebuah lorong di kesesakan lalu ramai.
Dunia gegak gempita, tetapi terasa bisu kerana dia dalam dunianya.
sungguh,bakatnya tiada ternilai.
tapi sayang,
rupanya tiada.
Yang berupa, dijulang-julang,
dipuji dan diberi pingat.
sadis bukan.
dan ya, aku tiada rupa, hanya mengharapkan semoga ada sedikit bakat,
untuk ku teruskan kehidupan.
"...dan Dia mengangkat darjat sebahagian kamu di atas yang lain, untuk mengujimu atas kurnia yang diberikannya kepadamu......" Al An'am :165
~SR 30122011~
sebelum menutup tirai 2011, layaknya dihadiahkan bait rantai kata. Hadiah untuk tahun kedua blog ini bersama saya.
Ini bukan puisi, kerana saya bukan pemuisi.
atau boleh digelar, seni? mungkin apa saja.
Mengagumi manusia seni, belum cukup menjadikan saya salah satu antara mereka.
kekangan bahasa barangkali?
saya tidak reti. Menulis bahasa yang 'lepas' untuk dirangkapkan.
mereka kata jangan hipokrit dalam sajak.
sehingga 'jadah, bajingan, sialan' digunakan ,
katanya melontarkan rasa hati,
agar tiada bersisa.
tapi saya tak boleh.
entah.
tidak terluah.
sejak disentuh tarbiyyah,
lembut menyemai benih insaniah, akhlak islamiyyah,
dalam diri,
sebaik mungkin, mahu menjadi layaknya akhlak
manusia lindungan awan itu.
Ar Rasul Qudwatuna.
:')
walaupun saya bukan hasil produk tarbiyyah terbaik.
oleh itu, maafkan saya,
saya bukan pemuisi yang hebat.
sekadar contengan buruk kepingan papan.
mungkin dakwah ini tidak perlukan saya,
tapi saya perlukan ia.
untuk bernafas.
tsumma Alhamdulillah.
*senyum segaris*
p.s : saya masih membaca karya manusia-manusia seni, kesukaan . :)
