![]() |
| Allah, ajarkan aku menjadi hamba. |
Tanyakan pada diri, sudah berjayakah kita mendidik jiwa menjadi hamba?
maksud saya,
hamba yang sebetul-betul hamba.
layaknya seorang hamba yang sentiasa sujud dahinya di tanah.
tanah kotor debu lumpur hitam lekit.
sedarkah kita?
lumpur hitam pekat.
yang mana Iblis sendiri tidak rela mahu tunduk menyembah pada makhluk yang dipandang hina ini.
tetapi atas kerana kesucian ruh yang ditiupkan Tuhan,
makanya darjat Adam diangkat,
dan ditarbiyyah sendiri oleh Tuhan seluruh malaikat.
sungguh,
Betapa susahnya mahu menyedarkan jiwa ini bahawa ia adalah seorang hamba.
Kadang-kadang saya rasa, betullah,
memang kita perlu di'jatuh'kan ke tanah , tidak cukup dengan itu, Allah mahu kita tersembam sungkur lagi,
sesuai dengan hakikat diri.
agar jiwa itu kembali.
kembali ke tempat asalnya Cinta.
bukan merintih sahaja,
malah selitkanlah kerinduan padaNya.
lewat malam meniti sepi,
ada butir suci yang memadamkan api.
semoga,
jiwa itu adalah jiwa suci,
biar nanti tujuh awan bersorak ria menyambutnya pulang bertemu Rabbi.
~SR 05012012~

