Sunday, 18 March 2012

Seandainya Futur

Bismillahirrahmanirrahim..

Ombak masih tegar memukul pantai, camar berterbangan menghiasi dada langit senja yang kemerahjinggaan, sedang bayu pula mengalunkan zikir yang tidak pernah henti memuji asma Yang Tertinggi. Indah, Harmoni. Seluruh alam seakan bisu mendengar melodi yang menenangkan jiwa ini.

Bila hati mula merasa resah, dan kosong tanpa ruhi, tahukah kamu wahai diri? Ia sedang merindukan Al Khaliq ? Itu adalah frekuensi cinta dari makhluk yang bernama hati. Zalimlah diri jika masih mengisi hati dengan jahiliyyah dan bahan yang menjauhkan hati itu dari kembali kepada Tuhan yang menciptakannya.

Agak kekok menulis lagi di sini, bukan menyepi, tetapi kebutuhan untuk aku menyantuni setiap jiwa lebih menuntut aku di medan amal. Aku mahu jadi murobbi dan dai'e sepenuh masa, bukan hanya blogger sepenuh masa. Harus mengajar jiwa untuk berkorban, untuk beramal dengan fikrah dan ilmu yang telah diisi, agar nanti tulisan yang sedikit sahaja juga bisa menyentuh ruhi. Kerana itu, dai'e tidak hidup dengan tulisannya, tetapi ia hidup dengan amal yang tidak pernah berhenti mengalir, hingga meresapi dalam setiap kata, tulisan,perbuatan, jiwa, dan fikirannya.

Jika futur sedang menghiasi diri, ingatlah kembali, saat pertama jiwa disentuh, tidak kah kamu begitu bersemangat untuk mengubah diri ? lantas mengubah dunia dan keadaan ummah kita? Carilah kembali hati yang penuh himmah yang tinggi itu. Dekatilah mad'u-mad'u mu, nescaya akan kamu temukan semangat dalam diri mereka. Santunilah mereka, amalkan ilmu dan kongsikan dengan sahabat. Jagalah mutabaah amalmu, janganlah kefuturan mengurangkan kuantiti ibadah, seharusnya harus lebih dipertingkatkan lagi. Biar kualitinya mungkin tidak sama seperti ketika kamu sedang berjiddiyah tinggi, namun diri masih tetap berusaha untuk menjaga hubungan dengan Ilahi. Moga nanti ada kurnia Tuhan atas kesabaran kamu dalam ujian itu nanti.

Kerja kita masih banyak, lihatlah sekeliling, budak kecil diculik lalu dibakar, anak gadis dan pemuda berpeleseran, bayi-bayi kecil yang tidak berdosa ditemui dalam keadaan menyedihkan. Beginikah ummah yang mahu kita lahirkan? Kita tiada masa untuk hanyut dalam kefuturan, kerja-kerja pengislahan dan pentarbiyyah harus bergerak lebih deras dari arus jahiliyyah. Dakwah adalah suatu kerja yang besar, dan ia akan terus bergerak, sama ada kita bersamanya, atau tanpa kita bersamanya.

Ingatlah,

Seorang pemain bola akan dipanggil bodoh jika sibuk membuang kemuncup di stoking sehingga terlupa peranannya di atas padang sebagai seorang pemain bola. Boleh jadi kumpulannya kalah disebabkan sikapnya itu.

Seorang driver dipanggil bodoh jika sibuk menghalau lalat dalam keretanya sehingga terlupa dia sebenarnya sedang memandu. Boleh jadi juga kemalangan disebabkan sikapnya itu.

Sama juga dalam apa jua pekerjaan sekalipun.

Seorang daie boleh dikira bodoh jika berputus asa dan futur disebabkan:
- merasa tidak dihargai
- irihati dengan kawan
- diuji dengan pelbagai ujian
- dan lain-lain perkara yang mengganggu tugas dakwahnya.

Semoga kita tidak bodoh, dan boleh membezakan yang mana lebih utama dalam kehidupan.
~Orang yang buat kerja besar, takkan terganggu dengan kerja kecil~
(sharing dari status seorang sahabat)

Banyak masanya dalam hidup ini, kita yang perlu mengejar tarbiyyah;
 bukan cuma menunggu tarbiyah berlari mendekati kita. 

Dan saat kita merasa hati semakin memberat bila berada di jalan ini, 
ketahuilah itu tandanya jahiliyyah kembali merajai diri.

Satu hakikat yang kita perlu mengerti:
Tarbiyyah jarang sekali meninggalkan kita,
Kita yang sebenarnya selalu mengkhianati tarbiyyah itu sendiri.

Yang menulis untuk mengingatkan diri,
syafiqah
0454
Beijing,China

Monday, 12 March 2012

Penulis dan Cinta

Bismillahirrahmanirrahim.

Aku jatuh cinta sama bahasanya.

lembut, indah,
susun kata, gaya bahasa,
dan sastera.

Tambah indah jelita bila dipadankan dengan bahasa iman dan neraca Islamiyyah.

Itu,
Bahasa Indonesia.

********

Sesiapa sahaja bisa jadi penulis berjaya,
yang bukunya laris dijual peminatnya ribuan ramai.
tapi tidak semua bisa jadi penulis terbaik.
sekurangnya, bukan mata aku yang dikaburkan.

bagi aku,
penulis terbaik itu adalah mereka yang halus jiwa, walau terkekang kosa katanya.
penulis terbaik itu adalah mereka yang luas pengalamannya, walau hidup berkalang tanah berulamkan lelah,
tidak disaji dengan hujan emas dan juga kepingan kertas nilai.
penulis terbaik itu, bisa membawa kita menghayati kehidupannya, menyelusuri pemikirannya,
lalu terpacul satu kata,

"SubhanaAllah!"

Dia mungkin seorang pencopet, seorang pekebun, seorang penjaja , mahupun seniman jalanan, yang hari-hari mereka tidak lain hanya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. atau apa saja.Mungkin dia, yang kau hina, yang kau jelir bila memandang, tapi hati manusia, siapa yang memegang? engkau atau Tuhan?

Sungguh,
hidup ini perlu diberi erti.
erti yang beda.




Ingin berjaulah ke bumi Indonesia. Jika Tuhan izin, mahu belajar sastera di sana. InshaAllah.

semoga,
semoga.

Friday, 2 March 2012

Gadis Matahari

Bismillahirrahmanirrahim..

Kerana dalam redup sinar matamu,
aku terbias Tuhan.
--hampir sekali.

Pagi tadi subuh,
menghantar kakak naqibah pulang ke negara matahari terbit.
diiringi salji renyai di musim bunga.

Aku senyum sahaja.
tidak terluah.

Ini adalah perpisahan kami.
Perpisahan kerana Allah tentunya.

Dia akan pulang ke Malaysia untuk kebaikan.
dan akhir, kami perlu bersedia berganti murobbi.

dan dia,
akan meneruskan perjuangan di medan realiti.
Medan yang 'menumbangkan' betapa ramai dai'e-dai'e yang dahulunya bergerak kencang di jalan ini.

Menakutkan.
tapi itulah hakikat perjuangan.

Doakan kami kuat di sini ye kak?
Menjadi assabiqun awwalun di waqi'e yang baru di'buka' bukan senang.
diulang,
#BUKAN SENANG.

tapi tak mustahil, inshaAllah biidznillah.
madrasah tarbiyyah yang baru dibina selama dua tahun,
semoga melahirkan golongan qaidah sulbah seperti acuan Al Quran.

dia, yang datang bersama matahari.


Langit dhuha mendung di luar,
sedang hati aku hujan di dalam
belum sempat mutiara jernih jatuh di bumi
ia lantas bertukar menjadi bunga,
bunga salji.

lalu aku mengerti,
dia adalah hadiah dari Ilahi.
seperti salji adalah nikmat untuk bumi tandus di sini.
#jiwa tandus tanpa tarbiyyah.
terima kasih Tuhan,
sebab hantar dia.

sayang kerana Allah,
Beijing,China
02032012


oh ya, kami berkongsi nama yang sama.
*sebakrindu*