Monday, 23 April 2012

Sakura dan Cinta

Bismillahirrahmanirrahim..

Ini aku.
aku seorang pemimpi, 
kadangkala aku berjalan di tanah,
kadangkala aku berlari ke gunung,
kadangkala aku terbang di langit,
kadangkala aku juga menyelam di laut.
itu aku.

Untuk meneruskan perjalanan,
yang aku mahu,
bukan pemimpi seperti aku,
yang aku ingin,
adalah dia yang sentiasa celik dan berjaga dalam sedar,
untuk menarik aku kembali ke bumi,
ketika aku asyik melayang di langit hingga terlupa,
bahawa aku sebenarnya milik bumi.
untuk membimbing aku,
bahawa syurga itu 
perlu kan pengorbanan jiwa dan tenaga.
Dunia ini,
adalah untuk berpenat lelah.
kerana kerehatan kita yang sebenar,
adalah saat kaki melangkah ke dalam Jannah.

Iya.Definisi kita berbeza.

Andai sudah tiba masanya, 
pasti Tuhan menemukan kita.

Menyayangi adalah untuk saling tarik ke syurga, bukan ke neraka. 
Jadi, tolong dia, 
menjaga hatinya.

Stay calm. and focus. 
Dakwah dan tarbiyyah.


0154
Beijing,China


Saturday, 21 April 2012

Senyum

Bismillah..

Kau tersenyum membaca tulisanku,
padahal aku menulis kerana membaca senyumanmu.
-(karuzunique)



"Sungguh, penciptaa langit dan bumi itu lebih besar daripada penciptaan manusia, akan tetapi kebanyakan manusia itu tidak mengetahui."
(40 : 57 )

I wonder,
Mungkinkah Tuhan ciptakan langit senja dan senyuman ibu dari bahan yang sama?


Selamat Hari Lahir Ibu.

20042012



:')






Ini Kisah Hidup

Bismillahirrahmanirrahim.


yang ku kutip bukan indah,
yang ku mahu bukan angkut,
tetapi adalah pengalaman,
buat ku simpan dalam kocek.
untuk bekalan perjalanan.

kerana aku percaya,
setiap foto punya cerita di dalamnya.
lalu aku mahu jadi pengembara,
yang bermusafir dengan lensa.
(click untuk koleksi-mata-kasar)



tsumma Alhamdulillah.