Saturday, 31 May 2014

The Unknown Hero

Bismillahirrahmaanirraheem.

Orang-orang yang baik yang bertaqwa yang tak dikenal, bila mereka tidak hadir tidak dicari-cari, dan jika mereka hadir, mereka tak dikenali orang. (HR Tirmidhi)

halaman 16, Madrasah Tarbiyyah HAB

Ukhti, simpan amalmu biar tidak terlihat oleh manusia lainnya.
tidak perlu engkau menyatakan agar mereka tahu betapa engkau telah bersusah payah berusaha untuk melaksanakan amal itu.
Dan tidak perlu juga engkau meyakinkan mereka sesungguhnya engkaulah yang paling banyak berbuat kerja.

kerana tarbiyyah ini tidak mengajarkan kita meraih pujian dan terima kasih dari manusia, ukhti.

"imbalanku hanyalah dari Allah."- Zulqarnain (Al Kahfi)

Mari kita belajar, menjadi perajurit yang tidak dikenali, baik ketika berperang, mahupun ketika meraih kemenangan.

semoga kesibukan dan kepenatan tidak sampai melesukan semangat kita di jalan ini.

Allah hafeez
31052014
oh entri pertama untuk tahun 2014.
agak kaku di sini. abaikan.

tulips untuk musim bunga terakhir. 


Saya rindu.

Thursday, 26 December 2013

Pemberani

Bismillahirrahmanirrahim..
"We realise the importance of light when we see darkness."
Perempuan Pemberani : Malala


Hidup memerlukan keberanian,
berani untuk hadap realiti hari-hari.
-harga minyak naik gaji tak naik-naik
-kerja-assignment yang tidak berpenghujung
-harga rumah melambung aku masih menyewa
-duit makan pakai keluarga hari-hari?

dan seterusnya.

Kau fikir untuk mati sahaja yang perlu berani?
Salah.
untuk hidup,
kau perlu lebih berani.

Berani buka mata setiap hari
dan terima kondisi hidup kau masih begini.

untuk bangkit dan pikul semula beban yang kau tinggalkan
sekejap tadi malam
dan teruskan lagi berlari

menuju Tuhan.


Syafiqah, 26122013
beijing,china

p/s : Dakap erat hujung disember.
dengar kata tahun 2014 bakal naik lagi harga.

Wednesday, 25 December 2013

Aku tahu kau membaca

Bismillahirrahmanirrahim..

Perkara terbaik bagiku sepanjang hidup adalah berada di jalan ini, bersama-sama manusia yang berhati indah, menuju Tuhan yang penuh cinta. - Syafiqah-


"Pernah tak kau rasa, kenapa Allah masih meletakkan kau di jalan ini, walau kau rasa dosa kau sudah menggunung, dan sudah tidak layak langsung memegang gelaran dai'e, tapi masih lagi Allah terus memilih kau dari hari ke hari, pernah?"

dan kenapa?

Pertama dan sungguh yang utamanya, tentulah kerana kasih dan rahmannya Tuhan, yang tidak pernah berganjak walau seinci walaupun berkali-kali taubat kau nodai.

dan yang kedua, aku rasa, adalah kerana ada golongan manusia yang berhati suci, Allah hantarkan pada kau sama ada kau kenal atau tidak, pernah jumpa atau tidak, untuk mendoakan kau. Mungkin dari awal perjalanan, mungkin di tengah-tengah, sampailah ke hari ini kau berdiri, atas doa-doa mereka yang paling diam, dan paling ikhlas.

SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahuakhbar,

kata terima kasih dan syukur menjadi terlalu kecil apabila berhadapan dengan manusia-manusia langit sebegini. Aku kira, mereka adalah persis malaikat penjaga, yang selalu menabur doa dalam senyap, ketika melihat jatuh bangun kau yang berusaha menjadi hamba Dia.

Aku tidak tahu ada berapa orang yang sudi mendoakan aku, dan sungguh, aku tidak layak sebenarnya mahu meminta didoakan, sebagai hamba yang paling hina, banyak dosa ini, aku cuma mampu meminta pada Tuhan, pada rindu-rindu yang tersimpan dalam kelopak doa akhir sujud dan setiap tadah tangan, untuk dijagakan mereka, diredhai setiap amalnya, diampunkan segala dosa, dan diberi syurga tertinggi di sana. Iya, kalian yang membaca, walau aku tahu kita tidak pernah berjumpa.

Wahai hati-hati indah yang membaca,
aku masih berdiri di sini atas kerana kasih Tuhan dan doa kalian,
Wallahi, andai nanti ketemu di akhirat,
minta Tuhan berikan aku sedikit waktu,
untuk aku ucapkan terima kasih satu persatu.

atau paling tidak,
biarlah ada pahala aku yang sedikit ini dapat dikongsi bersama kalian.
moga-moga Allah melihat kita dan tersenyum
dan moga kita diampunkan.

Allahumma Aaamiin.

Mohon maaf untuk semua tersalah silap, terkasar bahasa, dan atas segala qudwah yang tidak mampu dijaga lagi.

Aku masih lagi seorang hamba yang ingin dicintai Tuhannya.

Moga Tuhan kasih,
moga Tuhan ampun.

Terima kasih sekali lagi,Tuhan,
untuk manusia-manusia langit yang Kau hantarkan,

menghampiri akhir Disember,
Syafiqah, 25122013
Beijing, China.