Sunday, 20 February 2011

Buat Sahabat :)

In the name of Allah..

Assalamualaikum semua. :)
Maaf ya. belakangan ni memang ada benda nak update,tapi keputusan idea nak menaip. Haih. kenapa ea? Astaghfirullahalazim.. kadang-kadang ada rasa yang menghasut jangan buat camni, tak payah buat camtu. padahal benda tu kan ibadah/bermanfaat untuk orang lain. teruk nye :(  isk.isk.isk..

Hmm..bagi mengembalikan semangat juang tu, saya akan berangkat untuk Jaulah Gyeoul Gathering (winter gathering) di Korea, petang nanti. InsyaAllah, balik dari sana, saya akan kongsi kan apa yang saya nak tulis aritu ye :) Doakan kami! supaya terus kuat berjuang di atas jalan Allah pilih ini :)
Para sahabat, baik kenal diri saya di alam nyata, atau di ruang blog/fb, saya ucapkan ribuan terima kasih pada kamu semua.. kamu lah penguat semangat saya untuk terus menulis/berjuang sehingga hari ini. Mudah-mudahan Allah membalas kebaikan kalian dengan ganjaran yang lebih baik dari sisi-Nya. InsyaAllah.. ^^  doa saya tidak putus buat anda anda anda dan anda semua :)
Ingat ya, Allah pilih kita kembali ke jalanNya, pasti kerana Dia mencintai kita. dan kerana dambakan setitis cintaNya itu, marilah kita sama-sama mengejar kemanisan iman!

Kata-kata Zainab Al-Ghazali, "...Hidup ini terlalu singkat untuk menjadi orang biasa...". Perlu jadi yang luar biasa untuk mendapat tempat yang luar biasa di akhirat kelak!

and quotes ini saya tujukan buat sahabat-sahabat semua,
"Sahabat yang baik pasti akan mengajak kita melakukan perkara yang baik-baik sahaja. Mungkin satu ketika kita merasakan betapa mereka ini seperti menyekat kebebasan kita, tetapi hakikatnya ialah mereka hanya menyekat DOSA-DOSA kita.
Itulah tanda cinta dia terhadap kita."
:)

terimakasih adik liyana :)

till then,
다음 시간에 봐요 !! 
下次再见
:)

Thursday, 17 February 2011

20 = 1

Bismillahi...



"selamat hari lahir piqah,ibu & ayah doakan yang terbaik untuk piqah. semoga panjang umur murah rezeki dan diberkati Allah hendaknya. " 

pesanan ringkas itu mengisi ruang fikiran..
kata-kata doa itu sudah cukup buatku.
yang sentiasa akan merindui ibunda dan ayahanda di sana.

Allah.. janganlah Kau ambil aku sebelum sempat aku melafazkan kata cinta buat mereka,
Allah.. berikan aku peluang melaksanakan tanggungjawab aku kepada mereka, walau mungkin sedetik cuma..
Allah..kasihi mereka sebagaimana mereka mengasihi diri ku yang hina..
Allah.. jauhkan azab api neraka dari menyentuh tubuh tua mereka..
Allah.. bahagiakan mereka dengan cahaya iman hingga ke syurga..

Beranjak ke angka 2 .

apa bakti aku kepada dunia?
di hadapan mereka ku ulumkan senyuman, gembira barangkali..
tetapi apabila ku berdiri seorang,
melihat kembali bekas tapak kaki yang ku tinggalkan di belakang..
semakin terpadam tanpa meninggalkan kesan..
apa mungkin pengakhir aku juga begitu?
TIDAK! Allah...jangan biar aku 'pergi' sia-sia!
aku tidak ingin menjadi 'bahan lebihan dunia'!

Zaid bin Thabit , seawal umur 13 tahun, sudah berkobar-kobar mahu menyertai perjuangan jihad fi sabil lillah bersama para sahabat di medan Badar.. walau ketinggian pedang itu melangkaui paras diri nya.
Dan beliau juga penulis wahyu Kalamullah di usia yang muda, dengan 17 juzuk kitab suci tersemat di dada.

tetapi aku??
apa aku telah sumbangkan untuk agamaku? untuk Allah??
TIADA.
:'(

20 tahun aku 'tidur' yang lena.. baru tersedar tanggungjawab yang digalas cukup berat.
Namun, Allah masih teguhkan kaki ini untuk terus berdiri, melangkah menyempurnakan tujuan penciptaan . InsyaAllah..
"manusia itu harus mengenal dirinya, baru boleh mengenal Penciptanya."
diri ini ibarat di'lahir'kan semula.

Selamat Ulangtahun Kelahiran yang 'PERTAMA', syafiqah. 

usia mu baru setahun,perjalanan ini masih jauh.
bersiap sedia lah.

Dari Abu Barazah A-Islami berkata, Rasulullah saw bersabda, "Kedua kakinya seorang hamba besok di hari kiamat tidak akan terpeleset sehingga dia ditanyai tentang empat hal:
(1) Tentang umur, untuk apa umur itu dihabiskan.
(2) Tentang ilmu, untuk apa ilmu itu difungsikan.
(3) Tentang harta benda, dari mana harta benda itu diperoleh.
(4) Tentang kondisi tubuh, untuk apa kenikmatan itu digunakan." (HR Tirmidzi dan berkata: hadis tersebut Hasan-Sahih)

"Dan Kami akan hadapkan segala amal yang mereka kerjakan, lalu Kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yang berterbangan." Al Furqaan :23

Allah... ;'(


Nauzubillahiminzalik..Aku memohon perlindungan dariMu ya Allah..
semoga diri ini terus istiqomah memohon hidayah, memperbaiki diri, menjauhi perkara munkar..
semoga juga para sahabat terus dikurniakan cahaya taufiq dan terus tsabat di jalan ini..
bangkitlah! sedar dari 'tidur' yang lena..
agar tidak lalai lagi melihat kesengsaraan saudara di luar sana..
kuatkan kami ya Allah..
Aku ingin pergi dari dunia ini dalam keadaan Engkau meredhai ku..



p/s : terima kasih sahabat, Saadiah,Laili, Bieha,Syadini,Azrina,Najah,Hidayah,Kak Fara, Kak Syaf,Kak Nadia, Kak Liza,Kak Mag.. untuk nasi minyak, ayam masak merah, kek coklat. agar-agar, presents. Allah saja mampu balas kebaikan kalian :') terharu ni! *_*


p/s/s : Especially for my dear WAN SITI KHAIRUNNISAA...that was such a lovely wishes! pika terharu sangat baca tahu tak! siap ada gambar edit lagi. ^^ haha. comel sangat. terima kasih tak terhingga wan.. ;') sahabat dunia akhirat lillahitaala.. insyaAllah.. wan selalu di hati pika tau? :)


p/s/s/s : berapa banyak 's' da.. untuk roomate tersayang, sahabat baik ku.. Wanny Rahman. Nor Amalina.. sangat terimakasih pada korang. maaf susahkan korang kat malaysia. cepat-cepat balik tau! ^^
and pada kawan-kawan yang wish kat FB.. terima kasih tak terhingga.. :) walau mungkin tidak pernah bersua muka, tapi harapnya dengan ikatan saudara muslim. saya juga akan doakan kalian semua semoga diberkahi Allah taala. :)

Monday, 14 February 2011

Istiqomah lah wahai Hati.

Bismillah... In the name of Allah..

Pemilik cinta hati ini hanya lah Ilahi. :)


             Hati adalah sumber kebaikan dan keburukan seseorang. Bila hati penuh dengan ketaatan kepada Allah, maka perilaku seseorang akan penuh dengan kebaikan. Sebaliknya, bila hati penuh dengan syahwat dan hawa nafsu, maka yang akan muncul dalam perilaku adalah keburukan dan kemaksiatan.

             Keburukan dan kemaksiatan ini boleh datang kerana hati seseorang dalam keadaan lengah dari zikir kepada Allah. Ibnul Qoyyim al-Jauziyah berkata, " Apabila hati seseorang itu lengah dari zikir kepada Allah, maka syaitan dengan serta merta akan masuk ke dalam hati seseorang dan mempengaruhinya untuk berbuat keburukan. Masuknya syaitan ke dalam hati yang lengah ini, bahkan lebih cepat daripada masuknya angin ke dalam sebuah ruangan."

              Oleh sebab itu, hati seorang mukmin harus sentiasa dijaga dari pengaruh syaitan ini. Iaitu, dengan sentiasa berada dalam sikap taat kepada Allah swt. Usaha inilah yang disebut dengan ISTIQOMAH.

               Imam al-Qurtubi berkata, " Hati yang istiqomah adalah hati yang sentiasa lurus dalam ketaatan kepada Allah, baik berupa keyakinan, perkataan, mahupun perbuatan. " Lebih lanjut beliau mengatakan, " Hati yang istiqomah adalah jalan menuju keberhasilan di dunia dan keselamatan dari azab akhirat. Hati yang istiqomah akan membuat seseorang dekat dengan kebaikan, rezekinya akan dilapangkan dan akan dijauhkan dari hawa nafsu dan syahwat. Dengan hati yang istiqomah, maka malaikat akan turun untuk memberikan keteguhan dan keamanan serta ketenangan dari ketakutan terhadap azab kubur. Hati yang istiqomah akan membuat amal diterima dan menghapus dosa. "

                 Ada banyak cara untuk mencapai hati yang istiqomah ini. Di antaranya, : Pertama, meletakkan cinta kepada Allah swt di atas segala-galanya. Kerana, dalam kehidupan sehari-hari kita sering mengalami masalah(keliru) di antara kepentingan Allah dan kepentingan makhluk ( orang tua, guru, teman, saudara, atau yang lainnya. ) Apabila kita lebih mendahulukan kepentingan makhluk, maka kita belum meletakkan cinta Allah di atas segala-galanya. Padahal, Allah swt telah menegaskan bahawa siapa yang lebih mencintai sesuatu selain Allah, maka ia akan tersiksa dengan rasa cintanya itu. Siapa yang takut selain Allah, maka ia akan dikuasai oleh rasa takutnya itu. Siapa yang sibuk selain Allah, maka ia akan mengalami kebosonan dan siapa yang mendahulukan yang lain daripada Allah, maka ia tidak akan mendapatkan keberkatan dari-Nya.

                Kedua, membesarkan perintah dan larangan Allah. Membesarkan perintah dan larangan Allah harus dimulai dari membesarkan dan mengagungkan pemilik perintah dan larangan tersebut, iaitu Allah swt. Allah swt berfirman dalam ertinya, " Mengapa kamu tidak percaya akan kebesaran Allah." Ulama dalam menafsirkan ayat ini mengatakan," Mengapa kalian tidak takut akan kebesaran Allah? " Membesarkan perintah Allah di antaranya adalah dengan menjaga waktu solat, melakukan nya dengan khusyuk, memeriksa rukun dan kesempurnaannya serta melakukan secara berjemaah.

                 Ketiga, sentiasa berzikir kepada Allah. Zikir adalah wasiat Allah kepada hamba-hamba-Nya dan wasiat Rasulullah saw kepada umatnya. Dalam sebuah hadis qudsi Allah swt berfirman, "Barangsiapa  yang mengingat-Ku di dalam dirinya, maka Aku akan mengingatnya dalam diri-Ku. Dan barangsiapa yang mengingat-Ku dalam kesibukan, maka aku akan mengingatnya dalam kesibukan yang lebih baik darinya. " (HR Bukhari)

                 Keempat, mempelajari kisah orang-orang soleh terdahulu. Hal ini diharapkan agar kita mengambil pelajaran daripada mereka. Bagaimana kesabaran mereka ketika menghadapi ujian yang berat, kejujuran mereka dalam bersikap, dan keteguhan mereka dalam mempertahankan keimanan. Allah swt berfirman," Sungguh dalam kisah-kisah mereka terdapat ibrah (pelajaran) bagi orang yang memiliki akal,..."

                Kelima, sentiasa berfikir tentang kebesaran ciptaan Allah. Allah swt memiliki ciptaan yang indah dan besar. Dengan memikirkan ciptaannya diharapkan dapat menyedari betapa besar kekuasaan Allah terhadap ciptaan-Nya itu. Allah swt berfirman," Wahai manusia, telah diberikan kepada kalian beberapa permisalan, maka dengarkanlah (perhatikanlah) permisalan itu. Sesungguhnya orang-orang yang engkau seru selain Allah, mereka tidak akan mampu untuk menciptakan lalat, meskipun untuk melakukannya itu mereka berkumpul bersama..."

                Demikianlah beberapa hal yang akan membawa kita kepada hati yang istiqomah. Dan mudah-mudahan kita akan mendapatkannya.

                  Sampaikanlah kepada kawan-kawan semoga sama-sama kita mendapat pengajaran. semoga kita semua mendapat keredaan Allah swt. Insya-Allah.

p/s : Dalam melangkah terkadang kita akan tersadung, tetapi jangan disebabkan sekali itu, kita lepaskan perjalanan yang masih jauh tersebut. Futur, memang tidak dapat dielakkan. tapi sabar lah, Allah sentiasa menemani, menuntun kita dalam setiap langkah. Hulurkan tangan, maka Dia akan membimbingmu hingga ke penghujung jalan. ;)

"Qul aamantu billah summastaqim" -
Katakanlah aku beriman kepada ALLAH kemudian beristiqomahlah-