Thursday, 25 August 2011

Matahari di Celah Awan

Bismillah..

Tahu apa salah satu keistimewaan Ramadhan?
Bila kamu berdoa, Allah akan bagi terus. highlight di situ. #TERUS#

Alhamdulillah, Alhamdulillah...
semalam hati merintih mahu kembali padaNya,
petang itu juga Dia bukakan pintu jalan,
dan sentap, terus ke hati.

''Pengalaman mengajar kita erti hidup nak, makcik pernah lalui macam macam dalam hidup ni, pernah terlalu miskin sehingga menumpang di rumah orang, tapi makcik tak pernah menyesal. Sentiasa lah buat kebaikan, kerana Allah akan balas kebaikan itu, lambat atau cepat, tetapi ia PASTI berlaku. Makcik dah pernah laluinya. dan betul ,Allah sentiasa melihat kebaikan walau sekecil kecil perkara sekalipun,."

Saat tersedar, seakan dunia berputar,
jiwa mereka yang diuji sentiasa 'hidup'kerana mengingati Tuhannya,
terhenti, menilai, sejauh mana tarbiyyah berjaya menjadikan diri ini seorang hamba yang patuh taat pada Tuhan?
Sering sahaja aku berada dalam zon selesa, sehingga alpa kepada mereka di sana.
Jiwa mati, kerana keringnya air mata.
Astaghfirullahalazhim....

"Dan kamu tidak dapat menghendaki ( menempuh jalan itu) kecuali apabila dikehendaki Allah, Tuhan seluruh alam." (At Takwir : 29)

selalunya diri ini berada  di tahap rendah yang amat, bukan rendah diri yang tawadhu',
depressed? mungkin.
tapi bila fikir balik, sungguhlah tak bersyukur diri ini, Allah dah beri macam macam nikmat tapi diri masih nak mengeluh tidak cukup. munafik kah ? ;(
nauzubillahiminzalik..

Jadi diri sendiri.
sedang berusaha ke arah itu.
Setiap dai'e punya sentuhan berbeza kan? hati-hati yang disentuh mungkin juga akan merasakan cinta yang berbeza. MashaAllah..
:')

Alhamdulillah. pagi tadi selesai menghabiskan bacaan Quran.
Perasaan itu seperti pertama kali, selepas diri mengenal apa itu tarbiyyah,
ibarat jiwa yang dilahirkan semula, mencari cinta Tuhannya.

Jika kita mahukan kebaikan dan hidayah, Allah akan menghantar hamba-hambaNya untuk membantu kita. Setiap kali itu juga lah sahabat akhawat , tidak jemu menghulur perhatian, dan semangat. Allah telah memilih kita, jika kita masih mahu menolak , apa lagi yang akan tinggal bersisa?

Pernah tak kita mencintai seseorang sepenuh hati, sehingga sanggup memberi apa sahaja kepadanya, tetapi dia tidak mencintai kita, malahan menjauhkan diri dari kita terus?
ya, itulah bagaimana Allah rasakan bila kita mahu menjauhkan diri dari rahmat kasihNya, yang kalau  dihitung, mahu habis seluruh lautan menjadi tinta.

Ukhti fillah tercinta, Syahirah, jazakillah kheir , hanya Allah mampu membalas segala kebaikan yang kamu lontarkan. Maaf atas salah silap diri ini. Pertemuan kita pertama kali seakan membuka kenangan berpuluh tahun lamanya. Kamu sangat istimewa tahu ? ;') syukran atas coretan nasihat kamu.

#Buat diri ini dan si srikandi islam yang kini berada dalam kebisuan yang nyata.


Mahukah kau lihat bertambahnya anak-anak yatim yang membutuhkan sentuhan-sentuhan sang murabbi?
Mahukah kau lihat terbiarnya si miskin yang ternanti-nanti bekalan ruhi dari si kaya yang tak mahu menjalankan tanggungjawabnya?
Sanggupkah kau lihat singa-singa terus-terusan dijinakkan menjadi kijang-kijang pengecut?
Sanggupkah kau lihat anak-anak Palestin tidak punya teman dalam perjuangan mereka?
Sanggup kau sia-siakan perjuangan mereka?
Apakah kau mahu digelar ahli ibadat yang bermain-main?
Atau kau sangka kau sudah punya jawapan di saat kesaksianmu di hadapan Tuhanmu dipersoalkan?


Bangunlah ansarullah.
Bangunlah dan kejarkan gelaran syuhada.


Bangunlah jundullah.
Tidakkah Kau rindukan kekasihMu?
Kejarlah Dia. 
Biar lelah,
Asalkan perjuanganmu menjanjikan pertemuan denganNya.


Bangunlah asadullah.
Darah panas yang mengalir dalam tubuhmu ingin sekali menjadi saksi kemenangan islam dan kesyahidanmu.


Hidupkan hamasah itu kembali.
Kerana Dia menanti di akhir perjuangan lelah ini.


Biar susah dan lelah,
asalkan di penghujung jalan ini Kekasih Hati menanti
agar terubat kerinduan di hati selama ini.


Hati yang ditarbiyyah kadang kadang mudah tersentuh dengan hal hal sesama manusia, sehingga ada yang sampai meninggalkan dakwah. Tetapi ingatlah, kita berdakwah bukan kerana manusia, atau atas suruhan naqibah, tetapi kita berdakwah kerana keredhaan Allah dan cinta pada ummah.. Jika dai'e sendiri tidak mencintai dakwah, bagaimana mungkin dia boleh menyentuh hati hati dengan cinta nya?

Lebih buat diri sendiri.
jika ada yang dapat manfaat darinya,
Alhamdulillah.
semuanya dari Allah.

Semoga ada rezeki bertemu Lailatul Qadr.

senyum segaris.

Tuesday, 23 August 2011

Bisu

Bismillah...

Pelik.
Cemburu mungkin.
kenapa orang lain semakin himmah tetapi aku, terlalu lemah.

Mungkin ada niat yang tersimpang, dan mungkin juga kaffarah kepada dosa-dosa,
sehingga futur menghias jiwa menebal  rasa.

Adakah ini 'penapisan' seperti yang disebutkan?
Allah memilih siapa yang Dia kehendaki , dan menghijabkan hidayah bagi siapa yang Dia kehendaki.
ya Allah.......

Pengisian-pengisian ruhi berlalu menjadi ilmu di akal, bukan fikrah di hati.
Jika kamu mahu aku menyebutkan satu satu, pasti aku dapat ungkapkannya tanpa ragu,
tetapi jika kamu bertanyakan padaku apa kesannya di hati ku,
terdiam.termangu, aku bisu.


Dai'e itu bertutur dalam bahasa cinta,bicara seiring amalnya.

tetapi aku? amalnya mungkin boleh dibilang.

pelik.memang pelik.
benarlah, antara manusia dan hatinya, cuma Allah yang boleh mengubahnya.

mohon doa.mencari kembali hidayah Allah.
at the end of the tunnel.

'Manusia yang tiada apa apa, tidak akan mampu  memberikan apa apa."

tidak mahu menjadi tin kosong, bunyinya lantang, tetapi isi nya tiada.

Wednesday, 3 August 2011

Ku temukan Dia

Bismillahirrahmanirrahim..

Malam barakah ketiga. 030811
mencari-cari di mana diri sebenar.
di sebalik tulisan.
di sebalik timbunan buku tarbawi yang menanti di baca.
ku temukan cintaNya di sana.

''Terima kasih Tuhan.
kerana hantar dia.
Terima kasih Tuhan,
kerana buka hati.''
-Fend. Contengan Jalanan.

Berkisar kisar di atas paksi yang sama.
Setiap cerita, setiap alur kisah perjalanan.
Tukang karut dan asbab yang berbeza, tetapi masih tetap sama.
kerana ini adalah Travelog Cinta paling agung.
Bahasa Cinta. Al Furqan.

Lemparkan walau dari cakerawala gemilang di luar alam,
tetap. dan pasti.
kepala yang sentiasa tinggi mendongak menjulang langit itu,
ia akan pulang tunduk sujud pada yang Satu.

ingin berkongsi sebuah puisi dari seorang ukhti, mashaAllah, sangat menyentuh hati. :')


Travelog Pemburu Cinta 1



Cinta,
ia bukan cinta pandang pertama.
Bahkan ia cinta yang telah lama mengikat.
diri.

Cuma,
barangkali kita lupa.
Mungkin pada dangkal fikiran kita.
Sesempit ruang dua biji mata yang melihat.
Sekelumit ruang gelombang dua telinga yang mendengar.
Dengan mata hati yang kian tumpul.
Kita jadi alpa,
hingga terputus cinta.

Namun,
bila habuk di jendela hati itu terkuis sedikit.
Sinar cahaya menerobos menerangi gelap kelam
ruang bernama hati.

Gegar, dan gegar.
Akan diri.
Bila tegak dibelakang , suara iman melaung
" Arrahmanir Rohiim "
Mengagungkan Pencinta segala Cinta.

Cinta siapa yang kuharap lagi ?
Jika dikumpulkan seluruh alam buana semesta,
Hanya sepersepuluh sifat rahmatnya.

Menagih kasih?
Ya, kasih ini yang perlu ku tagih.
sedang ku tahu ia tak mudah di raih.



harta yang paling berharga,hatta lebih mahal dari seluruh isi dunia. " Hidayah"

Berdoalah,
moga moga hati ini masih tetap berjuang memburu Cinta.
bukan sebarang cinta.Cinta pada Yang Esa.
tiada makna sebuah kehidupan tanpa cinta itu.
dan siapa lah kita tanpa Dia.
sedangkan Dia bisa berdiri di sana.Hebat. 
tanpa kita.
kan?