Wednesday, 29 February 2012

Sesuatu Yang Diberi Nama

Bismillahirrahmanirrahim..


Nuh belum tahu bahawa banjir nantinya tumpah
ketika di gunung ia menggalang kapal dan ditertawa

Ibrahim belum tahu bahawa akan tercawis domba
ketika pisau nyaris memapas buah hatinya

Musa belum tahu bahawa lautan akan terbelah
saat ia diperintah memukulkan tongkatnya

di Badar, Muhammad berdoa, bahunya terguncang isak,
"Andai pasukan ini kalah, Kau takkan lagi disembah!"

lalu kita pun belajar,
alangkah agungnya Iman.

Senyum. 


derapan tapak musim hana semakin menghampiri,
lalu aku terhidu haruman benih bunga-bunga plum dan sakura,
yang menanti saat mekarnya mewarna bumi.

29022012
Beijing,China
2324







Tuesday, 28 February 2012

Dari Hati

Bismillahirrahmanirrahim.

Petang tadi dapat parcel. Cuba teka?

Rasa nak nangis. Wani Ardy punya buku, 'Langit Vanilla' koleksi puisi  dan catatan peribadinya.

and button+penanda buku comel dari ukhti jauh di mata dekat di hati --Ukhti Alyaa

tak pernah berjumpa jasad, tapi ada orang kata muka kami serupa. tapi tentulah dia lagi comel. Ah-ha.

Senyum sorang sorang hari ni.Waa. Berbunga.

lagi-lagi dapat baca puisi dari penulis kegemaran.

-Kisah Gadis dan Jaka.

cerita biasa namun istimewa.

mahu saja aku beli kesemuanya.

tapi, cukuplah, selagi di jiwa, seni itu tidak pernah hilang. Bukan?


"Aku harap aku sudah tiba di hujung lorong. 
Kerana jika diizinkan Tuhan,
aku  mahu menjadi cahaya."

noktahnya mati,
komanya juga tidak bernyawa.
namun tetap, memberi rasa pada jiwa.

kan?

Maaf.Post ini tiada unsur tarbiyyah. -.- hanya sekadar dunia seorang hamba. 


0210
syafiqah rahmat,
Beijing,China






Monday, 27 February 2012

Sebentar Lagi Siang

Bismillahirrahmanirrahim..

Pantai.

"Adakah kau yakin,
bila pada waktu awan zulmat mendung kelabu,
aku katakan bahawa,
langit pasti cerah mentari akan ceria keesokannya?"

Kau geleng lemah.
'Mustahil. Mustahil'

'Mengapa? sebab aku bukan Al-Amin si jujur yang disanjung penduduk Kota Mekah? '

'Entah. Aku hilang percaya. Lemah. '

Aku buka sehelai lembaran kertas, terbias warna kekuningan. Lama. Lalu ku alunkan sebuah puisi untukmu.

......

Alam jingga
Mentari sujud pada Tuhan
Baru sebentar aku menghirup udara petang
Malam menjemputku pulang
Aku berdiri di gigi Laut Merah
Dikelilingi buih-buih ombak
Pecah
Pecah
Pecah
Seperti ummahku yang pecah
Tatkala terhempas pada batu peradaban sekular
Batuan yang kasar merobek maruah ummah
Hingga jatuh terjelepok
Pada tiga, tiga, sembilan belas dua puluh empat
Jatuh terduduk, lalu terbaring tak bangkit-bangkit
Senja tiba
Azan berkumandang
Buih-buih masih enak menyerah diri pada batuan yang tiada belas
Lalu pecah lagi
Berkumpul buih-buih lalu pecah lagi
Aku celup telapak tanganku pada Laut Merah
Mengambil jernih wudhu daripada ummah yang luka
Aku temukan kedua-dua belah tanganku
Laluku simbah ke wajah
Segar
Rupanya di balik buih-buih yang pecah
Masih ada air
Alam jingga
Mentari bangkit bertakbir
Aku berdiri di gigi Laut Merah
Sebentar tadi malam
Sebentar lagi siang
Sebentar lagi akan siang

(- Ukht Amirah AJ)
.....

Kau tersenyum. Memahami. Ada cecair jernih di jendela mata.

Kerja kita masih banyak kan?

Dai'e yang lemah tidak akan bisa mencetak rijjal yang hebat.

Mari?

(kredit)
"Dai'e tidak hidup dengan tulisannya,tetapi ia hidup pada amalnya yang menukilkan kesan pada tulisan mahupun ucapannya yang sedikit, kerana itu dia menulis dengan air mata mahupun kepenatan yang amat."
may Allah firm our hearts on this path.
till Jannah InshaAllah.

Ana ukhtukumfillah,
syafiqahrahmat
27022012
~Beijing,China~