Tuesday, 19 July 2011

Air mata kerinduan

Bismillahirrahmanirrahim..



Today was a bliss.
yes,indeed.

"Tuhan dah campak kau ke sini , mesti Dia dah sediakan jawapan kepada soalan yang kau cari kan?" -Indra.

"Bermusafirlah, alam ini penuh dengan ilmu Allah. Kadang kadang manusia terlupa yang alam sendiri adalah guru terbaik untuk mengajarkan ilmuNya."

"Aku ke sini mahu mencari erti hidup.Erti hidup yang beda."

19072011- Masjid Al Azhim.Melaka

Beriktikaf di tengah ruang solat berseorangan,membawa aku kembali ke titik permulaan itu semula.
Seolah mahu mengembalikan sejarah bertemunya Pemilik Cinta.
Hati ini berisi,dengan cahaya.

Titik yang memaknai kehidupan yang membawa seribu keberkatan.
Rahsia Tuhan.
Alhamdulillah,sujud panjang itu menitipkan air mata yang tersimpan.

di bawah sedar, bibir melafaz.
Satu rindu untuk yang Satu.
*senyum*

Monday, 11 July 2011

Tuhan,dengari aku.

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum warahmatullah..

hari ini baru dapat menjejak ke sini.Alhamdulillah. 
cuti sudah seminggu, hati masih mencari.
apa?

betul lah orang kata,
MALAYSIA medan sebenar jihad kita.
keluarga, adik adik, saudara mara, lontarkan sahaja siapa yang kau suka.
mereka belum faham.
jangan salahkan mereka.

ya, aku yang salah.
salah aku kerana tidak mahu menerima.
salah aku kerana tidak mahu berkongsi rasa.
nafas panjang bersesak sehingga tersekat di kerongkong.
air mata?
sudah habis agaknya.
senyum sajalah, kau tidak akan mampu puaskan hati semua orang.

bila yang salah diagung-agungkan,
yang betul dilenyek-lenyekkan.
kau ketawa?
aku menangis.

Tuhan,
dengari aku.





p/s : maaf pada komen yang belum berbalas di bawah.insyaAllah saya akan cuba balas secepat mungkin.rumah takde internet.sampai malaysia dah seminggu tapi baru harini dapat online. rindu kalian T_T rindu semangat yang kamu hulurkan. Allah...
di sini saya keseorangan, bersama Tuhan.

Friday, 1 July 2011

Perjalanan yang Bermula

Bismillah...
awan itu apabila kamu melihatnya, moga bertambah iman kamu terhadap yang menciptakannya.
*sory gambar tak terang.snap masa saya di Hebei. :)


Alhamdulillah,wa syukurillah, imtihan sudah habis petang semalam,perasaan seperti baru mendapat kebebasan terbang dari terperangkap di dalam sangkar. Huhu,metafora sangat.takpelah,abaikan.

Hari ini pagi pagi ada meeting buat dengan usrati,Alhamdulillah,kata sudah sepakat,tekad sudah  bulat, cuma perlu tawakal dan yakin untuk dilaksanakan.Semoga segala usaha dan tiap doa itu dihitung ibadah juga, lillahitaala :)

Kelmarin dapat tafsir Surah Al Insyirah (Asy Syarh) , dan sangat jatuh cinta dengan ayat ini, (serius!)
"fainnama'al 'usriyusraa" "Inna ma'al 'usriyusraa"
-Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan, Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.

Allah ulang dua kali dalam satu surah ni, bermakna Dia betul betul ingin menekankan bahawa memang setiap kesulitan itu pasti akan disediakan jalan keluar(kemudahan) baginya. Hmm, bayangkan jika kita berada dalam keadaan yang sedang genting, dan ada orang bagi ayat ini kepada kita, tentu sahaja kita susah nak percaya, tapi ayat ini datangnya dari Allah, Tuhan yang menciptakan bumi dan meninggikan langit tanpa tiang, maka setiap ayat  dariNya merupakan kata janji yang tak pernah Dia mungkiri.SubhanaAllah.

Kemudian Allah swt berfirman lagi selepas dari ayat tadi,
"fa idzafaraghta fansob, wa ilaarobbika farghob"
-Maka apabila engkau telah selesai dari sesuatu urusan , tetaplah bekerja keras untuk urusan yang lain.
dan hanya kepada Tuhanmu-lah engkau berharap.

MashaAllah.. hebatkan kalam Allah. bait bait yang tidak mungkin dirangka oleh tangan manusia.
Kalau lihat contoh bagi saya, selepas habis imtihan selalunya student akan mula mencari jalan untuk menghilangkan stress selepas penat struggle untuk belajar, mungkin menonton wayang, bershopping, makan-makan di luar atau apa saja perkara yang menghiburkan hati mereka, tapi tidak bagi Allah.Allah menyuruh kita selepas habis sesuatu urusan itu, haruslah bersegera untuk melaksanakan urusan yang lain, kerana seorang mukmin itu tidak akan menyia-nyiakan masanya untuk perkara-perkara yang tidak bermanfaat baginya.Allah Allah..bagaimana dengan kita sahabat? sudah sampai tahap itu kah? :(  masih jauh lagi untuk mencintaiNya.

Perjuangan dakwah ini tidak pernah ada rehat, ianya akan terus mengalir seperti deru sungai yang menuju ke lautan, boleh kah ditahan-tahan? sudah tentu tidak.Itulah dakwah. Jika kita  berhenti dan mahu berehat, beratus orang lain akan berebut untuk menggantikan kita.Tidak percaya? Siapa sahaja yang tidak mahu rebutkan syurga? Semua orang mahu melangkah ke jannah, tapi layakkah kita? Hanya orang yang betul-betul bekerja keras untuk Allah sahaja akan diberi ganjaran itu, dan sudah tentu keikhlasan merupakan syarat utamanya.Di situlah nanti baru kita akan merasai 'kerehatan' yang sebenar, jadi semasa hayat di dunia ini harus digunakan sebaiknya untuk melakukan amal dan ibadah, dan menegakkan Islam semula.

Hari itu saya dengar MP3 ceramah dari seorang murobbi yang hebat, dan dia bercerita tentang dakwah dan peranan manusia, antara katanya,
Kita sebenarnya adalah singa yang dijinakkan,merasakan diri hanyalah seekor kijang.Sedangkan kita boleh menjadi raja di rimba,menguasai dunia.Bangunlah ummah! kenali diri kita menerusi tarbiyyah,bahawa kita adalah khalifah di dunia ini.

Begitulah umat Islam kini, kita dilahirkan mulia, dengan tiupan roh dari Allah, dan ditakdirkan untuk menjadi khalifah di bumi, maka mati kita juga seharusnya dengan MULIA.

Jika sebelum saya mengenali apa itu tarbiyyah dan usrah, sudah tentu perkara perkara ini tidak pernah terlintas langsung di fikiran,apatah lagi untuk merisaukannya.Tetapi setelah berada dalam biah ini, perkara inilah yang paling membutuhkan kerisauan kita sepanjang 24jam , kerana dakwah itu adalah sunnah terbesar Rasulullah saw, sepanjang usianya selepas diangkat menjadi Rasul dihabiskan untuk memikirkan bagaimana untuk menyampaikan Islam dan membina rijjal-rijjal yang bakal menegakkan panji Islam.Rasulullah saw tidak meninggalkan apa-apa harta dan kemudahan teknologi selepas kewafatan baginda, tetapi baginda meninggalkan para generasi sahabat acuan madrasah Al Quran yang sangat hebat, mereka adalah orang-orang yang apabila anda mencampakkannya ke mana sahaja, hatta berseorangan, maka setiap dari mereka pasti akan mampu mencorakkan warna Islam di bumi yang mereka pijak. Rijjal seperti itulah yang mahu kita bina di dalam tarbiyyah ini.

Imam Hassan Al Banna pernah berkata, 
" Seandainya Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh maka akan aku berjalan ke seluruh dunia untuk mencari jiwa-jiwa muda, aku tidak ingin mengutip berapa ramainya bilangan mereka, tetapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah." 

Alhamdulillah, haruman tarbiyyah makin menular di setiap pelusuk dunia hari ini, lihat sahaja di mana-mana dan kamu akan dapati di setiap ceruk dunia, ada segolongan yang sedang berusaha sedikit demi sedikit untuk membina, mencari hati-hati yang muda dan ikhlas, supaya hati-hati ini bakal menjadi rijjal yang mulia, walaupun usahanya tidak nampak hasil depan mata, tetapi suatu hari nanti fajar akan menjelma, dan Islam akan bersinar semula.Itu adalah JANJI Allah, PASTI.

Post kali ini hanya untuk randomly cerita tentang perjalanan tarbiyyah , bagi saya yang baru mahu belajar mengenali Tuhan, jalan di hadapan masih panjang, dan perlu menyiapkan diri mulai sekarang.InsyaAllah, kepulangan ke tanah air 2 hari lagi, bersama niat dan misi yang penting,semoga dipermudahkan Allah.Kadang-kala terdetik juga kerisauan di hati, tegarkah diri ini untuk berhadapan dengan jahiliyyah silam kembali? Kuatkah hati untuk menepis mehnah futur? Hmm..makin difikir makin takut untuk berpijak di bumi Malaysia, tapi kuatkan juga semangat, kerana itulah tujuan kita ditarbiyyah  bukan? untuk dihantar ke medan 'jihad' dan sampaikan dakwah. Melawan jahiliyyah dalam diri juga dikira jihad.

Sebelum pulang,saya sudah membuat sedikit nota dan list yang perlu dilaksanakan di rumah nanti, tentunya di sana tiada lagi akhawat yang sama-sama boleh tolong perhatikan kita, tolong tegurkan kesilapan kita, tiada naqibah untuk mendengar luahan kita, segalanya harus bergantung pada diri sendiri, di sinilah Tarbiyyah Dzatiyyah kita memainkan peranan.InsyaAllah. Tiga elemen penting dalam tarbiyyah, tidak boleh kurang satu pun, iaitu 'makanan' untuk RUHI (hati) JASADI (badan) dan juga AKAL (ilmu). Badan kita memerlukan tenaga dari makanan supaya kekal bersemangat dan sihat kan? begitu juga dengan hati dan akal kita, jika kita hanya melebihkan satu elemen sahaja, maka pincanglah tarbiyyah kita, ketiga-tiga nya harus balance, tidak boleh kurang atau dilebihkan satu pun.

Jenis 'Makanan' :
1) Ruhi : Bacaan Al Quran , dzikir Mathurat, ibadah solat sunat, puasa, sedekah.
2) Jasad : Makanan yang sihat dan seimbang, tidak terlalu berlemak atau yang mendatangkan penyakit. Utamakan cara makan mengikut sunnah, jangan sampai terlalu kenyang.Harus bersenam untuk menyihatkan badan, kerana mukmin yang kuat(sihat) itu lebih disenangi daripada mukmin yang lemah.
3) Akal : Melalui pembacaan buku-buku berbagai genre, tarbawi, akademik, dan juga mengenai berita-berita semasa/pengetahuan am. Hal ini sangat penting, kerana seorang dai'e ketika menyampaikan ilmu, haruslah punyai bekalan ilmu 10/10, walaupun ketika menyampaikan dia cuma gunakan 1/10 daripada ilmunya tadi.Wallahualam :)

Oleh itu saya sudah sediakan list buku yang harus 'dibedah' balik nanti, (doakan saya habis baca! T_T )
1) Muntalaq
2) Raheeq Makhtum
3) Bagaimana Menyentuh Hati
4) Di mana Dia di Hatiku
5) Usrah dan Dakwah
6) Ini Sejarah Kita
7) Syahadatul Haq

dan banyaaaaaaaaaaak sangat MP3 ceramah dan dakwah, huk. kena sediakan buku nota baru ni.
Rabbuna yusahhil. biiznillah..semoga ini menjadi bekalan untuk tarbiyyah saya sepanjang cuti ini, mahu mula sem dengan azam baru! ^^ (dah naik tahun dua okay! hehe,harus matanglah. )

Di rumah nanti saya rasa macam tiada peluang untuk update selalu,tapi insyaAllah,andai ada rezeki, kita berjumpa lagi ya :) Semoga para sahabat di sini dan di luar sana, dilindungi Allah selalu,ditetapkan hati dalam berdakwah, dikuatkan iman supaya tidak lemah, dan dipermudahkan urusan dunia dan akhirat . InsyaAllah.Ameen ya rabb. :)

P/s : Mana tahu ada sahabat yang mahu walimah cuti ni kan, saya kirimkan kata-kata tahniah awal dahulu ya ! ^^ barakallahulakumawabarakah~ :)

P/s/s : rumah saya di Melaka, kalau ada siapa-siapa yang mahu singgah, insyaAllah, saya terima dengan hati terbuka ^^ hehe.