Friday 29 October 2010

Terima kasih!

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah. Usrah malam ini ku kira sangat berjaya menyentuh hati hati kami yang baru bertatih mengenal Pencipta, dan mula mengorak langkah di jalan dakwah ini. SubhanaAllah. Maha Suci Allah yang telah pertemukan kami, bersatu di dalam usaha mencari hidayah petunjuk dari Mu. tiada kata yang mampu dilahirkan untuk menggambarkan betapa hebatnya rasa apabila melihat sendiri kebesaran Mu di depan mata. masih segar terasa getar di hati, bergegar iman mendengar cerita daripada sahabat yang mengalami pengalaman itu. kali ini tidak dapat mengupas lebih lanjut, tapi insyaAllah aku akan cuba mencoretkan sedikit kisah yang boleh kita ambil ibrah sebagai pendorong untuk terus bergerak teguh di jalan ini. InsyaAllah. :)

dah lewat ni, mahu buat essay. esok kena hantar dah. T__T
selamat malam bintang :)

Thursday 28 October 2010

Mungkin

Bismillah..

Mungkin..hati ini pernah menyukai..
Mungkin hati ini pernah menyayangi..
Mungkin juga..

tapi..
Hakikatnya pasti tidak seindah mimpi..
Hakikatnya pasti melukakan di akhir nanti.
Hakikatnya ..dan hakikatnyaa.........
jadi aduhai hati, usahlah menyusahkan diri sendiri..
usahlah berharap lagi..

*aku meninggalkan mu bukan kerana kebencian ku pada mu
tapi kerana kecintaan ku pada Tuhanku melebihi rasa hati ku pada mu.*

mood : sedih. tapi tak tahu kenapa. *ceit kacau betul orang nak exam minggu depan. -.- doakan kami :)


Sunday 24 October 2010

 Bismilllah.. 

Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah. selamat tiba di beijing sudah.sedikit perkongsian baru diterima. dari seorang sahabat berhati mulia.

"perempuan yang suci adalah perempuan yang dijaga oleh Allah..tidak sedikit pun Allah benarkan mana2x lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya...kerana Allah sangat mencintainya...tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki, dimana Allah untuk menjaga kita? Allah seperti melepaskan kita kepada seorang manusia yang lebih banyak mengecewakan kita.....

jika Allah datangkan kesedaran dalam diri kita supaya meninggalkan cinta seorang lelaki,bermakna Allah mahu ambil kita kembali untuk dijagaNYa...mengapa masih ragu-ragu?..
kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari...
bila nak jumpa kalau kita asyik tunggu??
Allah dah tegur,
Allah dah sedarkan kita...
tapi jika tak diendah
bimbang Allah terus tak mengendahkan kita lagi....
tersalah dengan maksiat sedangkan kita orang yang faham hukum..

"sebesar2x dosa adalah dosa yang dilakukan ketika kita rasa berdosa melakukannya"
~alghazali

Namamukah yang tertulis di luh mahfuz sana?

Engkaukah yang bakal menemaniku jalan menuju syurga?

Dirimukah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku?

Aduhai pria.

Adakah kau yang tercipta untukku?

Jawab pertanyaanku ini.

Jawab!

Kau takkan pernah dapat memberi jawapan

Kerna jawapannya bukan di tanganmu

Tetapi di tanganNya.

Di tangan Tuhan kita; Allah

Tuhanku dan Tuhanmu

Gelisahku memikirkan dirimu

Dan ketakutanku memikirkan Tuhanku

Aduhai pria

Maafkan aku.

Ketakutanku pada Tuhanku melebihi kegelisahanku memikirkanmu

Jemput diriku pabila waktunya tiba

Sebelum sampai saat itu, biarkan aku sendiri bersama Si Dia

Akan kucipta cinta bersama Dia

Sebelum kucipta cinta antara kita

Jadilah dirimu kumbang yang hebat

Dan doakan aku agar menjadi bunga yang mekar



"i've leave him for the sake of Allah"

Sesungguhnya Allah takkan pernah mensia-siakan pengorbananmu sayang

Bilamana kita tinggalkan semua ini kerana Allah semata

Yakinlah! Akan ada sesuatu yang indah untukmu di pengakhiran nanti

Dan sesungguhnya hari kemudian itu lebih baik bagimu daripada yang sekarang (permulaan).

Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan karunia-Nya kepadamu , lalu (hati) kamu menjadi puas.

[Ad dhuha: 4 & 5]



Untuk itu

Aku tinggalkan dirimu padaNya



Sesungguhnya aku bertawakkal kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu.Tidak ada suatu binatang melata melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya. Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.

(Allah Maha Adil)

[Hud: 56]
usah bersedih atas perpisahan sementara ini
jika benar dia tercipta untukmu

tiada apa yang dapat menghalangnya

sebelum saat itu tiba

berdoalah pada Allah moga diberi kekuatan

mohonlah padanya dengan penuh mengharap


Yakinlah pada janji Allah

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)

[An Nur: 26]



Beruntunglah kamu tatkala Allah memilihmu untuk menyedari hakikat perhubungan antara lelaki dan wanita

Allah memilihmu sayang

Jangan pernah sia-siakan kasih sayang Allah ini



maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya

sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu

dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya

[ As Syams: 8,9,10]



Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Tuhan kami ialah Allah" kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan: "Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu

[Fussilat:30]

Dan tika kamu merasa lemah

Mohonlah kekuatan dariNya

Allah itu dekat

yakin pasti


Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui

[Fussilat:36]

kamu intan terpilih
jagalah kilauanmu sayang

jangan biarkan sang kumbang merosakkannya sebelum yang halal tiba

aku mendoakanmu
sentiasa


 p.s : buat seorang sahabat, syahirah di NZ. semoga kuat selalu :) kamu inspirasi saya tahu? :)

Wednesday 20 October 2010

Bismillah..

hati. mengapa kau begini?
kau sedih? adulah pada Allah.
kau kecewa? adulah pada Allah
kau menangis? ....
sabar, sabar, sabar .
benteng kan perasaan kau pada dia.
mungkin kau memang bukan pemilik rusuk kirinya.
masa kau masih belum tiba lagi.

Ketahuilah, betapakah banyak hati-hati yang mekar dengan perasaan cinta yang amat berat dan sarat, dan kerana merasakan itulah tanda cinta Ilahi, lantas dipelihara hati itu sedaya upaya, ditahan perasaan yang membara di dada, ditangisi waktu-waktu sukar tatkala cinta itu benar-benar menggegar jiwa dan membungakan rindu yang nyata..namun kerana besarnya cita-cita untuk meraih redhaNya, lantas dihadapi semua itu dengan penuh kesabaran yang mulia.

p/s : maaf. hati perlu rehat sebentar.

Monday 18 October 2010

Malu

MALU.malu gila kot.haishh..buatbuat COOL. (~_~)


Thursday 14 October 2010

Pesanan

Bismillah..
 
Dari Nabi S.A.W., "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah S.W.T telah memberikan lima wasiat, antaranya :

1-   Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya  Aku tidak  menjadikan dunia   ini untuk engkau.
2-   Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.
3-   Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.
4-   Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak  ada  kuasa di tangan mereka.
5-   Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.

Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya  tahu  mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat  saya takut  kepada Allah S.W.T.   Lalu  mereka  berkata,  "Kami  wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :

1-   Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.
2-   Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata hikmat darinya.
3-   Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.
4-   Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.
5-   Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.
6-   Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim  janganlah  kamu  harapkan   kelurusan agamanya.
7-   Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya."

p/s : Dan beranilah kita kerana Allah,sehingga tiada fitnah kepada Allah,sesungguhnya agama Allah itulah satu-satunya



Wednesday 13 October 2010

Wanita

Bismillah..

Firman Allah SWT :

“Ketika Aku menciptakan seorang wanita,ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku memmbuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan. Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang sering kali datang dari anak-anaknya. Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelebihan tanpa mengeluh. Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan,bahkan ketika anak-anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya. Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalan dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya. Aku juga memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik tidak akan pernah menyakiti isterinya,tetapi kadang-kadang menguji ketabahan dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu. Dan akhirnya Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bila mana ia perlukan. Kau tahu,kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian mana yang dikenakan,susuk yang ia tampilkan,atau bagaimana ia menyisir rambutnya,tetapi kecantikan seorang wanita itu haruslah dilihat dari matanya,kerana itulah pintu hatinya,tempat di mana kecantikan itu berada.


Istimewanya WANITA kerana....

Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.” 

1. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
2. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
3. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasullah SAW) di dalam syurga.
4. Barang siapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.
5. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuannya seolah-olah dia telah memerdekakan anak Nabi Ismail.
6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
7. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.
9. Daripada Aisyah r.a “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.
12. Aisyah r.a berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab Rasullullah SAW “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasullah SAW, “Ibunya.”
13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun)
15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihd pada jalan Allah.
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu kebajikan.
19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.
20. Rasulullah s.a.w menjelaskan betapa istimewanya nasib wanita yang hamil jika dia meninggal dalam masa hamilnya. Allah memberikan jaminan kepada yang bersangkutan mendapatkan syurga sebagaimana janji yang Allah berikan kepada kaum lelaki yang mati syhid di medan perang untuk membela agama Allah. Kedudukan yang demikian tinggi bagi wanita yang meninggal saat melahirkan menunjukkan betapa besar harkat yang Allah dan Rasul-Nya berikan kepada kaum wanita. Wallahu taa’la a’lam.

Alangkah bertuahnya anda yang bergelar wanita. Oleh itu banyakkan bersyukur dan bersabar dalam menghadapi liku-liku dalam kehidupan ini.


Sekadar perkongsian dan peringatan buat diri sendiri .
Sheikh Mustafa al Rafie pernah berkata , " Sekiranya kamu tidak memberikan apa apa di atas muka bumi ini, maka kamu seolah olah bahan lebihan dunia."





Monday 11 October 2010

Cinta?


Jangan berani mengaku kekasih
kalau kau sendiri tak kenal Tuhan
jangan berani ucap cinta
kalau kau sendiri tergapai gapai mencari cahaya
takpayah amik tahu siapa jodoh ku
kenali siapa Tuhanmu
baru datang cari aku.


p/s : teringin nak masuk contest Puisi Pantas Pendek ,tapi rasanya belum sempat daftar gua dah kena tendang out . haha, :p tulis sendiri kat blog lagi senang. 


Insomnia

Bismillah.. 

Ketiduran sebentar,membuat mata semakin segar sehingga ke subuh. pelik betul . -_-" tapi bersyukur. Alhamdulillah ..tidur yg sedikit sudah cukup memadai bagi merehatkan minda. :) bukannya yang dikisahkan oleh 'pakar' kesihatan, kata mereka tidur perlu cukup 8 jam bagi merehatkan badan. tidak kah mereka ketahui Rasulullah SAW dan para sahabat baginda tidak pernah lupa bangun pada sepertiga malam terakhir bagi menunaikan solat malam. Mereka tidak perlu tidur yang secukupnya. kerana Allah menciptakan kita sebagai khalifah dan juga hamba yang mengabdikan diri untuk beribadah, bukan untuk berehat lebih lama dari melaksanakan tugas. kata seorang sahabat kepadaku ,""rehah ghaflah lil rijal"-"kerehatan itu kelalaian bagi rijal".. :p


**Rijal yang maksudkan ialah orang yang ada ciri-ciri tertentu untuk kerja-kerja tertentu.Kerja-kerja tertentu yang dimaksudkan ialah berdakwah dan berjihad untuk menegakkan Khilafah Islamiah di dunia.Ciri-ciri tertentu yang dimaksudkan ialah orang yang faham dan sanggup bekerja serta bekerja untuk menanggung beban dan risiko dari kerja-kerja dakwah dan jihad.
 -rujukan dari : BISMILLAH 


Rasulullah SAW juga telah menyatakan dalam hadis baginda, kelebihan solat pada waktu malam.

Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu mengatakan bahwa Rasulullah bersabda, 'Tuhan kita Yang Mahasuci dan Mahatinggi turun ke langit dunia. setiap malam ketika tinggal sepertiga malam yang akhir dengan berfirman, 'Siapakah yang mau berdoa kepada-Ku lalu Aku kabulkan? Siapakah yang mau meminta kepada-Ku lalu Aku kabulkan? Siapa yang mau meminta ampun kepada-Ku lalu Aku ampuni..'"

Dari Aisyah r.a katanya: “Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam itu berdiri untuk bersolat malam, sehingga pecah-pecah kedua tapak kakinya. Saya berkata kepadanya;” Mengapa Tuan mengerjakan sedemikian ini, ya Rasulullah, padahal sudah diampunkan untuk Tuan dosa-dosa Tuan yang dahulu dan yang kemudian?” Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam lalu bersabda, “Tidakkah saya ini wajar menjadi seorang hamba yang banyak bersyukur.” (Muttafaqun ‘alaih)


di dalam Quran juga dinyatakan oleh Allah SWT, 
Orang-orang yang bertaqwa itu sedikit sekali tidurnya di waktu malam. Di waktu menjelang fajar pagi, mereka itu berdoa memohonkan pengampunan dan dari sebahagian hartanya dijadikan hak yang diberikan pada yang meminta dan yang kekurangan.” [Surah Az-Dzaariyaat: 17-19]

jadi tidak kah kamu berfikir ?

ketika balik cuti musim panas lalu,aku menonton satu program tv , TANYALAH USTAZ . dalam episod nya kali itu, beliau menyatakan rumah orang yang bangun solat malam , kelihatannya seperti bintang bintang yang bersinar terang dari pandangan penghuni langit. subhanallah. lihatlah betapa indahnya perumpamaan itu.

sebenarnya terlalu banyak keistimewaan bangun solat malam dan tidur yang sedikit, kalau lihat dari sejarah lalu, banyak tokoh terbilang seperti Sultan Muhamad Al Fatih , Salahudin Al Ayubi dan lain lain lagi , menjadikan solat malam sebagai kunci dan kekuatan utama bagi mereka. kalau tak hengat pergi beli buku sirah

Maaf, bebelan sudah sampai masanya. Akhir kata, kalau nampak kawan kawan yang duk stay up sampai subuh semata nak main game or study burn midnight oil konon , suruhlah dia solat sekejap, bukan lama pun, dua rakaat , insyaAllah lebih berkat .. :) jzkllah..

Sunday 10 October 2010

Bunga

Bismillah..

Hari ni pagi pagi ada talk dgn Coach Hasnol  ayah johan , so pagi ni terisi lah dgn benda benda ilmiah sikit.alhamdulillah. Coach lebih tekan kan our peak performance and how to become successful, talk dia sgt interesting,every game yg die set kan sangat bermakna, and kalau siapa yang dengar pun terus berkeyakinan untuk capai impian lah. erk,cam hiperbola sikit je . He said :
  • "things are created three times, 1) in the head 2) on the paper and lastly 3) in the reality . 
  • The hardest thing for a man to do is to THINK , and they would rather die than do it , and they DO.
  • what you truly believe in , you can achieve it.
  • Impossible is NOTHING.
  • solat SUBUH pada awal waktu boleh mendidik kekuatan jiwa, and seterusnya menjadikan kita lain dari orang biasa. 
  • FAIL to plan is PLANNING to fail.
  • BE - DO - HAVE
  • In life there are 4 things you cannot recovered, 1) the stone..after the throw 2) the word..after its been said 3)the occasion..after the loss 4) the TIME..after its gone.
  • SABAR . kunci kejayaan.
 "Di atas kesabaran mereka , Allah berikan ganjaran yang besar . "


 ekceli,tajuk entry ni saja je letak . sebab tadi beli bunga sejambak. haha. first time ouh ,teruja sedikit, ye lah takda orang nak hadiahkan bunga ,so beli untuk diri sendiri je. jadilah kan. haha~ white rose and yellow daisy! ^^

back :)

Bismillah..

Assalamulaikum.. sy dah 'balik' ~ lama kan tak update blog?saje nak buat kelainan sedikit , insyaAllah kurangkan merapu lebihkan yg meaningful . baru perasan byk post post yg ntah apa2 je. -_-" blog ni dah lari dari niat asal yg sebenar. Astagfirullahalazim..lalai sungguh hamba Mu ini ya Allah :(

Hao,skrg perbaharui niat asal,utk berkngsi ilmu dgn sahabat sekalian. :)

Niat & Hijrah


عن أمِيْرِ المُؤْمِنِيْنَ أبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الخَطَّاب رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ ا للهِ
صلى الله عليه وسلم یَقُولُ: (( إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ آَانَ تْ
هِجْرَتُهُ إِلىَ اللهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إلى اللهِ ورَسُولِهِ وَمَنْ آَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا یُصِيْبُهَا أَوِ امْرَأَ ةٍ
یَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ)) . رواه إماما الحدثين أبو عبد الله محمد بن إسماعيل بن
إبراهيم بن المغيرة بن بردزیة البخاري، وأبو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيري
النيسابوري في صحيحيهما اللذین من أصح الكتب المصنفة.

" Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : - ' Sesungguhnya setiap amalan perbuatan adalah dinilai mengikut niat. Setiap orang dinilai dengan niatnya. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasulnya maka hijrahnya dinilai mengikut niatnya menuju kepada Allah dan Rasulnya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia atau wanita untuk dikahwininya maka hijrahnya dinilai mengikut tujuan hijrah itu." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

rujukan dari http://islamic-way.webnode.com/hadis-pertama/


Ini hadis pertama dari Hadis 40 An Nawawi , mesti semua org pernah belajar kan. tipu gila tak belajar hadis ni menekan kan niat kita sbelum melakukan sesuatu, jika niat kita tak baik , ofcourse apa yg kita dapat kemudian itu tidak akan memanfaatkan kita. Maha Suci Allah, Dia mengetahui segala yg terlintas di hati kita kan. sebab Allah yg pegang hatihati hamba Nya sekalian. :) Seorang sahabat Rasulullah SAW pernah berkata, " Mari kita beriman(perbetulkan niat) sebentar dengan LAILAHAILLALLAH " . MasyaAllah.. bayangkan seorang sahabat Rasulullah yang begitu hebat iman dan sumbangan nya dalam menegakkan Islam,boleh berkata sedemikian, bayangkan kita yang punya selemah lemah iman ini pula. sangat sangatlah jauh.. tetapi pernah kita terfikir adakah perbuatan perbuatan yg kita lakukan sebelum ini adalah niat kerana Allah? mari kita perhatikan dalam kehidupan seorang pelajar , dia rajin belajar setiap hari dengan bersungguh sungguh, nota berbundel bundel , memang tip top lah , kalau budak malas tengok kompem mau menangis , "kenapalah aku tak rajin macam dia ni"  Allah SWT memberi ganjaran jihad bagi sesiapa yang menuntut ilmu ,dgn niat kerana Allah Taala.. tetapi jika pelajar tersebut niat belajar bagai nak rak sebab nak lulus exam , nak masuk universiti yang terkemuka, macam mana nak peroleh pahala jihad tersebut? jadi sebagai pelajar , first of all ,perbetulkan niat sebelum memulakan urusan setiap hari , insyaAllah andai kita niat lillahitaala , setiap urusan itu akan mudah dan berkat :) ini sebagai peringatan buat diriku juga.

sebenarnya hadis ini juga menyatakan tentang HIJRAH   tp aku tidak mengulas di entry ni, insyaAllah kalau ada rezeki akan bersambung nanti . andai kata pnjelasan aku kurang tepat atau salah , mohon maaf segalanya. masih lagi dalam proses belajar utk perbaiki diri. harap kita semua peroleh ssuatu yg bermanfaat dari ilmu yg dikongsi :)


last, nak ucap terima kasih . ^-^

 


Friday 1 October 2010

K.I.L.A.T.




















Bismillah...

pagi ni bangun bangun pagi je pening pening , semalam tidur lambat , and hidung macam tak selesa , rasa macam nak demam je.

tengok tengok laptop , tetiba teringat kat akhawat akhawat di KILAT ( kursus intensif lingkaran asia timur korea china dan jepun ) ketika balik cuti summer tempoh hari . 5 hari bersama mereka mengukir pelbagai kenangan , benarlah andai ukhwah itu berlandaskan agama Allah , ikatan itu lebih kuat dan ikhlas menyayangi satu sama lain .


p/s : ada keja . gua out dulu . Assalamualaikum :)