Thursday, 14 October 2010

Pesanan

Bismillah..
 
Dari Nabi S.A.W., "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah S.W.T telah memberikan lima wasiat, antaranya :

1-   Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya  Aku tidak  menjadikan dunia   ini untuk engkau.
2-   Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.
3-   Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.
4-   Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak  ada  kuasa di tangan mereka.
5-   Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.

Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya  tahu  mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat  saya takut  kepada Allah S.W.T.   Lalu  mereka  berkata,  "Kami  wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :

1-   Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.
2-   Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata hikmat darinya.
3-   Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.
4-   Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.
5-   Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.
6-   Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim  janganlah  kamu  harapkan   kelurusan agamanya.
7-   Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya."

p/s : Dan beranilah kita kerana Allah,sehingga tiada fitnah kepada Allah,sesungguhnya agama Allah itulah satu-satunya



No comments: