Sunday 29 July 2012

Sisa Luruh

Bismillahirrahmanirrahim..

tentang semalam, yang aku rindu.

Khabarkan aku, andai rasa masih bersisa,
masihkah engkau sanggup menunggu?

luruh daun,
tetap tidak mampu menangkap hasil hatiku.

-The Great Wall MutianYu-


watermark baru.
:) --may Allah bless.



Saturday 28 July 2012

Hidayah itu ibarat Cahaya, ia menyuluh di jendela yang terbuka sahaja.

Bismillahirrahmanirrahim..

kerana Tuhan mengajarkannya begitu.
(oh saya baru belajar teknik warna begini. jazakillahukhair sahabat , @Zura Azhar. :) 

tentang cahaya semalam yang datang,
hadir mengetuk pintu-pintu hati yang tertutup rapat.
berkali-kali,
ada yang membuka,
ada yang menutup separuh,
ragu-ragu,
ada yang menutup terus.
kunci.

tentang cahaya semalam yang datang,
bersama ia datangkan pelita harapan,
dari dosa-dosa kelmarin.
untuk kamu,
dia,
aku.
lalu dipimpin hati-hati kita,
kepadaNya.

- teringat kata-kata Mat Luthfi, 
' Manusia sebenarnya bukan takut kegelapan, tapi ia takut akan kehilangan CAHAYA. ' 

-Sebenarnya banyak nak dituliskan, tapi hmm. Mungkin Ramadhan ini beri saya masa untuk lebih banyak koreksi hati sendiri. Pesan terakhir, "Jujurlah, telah berlalu ramadhan, namun berapa banyak amal, berapa banyak dosa telah dikumpulkan? " Allah. 

semoga tidak hilang cahaya ini.

-28072012
Bersiap untuk Daurah seminggu. Robbuna yusahhil.





Wednesday 25 July 2012

Get Closer

Bismillahirrahmanirrahim..

Pantai QingDao,Shandong.
Mari bayu ku bisikkan,
kalimat hijaiyyah yang menguncikan lailaha illallah.
Mari laut ku alunkan,
senandung nyanyian untuk Tuhan paling indah.
dan nanti akan aku ceritakan bagaimana kisahnya para nabi,dan sang rasul junjungan.

lalu,balas mereka,
" Kami adalah makhluk yang sentiasa berzikir memuji asma Allah. Kamu pula?"

Al-Israa [44] "Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun".

----------------

Seringlah mentadabur alam. Kerana mereka nanti yang akan menunjukkan kamu, bagaimana menjadi makhluk Allah yang tidak lelah menyembah memuji Penciptanya.

Mohon agar Allah mengajar kita untuk menjadi hamba, sehamba-hambanya.

Ukhtikumfillah,
Ramadhan ke-5.




Antara Manusia dan Hamba

Bismillahirrahmanirrahim..


-" Tapi personally, saya percaya gambar yang ada cerita dan puisi yang punya rasa lebih hidup jiwanya. :)"

--ukht Fatin


-" Atas dasar fitrah, 

Tuhan dengan hamba mana bisa dipisahkan
Seperti juga cerita, terkadang perlu gambar melengkap siri.
Dalam rasa, perlu medium menzahirkan kata.
Memang dua dunia berbeza.
Cuma perlu kefahaman dalam menyampaikan.
Kerana kewujudan Tuhan itu sendiri berada di dunia yang tiada siapa bisa ceritakan melalui gambar mahu aksara.
Asal kita tahu batas. Untuk tidak terlalu menggagungkan keduanya; gambar dan puisi.
Terkadang punya rasa yang sama.
Cumanya perlu berbalik kepada niat. Dimana semuanya bermula.
Semoga
Kita menjadi yang memahami dan mengetahui"
--Alyaa

- "erm, ya. akak pun selalu konfius dalam bab memisahkan keduanya. tapi, akak selalu ada rasa juga yg; daie ada sisi manusiawinya. malah kadang-kadang, bila 'manusia-nya' kita tertonjol dalam puisi, random rants, ataupun fotografi, mungkin akan lebih 'mendekatkan' kita dgn yg lain, tak lain tak bukan; sebab kita dan dia manusia."

-- Kak Umai


------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jazakunallahukhairan katsira.
moga ini jalan yang terbaik, dari Allah, menerusi hantaran-hantaran sahabat sebaik kalian :') alhamdulillah.

Penting kan? untuk seseorang dai'e itu dilihat juga dari sisi manusiawinya. Sebab kita, dan dia manusia.-benar kak umai. Agar sosok dai'e itu tidak kelihatan terlalu 'tinggi', sepertinya malaikat. kerana dia hanya hamba, yang harusnya selalu belajar merendah.
membumi.

Moga Allah redha jalan ini untukku. Amin.

credit photo to FB.

Untuk setiap doa dari tasbih cinta,
terima kasih.

tentu lebih baik buat kalian nanti.
di 'sana'.

Allah hafeez.
:')








Tuesday 24 July 2012

# 04

Bismillahirrahmanirrahim..

perlumbaan ini, bukan untuk menentukan siapa yang sampai dahulu di garisan penamat.
tetapi adalah untuk melihat,
siapakah yang paling bagus dalam penyempurnaan tugas.

Ramadhan Race is on.

-aiceh, sejak boleh letak size gambar besar ni. Memang habis lah penuh separuh page .
testing dengan mode warna.

Allah hafeez.

~SR photography~



Hope

Bismillahirrahmanirrahim.

Untuk segala mimpi yang mungkin akan terbangkit lagi,
aku mohon, berikan barang sedikit minit.

hanya mimpi itu, bisa buat aku kembali berdiri,
di sini,
hari ini.
atau esok.

sesuatu yang selalu mengalir.
dalam pembuluh,
dalam rasa,
dalam nadinya.
'photography'

~sr 24072012.  bumbung rumah. senja ramadhan.~ 

-"eh muka awak macam pernah jumpa. Familiar."
'Yeke? Muka sampah kot. Mana-mana ada.' jawab saya sambil sengih garu kepala. (ohhh. T.T )

Alhamdulillah, ayah sudah keluar wad. Masih lagi dirawat di rumah. Jazakumullahukhairan katsira buat yang menghantar doa. :')
-moga ramadhan kali ini lebih mengajar kita semua tentang erti sabar dan suci.


Notakaki:  Saya sedang memikirkan untuk memisah antara gambar dan cerita. antara puisi dan rasa. Dua dunia berbeza. mungkin. 

Saturday 21 July 2012

01.

Bismillahirrahmanirrahim.

01.


Malam pertama Ramadhan,
ayah kemalangan.
patah bahu.
adik cedera.

Mohon doa, sampai ke pintu langit.
Amin.

Thursday 19 July 2012

Wahai yang Mengaku Dai'e

Bismillahirrahmanirrahim...


Khabarkanlah kepadaku wahai rajawali
adakah gerhana akan berlalu pergi?
untung nasib barangkali ada gerimis

menyejukkan hati bagai direnjis
embun-embun pagi yang menitis
langit sudah berubah senja
si kecil sudah bergelar raja
pondok miskin berganti istana
lembah muram berubah suasana
laut yang tenang menjadi gelora
awan yang mendung berarak sudah
pipit yang bingit bercicit segala
bumi yang kering berganti sawah
ulama’ yang teguh terkubur sudah,
tapi buih-buih putih yang berjuta-juta
sekadar berkemutih menyejukkan mata
hakikatnya tetap lemah sengketa.

Oh… jiwa-jiwa yang kesakitan.
Sudahkah kematian menemui kalian?
Ataukah hidup seperti bangkai?
terbuka sahaja mata, karung diisi sekenyang-kenyangnya
seusai mengisi perut, diisi pula kantung pusaka
bagaikan hidup seribu tahun lamanya
padahal siapa tahu sebentar lagi ajalnya
bisakah kita menentukan hujungnya?

Oh… jiwa-jiwa yang buta!
Celiklah!
Adakah tenang dengan mengulit harta dan wang?
Adakah menang dengan menghancurkan kasih sayang?
Adakah pasti akan terang dengan mengutip bintang-bintang?
Siapakah yang bisa menyelamatkan kamu
dari Hutamah yang memburu?
Siapakah yang bisa melindungimu
dari Jahannam yang menderu?
Siapakah yang akan memayungimu
pada hari lidah-lidah terkunci kelu?
Ayuh, jawab soalan ini…

Oh… jiwa-jiwa yang lemah…
Kalau tidak kerana manisnya iman
aku tidak menyeru kalian
Kalau tidak kerana aku ketakutan
aku tidak memanggil kalian
Kalau tidak kerana bakal dipersoalkan
aku tidak peduli sebarang urusan

Umat ini sedang karam ditenggelamkan
Akankah kita tenang mengulit mimpi
disaat bayi-bayi yang dilahirkan
dibenam dalam-dalam
sampai bernafaslah mereka dalam najis-najis musuh Adam a.s
Tenangkah kita?
Menangkah kita?
Gemilangkah kita?

Ketawalah kerana kebodohan pemimpin-pemimpin
tetapi takutlah juga kerana kau juga pemimpin
khalifah yang dilantik Rabbul ‘alamiin
bukan cabutan undi ‘demokrasi terpimpin’

Kalau aku menjadi kalian.
Akanku kobar api kesedaran
Akanku bakar tiap-tiap binaan jahiliyah
biar hancur menyembah tanah
Sampai masa, aku bina istana Islah
biar subur menghasilkan buah
pemuda-pemuda al Fateh dengan semangat Rasulullah.
-- Laskar Pelangi



Saat semua hilang percaya, tetaplah teguh kaki melangkah.
Masihkah ada masa untuk kita berlengah?

Moga-moga kita bukan golongan yang berada di pinggir dakwah.
Allahuyusahhil lana.

19072012







Thursday 12 July 2012

...kerana Tuhan kami sama

Bismillahirrahmanirrahim.

mahu tulis sesuatu di luar alam hari ini,
tentang seorang adik, yang Tuhan hantarkan padaku suatu masa dahulu. Polosnya, fikirannya, berbeda, tapi kerana ilmu Allah yang paling tinggi, Dia telah menemukan dua garis pemikiran yang 'parallel' kepada satu titik yang sama.

Hari itu, dia datang kepadaku dengan membawa matahari. entah apa yang ada padaku, tidak tahu, aku hanya kira mungkin Tuhan yang hantar dia, supaya mengajarkan sesuatu kepadaku.

Adik ini, sungguh istimewa. Aku tidak pernah menemukan seseorang seperti dia. Gayanya seperti gabungan Fynn Jamal dan Hlovate, dua manusia hebat yang aku kagum dalam diri yang satu. Itulah dia. Diri seindah nama.

Setiap tulisan dia hadirkan bersama harapan, kadang-kala aku juga jadi penasaran, apa yang ingin Tuhan sampaikan melalui adik ini, sehingga akhir aku hanya mampu berdoa, semahu-mahunya, aku selitkan nama dia dalam setiap hantaran doa yang diangkat ke langit. Moga-moga antara doa-doa hamba, ada yang Tuhan genggam, nama dia.

Kami tidak pernah bertemu jasad. Tapi ruh-ruh kami seakan sudah lama berjanji, hanya tinggal belum bersalaman bertemu muka. MashaAllah. SubhanAllah. Mungkin inilah salah satu nikmat di atas jalan ini , aku kira.

Aku rakamkan tulisannya di sini, berharap agar ada tarbiyyah yang boleh kita manfaat bersama, ada pahala yang dapat dikongsi bersama. InshaAllah.

"aku sering pening

untuk satu jangka dulu
bila datang hal agama
dalam keluarga besar aku 

....

ini lagu ape? dia tanya
aku tengah unload barang dari luggage, angkat muka
aku tengok skrin laptop "itu takbir raya bangang"
dia pandang muka aku. lama.
"aku suke"
perlahan.
dan sampai ke pagi samsung gedabak tak berenggang dari dia
sampai habis bateri
sampai melekat air liur basi
--chi--

waktu tu dah masuk maghrib
"nak gi ngaji?" dalam english berabuk
aku angguk, tangan dah masukkan tafsir dalam beg tikar mengkuang
"nak ikut?" dia tunjuk muka mashimaro
aku tegah. sampai membentak bentak
siap mengankat hanger ugut nak libas
sebab aku benci
bile dia ikut
cousie aku ramai geng
dorang suke main lari lari
dan aku si debab yang cepat penat
lalu akan jadi yang paling dibelakang
sambil mereka yang dah di depan 
menjerit jerit puntianak di sebelah
tapi dia tak nak kalah
dia ikut jugak 
dan sampai di rumah naqibah
di tepi tangga
dia recite setiap diksi kalamullah itu
dengan maknanya sekaligus
--vanessa--

cawan nescafe dgn bar cloudnine
dia baru siap mandi
keningnya terangkat
muncung aku menunjuk ke arah pak ngah yang duduk bersila di atas sofa
pak ngah nak citer ttg Kekasih malam ni
pak ngah kate dah masuk bab Kekasih yang sedang dlm fasa dipulau
malam ni aku conquer 
yang lain dah keluar cari groceries
aku hepi, aku banyak masa
nak tanya itu ini 
tentang junjungan mulia
dia datang bile pak ngah baru nak mula cerite
duduk bersila di sebelah aku
bile pak ngah kate itu tahun dukacita
ujian kehilangan demi kehilangan
bagaimana Rasululah begitu kuat dan sabar--
begitu cekal dan tabah--
dia tunduk
memintal bulu karpet
dari mata sepet dia
dah berlinang air mata
dari momen ini
setiap benda dijajarkan dengan rasul akhir kita
dia akan setia
walau ternganga hilang punca
walau geram melayan soal soal dia
--icky--

satu hari
dalam durasi keranapan
yang telah aku binakan tinggi--
supaya tidak hujan
oleh langit langit semangat--
dan asbab untuk terus kuat.
dia datang dekat.
dan cakap jujur pada aku
tentang kisah sahabiah yang terlibat dlm peristiwa hijrah
bagaimana perjalanan dan jurang menjadi garis garis cabaran
dia pujuk aku
dengan bahasa paling halus
dia katakan--
"kita ada tuhan , untuk punya satu kebergantungan"
--oscar--

.....

bile ade dengan mereka
terkadang aku yang dah sembilan belas tahun bergelar muslim
rasa seperti seorang mualaf
yang tak tahu banyak benda
yang tak sure banyak perkara
yang lebih jahil ilmunya
yang lebih hina attitudenya

tentang being a muslim.
a good one at a time.

*senyum tawar*

"why archie?"
offer letter dia dah lunyai
dia senyum
sambil tengok langit dia cakap
"al quds itu begitu istimewa, binaanya, sejarahnya--
kaabah itu begitu sempurna, tamunya, cintanya--
aku mau untuk terus hidup pada kota suci umat kalian"
--Unas--

Dan sekarang,
Aku?
Adakah akhir mercu menuju agamaku?"



---------------------------------------------------

-"Siapa kamu bidadari? andai kamu punya nafas lebih, aku mau sedikit." :') 


*senyum*

Dia adik aku, kerana Allah.





~12072012. Malaysia~














Thursday 5 July 2012

Peluru Cair dari Awan

Bismillahirrahmanirrahim..

Hujan di Jakarta.
Indah.

Sepertinya peluru cair dari awan, membunuh debu-debu kota peradaban, membasuh luka-luka pengamen dan pengasung jalanan.

Kehidupan di bawah jambatan.

Adem.

Hamdulillah.

05072012
Jakarta, Indonesia

Tuesday 3 July 2012

Dakapan Tarbiyyah Bumi Hamka

Bismillah..

Alhamdulillah segala puji hanya untuk Allah, yang meletakkan hambaNya di suatu tempat tanpa sia-sia. Sungguh, tiada tarbiyyah paling sempurna melainkan tarbiyyah terus dariNya.

Hari pertama semalam tiba di indonesia, dijemput oleh akhawat dan acara-acara taaruf, bikin saya makin jatuh cinta dengan orang orang dan kehidupan di sini. Pernah tak rasa hanya dengan sedikit kata-kata namun boleh terus sentap menyentuh di jiwa. Alhamdulillah, bukanlah manusia itu yang menuturkan kata hingga mengesani jiwa, tetapi Allah yang mencampakkan rasa, dan Dia yang memberi kita peluang sekali lagi, untuk menjiwai tarbiyyah itu.

Di sini, saya disedarkan, betapa jika kita sangat merindui perasaan saat pertama kali disentuh tarbiyyah dulu, tinggi hamasahnya, manis qiamulailnya, dan lain lain, ketahuilah yang kamu takkan bisa merasai lagi kemanisan itu, kerana kamu sudah merasakan di saat pertama kali, seperti kita pertama kali makan manisan yang sedap, jika dihidangkan buat kali kedua, walau manisan yang sama, sudah tidak sinonim dengan yg pertama lagi. Apa yg boleh kita lakukan ialah berusaha untuk meningkatkan lagi rasa itu, manis ibadat dan tinggikan momentum iman dari masa ke masa.

SubhanaAllah, terlalu banyak mau dikongsikan, tapi gerombolan kata tidak sempat ku nyanyikan dalam bentuk tulisan, tapi sungguh, insyaAllah, tarbiyyah di sini benar benar mematangkan jiwa, membasahkan hati :')

Hari ini baru lepas dapat pengisian dari akhawat PKS, subhanaAllah alhamdulillah. InsyaAllah ada rezeki saya akan update lagi :')

Doakan kami ye? Seperti mana saya mendoakan kalian. InshaAllah :')
Moga sentiasa dalam lindungan Allah.


"aku mencintaimu, seperti mana Quraisy mencintai Utsman."

- Dalam dakapan Ukhuwwah, m/s 225

SR
Jakarta, Indonesia 03072012

Sunday 1 July 2012

Nafas Kader

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah tsumma Alhamdulillah. Sudah lama tidak kunjung kemari, banyak cerita mahu dikongsikan, tapi urgensi dakwah di medan amal lebih diperlukan, moga kesibukan ini nanti dibayar syurga. Amin.

Semalam terbang pulang dari Beijing dan sudah tiba di kampung halaman, Malaysia, bumi kian subur tarbiyyah menyeru manusia kembali pada Allah. InshaAllah.

Kepulangan cuti kali ini akan dimulakan dengan jaulah ke bumi Hamka. Indonesia, bumi yang selalu saya rindu dalam angan-angan. Entah, mungkin ruhnya yang beda, dari segi tarbiyyahnya yang mengajar tentang erti hidup yang tidak ada pada lain.

Nafas Kader

Waktu malam untuk ibadah.
perjalanan untuk membaca, jaulah dakwah
untuk menebar fikrah dan berharakah untuk mewarnai dunia.

(~New Quantum Tarbiyyah, m/s 74)

Moga kepergian ku ini membawa seribu erti, dan mengajar diri sekali lagi, untuk tunduk sujud pada Ilahi.

Pesan kakak, sebelum bertolak pulang, 

"Setiap bumi itu ada tarbiyyahnya, tarbiyyah yang menyucikan jiwa. Pernah dahulu ada dua orang sahabat Rasulullah saw, seorang bertanyakan kepada yang seorang lagi, 'bilakah kita akan ke negeri Mekah? aku teringin sekali menyucikan diri di sana. "  lalu jawab sahabat yang seorang itu, " Tidak semestinya menyucikan diri perlu sampai ke negeri Mekah. Mana-mana bumi, yang di atasnya dijalankan tugas khalifah dan hamba, berbuat amar makruf dan nahi mungkar, maka itulah bumi suci yang membersihkan jiwa.'  Semoga bumi Hamka ini akan menjadi bumi yang menyucikan jiwa-jiwa antunna, hiruplah tarbiyyahnya, sediakan hati yang bersih, letakkan niat yang betul. Lillahita'ala."

"Berjalanlah kamu di atas muka bumi, kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang yang mendustakan itu." (Al An'am: 11)

Moga-moga jiwa ruhi terisi dengan nikmat tarbiyyah dari bumi yang dirahmati :') 


p/s : Pesanku pada sahabat yang sama bercuti, Waktu kita sama,cara kita menggunakan waktulah yang membuat kita berbeda."barang siapa tidak menyibukkan diri dalam kebaikan, nescaya dia akan disibukkan dengan keburukan (jahiliyyah) ".

~New Quantum Tarbiyyah, m.s 116

-Betapa ramai yang gugur akibat dilekakan dalam kesenangan, kerana itu waktu senggang adalah ujian yang paling hebat buat para rijjal. Ayuh kita isi masa cuti dengan perbanyakkan bacaan fikrah, tambahkan momentum iman, penuhi dengan mengingati Allah dan memikirkan dakwah&tarbiyyah, moga-moga kesibukan ini dibayar syurga.


Kecintaan ku pada bumi indonesia sama seperti kecintaan ku pada puisi.
semoga Allah redha jaulah ini.

Bismillah.
Allah hafeez.

01072012
bumi Melaka