kerana Tuhan mengajarkannya begitu. (oh saya baru belajar teknik warna begini. jazakillahukhair sahabat , @Zura Azhar. :) |
tentang cahaya semalam yang datang,
hadir mengetuk pintu-pintu hati yang tertutup rapat.
berkali-kali,
ada yang membuka,
ada yang menutup separuh,
ragu-ragu,
ada yang menutup terus.
kunci.
tentang cahaya semalam yang datang,
bersama ia datangkan pelita harapan,
dari dosa-dosa kelmarin.
untuk kamu,
dia,
aku.
lalu dipimpin hati-hati kita,
kepadaNya.
- teringat kata-kata Mat Luthfi,
' Manusia sebenarnya bukan takut kegelapan, tapi ia takut akan kehilangan CAHAYA. '
-Sebenarnya banyak nak dituliskan, tapi hmm. Mungkin Ramadhan ini beri saya masa untuk lebih banyak koreksi hati sendiri. Pesan terakhir, "Jujurlah, telah berlalu ramadhan, namun berapa banyak amal, berapa banyak dosa telah dikumpulkan? " Allah.
semoga tidak hilang cahaya ini.
-28072012
Bersiap untuk Daurah seminggu. Robbuna yusahhil.
1 comment:
Salam ziarah. Semoga Ramadhan ini lebih baik daripada sebelumnya. :)
Post a Comment