mahu tulis sesuatu di luar alam hari ini,
tentang seorang adik, yang Tuhan hantarkan padaku suatu masa dahulu. Polosnya, fikirannya, berbeda, tapi kerana ilmu Allah yang paling tinggi, Dia telah menemukan dua garis pemikiran yang 'parallel' kepada satu titik yang sama.
Hari itu, dia datang kepadaku dengan membawa matahari. entah apa yang ada padaku, tidak tahu, aku hanya kira mungkin Tuhan yang hantar dia, supaya mengajarkan sesuatu kepadaku.
Adik ini, sungguh istimewa. Aku tidak pernah menemukan seseorang seperti dia. Gayanya seperti gabungan Fynn Jamal dan Hlovate, dua manusia hebat yang aku kagum dalam diri yang satu. Itulah dia. Diri seindah nama.
Setiap tulisan dia hadirkan bersama harapan, kadang-kala aku juga jadi penasaran, apa yang ingin Tuhan sampaikan melalui adik ini, sehingga akhir aku hanya mampu berdoa, semahu-mahunya, aku selitkan nama dia dalam setiap hantaran doa yang diangkat ke langit. Moga-moga antara doa-doa hamba, ada yang Tuhan genggam, nama dia.
Kami tidak pernah bertemu jasad. Tapi ruh-ruh kami seakan sudah lama berjanji, hanya tinggal belum bersalaman bertemu muka. MashaAllah. SubhanAllah. Mungkin inilah salah satu nikmat di atas jalan ini , aku kira.
Aku rakamkan tulisannya di sini, berharap agar ada tarbiyyah yang boleh kita manfaat bersama, ada pahala yang dapat dikongsi bersama. InshaAllah.
"aku sering pening
untuk satu jangka dulu
bila datang hal agama
dalam keluarga besar aku
....
ini lagu ape? dia tanya
aku tengah unload barang dari luggage, angkat muka
aku tengok skrin laptop "itu takbir raya bangang"
dia pandang muka aku. lama.
"aku suke"
perlahan.
dan sampai ke pagi samsung gedabak tak berenggang dari dia
sampai habis bateri
sampai melekat air liur basi
--chi--
waktu tu dah masuk maghrib
"nak gi ngaji?" dalam english berabuk
aku angguk, tangan dah masukkan tafsir dalam beg tikar mengkuang
"nak ikut?" dia tunjuk muka mashimaro
aku tegah. sampai membentak bentak
siap mengankat hanger ugut nak libas
sebab aku benci
bile dia ikut
cousie aku ramai geng
dorang suke main lari lari
dan aku si debab yang cepat penat
lalu akan jadi yang paling dibelakang
sambil mereka yang dah di depan
menjerit jerit puntianak di sebelah
tapi dia tak nak kalah
dia ikut jugak
dan sampai di rumah naqibah
di tepi tangga
dia recite setiap diksi kalamullah itu
dengan maknanya sekaligus
--vanessa--
cawan nescafe dgn bar cloudnine
dia baru siap mandi
keningnya terangkat
muncung aku menunjuk ke arah pak ngah yang duduk bersila di atas sofa
pak ngah nak citer ttg Kekasih malam ni
pak ngah kate dah masuk bab Kekasih yang sedang dlm fasa dipulau
malam ni aku conquer
yang lain dah keluar cari groceries
aku hepi, aku banyak masa
nak tanya itu ini
tentang junjungan mulia
dia datang bile pak ngah baru nak mula cerite
duduk bersila di sebelah aku
bile pak ngah kate itu tahun dukacita
ujian kehilangan demi kehilangan
bagaimana Rasululah begitu kuat dan sabar--
begitu cekal dan tabah--
dia tunduk
memintal bulu karpet
dari mata sepet dia
dah berlinang air mata
dari momen ini
setiap benda dijajarkan dengan rasul akhir kita
dia akan setia
walau ternganga hilang punca
walau geram melayan soal soal dia
--icky--
satu hari
dalam durasi keranapan
yang telah aku binakan tinggi--
supaya tidak hujan
oleh langit langit semangat--
dan asbab untuk terus kuat.
dia datang dekat.
dan cakap jujur pada aku
tentang kisah sahabiah yang terlibat dlm peristiwa hijrah
bagaimana perjalanan dan jurang menjadi garis garis cabaran
dia pujuk aku
dengan bahasa paling halus
dia katakan--
"kita ada tuhan , untuk punya satu kebergantungan"
--oscar--
.....
bile ade dengan mereka
terkadang aku yang dah sembilan belas tahun bergelar muslim
rasa seperti seorang mualaf
yang tak tahu banyak benda
yang tak sure banyak perkara
yang lebih jahil ilmunya
yang lebih hina attitudenya
tentang being a muslim.
a good one at a time.
*senyum tawar*
"why archie?"
offer letter dia dah lunyai
dia senyum
sambil tengok langit dia cakap
"al quds itu begitu istimewa, binaanya, sejarahnya--
kaabah itu begitu sempurna, tamunya, cintanya--
aku mau untuk terus hidup pada kota suci umat kalian"
--Unas--
Dan sekarang,
Aku?
6 comments:
Allahu Rabbi :'(
kalau boleh saya tahu. tulisan ni dari blog ke?
kalau dari blog, boleh ke nak minta share link dia. nak follow juga ^^
Sukanya baca..
siapa dia?
memang gaya hlovate + fynn jamal..
ada cerita melalui cerita..
suka!
salam alaik ukhti..
mau tahu..siapakah penulis itu?
*curious*
ada link?
btw, luv ur writing. inspired. very much.
andaikan bisa mengenalmu yang nyata.
moga Allah izin. biidznillah.
^_^v
assalamualaikum..
selalu penasaran bila baca entri kamu.
di malaysia sekarang, dik? :)))
salam alaikum,
Ainum, :') jzkk adik.
Ukhti Atyra,
eh tak, rasanya adik ni takde blog :) tapi dia pandai menulis kan? ^^
kak Faaein, haa, nama dia Najaa :) yep2 .sangat cool gaya dia ^^
MiszKeluangman :) comel sungguh nama awak ^^
alaikumussalam, adik ni takde blog saya rasa, tapi dia pandai berkata2 :) medium luahan nya mungkin di fb atau curahan dengan sahabat2 lain. hehe.
mashaAllah ukhti, tak layak sungguh saya dengan pujian setinggi itu :(
inshaAllah! mahu juga berjumpa dengan sister! ^^ amin amin biidznillah,
miszkeluangman, boleh tinggalkan pautan link? untuk kita bertaaruf mungkin? :)
Kak wee!!!
rinduuuu akak :(
huk. semoga dijaga Allah di sana ye kak?
aah sedang di malaysia ^_^
akak ?
:)
Post a Comment