Monday 3 December 2012

Journey


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum warahmatullah adik-adik yang akak sayangi sekalian,

Akak menulis surat ini buat usrah kita yang terakhir. Allah menentukan akak dapat menemani antunna semua sehingga perjalanan hari ini. Alhamdulillah, dengan rasa berat hati dan air mata, akak melepaskan antunna kepada kakak naqibah baru untuk menemani langkah-langkah kecil antunna kepada Allah dan syurgaNya.
Adik yang akak kasihi,
Masihkah antunna ingat saat pertama kali disentuh tarbiyyah? Saat pertama kali mengenal Allah? Saat pertama kali kita dipertemukan di bumi China? Bagaimana agaknya saat-saat itu ya? Akak rasa antunna lebih mengetahui , pahit, manis, sedih, ketawa, hati kita saling merasainya.

Adikku sayang,
Bermula dengan membuka mata mengenali tujuan hidup kita, sebagai Khalifah(2:30) dan ‘abidNya (51:56), adakah tarbiyyah ini telah betul-betul berkesan di hati dan mengubah diri kita? Cuba renungkan kembali setelah kita berusrah selama 1 tahun, apa yang telah tarbiyyah ini membawa kesan kepada diri antunna? Akak tidak punya jawapan untuk itu, cuma awak sahaja tahu.

Akak menulis ini dengan suatu harapan yang sangat besar buat kalian, islam yang kita pegang hari ini dengan tarbiyyah yang kita perolehi hari ini, adalah nikmat yang sangat besar tak terhingga, kalian adalah rijjal-rijjal yang Allah pilih, untuk memahami Ad-deen ini, untuk mengubah dunia ini. Tidak kah kalian merasainya?
Umat kita sedang sakit, saudara kita di luar sana sedang mencari-cari. Janganlah leka dengan dunia, kerana dunia ini tidak akan menjanjikan apa-apa untuk kita. Bangunlah, buka mata, buka hati, serahkan diri kita sepenuhnya untuk Islam. Masuklah Islam secara keseluruhan, seandainya kita masih berat meninggalkan jahiliyyah kita di belakang, nescaya pasti lebih susah untuk kita meraih redhaNya. Ingatlah, Allah akan menggantikan sesuatu yang jauh lebih baik daripada jahiliyyah yang kita cuba buang itu.

“the man who decides to change on the 12th hour died on the 11th "

-Perubahan tidak menunggu manusia. Jangan sampai kita menjadi orang-orang yang terlambat dalam mengejar redha Allah, jangan menunggu-nunggu untuk peluang berubah. Peluang itu kita yang cipta.


Mungkin ini warkah terakhir dari akak untuk antunna, mungkin juga akak akan pergi dahulu dari antunna, tetapi jangan berhenti dari jalan ini, teruslah melangkah dengan kukuh, bersama bekalan Al Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. Jangan menjadi orang-orang yang hanya menunggu perubahan kebaikan berlaku, instead of that, be the one who make the change!

Akak dengan ini, meminta seribu kemaafan, andai sepanjang kita bersama, akhlak dan iman akak yang compang camping ini, telah menghijab hidayah Allah dari sampai ke hati antunna. Maafkan akak andai antunna tidak merasai langsung ruh kepada usrah dan tarbiyyah itu sendiri. Islam is perfect. Tarbiyyah itu sifatnya mengubah, jika antunna merasakan tidak ada perubahan diri sepanjang usrah dengan akak, mungkin itulah kaffarah dari dosa-dosa akak sendiri. Asif jiddan. Minta maaf sangat-sangat. Astaghfirullahalazhim. 

Bagi yang bersama naqibah baru, sayangilah kakak itu, kerana dia juga akan membawa awak kepada jalan Allah yang diredhaiNya, inshaallah. Bukakan hati, berlapang dadalah dengan usrati(adik-beradik usrah) yang baru, sayangi mereka, kerana ukhuwwah adalah tali yang mengikat kita dengan satu aqidah yang sama. Jadilah seperti golongan ansar dan muhajirin. Akak sentiasa doakan kebaikan buat antunna. Ingatlah ,walau siapa pun yang membawa usrah kita, semuanya adalah membawa kepada Allah.
Akak harap dapat bersama-sama antunna lagi di jalan ini, bukan di dunia sahaja, tetapi sampai syurgaNya nanti. InshaAllah. J
Akak sayang awak semua kerana Allah.




Naqibahmu,
Kak Syafiqah
02/12/12
Beijing, China.

Tuesday 27 November 2012

Duka Bisu

Bismillahirrahmanirrahim..

aku menulis ini dengan baki air di mata,
tapi aku tetap tidak bisa menuliskan duka di hatimu, kakak.

26 November 2012  02:00 pagi
-Ibumu pergi menemui Sang Khaliq. Selama-lamanya.

Bagaimana aku bisa tersenyum sepanjang hari? dengan memikirkan wajah suram dukamu di tanah air sana. Aku tidak bisa, kakak. Sumpah.

*hujan lagi*

Kakak, kau anak tunggal dalam keluarga. Ayahmu sakit, sekarang pula ibumu pergi. Siapa yang mengerti suara duka dari ribut hatimu hari-hari?

aku tak tahu.
tapi aku  mahu rasa itu.
biar ringan sedikit beban hatimu.

kakak,
baru seminggu lepas kita berbuka sama-sama, kau masakkan masak lemak kuning, katamu, teringin sangat mahu masakan itu. Dan kau hidangkan kami kek coklat pertama hasil tanganmu. Aku terharu, sungguh. Berminggu-minggu sudah kempunan mahu rasakan kek itu. Dan kau tersenyum, sambil suakan kepadaku.

kakak,
bagaimana keadaanmu hari ini?
aku pasti, belum kebah lagi dari mimpi semalam. Allah, tenangkan dia di sana. Peluk dia dalam redha, kesatkan air matanya dengan doa kami.

Kakak,
Jangan sunyi, jangan sepi. Akhawat di sini semuanya adik-beradik kamu.

Dia mengajarkan ku, walau tidak pandai menuliskan peritnya kehilangan, tetapi tidak bermakna rasa itu tidak sama, duka itu tidak wujud, luka itu tidak dalam.

aku tahu, kakak. Walau aku tidak pernah rasakan kehilangan itu, tetapi suatu hari nanti aku pasti akan tempuh juga. Cumanya, waktu kita berbeza.

Kakak,

aku rindu.





Tuesday 20 November 2012

Malam-malam di Gaza

bismillahirrahmanirrahim..


"malam" mereka tak sama dengan "malam" kita.
"tidur" mereka tak sama dengan "tidur" kita.

malam kita,
tidur kita,
mimpi kita.

samakah?

tentu beza,
pejuang dengan pemanja.

Mimpi mereka, 
suatu hari nanti akan taklukkan Al Aqsa.
Tidur mereka,
sedikit untuk kerehatan minda, penuhnya dengan qiamualail buat Sang Pencipta,
malam mereka,
di'alun'kan dengan irama letupan bom dan tangisan saudaranya, dan juga bau gas merata.

Wahai da'ie ,
malam kamu bagaimana?



suatu hari nanti,
"Salahuddin" akan kembali.
bebaskan bumi Al Quds ini.









Sunday 18 November 2012

Kerana Aku Terlalu Percaya

Bismillahirrahmanirrahim.

....bahawa kelembutan itu selalu lebih mampu mengubah manusia.


orang kata,
dalam berukhuwwah, tak sah kalau tak touching-sampai-taknak tengok-muka , terasa hati sampai menangis bagai nak pecah jiwa,
orang kata,
dalam "membina", tak sah kalau tak mencurah air mata-air hidung segala, sedikit kerana anak-anak yang dibina, namun tentu lebih banyak kerana diri yang tidak reti membina.

Allahu Allah,
perencah utama dalam ukhuwwah dan tarbiyyah,
rupanya air mata.

tentu kau rasa,
"kalau macam tu, tinggalkan sajalah! "

nanti dia kan tersenyum,
"air mata itulah yang memaniskan semuanya."

Oh. sungguh.
begitulah jalan dakwah mengajarkan kami.


“Saat senyuman tak terbalas, maka Allah telah menghitung manis senyummu. Saat sapamu tidak terjawab, Allah takkan lupa atas apa yang kau katakan. Saat ajakanmu dalam kebaikan tidak terpenuhi, lelahmu akan menjadi hiasan di tamanNya. Saat engkau menangis atas perihnya perjuanganmu, Allah tak lalai menghitung setiap tetes air matamu. Saat mereka meninggalkanmu, Allah akan selalu ada bersamamu! Jangan hanya mengharapkan perubahan dalam dakwah ini.Ayuh ukhti,fikirkanlah tentang KONTRIBUSI yang dapat kita berikan. Semoga Allah senantiasa mencintaimu.”


Saturday 17 November 2012

Hijab

Bismillahirrahmanirrahim..

Jangan kamu melakukan dakwah ini untuk mengejar kemuliaan, kelak Tuhan akan hinakan kamu sehina-hinanya.
Lakukan dengan penuh ikhlas, penuh cinta.
kerana kita semua hanya,
HAMBA.

Wahai adik-adik yang aku kasihi,
Ketahuilah, bahawa aku sangat mencintai kalian,
sungguh,
betapa aku mahu kalian turut merasai hidup di bawah lembayung tarbiyyah ini,
tetapi seharusnya aku sedar,
hidayah itu milik Tuhan,
dan aku hanya hambaNya,
yang menyampaikan kalimat-kalimat,
sebagai khabar gembira, juga peringatan,

aku mencintai kalian,
tetapi maafkanlah,
sekiranya kerana dosa-dosa diri yang hina ini,
telah terhijab hidayah itu sebelum sampai kepada kalian,
maafkan,
atas segala ketidakikhlasan kakak ketika membina antunna.
atas segala jahiliyyah dan kekotoran hati kakak.

Ya Allah,
ampunkan hambaMu ini.
atas kelemahan iman dan kerapuhan amal.

Allah Allah
Astaghfirullahal'azhim..

Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah ia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan. Kepada Allah lah naiknya segala perkataan yang baik (yang menegaskan iman dan tauhid, untuk dimasukkan ke dalam kira-kira balasan), dan amal yang soleh pula di angkatnya naik (sebagai amal yang makbul - yang memberi kemuliaan kepada yang melakukannya). Dan sebaliknya: orang-orang yang merancangkan kejahatan (untuk mendapat kemuliaan), adalah bagi mereka azab seksa yang berat; dan rancangan jahat mereka (kalau berkesan) akan rosak binasa.
(Al Fatir : 10 )

Gaza Berdarah

Bismillahirrahmanirrahim..

Semoga cakna kita bukan cakna bermusim. 


Bumi Gaza dimamah lagi.
bumi Gaza berdarah lagi,
ayah ibu adik kakak abangku di sana menangis mati.

dan aku,
terus kaku.
bisu.
di sini.

"Mana dia Salahuddin?
Mana dia Umar ?
Mana dia ? mana mereka?"

-mana aku?

teriak raung mereka, mengisi ruang kotak fikiranku. 
membayangkan bagaimana sekiranya aku yang berada di situ,bersama mereka.

Awal Muharam kita,
sambut dengan penuh keazaman untuk mencapai cita-cita untuk tahun baru yang tiba.
tapi awal muharam mereka,
disambut dengan jurai air mata dan percikan darah merata.

Moga kita tidak main-main dengan apa yang kita bawa selama ini.

Tarbiyah mengajar saya 
bahawa tiap patah kata tulisan yang kami taipkan
walau nampak kecil dan hanya tulisan-tulisan
tapi ia mampu menyatukan para muslim yang ambil kisah muslim lainnya.
di seluruh pelusuk benua dan negara.
yang sama-sama menggunakan keyboard dan pena sebagai senjata balas mereka!

Tarbiyah mengajar saya
bahawa jerit-jerit kami
langkah yang mungkin hanya mengeluarkan peluh tatkal
a terik panas
walau nampak sepertinya tak memberi apa-apa effect
tapi ia menyampaikan suara-suara kami
mengejutkan mereka yang kesahnya hanya pada diri sendiri
kecoh-kecoh kami memberitahu mereka ada saudara mereka yang bermandi darah tatkala mereka di kerusi empuk

Tarbiyah mengajar saya
untuk mengimani
bahawa tiap langkah kecil
dengan izinNya
bakal memberi kesan besar pada dunia,
jika mereka yang "kecil-kecil" ini bersatu
dan menyampaikan pada dunia
sepertinya yang terjadi saat syahidnya syeikh ahmad yasin dan mavi marmara.
dunia bangkit dan nyatakan kemarahannya!

Tarbiyah mengajar saya
untuk mengimani
bahawa langkah2 kecil kami ini
memang mampu menguiskan pasir di ISRAEL.
bukannya kan menjadi debu yang terbang begitu saja
dan ia bukannya sekadar sampah2 yang ditulis!

tapi dengan izinNya,
kami yakin usaha-usaha kecil kami ini
hanyalah permulaan yang kan hasilkan gelombang yang besar
yang bakal menggoncang dunia!

Ya, kami tak main-main bila kami nyatakan kami mahu ubah dunia!



Monday 12 November 2012

Perahu Kertas

Bismillahirrahmanirrahim.

Waktu masih kanak-kanak kau membuat perahu kertas dan kau layarkan di tepi kali; alirnya Sangat tenang, dan perahumu bergoyang menuju lautan.
"Ia akan singgah di bandar-bandar besar," kata seorang lelaki tua. Kau sangat gembira, pulang dengan berbagai gambar warna-warni di kepala.
Sejak itu kau pun menunggu kalau-kalau ada kabar dari perahu yang tak pernah lepas dari rindu-mu itu.
Akhirnya kau dengar juga pesan si tua itu, Nuh, katanya,
"Telah kupergunakan perahumu itu dalam sebuah banjir besar dan kini terdampar di sebuah bukit."
-Perahu Kertas-
---------
Indah.
puisi tanpa lagu.

Buru-buru,
aku mahu siapkan amanah yang diberi,
jumpa lagi nanti ya?



Saturday 3 November 2012

Dari Kisah Pergi-pergi

Bismillahirrahmanirrahim.

*sign-in*

klik.

diam. kaku. Sorot lamput meja warna kuning menemani meja penuh dengan buku. Gelap semua.
Fikiranku gaduh sebentar tadi. Lihat putih-putih 'kanvas' ini, menuntut satu-satu dakwat untuk dituangkan.

Menjerit, tidak mengerti.

apa mungkin mampu jariku menari seperti dansa yang biasa diiramakan semalam?
jadi rangkai-rangkai aksara seakan tetamu asing disambut.

*diam*

putus dakwat.

Jujur, tidak mungkin hilang dunia ini dariku.
tidak bisa aku tinggalkan papan-kunci tanpa lagu.
separuh jiwa sudah ku pajakkan di sini,
dari mula.
2009
akhir disember.

Cuma mahu ditinggal nota,
pada hati yang mungkin membaja, (atau aku saja?)

- hilang aku ada kuburnya,
hilang aku pada Tuhannya,
tinggal aku dari dunia maya,
mahu melaksanakan segala yang pernah aku cerita.

rindu.Sumpah rindu.
pada kamu-kamu,
yang aku sambut dalam doa selalu.

sungguh.

- pergi aku mengumpul cerita, untuk nanti kita kongsi-kongsi bersama.Cerita yang 'benar' belaka.
aku tidak mahu jadi tukang karut bercerita tentang indahnya bulan dan syurga, aku mahu rasai perit jerih sebelum kisahkan pada semua.

bahawa,sungguhlah jalan ini pasti indah-indah hujungnya.

buat kamu-kamu,
doakan aku ya?

Allah hafeez.
*senyum segaris*

p.s :  Ana musytaaqotun ilaihunna.  :')

mimpi aku, bila aku bangun esok pagi, mahu lihat senyummu setiap hari.


Saturday 15 September 2012










Rindu.















Monday 13 August 2012

Cintaku, seperti Ramadhan.

Bismillahirrahmanirrahim..

tidak semua orang berhasil menemukan Tuhan,
tidak semua orang beruntung mengenal walau dirinya.

syukurlah.

Jangan hanya melihat sepetak langit biru di atas kepala, tetapi bermimpilah setinggi-tingginya, ciptakan sayap-sayap, lalu terbang, hingga kamu menyondol awan.

setidaknya, kamu berhasil untuk keluar dari harem di dalam fikiranmu.

Kabut. sering membuatku hilang tujuan.
Allah, redhailah.


Apa kau pernah fikirkan, tentang seorang dai'e yang dilahirkan dalam sebuah keluarga yang konflik? 

bagaimana jiwanya, bagaimana sikapnya, bagaimana tarbiyyahnya,

pernah?

tidak semua orang beruntung dibentuk dari keluarga dan bia'h yang soleh. kau tahu.

Pena telah diangkat. dan dakwat pun telah mengering.














Thursday 9 August 2012

Aint Nobody


I'm not an angel.

                          
--because I don't even fly.

Tuesday 7 August 2012

Kalau bukan kita, siapa lagi?

Bismillahirrahmanirrahim..

Kekuatan dakwah terletak pada kekuatan pendokongnya, kekuatan pendokongnya terletak pada hatinya, kekuatan hatinya terletak pada bekalan imannya.


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, yang menggerakkan hati-hati seluruh pelusuk dunia, untuk berkumpul bersama, membina iman dan taqwa, membersihkan kembali niat-niat yang kadangkala tergelincir dari landasan tarbiyyah, dan untuk segala-galanya. SYUKUR.

Seminggu yang lalu, terlalu banyak cerita, terlalu banyak rasa, yang memenuhi dada, bukan sesak, tapi sangat aman. Limpahan kurniaan dariNya, membuakkan rasa kasih-sayang antara kita, iya, para kader dakwah yang sama-sama berjuang menjulang Islam.

subhanAllah wa alhamdulillah.

Allah temukan saya dengan ramai sosok hebat, baik figur umum dakwah , mahupun mereka-yang-tidak-dikenali-dunia, sungguh, antum telah banyak mengajarku erti bahawa dakwah ini perlu diteruskan, perlu diperjuangkan. 

dan yang paling penting, kepulangan ke Malaysia kali ini, sangat banyak mengajar saya untuk harus memahami waqi'e dakwah di medan realiti. Betapa ramai pejuang-pejuang yang dahulunya hebat berdakwah di luar, tapi sekembalinya ke tanah air, mereka hilang seperti angin petang. Nyaman, tapi sekejap. Nauzubillahiminzalik. semoga kita tetap kukuhkan langkah kaki menapaki jalan ini. 

Pesan ku buat dai'e yang berada di luar negara, hargailah tarbiyyah di sana, dan bekerja keraslah, jangan memanjakan diri dengan mahukan suasana yang selesa sahaja. Ketahuilah wahai ukhti, jika kita sudah kembali ke malaysia, pilihan untuk mahu atau tidak mahu untuk berada terus di jalan ini terletak di tangan antunna sendiri. Tidak perlu mencari alasan untuk lari, kerana sememangnya alasan itu sudah ada dengan sendiri, malah sangat banyak! 

Sungguh, dakwah ini hanya ada dua jenis manusia, "ORANG YANG MAHU, DAN ORANG YANG MAMPU."  hanya orang yang betul-betul mahu sahaja akan dikuatkan dengan iltizam dan thumuhaat yang berterusan untuk tsabat di jalan ini.

persoalannya, bagaimana untuk membangkitkan rasa 'mahu' itu?  iaitu sejauh mana kamu merasakan tarbiyyah ini adalah satu urgensi terhadap diri kamu. 

Binalah diri dengan ciri-ciri muwasofat yang kita imani, kerana dengan memperbaiki diri, maka kita akan memperbaiki orang lain. 

Semoga kita tidak berguguran sebelum berjuang. 

Ukhtukumfillah.

-Mahu jadi mereka yang solid imannya, yang sanggup menunggu saudara akhawatnya walau sudah ditawarkan syurga. 

Biidznillah. 


29 Julai-- 5 Ogos 2012






Sunday 29 July 2012

Sisa Luruh

Bismillahirrahmanirrahim..

tentang semalam, yang aku rindu.

Khabarkan aku, andai rasa masih bersisa,
masihkah engkau sanggup menunggu?

luruh daun,
tetap tidak mampu menangkap hasil hatiku.

-The Great Wall MutianYu-


watermark baru.
:) --may Allah bless.



Saturday 28 July 2012

Hidayah itu ibarat Cahaya, ia menyuluh di jendela yang terbuka sahaja.

Bismillahirrahmanirrahim..

kerana Tuhan mengajarkannya begitu.
(oh saya baru belajar teknik warna begini. jazakillahukhair sahabat , @Zura Azhar. :) 

tentang cahaya semalam yang datang,
hadir mengetuk pintu-pintu hati yang tertutup rapat.
berkali-kali,
ada yang membuka,
ada yang menutup separuh,
ragu-ragu,
ada yang menutup terus.
kunci.

tentang cahaya semalam yang datang,
bersama ia datangkan pelita harapan,
dari dosa-dosa kelmarin.
untuk kamu,
dia,
aku.
lalu dipimpin hati-hati kita,
kepadaNya.

- teringat kata-kata Mat Luthfi, 
' Manusia sebenarnya bukan takut kegelapan, tapi ia takut akan kehilangan CAHAYA. ' 

-Sebenarnya banyak nak dituliskan, tapi hmm. Mungkin Ramadhan ini beri saya masa untuk lebih banyak koreksi hati sendiri. Pesan terakhir, "Jujurlah, telah berlalu ramadhan, namun berapa banyak amal, berapa banyak dosa telah dikumpulkan? " Allah. 

semoga tidak hilang cahaya ini.

-28072012
Bersiap untuk Daurah seminggu. Robbuna yusahhil.





Wednesday 25 July 2012

Get Closer

Bismillahirrahmanirrahim..

Pantai QingDao,Shandong.
Mari bayu ku bisikkan,
kalimat hijaiyyah yang menguncikan lailaha illallah.
Mari laut ku alunkan,
senandung nyanyian untuk Tuhan paling indah.
dan nanti akan aku ceritakan bagaimana kisahnya para nabi,dan sang rasul junjungan.

lalu,balas mereka,
" Kami adalah makhluk yang sentiasa berzikir memuji asma Allah. Kamu pula?"

Al-Israa [44] "Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun".

----------------

Seringlah mentadabur alam. Kerana mereka nanti yang akan menunjukkan kamu, bagaimana menjadi makhluk Allah yang tidak lelah menyembah memuji Penciptanya.

Mohon agar Allah mengajar kita untuk menjadi hamba, sehamba-hambanya.

Ukhtikumfillah,
Ramadhan ke-5.




Antara Manusia dan Hamba

Bismillahirrahmanirrahim..


-" Tapi personally, saya percaya gambar yang ada cerita dan puisi yang punya rasa lebih hidup jiwanya. :)"

--ukht Fatin


-" Atas dasar fitrah, 

Tuhan dengan hamba mana bisa dipisahkan
Seperti juga cerita, terkadang perlu gambar melengkap siri.
Dalam rasa, perlu medium menzahirkan kata.
Memang dua dunia berbeza.
Cuma perlu kefahaman dalam menyampaikan.
Kerana kewujudan Tuhan itu sendiri berada di dunia yang tiada siapa bisa ceritakan melalui gambar mahu aksara.
Asal kita tahu batas. Untuk tidak terlalu menggagungkan keduanya; gambar dan puisi.
Terkadang punya rasa yang sama.
Cumanya perlu berbalik kepada niat. Dimana semuanya bermula.
Semoga
Kita menjadi yang memahami dan mengetahui"
--Alyaa

- "erm, ya. akak pun selalu konfius dalam bab memisahkan keduanya. tapi, akak selalu ada rasa juga yg; daie ada sisi manusiawinya. malah kadang-kadang, bila 'manusia-nya' kita tertonjol dalam puisi, random rants, ataupun fotografi, mungkin akan lebih 'mendekatkan' kita dgn yg lain, tak lain tak bukan; sebab kita dan dia manusia."

-- Kak Umai


------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jazakunallahukhairan katsira.
moga ini jalan yang terbaik, dari Allah, menerusi hantaran-hantaran sahabat sebaik kalian :') alhamdulillah.

Penting kan? untuk seseorang dai'e itu dilihat juga dari sisi manusiawinya. Sebab kita, dan dia manusia.-benar kak umai. Agar sosok dai'e itu tidak kelihatan terlalu 'tinggi', sepertinya malaikat. kerana dia hanya hamba, yang harusnya selalu belajar merendah.
membumi.

Moga Allah redha jalan ini untukku. Amin.

credit photo to FB.

Untuk setiap doa dari tasbih cinta,
terima kasih.

tentu lebih baik buat kalian nanti.
di 'sana'.

Allah hafeez.
:')








Tuesday 24 July 2012

# 04

Bismillahirrahmanirrahim..

perlumbaan ini, bukan untuk menentukan siapa yang sampai dahulu di garisan penamat.
tetapi adalah untuk melihat,
siapakah yang paling bagus dalam penyempurnaan tugas.

Ramadhan Race is on.

-aiceh, sejak boleh letak size gambar besar ni. Memang habis lah penuh separuh page .
testing dengan mode warna.

Allah hafeez.

~SR photography~



Hope

Bismillahirrahmanirrahim.

Untuk segala mimpi yang mungkin akan terbangkit lagi,
aku mohon, berikan barang sedikit minit.

hanya mimpi itu, bisa buat aku kembali berdiri,
di sini,
hari ini.
atau esok.

sesuatu yang selalu mengalir.
dalam pembuluh,
dalam rasa,
dalam nadinya.
'photography'

~sr 24072012.  bumbung rumah. senja ramadhan.~ 

-"eh muka awak macam pernah jumpa. Familiar."
'Yeke? Muka sampah kot. Mana-mana ada.' jawab saya sambil sengih garu kepala. (ohhh. T.T )

Alhamdulillah, ayah sudah keluar wad. Masih lagi dirawat di rumah. Jazakumullahukhairan katsira buat yang menghantar doa. :')
-moga ramadhan kali ini lebih mengajar kita semua tentang erti sabar dan suci.


Notakaki:  Saya sedang memikirkan untuk memisah antara gambar dan cerita. antara puisi dan rasa. Dua dunia berbeza. mungkin. 

Saturday 21 July 2012

01.

Bismillahirrahmanirrahim.

01.


Malam pertama Ramadhan,
ayah kemalangan.
patah bahu.
adik cedera.

Mohon doa, sampai ke pintu langit.
Amin.

Thursday 19 July 2012

Wahai yang Mengaku Dai'e

Bismillahirrahmanirrahim...


Khabarkanlah kepadaku wahai rajawali
adakah gerhana akan berlalu pergi?
untung nasib barangkali ada gerimis

menyejukkan hati bagai direnjis
embun-embun pagi yang menitis
langit sudah berubah senja
si kecil sudah bergelar raja
pondok miskin berganti istana
lembah muram berubah suasana
laut yang tenang menjadi gelora
awan yang mendung berarak sudah
pipit yang bingit bercicit segala
bumi yang kering berganti sawah
ulama’ yang teguh terkubur sudah,
tapi buih-buih putih yang berjuta-juta
sekadar berkemutih menyejukkan mata
hakikatnya tetap lemah sengketa.

Oh… jiwa-jiwa yang kesakitan.
Sudahkah kematian menemui kalian?
Ataukah hidup seperti bangkai?
terbuka sahaja mata, karung diisi sekenyang-kenyangnya
seusai mengisi perut, diisi pula kantung pusaka
bagaikan hidup seribu tahun lamanya
padahal siapa tahu sebentar lagi ajalnya
bisakah kita menentukan hujungnya?

Oh… jiwa-jiwa yang buta!
Celiklah!
Adakah tenang dengan mengulit harta dan wang?
Adakah menang dengan menghancurkan kasih sayang?
Adakah pasti akan terang dengan mengutip bintang-bintang?
Siapakah yang bisa menyelamatkan kamu
dari Hutamah yang memburu?
Siapakah yang bisa melindungimu
dari Jahannam yang menderu?
Siapakah yang akan memayungimu
pada hari lidah-lidah terkunci kelu?
Ayuh, jawab soalan ini…

Oh… jiwa-jiwa yang lemah…
Kalau tidak kerana manisnya iman
aku tidak menyeru kalian
Kalau tidak kerana aku ketakutan
aku tidak memanggil kalian
Kalau tidak kerana bakal dipersoalkan
aku tidak peduli sebarang urusan

Umat ini sedang karam ditenggelamkan
Akankah kita tenang mengulit mimpi
disaat bayi-bayi yang dilahirkan
dibenam dalam-dalam
sampai bernafaslah mereka dalam najis-najis musuh Adam a.s
Tenangkah kita?
Menangkah kita?
Gemilangkah kita?

Ketawalah kerana kebodohan pemimpin-pemimpin
tetapi takutlah juga kerana kau juga pemimpin
khalifah yang dilantik Rabbul ‘alamiin
bukan cabutan undi ‘demokrasi terpimpin’

Kalau aku menjadi kalian.
Akanku kobar api kesedaran
Akanku bakar tiap-tiap binaan jahiliyah
biar hancur menyembah tanah
Sampai masa, aku bina istana Islah
biar subur menghasilkan buah
pemuda-pemuda al Fateh dengan semangat Rasulullah.
-- Laskar Pelangi



Saat semua hilang percaya, tetaplah teguh kaki melangkah.
Masihkah ada masa untuk kita berlengah?

Moga-moga kita bukan golongan yang berada di pinggir dakwah.
Allahuyusahhil lana.

19072012







Thursday 12 July 2012

...kerana Tuhan kami sama

Bismillahirrahmanirrahim.

mahu tulis sesuatu di luar alam hari ini,
tentang seorang adik, yang Tuhan hantarkan padaku suatu masa dahulu. Polosnya, fikirannya, berbeda, tapi kerana ilmu Allah yang paling tinggi, Dia telah menemukan dua garis pemikiran yang 'parallel' kepada satu titik yang sama.

Hari itu, dia datang kepadaku dengan membawa matahari. entah apa yang ada padaku, tidak tahu, aku hanya kira mungkin Tuhan yang hantar dia, supaya mengajarkan sesuatu kepadaku.

Adik ini, sungguh istimewa. Aku tidak pernah menemukan seseorang seperti dia. Gayanya seperti gabungan Fynn Jamal dan Hlovate, dua manusia hebat yang aku kagum dalam diri yang satu. Itulah dia. Diri seindah nama.

Setiap tulisan dia hadirkan bersama harapan, kadang-kala aku juga jadi penasaran, apa yang ingin Tuhan sampaikan melalui adik ini, sehingga akhir aku hanya mampu berdoa, semahu-mahunya, aku selitkan nama dia dalam setiap hantaran doa yang diangkat ke langit. Moga-moga antara doa-doa hamba, ada yang Tuhan genggam, nama dia.

Kami tidak pernah bertemu jasad. Tapi ruh-ruh kami seakan sudah lama berjanji, hanya tinggal belum bersalaman bertemu muka. MashaAllah. SubhanAllah. Mungkin inilah salah satu nikmat di atas jalan ini , aku kira.

Aku rakamkan tulisannya di sini, berharap agar ada tarbiyyah yang boleh kita manfaat bersama, ada pahala yang dapat dikongsi bersama. InshaAllah.

"aku sering pening

untuk satu jangka dulu
bila datang hal agama
dalam keluarga besar aku 

....

ini lagu ape? dia tanya
aku tengah unload barang dari luggage, angkat muka
aku tengok skrin laptop "itu takbir raya bangang"
dia pandang muka aku. lama.
"aku suke"
perlahan.
dan sampai ke pagi samsung gedabak tak berenggang dari dia
sampai habis bateri
sampai melekat air liur basi
--chi--

waktu tu dah masuk maghrib
"nak gi ngaji?" dalam english berabuk
aku angguk, tangan dah masukkan tafsir dalam beg tikar mengkuang
"nak ikut?" dia tunjuk muka mashimaro
aku tegah. sampai membentak bentak
siap mengankat hanger ugut nak libas
sebab aku benci
bile dia ikut
cousie aku ramai geng
dorang suke main lari lari
dan aku si debab yang cepat penat
lalu akan jadi yang paling dibelakang
sambil mereka yang dah di depan 
menjerit jerit puntianak di sebelah
tapi dia tak nak kalah
dia ikut jugak 
dan sampai di rumah naqibah
di tepi tangga
dia recite setiap diksi kalamullah itu
dengan maknanya sekaligus
--vanessa--

cawan nescafe dgn bar cloudnine
dia baru siap mandi
keningnya terangkat
muncung aku menunjuk ke arah pak ngah yang duduk bersila di atas sofa
pak ngah nak citer ttg Kekasih malam ni
pak ngah kate dah masuk bab Kekasih yang sedang dlm fasa dipulau
malam ni aku conquer 
yang lain dah keluar cari groceries
aku hepi, aku banyak masa
nak tanya itu ini 
tentang junjungan mulia
dia datang bile pak ngah baru nak mula cerite
duduk bersila di sebelah aku
bile pak ngah kate itu tahun dukacita
ujian kehilangan demi kehilangan
bagaimana Rasululah begitu kuat dan sabar--
begitu cekal dan tabah--
dia tunduk
memintal bulu karpet
dari mata sepet dia
dah berlinang air mata
dari momen ini
setiap benda dijajarkan dengan rasul akhir kita
dia akan setia
walau ternganga hilang punca
walau geram melayan soal soal dia
--icky--

satu hari
dalam durasi keranapan
yang telah aku binakan tinggi--
supaya tidak hujan
oleh langit langit semangat--
dan asbab untuk terus kuat.
dia datang dekat.
dan cakap jujur pada aku
tentang kisah sahabiah yang terlibat dlm peristiwa hijrah
bagaimana perjalanan dan jurang menjadi garis garis cabaran
dia pujuk aku
dengan bahasa paling halus
dia katakan--
"kita ada tuhan , untuk punya satu kebergantungan"
--oscar--

.....

bile ade dengan mereka
terkadang aku yang dah sembilan belas tahun bergelar muslim
rasa seperti seorang mualaf
yang tak tahu banyak benda
yang tak sure banyak perkara
yang lebih jahil ilmunya
yang lebih hina attitudenya

tentang being a muslim.
a good one at a time.

*senyum tawar*

"why archie?"
offer letter dia dah lunyai
dia senyum
sambil tengok langit dia cakap
"al quds itu begitu istimewa, binaanya, sejarahnya--
kaabah itu begitu sempurna, tamunya, cintanya--
aku mau untuk terus hidup pada kota suci umat kalian"
--Unas--

Dan sekarang,
Aku?
Adakah akhir mercu menuju agamaku?"



---------------------------------------------------

-"Siapa kamu bidadari? andai kamu punya nafas lebih, aku mau sedikit." :') 


*senyum*

Dia adik aku, kerana Allah.





~12072012. Malaysia~














Thursday 5 July 2012

Peluru Cair dari Awan

Bismillahirrahmanirrahim..

Hujan di Jakarta.
Indah.

Sepertinya peluru cair dari awan, membunuh debu-debu kota peradaban, membasuh luka-luka pengamen dan pengasung jalanan.

Kehidupan di bawah jambatan.

Adem.

Hamdulillah.

05072012
Jakarta, Indonesia