Jangan kamu melakukan dakwah ini untuk mengejar kemuliaan, kelak Tuhan akan hinakan kamu sehina-hinanya. Lakukan dengan penuh ikhlas, penuh cinta. kerana kita semua hanya, HAMBA. |
Wahai adik-adik yang aku kasihi,
Ketahuilah, bahawa aku sangat mencintai kalian,
sungguh,
betapa aku mahu kalian turut merasai hidup di bawah lembayung tarbiyyah ini,
tetapi seharusnya aku sedar,
hidayah itu milik Tuhan,
dan aku hanya hambaNya,
yang menyampaikan kalimat-kalimat,
sebagai khabar gembira, juga peringatan,
aku mencintai kalian,
tetapi maafkanlah,
sekiranya kerana dosa-dosa diri yang hina ini,
telah terhijab hidayah itu sebelum sampai kepada kalian,
maafkan,
atas segala ketidakikhlasan kakak ketika membina antunna.
atas segala jahiliyyah dan kekotoran hati kakak.
Ya Allah,
ampunkan hambaMu ini.
atas kelemahan iman dan kerapuhan amal.
Allah Allah
Astaghfirullahal'azhim..
Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah ia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan. Kepada Allah lah naiknya segala perkataan yang baik (yang menegaskan iman dan tauhid, untuk dimasukkan ke dalam kira-kira balasan), dan amal yang soleh pula di angkatnya naik (sebagai amal yang makbul - yang memberi kemuliaan kepada yang melakukannya). Dan sebaliknya: orang-orang yang merancangkan kejahatan (untuk mendapat kemuliaan), adalah bagi mereka azab seksa yang berat; dan rancangan jahat mereka (kalau berkesan) akan rosak binasa.
(Al Fatir : 10 )
No comments:
Post a Comment