Saturday, 17 November 2012

Gaza Berdarah

Bismillahirrahmanirrahim..

Semoga cakna kita bukan cakna bermusim. 


Bumi Gaza dimamah lagi.
bumi Gaza berdarah lagi,
ayah ibu adik kakak abangku di sana menangis mati.

dan aku,
terus kaku.
bisu.
di sini.

"Mana dia Salahuddin?
Mana dia Umar ?
Mana dia ? mana mereka?"

-mana aku?

teriak raung mereka, mengisi ruang kotak fikiranku. 
membayangkan bagaimana sekiranya aku yang berada di situ,bersama mereka.

Awal Muharam kita,
sambut dengan penuh keazaman untuk mencapai cita-cita untuk tahun baru yang tiba.
tapi awal muharam mereka,
disambut dengan jurai air mata dan percikan darah merata.

Moga kita tidak main-main dengan apa yang kita bawa selama ini.

Tarbiyah mengajar saya 
bahawa tiap patah kata tulisan yang kami taipkan
walau nampak kecil dan hanya tulisan-tulisan
tapi ia mampu menyatukan para muslim yang ambil kisah muslim lainnya.
di seluruh pelusuk benua dan negara.
yang sama-sama menggunakan keyboard dan pena sebagai senjata balas mereka!

Tarbiyah mengajar saya
bahawa jerit-jerit kami
langkah yang mungkin hanya mengeluarkan peluh tatkal
a terik panas
walau nampak sepertinya tak memberi apa-apa effect
tapi ia menyampaikan suara-suara kami
mengejutkan mereka yang kesahnya hanya pada diri sendiri
kecoh-kecoh kami memberitahu mereka ada saudara mereka yang bermandi darah tatkala mereka di kerusi empuk

Tarbiyah mengajar saya
untuk mengimani
bahawa tiap langkah kecil
dengan izinNya
bakal memberi kesan besar pada dunia,
jika mereka yang "kecil-kecil" ini bersatu
dan menyampaikan pada dunia
sepertinya yang terjadi saat syahidnya syeikh ahmad yasin dan mavi marmara.
dunia bangkit dan nyatakan kemarahannya!

Tarbiyah mengajar saya
untuk mengimani
bahawa langkah2 kecil kami ini
memang mampu menguiskan pasir di ISRAEL.
bukannya kan menjadi debu yang terbang begitu saja
dan ia bukannya sekadar sampah2 yang ditulis!

tapi dengan izinNya,
kami yakin usaha-usaha kecil kami ini
hanyalah permulaan yang kan hasilkan gelombang yang besar
yang bakal menggoncang dunia!

Ya, kami tak main-main bila kami nyatakan kami mahu ubah dunia!



2 comments:

aku-bukan-robot said...

benarlah. moga cakna kita tak bermusim.
dan sungguh andai saya. pasti masih tak mampu untuk berkata " sabarlah.syurga menanti dihadapan " bilamana dihujani bom tanpa henti. fuhh.
*malu.

moga tembakkan doa buat mereka tak kita lupa. )'=

Qautsar said...

Asslmualaikum sister,

jazakillahukhairan katsira.
indeed, moga cakna kita bukan bermusim
:')

Aameen! keep on shooting du'as for them.

<3