Saturday 30 April 2011

RumahSakit (Homesick) erk?=,="

Bismillah..

Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah... satu rasa mekar di jiwa. bahagia. :)
terubat rindu di kala ia membuak menyesakkan dada,
semoga mereka sentiasa di lindungi dengan payung rahmat dari Allah hendaknya,Amin ya rabb.

baru lepas skype dengan family di Malaysia^^  hee~

Allah...andai aku bersama mereka,
izinkan aku mencicipi derai gelak tawa adik-adik yang menghiburkan telinga,
izinkan aku kucupi tangan sang ibu yang banyak berjasa,tidak henti mendoakan anaknya,
biar segala rasa resah di jiwa kerana kehidupan yang mengasakkan ini lebur,
dielus pergi hanya dengan satu usapan lembut di kepalaku..
maafkan piqa,ibu...

rasa nak cubit budak ni kuat-kuat! (adikbongsu : Rayyan,3 tahun)

*esok ada program penting untuk akhawat and ikhwah di sini,
di mana ia bakal menjadi titik tolak penerusan da'wah di bumi yang kami pijak ini.
semoga usaha ini Allah redha,
insyaAllah ada rezeki saya kongsi apa yang dapat di sana :)
jzkk. may Allah bless .:)

Wednesday 27 April 2011

Duhai Bintang, Sampaikan Salam Padanya.

Bismillah..


Lihat awan itu,
dan ingatlah aku.


rindu.
titik.






tangga itu masih jauh untuk ku gapai




Ketahuilah, betapakah banyak hati-hati yang mekar dengan perasaan cinta yang amat berat dan sarat, dan kerana merasakan itulah tanda cinta Ilahi, lantas dipelihara hati itu sedaya upaya, ditahan perasaan yang membara di dada, ditangisi waktu-waktu sukar tatkala cinta itu benar-benar menggegar jiwa dan membungakan rindu yang nyata..namun kerana besarnya cita-cita untuk meraih redhaNya, lantas dihadapi semua itu dengan penuh kesabaran yang mulia.




sampai bila-bila pun kata-kata ini akan tersemat kemas di dada,
kerana masanya belum tiba,
dan kepastian kabur juga.



masa,jarak,takdir,
biarlah menjadi hijab kita.

semoga saya,kamu tsabat di atas jalan yang Allah pilih ini.




Sedang berusaha untuk mengalihkan cinta hamba ke cinta PENCIPTAnya.
kerana aku,yang mungkin kisahnya tiada tertulis di sana,
masih juga berkejar untuk mendapatkan syurga. 





Tuesday 26 April 2011

Cerita ini, penulisnya bukan aku.tetapi Dia Yang Maha Satu

Bismillah...

People say a picture speaks thousand words, so lets see what it is all about. Can you tell me? :)

Alhamdulillah,syukur ya Allah,Kau hadirkan dua rasa dalam satu masa. (refer post sebelum ni)
Sungguh hanya Engkau berupaya meniupkan rasa ini dalam satu hati yang kecil.
Malah,dua rasa itu saling memenuhi,saling menggantikan yang lain.indahnya ukhuwwah kerana Allah! ^^  terasa indahnya sehingga membibitkan senyuman seluhurnya di bibir..[jazakumullahukhairan pada akhawat yang saya sayang :) ] Orang kata, hati wanita ini susah untuk diramal,seperti cuaca,sekejap cerah dan sekejap lagi pula mendung.Bukanlah sukar seandainya Engkau yang mentafsirnya,kerana hati ini milikMu jua :)

Hadirnya pelangi menemani selepas hujan pergi, tapi aku lebih suka hujan itu, kerana ia adalah tanda rahmat dari Ilahi. Hati ini yakin, walau hujan itu membawa kelemasan dalam kebasahan namun ia menghidupkan hati dan bumi yang kering kontang menanti gersang. 
Tanpa hujan itu, tiada lah pelangi secantik yang manusia puja selalu.

biarlah,
kerana aku tahu,
hujan itu aku punya.
kerana yang indah itu selalu sementara,jadi aku mahukan selamanya.



Saat Allah mencintai seseorang,tempat pertama menerima sentuhan itu adalah HATI,disitulah Allah melenyapkan segala rasa putus asa dan kesedihan akibat dosa mereka, kemudian berganti dengan harapan dan keinginan untuk berubah menjadi insan berjiwa bersih. Hati seeloknya berbisik: ''AKU TAHU BILA ALLAH MENCINTAIKU,IAITU SAAT AKU MEMBENCI SEGALA KEJAHATANKU.."



"Allah,andai dia yang Kau ciptakan untuk membimbingku,benarkan hati ini bersedia sepenuhnya sebelum kami bertemu,dan beri aku kesempatan untuk menabur bakti di jalan da'wah Mu sehingga akhir Engkau menjemputku."


Monday 25 April 2011

Berhenti, untuk bernafas.

Bismillahirrahmannirrahim.. 
(monolog sendiri,maaf andai tiada manfaat untuk pembaca.ini cuma luahan dari sebuah hati yang tidak punya rasa)

Sometimes silence is the best medicine.



"When words become unclear,
I shall focus with photographs.
When images become inadequate,
I shall be content with silence.
~Ansel Adams" 


tiba-tiba rasa seperti ingin lari dari dunia ini, ingin pergi jauh dari semua orang.
bukan kerana merajuk,bukan kerana kecewa,
tapi untuk koreksi hati,apa yang telah hilang darinya.
sosial itu bahaya,dan mengundang fitnah.itu pasti, tiada siapa yang boleh sangkal.
memang kita boleh batasi dengan mengehadkan sahabat-sahabat sejantina sahaja,
tapi sekuat manakah anda?
bukan kehendak kita jika ada yang mahu berkawan,malah sekeliling kita juga ada kawan berlainan.
mungkin diri ini yang tidak kuat,mungkin diri ini yang terleka,
ya,diri ini yang salah. ;'(
dan ada rasa yang semakin  menyesakkan jiwa,
itu dosa.

hari ini saya tersungkur lagi, walau setiap hari dibisikkan ke dalam diri,
'jaga Allah,jaga hati,jaga pertuturan,jaga kelakuan,jaga aurat,jaga iman,jaga batas pergaulan,jaga pandangan,jaga.....jaga......"
tapi masih belum tercapai semua itu lagi.
kenapa ? kenapa tidak boleh istiqomah syafiqah?!

marah dengan diri.tapi apa boleh buat? 


shutdown.
dengan harapan itu yang terbaik.

mahu bernafas,dengan lancar,
dengan tenang,
dari menambah tompok hitam di hati.
saya mahu berubah,
for the second turning point of my life,
saya perlu kuat,perlu tekad, perlu tegas
dengan diri sendiri.

alasan "aku juga manusia biasa,yang tidak sempurna" harus ditongsampahkan. itu semua penghalang untuk kita berubah. Ya memang kita manusia biasa, yang tidak sesempurna malaikat,  tapi sebab itulah Allah muliakan kita,sebab itu lah Allah memberi ganjaran dan nikmatNya.
bersyukurlah kerana masih diberi peluang melihat dunia,daripada dicampak ke neraka untuk jadi bahan bakarnya.

"....Dan barangsiapa dikendaki-Nya menjadi sesat, Dia jadikan dadanya sempit dan sesak, seakan-akan dia sedang mendaki ke langit...." (6:125)

Allah,jangan ya Allah..
jangan biarkan hamba ini tercari-cari dalam gelita,
aku mahu cahaya,aku mahu cinta Allah,
aku mahu syurga..
tapi  bagaimana? ;'(

cuma satu,
kembali pada Yang Maha Satu.
kamu harus berubah,Syafiqah,
pancangkan niat, kibarkan azam,
dan itu, destinasi terakhirmu.

SYURGA.

insyaAllah.

Sirah 4 : Pemuda bangsawan yang zuhud

Bismillah...


Seseorang yang berlumur darah dan terkubur di tanah Uhud, kakinya ditutupi rumput-rumput harum, badannya hanya ditutupi sepetak kain wool yang tidak cukup menutupi seluruh tubuhnya. Seseorang itu dulunya adalah anak kesayangan ibunya, diberi pakaian paling mahal. Harum parfumenya menyebar ketika dia berjalan. Dialah dulunya yang menjadi pembicaraan wanita-wanita Makkah, dan idola teman-temannya. Dialah seorang pemuda paling popular di kalangan kaum muda Quraish. Pemuda itu meninggalkan semua hal keduniaan itu untuk pergi memenuhi panggilan Allah dan mencari ridhaNya. Pemuda itu ialah Mus’ab bin Umair bin Hashim bin Abd Munaf atau yang dikenal sebagai Mus’ab al Khair.

Mus'ab yang saat itu masih muda mendengar tentang munculnya seorang nabi terpilih di kalangan kaum Quraisy. Seorang nabi yang membaca ajaran tauhid. Didorong oleh rasa ingin tahunya yang besar, maka Mus'ab pun pergi menemui Nabi SAW untuk mendengar sendiri ajaran yang dibawa oleh baginda. Suatu malam, Mus'ab memutuskan untuk pergi ke rumah Al-Arqaam Ibn Al-Arqam--yang kemudian dikenal dengan Daar al Arqaam di kalangan muslim-, meninggalkan teman-temannya yang sedang berkumpul. Di sinilah Mus'ab bertemu dengan Nabi SAW dan muslim-muslim lainnya ketika itu, tanpa diketahui oleh orang-orang Quraish.

Disinilah dimana Mus'ab mendengar Rasulullah berbicara tentang masa depan islam, mendengar ayat-ayat quran dan solat di belakang Rasulullah SAW. Malam itu,, Mus'ab duduk bersama muslim lainnya, mendengarkan ayat-ayat quran yang dikumandangkan oleh Rasulullah SAW. Ketika itulah, Mus'ab lupa akan kesenangan hidup di dunia, menemukan kunci kebahagiaan abadi.

Perjalanan Mus'ab dalam memeluk islam tidaklah mudah. Ibunya yang bernama Khunnas binti Maalik adalah penentang utama akan keyakinan barunya ini. Untuk menghindari pertengkaran, maka Mus'ab mula-mula tidak memberi tahu ibunya bahwa dia telah memeluk islam. Tetapi, melalui pembicaraan orang-orang yang sering melihat Mus'ab mengunjungi Daar Al-Arqam akhirnya ibunya pun mengetahui bahwa Mus'ab telah menjadi muslim. Ibunya yang terkenal sebagai seorang penyembah berhala yang kukuh memerintah Mus'ab untuk kembali ke agama berhala dan bertaubat, meninggalkan islam. Mus'ab menolak dan akhirnya dikunci di salah satu sudut rumahnya.

Mus’ab sebenarnya adalah anak yang paling disayangi ibunya berbanding anggota keluarganya yang lain. Apa sahaja permintaannya tidak pernah ditolak. Oleh itu tidaklah menghairankan apabila ibunya begitu marah selepas mendapat tahu Mus’ab telah menganut Islam. Ibunya telah mengurung dan menyeksa Mus’ab selama beberapa hari dengan harapan dia akan meninggalkan Islam. Bagaimanapun tindakan itu tidak sedikit pun melemahkan keyakinannya. Pujukan dan ancaman ibunya langsung tidak berkesan. Apabila sudah habis ikhtiar,mereka membebaskannya buat sementara.

Tindakan ibunya tidak sedikit pun menimbulkan rasa takut pada Mus’ab.Sebaliknya,dia tidak jemu-jemu memujuk ibunya supaya memeluk Islam kerana sayangkan ibunya.Mus’ab membuat pelbagai ikhtiar tetapi semua tindakannya hanya menambahkan lagi kemarahan dan kebencian ibunya.

Pada suatu hari Mus’ab melihat ibunya dalam keadaan pucat lesi. Dia pun bertanyakan sebabnya. Kata ibunya, dia telah berniat di hadapan berhala bahawa dia tidak akan makan dan minum sehingga Mus’ab meninggalkan Islamnya.Cuba bayangkan bagaimana jika kita berada di tempat Mus’ab ketika itu, berhadapan dengan ibu yang hanya hampir tinggal nyawa-nyawa ikan? Apakah jawapan kita? Tergamakkah kita membiarkannya terlantar begitu? Atau apakah ada jawapan yang lain? Dengarlah jawapan Mus’ab kepada ibunya:

“Andaikata ibu mempunyai seratus nyawa sekalipun, dan nyawa ibu keluar satu demi satu, nescaya saya tetap tidak akan meninggalkan Islam sama sekali.”

Berita bahwa kaum muslim hijrah ke Habsyah sampai ke telinga Mus'ab. Rindu akan bertemu dengan saudara-saudara seagamanya, Mus'ab pun melarikan diri dari ibunya dan penjaga-penjaganya,kemudian bergabung dengan muslimin yang pindah ke Habsyah.Tak lama kemudian, Mus'ab pulang ke Makkah untuk hijrah kedua kalinya bersama Rasulullah SAW ke Yathrib. Ketika Mus'ab pulang dari Habsyah, Ibunya berusaha memenjarakan Mus'ab. Tetapi Mus'ab bersumpah akan membunuh siapa yang akan berusaha menangkap dan mempenjarakannya. Tahu akan keras dan teguhnya pendirian anaknya, Ibunya berikrar bahwa Mus'ab tidak diakui lagi menjadi anaknya. “Pergi, kamu bukan anakku lagi.” Pada saat itu Mus'ab berkata pada ibunya, "Oh Ibu, aku ingin menasihatimu dan sesungguhnya hatiku menyayangimu, ibu bersaksilah bahwa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah utusanNya. " Dengan muka merah padam ibunya bersumpah "Demi bintang-bintang, aku tak akan pernah masuk ke dalam agamaku, merendahkan martabatku dan dan melemahkan fikiranku!"

Mus'ab memasuki islam dengan sebenar-benarnya, mengikuti firman Allah dalam Alquran yang berkata: udkhuluu fi silmi kaafah (Masukilah islam dengan sempurna/kaffah).Tiada lagi kemewahan pada dirinya, bajunya sederhana, makanan seadanya, dan tanah adalah tempat tidurnya.

Suatu hari, Mus'ab pergi untuk bertemu beberapa muslim.Ketika itu mereka sedang duduk bersama Nabi SAW. Ketika mereka melihat Mus'ab, mereka menundukkan kepala sambil menangis diam-diam. Ingatan mereka kembali kepada seorang anak muda yang dulunya anak kesayangan sang ibu, dapat meminta apa saja keinginannya.Pakaian mewahnya dulu kini telah berganti dengan pakaian sederhana yang penuh tampalan,yang hampir saja tak mencukupi badannya. Ketika Mus'ab pergi meninggalkan majlis itu, Nabi SAW mengatakan:"Aku lihat Mus'ab, dan sungguh tidak ada anak muda di Makkah yang lebih berpunya daripada ia. Tetapi semua kemewahan itu dia tinggalkan demi cintanya kepada Allah dan nabiNya.”

Melihat perilakunya yang baik dan kesabarannya yang tinggi, Nabi Muhammad SAW menyuruh Mus'ab untuk pergi ke Yathrib untuk mengunjungi orang-orang yang telah melakukan perjanjian kepada Nabi di Aqabah, menyebarkan islam, dan mempersiapkan kota Yathrib untuk hijrah nabi Muhammad SAW.Padahal ketika itu masih banyak sahabat-sahabat lain yang mempunyai kekuatan dan keberanian. Tetapi, nabi Muhammad SAW tetap memilih Mus'ab untuk pergi ke Yathrib.

Selama di Yathrib, Mus'ab tinggal sebagai tamu di rumah Sa'ad Ibn Zurarah dari suku Khazraj. Bersama-sama mereka mengunjungi penduduk Yathrib, menjelaskan ajaran tauhid dan melantunkan ayat-ayat suci Al Quran. Suatu ketika, Mus'ab dan Sa'ad duduk di dekat sumur sebuah perigi di daerah bani Zafar. Kemudian mereka didekati oleh Usayd Ibn Khudayr dengan muka merah padam dan tombak ditangan. Sa'ad berbisik kepada Mus'ab:“Dialah pemimpin kaum ini. Mudah-mudahan Allah memberikan hidayah padanya.”

Mus'ab menjawab dengan tenang: “Jika dia mahu duduk, barulah aku akan berbicara dengannya.” Usayd sangat marah kerana Mus'ab telah berhasil menyebarkan islam dengan terus bertambahnya penduduk Yathrib yang memeluk islam. Usayd berteriak: “Kenapa kamu berdua datang kepada kamu dan mempengaruhi kaum yang lemah diantara kami? Jauhi kamu jika kamu masih ingin hidup.”Mus'ab tersenyum dan berkata"Tidak maukah kamu duduk dan mendengarkan apa yang akan kami sampaikan? Jika kamu tidak menyukai apa yang akan
kami sampaikan, kami akan berhenti dan pergi".

Usayd memutuskan untuk duduk dan mendengar apa yang Mus'ab ingin sampaikan.Mus'ab mulai menerangkan mengenai Islam dan melantunkan sebagian dari Quraan. Seketika ekspresi muka Usayd berubah. Kata pertama yang diucapkannya adalah: "Betapa indahnya ayat-ayat ini dan betapa benarnya kandungannya, bagaimana caranya memasuki agama ini?" Mus'ab berkata: "Mandilah, bersihkan dirimu dan pakaianmu. Kemudian ucapkanlah shahadat dan laksanakanlah shalat." Usayd pun bersaksi bahwa tidak ada tuhan selain Allah dan Muhammad SAW adalah utusanNya. Kemudian ia shalat dua rakaat. Keislaman Usayd inipun diikuti seorang pemimpin berpengaruh lainnya yaitu Sa'ad ibn Muaadh.

Saat Nabi SAW hijrah, tidak satu rumah pun di Yathrib yang belum dikunjungi Mus'ab untuk menyampaikan islam. Pada hijrah berikutnya, Mus'ab membawa 70 orang muslim dari Yathrib untuk mengadakan perjanjian mendukung nabi Muhammad SAW .

Setelah pasukan muslimin menang pada perang Badar, kaum muslimin menangkap beberapa kaum kafir mekkah dan meminta tebusan akan mereka. Ketika Mus'ab melewati para tawanan ini, dia melihat abang kandungnya yang bernama Abu Aziz ibn Umayr. Mus'ab sama sekali tidak berusaha membebaskan abangnya, tetapi ia menyuruh agar abangnya itu diikat dengan erat sambil berkata: "Ibunya adalah seorang yang kaya dan akan memberi tebusan yang banyak, jagalah ia". Ketika itu abangnya mengingatkan Mus'ab bahwa dia adalah abang kandungnya. Mus'ab menjawab : "Yang ku akui sebagai persaudaraan adalah persaudaraan dalam islam, laki-laki ini adalah saudaraku, bukan kamu!"

Ketika perang Uhud terjadi, Mus'ab dipilih untuk membawa panji-panji Islam.Ketika pasukan pemanah meninggalkan bukit yang menjadi pengkalannya (melanggar perintah nabi), maka kaum kafir Mekkah menyerang balik dan berusaha membunuh Nabi Muhammad SAW yang ketika itu dilindungi oleh beberapa sahabat. Seketika ada sebuah teriakan yang mengabarkan bahwa Nabi Muhammad SAW telah wafat.Tetapi Mus’ab tetap tidak berganjak dari tempatnya dan menyeru: “Muhammad adalah Rasul, dan sebelumnya telah banyak diutuskan rasul.”

Ketika itu, seorang tentera berkuda Quraisy, Ibn Qamiah menyerbu ke arah Mus’ab dan melibas tangan kanannya yang memegang panji-panji Islam. Mus’ab menyambut panji-panji itu dan memegang dengan tangan kirinya sambil mengulang-ulang laungan tadi. Laungan itu menyebabkan Ibn Qamiah bertambah marah dan menetak tangan kirinya pula. Mus’ab terus menyambut dan memeluk panji-panji itu dengan kedua-dua lengannya yang kudung. Akhirnya Ibn Qamiah menikamnya dengan tombak. Maka gugurlah Mus’ab sebagai Syuhada Uhud. Al-Rum, Amir ibn Rabiah dan Suwaibit ibn Sad telah berusaha mendapatkan panji-panji tersebut daripada jatuh ke bumi. Al-Rum telah berjaya merebutnya dan menyaksikan sendiri syahidnya Mus’ab. Al-Rum tidak dapat lagi menahan kesedihan melihat kesyahidan abangnya. Tangisannya memenuhi sekitar bukit Uhud.

Setelah Perang Uhud berakhir, Nabi Muhammad SAW dan para sahabat kembali ke bukit uhud untuk menguburkan syuhada-syuhada yang gugur, yang sebagian mayatnya sudah dirusak wanita-wanita quraisy yang mencuri barang mereka. Nabi Muhammad SAW berhenti sejenak ketika beliau melihat jenazah Mus'ab dan berkata: Diantara orang-orang yang beriman ada mereka yang setia dengan janjinya dengan Allah. Kemudian Rasul SAW memandang ke jenazah-jenazah para syuhada dan berkata: Sesungguhnya nabi Allah ini bersaksi bahwa mereka adalah syuhada Allah pada hari Kebangkitan nanti.

Ketika hendak dikafankan, tidak ada kain yang mencukupi untuk menutup mayat Mus’ab. Keadaan itu menyebabkan Rasulullah SAW tidak dapat menahan kesedihan hingga bercucuran air matanya. Keadaannya digambarkan dengan kata-kata yang sangat masyhur:
“Apabila ditarik ke atas, bahagian kakinya terbuka. Apabila ditarik ke bawah, kepalanya terbuka. Akhirnya, kain itu digunakan untuk menutup bahagian kepalanya dan kakinya ditutup dengan daun-daun kayu.”

Demikian kisah kekuatan peribadi seorang hamba Allah dalam mempertahankan kebenaran dan kesucian Islam. Beliau jugalah merupakan pemuda dakwah yang pertama mengetuk setiap pintu rumah di Madinah sebelum berlakunya hijrah. Kisahnya mempamerkan usaha dan pengorbanannya yang tinggi untuk menegakkan kebenaran. Semua itu adalah berkat proses tarbiyah yang dilaksanakan oleh Rasulullah SAW.

Mus’ab telah menjadi saksi kepada kita akan ketegasan mempertahankan aqidah yang tidak berbelah bagi terhadap Islam sekalipun teruji antara kasih sayang kepada ibunya dengan keimanan. Mus’ab lebih mengutamakan kehidupan Islam yang serba sederhana dan kekurangan berbanding darjat dan kehidupan yang mewah. Dia telah menghabiskan umurnya untuk Islam, meninggalkan kehebatan dunia, berhijrah zahir dan batin untuk mendapatkan keredhaan Allah dan RasulNya.

*************


Mari kita lihat ke dalam diri kita, adakah terdapat sedikit ciri-ciri yang dimiliki Mus'ab?
bagaimana mungkin kita yang bergelar orang yang ditarbiyyah tetapi tidak mempunyai sedikit pun dari keperibadian generasi-generasi Al Quran yang Rasulullah saw bentuk?
apa yang masih  kurang? lihat sendiri ke dalam hati kita.
masih ada kesan jahiliyyah yang menyelimuti, sehinggakan membentengi cahaya iman menerobos masuk ke dalam nurani.
apakah hati itu sedang 'sakit' ? sihatkah 'iman' kita?
jangan ambil mudah akan hal ini, kerana inilah yang akan dipertanggungjawabkan ke atas kita di akhirat sana nanti. 

seorang Ukhti berkata,
"Kadang-kadang,
kita terlalu banyak menerima,
hingga terlupa untuk memberi.
Lalu hati menjadi kering.
Ruhi tak terbasah.
...Jiwa tak terbuai.
Damai itu kian menjauh.
Bahagia pula mula meminggir.
Maka iman makin melemah.
Walau hati giat menyeru mujahadah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Cinta Itu seakan kabur.
Apakah jiwa selalu takbur?"


Ya, hati itu tandus,setandus gurun di sahara..kering,keputusan 'air' yang membasahi ladang-ladang iman.. Bagaimana mungkin kita mampu bergerak menyeru kepada Mardhatillah andainya hati yang kering itu seakan-akan terbang dibawa angin mehnah dunia? TIDAK MUNGKIN.
 Bahkan kita sendiri akan terheret sama ke lembah kufur dan kehinaan.nauzubillahiminzalik .

 
Dakwah yang diiringi dengan jahiliyyah akan menyebabkan kita berdarah sepanjang jalan yang akhirnya akan menyebabkan kita mati di pertengahan jalan itu.Kerana jahiliyyah itu ibarat rantai karat yang menjerut iman. Semoga kita sama-sama bermujahadah mencabut rantai jahiliyah itu, walaupun mungkin kesakitan yang amat akan kita tanggung, tetapi ingatlah, Allah itu Maha Penyayang, dan Dia akan taburkan penawar sesejuk salju di musim dingin di 'bekas-bekas luka jahiliyah' itu tadi. Indah bukan? Tanamkan rindu kepada Allah, nescaya Dia akan campakkan rasa cinta di dalam hati mu. ;') saling mendoakan insyaAllah. doakan saya jugak ya? 


p/s : hari ini mula exam mid sem. Ayah ibu,doakan pika. T_T



Thursday 21 April 2011

Minggu yang Sesak

Bismillahirrahmannirrahim..

Selasa- Malam Dinner seluruh pelajar Malaysia di Beijing bersama Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Hj. Mohd. Yassin

Rabu-Kunjungan Tan Sri Muhyiddin Hj. Mohd. Yassin ke universiti kami,Beijing Foreign Studies University

TPM berucap

Bersama Dean University *fuh baru tahu ni rupanya dean kami. =,="

student malaysia di BFSU :)

Alhamdulillah,semuanya selesai sudah :)
Ini antara update untuk minggu ni,waktu yang sangat pack dengan tuntutan tugas sebagai jurubahasa sewaktu kunjungan YAB ke sini sudah cukup membuatkan saya rasa tercungap-cungap menghabiskan minggu ini. Alhamdulillah, urusan dipermudahkan Allah,segalanya berjalan lancar. Sungguh ya Allah,aku bertawakal akan urusan duniaku kepada Mu semata,mohon supaya Kau tetapkan lah hati ini di jalanMu,jauhkan lah ia daripada perasaan riak bongkak dan takbur,kerana hamba kerdil ini tidak mampu bergerak hatta untuk menggerakkan jari jemari jika tiada keizinan dariMu.. Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah......

Jazakumullahukhairan pada sahabat yang mendoakan kelancaran urusan :)

Di Mana Kita?

Bismillah..

         Dahulu semasa generasi Islam pertama, apabila tengah malam telah tiba, maka terdengarlah suara para juru azan mengumandangkan :

Wahai para tokoh malam hari, bersungguh-sungguhlah, betapa banyaknya seruan tidak terjawab.
Tiada yang bangun di malam hari melainkan hanya orang-orang yang memiliki tekad yang kuat dan kesungguhan yang meyakinkan.

       Sesungguhnya fenomena ini benar-benar mewarnai suatu 'madrasah', yang di dalamnya para tokoh dan ahlinya yang mampu menyalakan api semangat, dan menebarkan cahaya mereka ke seluruh lawasan yang telah tertutup oleh kegelapan selimut  jahiliyah.

    Sesungguhnya keadaan tersebut telah diungkapkan oleh penyair Iqbal melalui pengalamannya yang diringkaskan ke dalam bait-bait berikut :

Aku menangis manakala malam hari menurunkan tirai kegelapannya dan manusia lelap dalam tidurnya, sedang air mataku bercucuran dengan derasnya.
Jiwaku terbakar oleh kesedihan dan kepedihan, dan kalimat yang menghiburkan dalam kegelapan malam adalah 'Ya Qayyum'.
Aku bagaikan lilin, aku bermandikan air mata, di kegelapan malam aku nyalakan pelitaku.
Keramaian orang-orang adalah berkat cahayaku yang meneranginya, aku pancarkan cahayaku (buat mereka) sedang diriku sendiri terbakar.

     Sesungguhnya peranan dakwah Islam di masa sekarang, tidak akan meraih keberhasilannya sebelum para da'ienya menyalakan pelita mereka di malam hari. Cahaya dakwahnya tidak akan mampu mengusir kegelapan jahiliyah abad 21 selama pengembangnya tidak menjadikan 'Ya Qayyum' sebagai wirid mereka setiap hari.

      Kami katakan hal ini bukan untuk pertama kalinya melainkan sebagai petikan dari wasiat (pesan) Imam al-Banna ketika berbicara di hadapan para da'i, beliau mengatakan : Detik-detik malam hari itu sangat berharga, maka janganlah kamu menyia-nyiakan dengan kelalaian.

       Apakah kita sudah kepayahan untuk kembali menempuh jalan para da'i terdahulu, ataukah kita telah terpedaya oleh ijtihad baru yang membuat kita bersikap acuh, meremehkan masalah dan malas menanggulanginya?

       Sesungguhnya janji-janji yang datang dari sisi Allah tidak akan diganti, akan tetapi kita telah mensia-siakan saat-saat berharga dengan kelalaian. Maka makin bertambah beratlah beban yang kita pikul, dan Allah tidak akan menjadikan suatu kemudahan pun dalam urusan kita itu.

    Sesungguhnya pembelaan terhadap dakwah bukan dengan cara menebarkan banyak kalimat yang melembutkan hati, akan tetapi dengan mengumandangkan seruan nasihat untuk kembali kepada tradisi ulama terdahulu. Manakala hati telah menjadi bersih berkat taubat, dan himbauan ini telah terdengar oleh orang yang menaatinya, maka akan terpecahlah kesulitan masa sekarang akibat kelalaian yang berpanjangan.

    Hal ini merupakan suatu syarat yang harus dipenuhi.

     Seakan-akan pertolongan terhijab dari kita, kerana kita memanggil dari luar kamar, dan kita mengeraskan suara memohon kemenangan ini kepada-Nya dengan manja. Kita menjualnya, lalu menuntut hak kita secara tunai tanpa memberikan harga yang sepadan iaitu dengan rintihan di penghujung malam, dan tidak pula dengan air mata ketakutan yang deras. Sesungguhnya kemenangan ini hanyalah semata-mata sebagai karunia Allah, untuk menyenangkan hati orang-orang yang dikehendaki-Nya dari kalangan peserta 'madrasah malam' dalam kehidupan dunia ini. Dan Dia tidak akan mengurangi pahala mereka di negeri akhirat nanti barang sedikit pun, bahkan Dia memberikan kepada mereka pahala-Nya di sana secara penuh.Dan Allah tidak pernah menzalimi hambaNya.

    Sesungguhnya pembelajaran ikhlas dan menguak angan-angan duniawi yang dusta merupakan materi utama yang disajikan oleh 'madrasah malam' sebagaimana dikatakan oleh Walid al-A'zhami (penyair gerakan islam), bahawa yang demikian itu menjadi keharusan bagi tarbiyah kita untuk menekankannya dan menanamkannya secara mendalam di dalam jiwa kita.

    Benarlah apa yang dikatakan oleh Walid dalam bait-bait berikut :

Hai malam hari, qiyammu bagaikan madrasah, di dalamnya al-Quran,berikan pelajarannya kepadaku.
Yaitu tentang makna ikhlas, untuk aku tekuni sebagai jalan yang menghantarkanku ke syurga.
Dan membuka mataku tentang hakikat dunia yang sebenarnya, yang selalu membuatku terlena dengan angan-angan yang kosong.
Seperti bunglon yang selalu berganti warna dalam upayanya untuk menjerumuskan diriku ke dalam dosa.
Maka aku menjauhinya dan mengingkarinya serta selalu mewaspadainya agar tidak membisikkan rayuan mautnya kepadaku.
Maka aku ikatkan hatiku dengan Penciptanya dan dzikir yang senantiasa aku lakukan selalu menjagaku.

    Lebih dari tu, orang yang lulus dari 'madrasah malam' dapat memberikan pengaruh yang positif kepada generasi berikutnya, sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah swt. Sedang orang yang tidak menggabungkan diri dengannya akan berhati gersang lagi keras, dan membuat keras hati orang-orang yang memandangnya. Bukti ini telah dikemukakan oleh Bisyr ibnul Harits al-Hanafi sejak dahulu, dia telah mengalaminnya dan membimbingmu ke arahnya,melalui ungkapan berikut :

Cukuplah bagimu sebagai buktinya, bahawa ada suatu kaum yang telah tiada, tetapi dapat menghidupkan hati yang mati dengan mengingat mereka, dan ada pula kaum lainnya yang hidup, tetapi dapat membuat hati keras dengan melihat mereka.

Selamat Hari Lahir Ibu 20/4

Bismillah..

Buat Ibunda tersayang,
Selamat Hari Lahir :)
semoga diberkati Allah dunia dan akhirat dan bahagia selalu,
anakanda berdoa agar kita sekeluarga bakal dikumpulkan di dalam syurga,
kerana syurga itu pasti sunyi nanti jika tiada ibunda  bersama

Maaf,hanya ini sahaja yang mampu anakanda kirimkan,

TULIPS FOR YOU

purple tulips


pink tulips

khas untuk ibunda tersayang :)

love you!


*rindu nak balik rumah :(

Monday 18 April 2011

Sirah 3 : Syahid yang Berjalan

Bismillah...

Thalhah bin Ubaidillah berpergian dengan sebuah kafilah Quraisy berniaga ke Syam. Setibanya di Bushra, para pedagang Quraisy masuk ke pasar yang ramai hendak berjual beli. Lain halnya dengan Thalhah yang muda usia, pengetahuan dan pengalamannya mengenai perdagangan tidak seperti para pedagang yang tua-tua. Tetapi pemuda itu pintar dan cerdik, sehingga memungkinkannya untuk berlumba dengan mereka yang tua dan berpengalaman memperoleh keuntungan dalam berdagang.

Ketika mereka sedang berada dalam pasar yang ramai dengan para pengunjung dari segala tempat, Thalhah mengalami suatu peristiwa yang mengubah jalan hidupnya secara menyeluruh. Marilah kita dengarkan Thalhah mengisahkan riwayat hidupnya sendiri.

Kata Thalhah, “Ketika kami berada di pasar Bushra, tiba-tiba seorang pendeta berseru: “Perhatian! Perhatian bagi kaum pedagang! Adakah di antara tuan-tuan yang berasal dari kota Makkah?”

Kebetulan aku berdiri tidak jauh dari pendeta tersebut. Lalu kuhampiri dia seraya berkata, “Ya, aku penduduk Makkah!”

'Sudah munculkah di tengah-tengah kalian orang yang bernama Ahmad?” tanya pendeta kepadaku.

“Ahmad yang mana?” jawabku balik bertanya

“Ahmad Ibnu 'Abdullah bin 'Abdul Muththalib. Bulan ini dia pasti muncul. Dia adalah Nabi penutup. Dan dia akan keluar (hijrah dan mengungsi) dari negerimu Tanah Haram, pindah ke negeri berbatu-batu hitam, banyak pohon kurma, negeri yang subur makmur memancarkan air dan garam. Sebaiknya Anda segera menemuinya, hai pemuda!” kata pendeta itu menjelaskan. Berita yang kuterima dari pendeta itu tertanam ke dalam hatiku. Lalu kuambil unta, dan aku segera pulang kembali ke Makkah. Kafilah aku tinggalkan di belakang, sampai di Makkah, aku bertanya kepada keluargaku. “Adakah suatu peristiwa yang terjadi di Makkah sepeninggalku?”

“Ada! jawab mereka. “Muhammad bin 'Abdullah mengatakan dia Nabi. Putera Abu Quhafah (Abu Bakar Shiddiq) percaya dan mengikuti apa yang dikatakannya.”

Kata Thalhah, “Ya, aku kenal Abu Bakar. Dia seorang yang lapang dada, penyayang dan lemah lembut. Dia pedagang yang berbudi tinggi dan berpendirian lurus. Kami berteman baik dengan dia, dan menyukai majlisnya karena dia ahli sejarah Quraisy dan silsilah keturunan suku itu.” Aku pergi menemui Abu Bakar dan bertanya kepadanya, “Betulkah berita mengenai Muhammad bin 'Abdullah, bahwa dia diangkat Nabi, dan Anda menjadi pengikutnya?”

“Betul!” jawab Abu Bakar. Lalu diceritakannya kepadaku kisah Muhammad menjadi Nabi dan Rasul (sejak peristiwa di gua Hira', sampai turunnya ayat pertama). Kemudian diajaknya aku masuk agama baru itu. Sebaliknya aku ceritakan pula kepadanya peristiwa pertemuanku dengan pendeta Bushra, dan berita yang disampaikannya kepadaku.

Abu Bakar tercengang mendengar ceritaku. Lalu katanya, “Marilah kita pergi menemui Muhammad. Ceritakan kepadanya peristiwa yang engkau alami dengan pendeta Bushra itu, dan dengarlah pula apa yang dikatakan Muhammad tentang agama yang dibawanya, supaya engkau tahu dan memasukinya.”

“Aku pergi bersama Abu Bakar menemui Muhammad, Setelah bertemu dengannya, dia menjelaskan tentang Islam dan membacakan beberapa ayat Al-Quran kepadaku. Kemudian digembirakannya aku dengan kebaikan dunia dan akhirat.“ kata Thalhah melanjutkan ceritanya.

Dadaku terasa lapang untuk menerima Islam. Aku ceritakan pula kepadanya pertemuanku dengan pendeta di Bushra. Beliau sangat gembira mendengar ceritaku, sehingga kegembiraan itu terpancar jelas di wajahnya. Kemudian aku mengucapkan syahadat di hadapannya, tidak ada Tuhan selain Allah, dan sesungguhnya Muhammad adalah Rasulullah. Dengan syahadatku itu, maka aku tercatat sebagai orang ke-empat yang menyatakan Islam di hadapan Abu Bakar.

Peristiwa masuknya pemuda Quraisy ini ke dalam Islam, tak ubahnya bagaikan petir menyambar keluarganya. Mereka mengeluh, gelisah dan berkeluh kesah. Dan yang paling sedih ialah ibu Thalhah sendiri. Ibunya mengharapkan Thalhah menjadi pemimpin bagi kaumnya, karena si ibu telah melihat bakat yang terkandung dalam pribadi anaknya, tinggi dan mulia.

Orang-orang sepersukuan dengan Thalhah berusaha keras mengembalikannya ke dalam agama nenek moyang mereka, agama berhala. tetapi mereka tidak berhasil, karena pendirian Thalhah amat kokoh dan kuat, bagaikan gunung karang yang terhunjam dalam perut bumi, tak dapat digoyahkan sedikit jua. Setelah mereka putus asa membujuk Thalhah dengan cara lemah lembut, akhirnya mereka bertindak kasar dengan menyiksa dan menyakitinya.

Mas'ud bin Kharasy bercerita, “Pada suatu hari, ketika aku sa'i antara Shafa dan Marwa, aku melihat sekelompok orang menggiring seorang pemuda dengan tangan terbelenggu ke kuduknya. Orang banyak itu berlari-lari di belakang pemuda tersebut, sambil mendorongnya, memecut dan memukuli kepalanya. Bersama orang banyak itu terdapat seorang wanita lanjut usia, meneriaki si pemuda dengan caci makian.

Aku bertanya, “Mengapa pemuda itu?”

Jawab mereka, “Pemuda itu Thalhah bin Ubaidillah. Dia keluar dari kepercayaan nenek moyang, lalu mengikuti Muhammad anak Bani Hasyim.”

Tanyaku, “Siapa wanita tua itu?”

Jawab mereka, “Ash Sha'bah binti Al Hadhramy, ibu kandung pemuda itu!”

Kemudian, Naufal bin Khuwalid yang dijuluki sebagai “Asadul Quraisy” (Singa Quraisy), berdiri di hadapan Thalhah dan mengikatnya dengan tali. Kemudian diikatnya pula Abu Bakar Shiddiq. Sesudah itu, kedua-duanya disatukannya, lalu diserahkannya kepada para jagoan dan tukang pukul kota Makkah, untuk disiksa sesuka hati mereka. Maka sejak itu, Thalhah dan Abu Bakar digelari orang “Al Qarinain” (Sepasang sahabat yang terikat).

Hari demi hari berjalan terus. Satu peristiwa dan peristiwa yang lain sambung-menyambung. Thalhah bin Ubaidillah semakin hari semakin dewasa. Cobaan-cobaan yang dialaminya karena mempertaruhkan agama Allah dan Rasul-Nya tambah meningkat dan semakin besar pula. Tetapi bakti dan perjuangan Thalhah menegakkan agama Islam dan membela kaum muslimin semakin tumbuh dan tambah meluas. Sehingga kaum muslimin menggelarinya “Asy Syahidul Hayy” (Syahid yang hidup), dan Rasulullah menjulukinya dengan “Thalhah Al Khair” (Thalhah yang baik), atau “Thalhah Al Jaud” (Thalhah yang pemurah), dan “Thalhah Al Fayyadh” (Thalhah yang dermawan).

Setiap nama jolokan itu mempunyai latar belakang kisah sendiri-sendiri, yang masing-masing tidak kalah penting dari yang lain. Adapun nama jolokan “Asy Syahid Hayy” (Syahid yang hidup), diperolehnya dalam perang Uhud. Ketika barisan kaum muslimin terpecah belah dan kocar-kacir dari samping Rasulullah, perajurit muslim yang tinggal di dekat beliau hanya sebelas orang Anshar dan Thalhah bin Ubaidillah dari kaum Muhajirin. Rasulullah dan orang-orang yang mengawal beliau naik ke sebuah bukit, tetapi beliau dihadang oleh ratusan kaum musyrikin yang hendak membunuhnya.

Maka bersabda Rasulullah, “Siapa yang berani melawan mereka, maka dia menjadi temanku kelak di syurga.”

“Saya, ya Rasulullah! kata Thalhah.

“Tidak! Jangan engkau! Engkau harus tetap di tempatmu! Rasulullah memerintahkan.

“Saya, ya Rasulullah! kata seorang sahabat Anshar.

“Ya! Engkau!” kata Rasulullah.

Perajurit Anshar itu maju melawan perajurit musyrikin, sehingga perajurit Anshar gugur karena membela nabinya. Rasulullah terus naik, tetapi dihadang pula oleh tentara musyrikin. Kata Rasulullah, “Siapa yang berani melawan mereka ini?”

“Saya, ya Rasulullah! kata Thalhah mendahului yang lain-lain.

“Tidak! Jangan engkau! Engkau tetap di tempatmu! “ kata Rasulullah memerintah.

“Saya, ya Rasulullah!” kata seorang perajurit Anshar.

“Ya! Engkau! Maju!” kata Rasulullah.

Perajurit Anshar itu maju melawan tentara musyrikin, sehingga dia gugur pula. Demikianlah seterusnya, setiap Rasulullah meminta pahlawannya untuk melawan tentara musyrikin, Thalhah selalu memajukan diri, tetapi senantiasa ditahan oleh Rasulullah dan diperintahkannya tetap di tempat, dan memberi peluang perajurit Anshar, sehingga sebelas orang perajurit Anshar gugur semuanya menemui syahid. Maka tinggallah Thalhah seorang.

Kata Rasulullah kepada Thalhah, “Sekarang engkau, hai Thalhah!”

Dalam perang itu, Rasulullah mengalami patah taring kening dan bibirnya luka, sehingga darah mengucur di muka beliau, dan beliau kepayahan. Karena itu Thalhah menerkam musuhnya dan menghalau mereka sekuat tenaga, supaya mereka tidak dapat menghampiri Rasulullah. Kemudian Thalhah kembali ke dekat Rasulullah, lalu dinaikkannya beliau sedikit ke bukit, dan disandarkannya ke tebing. Sesudah itu kembali menyerang musuh, sehingga dia berhasil menyingkirkan mereka dari Rasulullah.

Kata Abu Bakar, “Saya dan Abu Ubaidillah bin Jarah ketika sedang berada agak jauh dari Rasulullah. Setelah kami tiba untuk membantu, beliau berkata, “Tinggalkan aku! Bantulah Thalhah, kawan kalian!” Kami dapati Thalhah berlumuran darah, yang mengalir dari seluruh tubuhnya. Di tubuhnya terdapat tujuh puluh sembilan luka bekas tebasan pedang, atau tusukan lembing, dan lemparan panah. Pergelangan tangannya putus sebelah, dan dia terbaring di tanah dalam keadaan pengsan.”

Rasulullah bersabda sesudah itu mengenai Thalhah, “Siapa yang ingin melihat orang berjalan di muka bumi sesudah mengalami kematiannya, maka lihatlah Thalhah bin Ubaidillah!” Bila orang membicarakan perang Uhud di hadapan Abu Bakar Shiddiq, maka Abu Bakar berkata, “Perang hari itu adalah peperangan Thalhah keseluruhannya.”

Begitulah kisahnya, sehingga Thalhah dijuluki “Asy Syahidul Hayy” (Syahid yang hidup). Adapun sebabnya bergelar “Thalhah Al Khair “ atau “Thalhah Al Jaud”, mengandung seratus satu macam kisah. Akan tetapi kita nukilkan di sini dua diantaranya.

Thalhah adalah pedagang besar. Pada suatu sore hari dia mendapat untung dari Hadhramaut kira-kira 700 000 dirham. Malamnya dia ketakutan, gelisah dan risau. Maka ditanya oleh istrerinya Ummu Kaltsum binti Abu Bakar Shiddiq, “Mengapa Anda gelisah, hai Abu Muhammad, Apa kesalahan kami sehingga Anda gelisah?”

Jawab Thalhah, “Tidak! Engkau adalah isteri yang baik dan setia! Tetapi ada yang terfikir olehku sejak semalam, seperti biasanya pikiran seseorang tertuju kepada Tuhannya bila dia tidur, sedangkan harta ini bertumpuk di rumahnya.”

Jawab isterinya, Ummu Kalthum, “Mengapa Anda begitu risau memikirkannya. Bukankah kaum Anda banyak yang membutuhkan pertolongan Anda. Besok pagi bagi-bagikan wang itu kepada mereka.”

Kata Thalhah, “Rahimakillah. (Semoga Allah melimpahkan rahmat-Nya kepadamu!). Engkau wanita beroleh taufiq, anak orang yang selalu diberi taufiq oleh Allah.” Pagi-pagi, dimasukkannya wang itu ke dalam pundi-pundi besar dan kecil, lalu dibagi-bagikannya kepada fakir miskin kaum Muhajirin dan kaum Anshar.

Diceritakanya pula, seorang laki-laki pernah datang kepada Thalhah bin Ubaidillah meminta bantuannya. Hati Thalhah tergugah oleh rasa kasihan terhadap orang itu. Lalu katanya, “Aku mempunyai sebidang tanah pemberian Uthman bin 'Affan kepadaku, seharga tiga ratus ribu. Jika engkau suka, ambilah tanah itu, atau aku beli kepadamu tiga ratus ribu dirham.”

Kata orang itu, “Biarlah aku terima wangnya saja.” Thalhah memberikan kepadanya wang sejumlah tiga ratus ribu.

Sewaktu terjadi Perang Jamal, Thalhah bertemu dengan Saidina Ali ra dan Saidina Ali memperingatkan agar beliau mundur ke barisan paling belakang. Sebuah panah mengenai betisnya, maka beliau segera dipindahkan ke Basrah dan tidak berapa lama kemudian karena lukanya yang cukup dalam beliau pun wafat. Thalhah wafat pada usia 60 tahun dan dikubur di suatu tempat dekat padang rumput di Basrah.

Rasulullah pernah berkata kepada para sahabat radhiallahu 'anhum, "Orang ini termasuk yang gugur dan barang siapa senang melihat seorang syahid berjalan di atas bumi, maka lihatlah Thalhah.

Hal itu juga dikatakan Allah SWT dalam firmanNya: "Di antara orang-orang mukmin itu ada orang -orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah, maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka sedikit pun tidak merubah janjinya." (Al-Ahzaab: 23)

Allahu a'lam..

Wednesday 13 April 2011

Sirah 2 : Dakwah Khalid al Walid di Medan Perang

Bismillah..

Hari ini kita kongsi kisah Saifullah (pedang Allah) Khalid al Walid, bagaimana hebatnya dia sebagai tokoh pejuang Islam. Semoga kita ambil pelajaran daripada kisah sahabat Rasulullah saw ini :)

*****

Menurut Al-Waqidi dan lainnya, mereka berkata: Satu peristiwa, pada pertempuran Yarmuk, keluarlah dari barisan musuh seorang panglima besar musyrik, lalu dia menyeru Khalid bin Al-Walid untuk keluar dari barisan kaum Muslimin. Khalid pun keluar dengan kuda tangkasnya, hingga hampir-hampir kedua kuda itu berlaga kerana ketangkasannya. Maka berkatalah panglima pasukan musyrik itu yang bernama Jarjah:

"Engkaukah yang dikenal Khalid, panglima pasukan ini?".
"Ya, aku Khalid pedang Allah!" jawab Khalid.
"Khalid, pedang Allah?" tanya Jarjah lagi.
"Ya", jawab Khalid. "Dan engkau siapa?"
"Aku Jarjah, panglima perang!"
"Apa maksudmu memanggil aku ke sini?" tanya Khalid.
"Hai Khalid! Bicaralah yang benar, dan jangan berdusta! Sebab orang yang merdeka itu tidak berdusta. Dan jangan pula engkau menipuku, kerana orang yang berkedudukan seperti engkau ini tidak akan menipu yang lain, apa lagi bila hal itu ada pertaliannya dengan Allah!" jarjah ingin menguji kejujuran Khalid.
"Baiklah", jawab Khalid. "Aku akan berkata benar dan menjawab sesuai dengan kehendakmu!"
"Engkau mengaku diri sebagai pedang Allah, bukan?" tanya Jarjah.
"Ya", jawab Khalid pendek
"Apakah Allah telah menurunkan pedang itu dari langit kepada Utusan kamu, lalu dia menyerahkan pedang itu kepadamu, dan engkau tidak akan menghunuskan kepada sesiapa pun, melainkan engkau akan mengalahkannya?" Jarjah meminta penerangan dari Khalid.
"Tidak!" jawab Khalid pendek lagi.
"Oh, tidak?!" Jarjah mengejek. "Jadi bagaimana engkau dipanggil sebagai pedang Allah? Bukankah itu ajaib sekali?!" Jarjah menambah lagi.
"Tidak ajaib, jika engkau mendengar cerita yang sebenarnya!" jawab Khalid.
"Kalau begitu ceritakanlah kepadaku!" pinta Jarjah.
"Sekarang dengarlah ceritanya: Sesungguhnya Allah telah mengutus kepada kita UtusanNya, lalu Beliau mengajak kami memeluk Islam, tetapi kami menjauhkan diri darinya, dan kami sekalian menyingkirkannya. Meskipun begitu ada juga setengah dari kami yang mempercayainya dan mengikutnya, manakala yang lain mendustakannya dan menentangnya, dan jika engkau ingin tahu aku adalah di antara orang-orang yang mendustakannya dan menentangnya", Khalid menceritakan dirinya dengan jujur.
"Sesudah itu?" tanya Jarjah yang mendengar dengan penuh minat.
"Kemudian Allah telah melembutkan hati kami, dan membukakan pemikiran kami, lalu kami diberiNya petunjuk untuk memeluk Islam, dan kami pun memberikan kesetiaan kami kepadanya", Khalid berdiam sebentar mengenang dirinya di masa lalu.
"Kemudian, apa yang berlaku?" tanya Jarjah lagl
'Kerana aku memeluk Islam itulah, maka beliau berkata kepadaku: Hai Khalid! Engkau ini adalah pedang dari pedang-pedang Allah, yang dihunuskan Allah ke atas kaum musyrik, dan beliau mendoakan bagiku dengan kemenangan!" jelas Khalid.
"Sebab itulah engkau dikenal dengan pedang Allah?!" tanya Jarjah.
"Ya, aku rasakan itu, dan aku orang yang paling keras di antara pasukan Islam ke atas kaum musyrik", 'jelas Khalid lagi.
"Baiklah", tanya Jarjah. "Engkau membawa pasukanmu ke sini itu, untuk apa?"
Aku datang ke sini untuk menyeru orang-orang seperti kamu kepada Islam, dan mempercayai Tuhan yang Satu!" jawab Khalid.
"Tuhan yang Satu?" tanya Jarjah.
"Ya, dengan menyaksikan bahwa tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahwasanya Muhammad itu adalah Utusan Allah, serta meyakini bahwa apa yang dibawa Muhammad itu adalah dari Allah yang Maha Mulia", terang Khalid.
"Kalau kami tidak mahu menerimanya?"
"Bayar upeti, dan kami akan melindungi kamu!"
"Kalau kami tidak mahu membayar upeti itu?"
"Kami akan memerangi kamu habis-habisan!"
"Baiklah, apa kedudukan orang yang mengikut seruanmu itu, dan yang mendampingkan diri dalam apa yang engkau seru itu?"
'Kedudukannya dengan kami sama tentang apa yang difardhukan Allah ke atas kami sekalian, baik dia orang berpangkat atau orang yang rendah, yang pertama memeluk Islam dan yang kebelakangan! Yakni siapa yang mengikut Muhammad sekarang ini akan memperoleh pahala yang sama dengan siapa yang telah mengikutnya lama sebelum ini, iaitu balasannya dan kelebihannya?!"
"Bagaimana itu?" Jarjah meminta penjelasan.
"Ya", jawab Khalid, "bahkan boleh jadi lebih utama lagi".
"Bagaimana sampai begitu? Bagaimana agamamu menyamakan orang-orang ini dengan kamu, padahal kamu sudah mendahului mereka?" tanya Jarjah.
"Mudah saja!" jawab Khalid. "Kita orang-orang yang terdahulu memeluk Islam secara terpaksa, kerana kita telah menentangnya sebelum itu. Kemudian kita memberikan kesetiaan kami kepadanya sedang dia hidup di sisi kita, berita-berita langit sedang turun kepadanya, dia memberitahu kita tentang firman-firman Allah itu serta dibuktikannya dengan keterangan-keterangan yang tidak dapat diragukannya lagi", kata Khalid.
"Jadi, apa alasannya?" tanya Jarjah lagi.
"Jadi orang-orang seperti kita ini sudah melihat semua bukti-bukti itu, dan kami mendengar sendiri darinya, sudah seharusnyalah kami mengikutnya dan menganut kepercayaannya. Tetapi kamu tidak seperti kami, kamu tidak melihat apa yang kami lihat, dan kamu tidak mendengar seperti apa yang kami dengar dan berbagai keajaiban dan bukti-bukti yang membenarkan seruan dan dakwaannya. Jadi barangsiapa yang mengikut perkara ini di antara kamu dengan kebenaran dan niat yang baik, tentulah dia lebih utama dari kami".
Jarjah terharu dengan penerangan Khalid itu, lalu dia berkata: "Demi Allah, aku yakin engkau telah mengatakan yang benar, dan engkau tidak menipuku!"
"Demi Allah, aku telah berkata yang benar, tiada suatu pun yang aku sembunyikan, dan Allah telah membantuku untuk menjawab soalan-soalanmu itu dengan yang benar", terang Khalid.
"Kalau begitu, apa gunanya lagi aku menyandang perisai ini", kata Jarjah, dia lalu melepaskannya, sambil memeluk Khalid dan berkata: "Hai Khalid! Ajarkanlah aku agama Islam itu!" pinta Jarjah.
Khalid Ialu mengajak Jarjah datang ke kemahnya, lalu disiramkan ke atasnya dengan qirbah air (kulit kambing yang dibuat untuk mengisi air), kemudian diajaknya Jarjah bersembahyang dengannya dua rakaat.

Akhirnya pasukan Romawi kecewa apabila Jarjah tidak kembali lagi kepada mereka. Lalu mereka memulai penyerangannya kepada pasukan Islam, dan pada mulanya mereka merasa bangga dengan kemenangan kecil di mana mereka dapat mematahkan sayap-sayap pasukan Islam, kecuali yang sedang dipertahankan oleh lkrimah bin Abu jahal ra. dan Al-Harits bin Hisyam ra. Khalid bin Walid ra. pun keluar ke medan peperangan untuk menyelamatkan pasukan Islam, dan keluar bersamanya Jarjah yang baru memeluk Islam. Keduanya pun memimpin pasukan Islam di tengah-tengah pasukan Romawi yang mencoba mengepung pasukan Islam. pasukan Islam pun berteriak semangat dan menggempur di belakang panglimanya, si pedang Allah, sehingga akhirnya pasukan Romawi tidak mampu bertahan lagi, dan mereka pun mundur kebarisan mereka yang asal. Khalid terus berjuang pedang dengan pedang bersama-sama pasukan Islam yang telah kembali semangat perjuangannya, sedang Jarjah turut berjuang sebelah-menyebelah dengan pasukan Islam dari sejak tengahari hingga matahari akan terbenam, dan masuk waktu maghrib. pasukan Islam bersembahyang shalat Dzhuhur dan Asar secara menunduk-nunduk saja kerana hebatnya pertarungan yang berlaku di antara dua pihak itu. Akhimya Jarjah, moga-moga Allah merahmatinya, gugur syahid setelah mendapat luka-luka berat, dan dia tidak bersembahyang kepada Allah selain dua rakaat yang dikerjakannya dengan Khalid ra. ketika dia memeluk Islam itu.

(Al-Bidayah Wan-Nibayah 7:12 - Menurut Abu Nu'aim dalam "Dalaa'ilun Nubuwah", nama panglima Romawi itu ialah jarjir bukan jarjah.)

Tuesday 12 April 2011

Pejuang Cilik

Bismillah...

"Ya! Memang 500 tahun dahulu kita tersungkur di bumi.Tetapi adakah kita memerlukan 500 tahun lagi untuk bangun?!!! KITA dilahirkan mulia, hidup mulia, dan MATI juga sebagai MULIA(syahid)!!! Kita hidup bersama,kita berjuang bersama!! ayuh! bangkit lah wahai Muslim.!!!"

bergegar semangat tatkala mendengar ucapan-ucapan yang keluar dari mulut pejuang cilik itu,melihat betapa bersemangatnya dia membuatkan diri ini tertunduk sebak, memikirkan apa daya aku seorang yang telah menerima 'tanggungjawab' ini? 
dai'e hanya gelaran, tetapi diri masih tidak 'bergerak', masih ditakuk lama,
kau kata mahu menjadi dua't?
di mana semangat mu menghilang? 
kau biarkan diri mu terus menerus dibuai kelemasan jahiliyah,
kau mengadu kau tidak mampu sedangkan belum nampak usaha kau bermujahadah,
baru sedikit kau teruji sudah berjuta kali kau mengeluh.
ini kah contoh serikandi mujahidin?
BANGUNLAH wahai diri! 
bangkit lah demi nama Tuhan Mu yang Satu..
Dia tidak pernah meninggalkan mu berseorangan,
engkau Dia ciptakan sebagai umat yang mulia,
hidupmu membawa kalimah yang paling MULIA..
LAILAHAILLALLAH..
tetapi sudahkah engkau menjalankan tanggungjawab mu?
BANGKIT! JANGAN MENJADI PEMANJA, 
TETAPI JADILAH SEORANG PEJUANG!! 


"apa yang kita tunggu lagi wahai muslim?? MARA DI DEPAN, biar kita mati sebagai PEJUANG, jangan hidup sebagai petualang!!
YA ALLAH,PINJAMKAN LAH KAMI KEBERANIAN UMAR AL KHATTAB, KETANGKASAN KHALID AL WALID,KECEKALAN TAARIQ BIN ZIYAD, KEKENTAL...AN SALEHUDDIN AL AYUBI, DAN KETAJAMAN SULTAN MUHAMMAD AL FATEH..
SATUKAN LAH HATI KAMI YA ALLAH..."

"Wahai umat Muhammad, tolonglah bangun..
cukup-cukup kamu diperkuda oleh musuh-musuh Islam,
Malulah dengan Rasulullah saw,
Malulah dengan Allah swt...
pejuang-pejuang cilik ini memerlukan kamu..
Hulurkan tangan agar dapat kita bergandingan tegakkan kebenaran
dan membasmi kebatilan....."

Allahuakbar!!!


Iman

Bismillah...

Tatkala cahaya itu datang mengetuk pintu hati yang suram, terimalah ia..
Sesungguhnya hari esok belum pasti lagi ia hadir buatmu.
Sungguh..perjalanan ini sangat jauh.
Maka, kekalkanlah kemegahan cahaya itu di dalam hatimu.
Ketahuilah bahawa cahaya itu adalah keimanan. 
Kini hati ini telah kukuh tertaut pada TUANku yang sebenar.
Semua hanyalah kerana..
manisnya iman.



Perjuangan Belum Selesai

Bismillah...

Puisi ini buat diri sendiri, untuk mencari semula kekuatan berdiri, dengan kaki bertunjang di bumi akal mendongak ke langit. Dengan harapan langkah ini terus gagah menapak, semoga hati ini sabar mengasak.*istiqomah syafiqah!

Jazakillahu khayran buat ukhti Aishah dan ukhti Ummu Afeera

Puisi 1 :
Semua orang berjalan
Ada langkahnya besar
Ada langkahnya kecil
Ada yang masih bertatih
Ada juga lincah berlari

Semua orang berjalan
Ada berjalan bukan dengan kaki
Ada berjalan mara ke hadapan
Ada berjalan mengundur

Ada yang dalam perjalanannya tersungkur
Jatuh sujud rebah ke bumi
Ada yang lancar perjalanannya
Tapi tertanya-tanya ke mana ia berjalan

Ada juga yang salah tujuannya
Sesat tetapi enggan bertanya
Ada juga yang letih berjalan
Membina rumah di tepi pantai
Sekali ombak menderu
Hancur, berkecailah akhirnya

Semua orang berjalan,
Tetapi bukan semuanya berjuang.


Puisi 2 : 

Andai perjuangan ini mudah,
Pasti ramai yang menyertainya

Andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan
Pasti ramai yang tertarik padanya

Tapi hakikatnya perjuangan bukan begitu
Turun naiknya, sakit pedihnya
Umpama kemanisan yang tiada terhingga

Andai rebah, bangkitlah semula
Andai terlena, ingatlah janjiNya
Selamat berjuang!




Jauh.

Bismillah..

Hari ini aku berdiri di sini,
dan melihat kamu di sana..
Sangat jauh..
Ingin aku jerit memanggil,tetapi engkau seperti tidak mendengar apa-apa bunyi di sekeliling..
Bingung.Menerawang mencari arah..

Mengapa jauh sekali kau berubah sahabatku?
Dulu,engkau lah yang menyuruh aku menjaga diri,menjaga maruah..
tetapi kini?
engkau seperti tidak aku kenali.

Aku sedih  melihat kamu..
bukan aku katakan posisi aku lebih tinggi dari kamu,tidak sahabat,tidak..
Malahan aku ingin melihat kamu lebih berjaya dan mulia dari ku..
Aku ingin kau capai cita-cita yang dulu kau selalu ceritakan padaku..
Cita-cita yang  meluhur itu..
tugas mulia sebagai pendidik anak bangsa..

Dan engkau semakin jauh..
aku khuatir engkau akan tenggelam dengan 'dunia' itu..
Sedar lah! bangkit lah jiwa !
kembalilah pada jalan ini,jalan menuju kepada Dia..
yang menciptakan jiwa engkau,aku,mereka..

Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa, tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat,memohon ampun dari Allah Azzawajalla.

Perpisahan ini,
bukan aku kau yang minta,
tetapi ia kerana Ilah kita berbeza.


Aku ingin menjadi sekuntum melati,
yang harum mekar di medan jihad,
andai gugur ku ke tanah nanti,
moga sebagai syuhada yang tersenyum bertemu Ilahi.

Allahuma aminn.

ingin menjadi mujahidah yang tegar berdiri walau diasak mehnah duniawi.

Monday 11 April 2011

Melihat dunia menerusi lensa.

Bismillah..
 
Semakin lama aku melihat dunia,
makin aku lihat tiada 'ruh' dalam kehidupan itu..
kosong. hambar.
Dunia yang ku lihat menerusi kaca mata hari ini,
bukan lagi dunia yang aku selalu mimpikan sewaktu kecil..
Penindasan,kerakusan manusia,
meratah setiap inci bumi..
Ini kah 'kemodenan' yang dicanangkan?
tidak. itu kekejaman.
Engkau berdiri megah di atas kesengsaaraan orang-orang di bawah..
Engkau tertawa ketika mereka mengalirkan keringat-keringat lelah..
Engkau memberi sebuah harapan kosong sewaktu mereka kesempitan hidup..
ahhh...Dusta belaka!
Apa yang engkau banggakan? harta? pangkat? darjat?
Semuanya akan hilang tatkala langit terbelah,
tatkala isi dunia dimuntahkan..
tatkala bintang-bintang berserakan..
 dan setiap jiwa yang akan ditanyakan mengenai amal yang telah ia kerjakan..


Aku, di sini..
masih berdiri,memerhati gelagat manusia,
akan cuba memberi manfaat selagi nyawa masih berada dalam jasad,
dan  aku lebih suka melihat dunia menerusi lensa.
kontak nya sempit tetapi aku masih dapat melihat keindahan dunia,
yang aku kira mungkin jauh lebih sempurna jika ianya hanya berada dalam foto sahaja.

-syafiqah-

ingin menjadi lalang itu.



Allah..rindu pada sawah tu :(

'Keluarga' :)

Bismillah..

Masa mula-mula datang ke Beijing,China,rasa keseorangan sangat,jauh dari ibu ayah,adik-adik..rupanya Allah nak ganti dengan bagi saya dua 'keluarga' yang lebih lebih berharga! syukur! Alhamdulillah ^^ ini 'keluarga' kedua saya :) comel tak? hik.

Maaf la, sempena musim bunga ni, banyak pula rehlah nye kan. Kali ni buat di 玉渊潭. :)
hehe.kita share gambar ye. ^^  *sorry teknik photography saya memang kureng, ape pun do enjoy the photos. :)

10/4/11 (Ahad)- 
Ya Allah, Kau pertemukan hati-hati ini dalam suasana tarbiyah,
tika ia masih tercari-cari jalan keluar dari kegelapan jahiliyah,
kuatkannya ya Allah,
satukan kami di jalan yang Kau pilih untuk kami..
tiada yang dapat menyatukan kecuali Engkau ya Khabir..

saya ada 13 orang adik beradik! wah meriah kan? ^^

makanan,alhamdulillah rezeki kami~ ^^ terimakasih ya Allah

scenery kat taman. :)

cherry blossom :)

cherry blossom :)

tulip! ^^ <3
meihuar :)

tulip! <3

tulip! ^^

tulip! ^^


yes,tulip again! :P
 

hee~ tulip! :D

tulip~~~~~~~

banyak pulak tulip ni =.="


tulipppp lagi.

ye,tulip ni. -.-


daisy! finally~
 
and here comes my favourite photo! ^^



:)

:) <3

Sahabat,
semoga kita menjadi serikandi-serikandi yang mekar berjuang di saff-saff hadapan,
gugurnya kita mudah-mudahan sebagai syuhada fisabilillah..


"Agar Dia memasukkan orang-orang mukmin laki-laki dan perempuan ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai.Mereka kekal di dalamnya dan Dia menghapus kesalahan-kesalahan mereka. Dan yang demikian itu menurut Allah suatu keuntungan yang besar."
(Al Fath 48:5)

Amin insyaAllah :)