Tuesday, 12 April 2011

Pejuang Cilik

Bismillah...

"Ya! Memang 500 tahun dahulu kita tersungkur di bumi.Tetapi adakah kita memerlukan 500 tahun lagi untuk bangun?!!! KITA dilahirkan mulia, hidup mulia, dan MATI juga sebagai MULIA(syahid)!!! Kita hidup bersama,kita berjuang bersama!! ayuh! bangkit lah wahai Muslim.!!!"

bergegar semangat tatkala mendengar ucapan-ucapan yang keluar dari mulut pejuang cilik itu,melihat betapa bersemangatnya dia membuatkan diri ini tertunduk sebak, memikirkan apa daya aku seorang yang telah menerima 'tanggungjawab' ini? 
dai'e hanya gelaran, tetapi diri masih tidak 'bergerak', masih ditakuk lama,
kau kata mahu menjadi dua't?
di mana semangat mu menghilang? 
kau biarkan diri mu terus menerus dibuai kelemasan jahiliyah,
kau mengadu kau tidak mampu sedangkan belum nampak usaha kau bermujahadah,
baru sedikit kau teruji sudah berjuta kali kau mengeluh.
ini kah contoh serikandi mujahidin?
BANGUNLAH wahai diri! 
bangkit lah demi nama Tuhan Mu yang Satu..
Dia tidak pernah meninggalkan mu berseorangan,
engkau Dia ciptakan sebagai umat yang mulia,
hidupmu membawa kalimah yang paling MULIA..
LAILAHAILLALLAH..
tetapi sudahkah engkau menjalankan tanggungjawab mu?
BANGKIT! JANGAN MENJADI PEMANJA, 
TETAPI JADILAH SEORANG PEJUANG!! 


"apa yang kita tunggu lagi wahai muslim?? MARA DI DEPAN, biar kita mati sebagai PEJUANG, jangan hidup sebagai petualang!!
YA ALLAH,PINJAMKAN LAH KAMI KEBERANIAN UMAR AL KHATTAB, KETANGKASAN KHALID AL WALID,KECEKALAN TAARIQ BIN ZIYAD, KEKENTAL...AN SALEHUDDIN AL AYUBI, DAN KETAJAMAN SULTAN MUHAMMAD AL FATEH..
SATUKAN LAH HATI KAMI YA ALLAH..."

"Wahai umat Muhammad, tolonglah bangun..
cukup-cukup kamu diperkuda oleh musuh-musuh Islam,
Malulah dengan Rasulullah saw,
Malulah dengan Allah swt...
pejuang-pejuang cilik ini memerlukan kamu..
Hulurkan tangan agar dapat kita bergandingan tegakkan kebenaran
dan membasmi kebatilan....."

Allahuakbar!!!


2 comments:

Husna said...

Husna mahu bangkit sekali ! ^_^

Hebat kan si kecil ini?

Subhanallah.

syafiqah.rahmat said...

yup! jom2 husna bangkit sama2 ~ ^^

MasyaAllah.Allah ilhamkan pada nya kehebatan utk menyedarkan ramai 'jiwa' yang lengah.

:)