Tuesday 12 April 2011

Jauh.

Bismillah..

Hari ini aku berdiri di sini,
dan melihat kamu di sana..
Sangat jauh..
Ingin aku jerit memanggil,tetapi engkau seperti tidak mendengar apa-apa bunyi di sekeliling..
Bingung.Menerawang mencari arah..

Mengapa jauh sekali kau berubah sahabatku?
Dulu,engkau lah yang menyuruh aku menjaga diri,menjaga maruah..
tetapi kini?
engkau seperti tidak aku kenali.

Aku sedih  melihat kamu..
bukan aku katakan posisi aku lebih tinggi dari kamu,tidak sahabat,tidak..
Malahan aku ingin melihat kamu lebih berjaya dan mulia dari ku..
Aku ingin kau capai cita-cita yang dulu kau selalu ceritakan padaku..
Cita-cita yang  meluhur itu..
tugas mulia sebagai pendidik anak bangsa..

Dan engkau semakin jauh..
aku khuatir engkau akan tenggelam dengan 'dunia' itu..
Sedar lah! bangkit lah jiwa !
kembalilah pada jalan ini,jalan menuju kepada Dia..
yang menciptakan jiwa engkau,aku,mereka..

Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa, tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat,memohon ampun dari Allah Azzawajalla.

Perpisahan ini,
bukan aku kau yang minta,
tetapi ia kerana Ilah kita berbeza.


Aku ingin menjadi sekuntum melati,
yang harum mekar di medan jihad,
andai gugur ku ke tanah nanti,
moga sebagai syuhada yang tersenyum bertemu Ilahi.

Allahuma aminn.

ingin menjadi mujahidah yang tegar berdiri walau diasak mehnah duniawi.

No comments: