Monday, 25 April 2011

Berhenti, untuk bernafas.

Bismillahirrahmannirrahim.. 
(monolog sendiri,maaf andai tiada manfaat untuk pembaca.ini cuma luahan dari sebuah hati yang tidak punya rasa)

Sometimes silence is the best medicine.



"When words become unclear,
I shall focus with photographs.
When images become inadequate,
I shall be content with silence.
~Ansel Adams" 


tiba-tiba rasa seperti ingin lari dari dunia ini, ingin pergi jauh dari semua orang.
bukan kerana merajuk,bukan kerana kecewa,
tapi untuk koreksi hati,apa yang telah hilang darinya.
sosial itu bahaya,dan mengundang fitnah.itu pasti, tiada siapa yang boleh sangkal.
memang kita boleh batasi dengan mengehadkan sahabat-sahabat sejantina sahaja,
tapi sekuat manakah anda?
bukan kehendak kita jika ada yang mahu berkawan,malah sekeliling kita juga ada kawan berlainan.
mungkin diri ini yang tidak kuat,mungkin diri ini yang terleka,
ya,diri ini yang salah. ;'(
dan ada rasa yang semakin  menyesakkan jiwa,
itu dosa.

hari ini saya tersungkur lagi, walau setiap hari dibisikkan ke dalam diri,
'jaga Allah,jaga hati,jaga pertuturan,jaga kelakuan,jaga aurat,jaga iman,jaga batas pergaulan,jaga pandangan,jaga.....jaga......"
tapi masih belum tercapai semua itu lagi.
kenapa ? kenapa tidak boleh istiqomah syafiqah?!

marah dengan diri.tapi apa boleh buat? 


shutdown.
dengan harapan itu yang terbaik.

mahu bernafas,dengan lancar,
dengan tenang,
dari menambah tompok hitam di hati.
saya mahu berubah,
for the second turning point of my life,
saya perlu kuat,perlu tekad, perlu tegas
dengan diri sendiri.

alasan "aku juga manusia biasa,yang tidak sempurna" harus ditongsampahkan. itu semua penghalang untuk kita berubah. Ya memang kita manusia biasa, yang tidak sesempurna malaikat,  tapi sebab itulah Allah muliakan kita,sebab itu lah Allah memberi ganjaran dan nikmatNya.
bersyukurlah kerana masih diberi peluang melihat dunia,daripada dicampak ke neraka untuk jadi bahan bakarnya.

"....Dan barangsiapa dikendaki-Nya menjadi sesat, Dia jadikan dadanya sempit dan sesak, seakan-akan dia sedang mendaki ke langit...." (6:125)

Allah,jangan ya Allah..
jangan biarkan hamba ini tercari-cari dalam gelita,
aku mahu cahaya,aku mahu cinta Allah,
aku mahu syurga..
tapi  bagaimana? ;'(

cuma satu,
kembali pada Yang Maha Satu.
kamu harus berubah,Syafiqah,
pancangkan niat, kibarkan azam,
dan itu, destinasi terakhirmu.

SYURGA.

insyaAllah.

4 comments:

Siti Nur Hanna said...

istiqamah is the hardest thing...
let's try our best!! ^,^

syafiqah.rahmat said...

insyaAllah. jom! ^^ jiayou~ gambareyou :)

semoga Allah permudahkan.

Wan Nur Aishah Wan Ali said...

Salam sayang dari Russia sis,

Istiqamah itu seringkali dikucar-kacirkan dengan hembusan syaitan yang dengki akan azam kita.

Insha Allah, selagi ada azam - selagi itu terbuka jalan =)

"Hukuman terbesar atas ma’shiat adalah kebas hati perasaan tanpa salah, yang membuat tenang untuk terus berkubang dalam dosa.

Maka berbahagialah dia yang masih punya gelisah atas dosanya setidaknya masih ada iman di sana, yang sedang terluka."

- Salim A. Fillah

Rindu rindu rindu ;) <3

Semoga Allah permudahkan dunia untuk akhirat kita :)

syafiqah.rahmat said...

Waalaikumussalam warahmatullah,salam rindu dan syg juga dari bumi China~ ^^ Allah,rindu nya pada kamu ukhti aishah! lagi2 penulisan kamu :)

yup,sering syaitan itu datang dan membisikkan diri ini tidak layak utk meminta pengampunan Allah,dengki kan dia? :(

InsyaAllah,moga2 hati ini basah dan sentiasa gelisah jika alpa dari mengingati Allah..

Ameen Yarabb..semoga tsabat syg :)
dan semoga Allah redha segala usaha kita untuk da'wah dan mujahadah diri ini. :)

<3 u lillahitaala :)