Thursday 30 December 2010

深深的祝福

Bismillah..
 In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful


Beberapa hari lagi berakhir sudah semester ketiga..
kenangan suka duka tiada mungkin dilupa
mohon maaf jika pernah tersilap kata
tersalah bahasa
 untuk imtihan akhir ni, semoga kita sama-sama berusaha yang terbaik ya? 
and jangan lupa niat kerana ALLAH jua. 

"Bittaufiq wannajah fil imtihan ;) "
semoga Allah memberi mu petunjuk dan kejayaan 
借此机会,我予以最真诚的祝福
希望我们都顺利通过期末考试!
好好 加油!

selamat menduduki peperiksaan akhir semester .
TAWAKAL+USAHA+DOA



moga Allah permudahkan kita semua. ameen. *cepat ameen sama-sama*

eh eh sebelum terlupa, ini bekal doa sebelum  masuk kelas/dewan nanti .:)


p/s : peh.tetiba nervous pulak nak exam dah ni. =.=" nota3x.. wuu.nak balik malaysia gak~ T.T


Wednesday 29 December 2010

First snow in 2010

Bismillah...

Ya Allah...akhirnya........ its SNOWING... ^^ 
Alhamdulillah...

Tuesday 28 December 2010

Malu

Bismillah...
Sabda Nabi SAW : 
"Sifat malu pada seorang lelaki itu baik,
tetapi terbaik jika ia terdapat  dalam diri seorang wanita." 

*tarbiyah dzatiyah*
:)


Sunday 26 December 2010

Syahid.

Bismillah..

Petang sabtu,12 Februari 1949, di Jalan Ramses, Kaherah.
Dia ditembak oleh tangan-tangan pengkhianat,
gugur lah seorang pejuang, pembela Islam,
mereka menumbangkan tubuhnya,tetapi fikrahnya telah menembusi jiwa-jiwa,
bermulalah darahnya menyirami pohon dakwahnya..

semoga Allah tempatkan rohnya di syurga. -Al Fatihah.-

As-Syaheed Imam Hassan Al-Banna


Friday 24 December 2010

Ringkas padat. =p

Assalamualaikum wbt semuaa. :) okayokay saya tahu.*angkat tangan surrender* sekarang saya asyik tulis puisi entahmacamhape. sebab takda ilham nak tulis panjang panjaaang. :D *alasan boleh terima tak?
okay kasik briefly idea sikit ye.

-BEIJING maaakin sejuk. hari ini pagi-pagi nak pergi kelas, suhu -13' celcius. sangat seronok bukan? -.-" tapi sayang salji belum turun menyapa bumi lagi. mungkin dosa-dosa penduduk sini membatasi nikmat Allah yang satu itu kan.?
-2 minggu lagi final exam, doakan saya ek ? =D
-alhamdulillah, tarbiyah dzatiyah dan usrah QS2 & Kafeiguanr berjalan seiring. insyaAllah mudah-mudahan berjaya mencapai azam tahun ini :)
-adik saya , Syafrin Aqhasha dah dapat keputusan PMR dia. Syukur Alhamdulillah.even tak lah sehebat adik Al hazen kan. haha.
-kakak murobiyah saya dah kahwin. wah! jelousnya! semoga akak bahagia bersama zauj dan bina beit muslim yang cemerlang ye ;)  rindu akak..nanti datang beijing lagi tau :)
-lagi apa ya? hmm.. hati ? :) saya dah 'recover' lah.. ^^

nak pinjam kata-kata seorang sahabat dari padang pasir boleh tak? mohon izin ya. *nama dia tak boleh mention kat sini. orang kuat majlis ape ntah kat sana. ;p

"aku berusaha menjaga diriku.

maka

aku juga mahukan seseorang yang berusaha menjaga dirinya~"

:)

Kerana cinta itu..

Bismillah...

Mata itu direnung dalam-dalam..
"Siapa cinta di hati mu?"
"Allah dan rasul."
Jawabnya lantas. tiada ragu.

Pelik.Manusia itu memandangnya pelik.
"Apa kau sudah lupa akan hikayat cinta kau dahulu?"
"Cinta aku dahulu tiada bermata.Apa mungkin ia boleh membawa aku kepada Pencipta ku andai ia sendiri tidak mampu bergerak sendiri? "

Ya, kerana cinta itu, aku mengenali Nya,..
dan kerana cinta itu, rela aku lepaskan dunia..


p/s : Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya.. Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri..Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. -Copy Saya Bertanya kepada Emak^^-

Saturday 18 December 2010

Dan subuh itu dia menangisi dosa-dosa nya yang lalu..

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ   

Bangkit dari perbaringan

hamba itu memilih untuk bertemu kekasihnya yang dirindui selalu

di tikar sejadah yang kian lusuh

dia bersujud, berteleku

lidah basah disirami kalimah-kalimah suci

dan subuh itu, dia menangisi dosa-dosa nya yang lalu

tanpa dia sedari,

penghuni langit sedang menyaksikan pemandangan yang sangat indah sehingga memukau pandangan mereka.


penjelasan : "Mereka yang bangun sepertiga malam untuk bertahajud , rumahnya kelihatan bercahaya dari pandangan penghuni syurga, seperti kita menyaksikan bersinarnya bintang yang ada di langit pada waktu malam." =)

 

p/s : lama tak buat puisi, ayat tunggang langgang. maelish.. :(

 

 

Tuesday 7 December 2010

New Chapter in a Life Book. -Maal Hijrah-

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ   

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful 

Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah..rasa nya tidak cukup kata kata ini untuk menggambarkan betapa aku bersyukur diberi peluang hidup sehingga ke hari ini. di bumi Beijing ini. bernafas lagi.masih diberi nikmat kelazatan iman. syukur . :)

pernah terbaca status seorang murobbi dari jepun, katanya,

" the leaves were falling...
falling as if from far up
upon the land of gold
this soul was falling..
and yet there was 
Someone whose hand entirely calm
holding up this falling
and the sky that day was brighter than other days
it was autumn, 3 years ago when i was in japan..
and it was the first time i met my love Allah & Islam
so 3 is my true age!!!

what age are you?"


-- aku baru berumur satu tahun. :)

ya,umur ku satu tahun ..macam anak yang baru belajar bertatih, belum pandai berjalan sendiri, belum pandai berbicara, semuanya masih perlu dibimbing oleh orang dewasa.
begitulah hidup ku.

setahun yang lepas, aku baru betul-betul mengenal Pencipta ku..
setahun yang lepas, aku baru betul-betul memahami tujuan penciptaan ku..
setahun yang lepas, aku ibarat 'dilahirkan' semula, seperti bayi yang baru keluar dari perut ibunya..
selama setahun yang lepas, aku bersama-sama 'bayi-bayi' yang lain 'dijaga' dengan rapi oleh naqibah dan murobbi-murobbi..
kami 'disusui' dengan ilmu dari kalam Allah..
kami dibesarkan dengan tarbiyah dari Allah..
kami juga 'dipakaikan' dengan pakaian takwa..
Alhamdulillah..
sehingga kini, kami masih 'dijaga' dengan begitu sekali..
cukup indah ukhuwah ini..
sehingga membuka mata ku betapa luasnya nikmat di bumi Allah ini..
Allah...indah sungguh.. ;')

andai aku jatuh, jangan biar aku tersungkur..
pimpin lah aku, bimbing lah aku..
menuju jalan lurus kepada Allah yang satu.

May Allah grant you with goodness.. ;') insya-Allah..

Awal Muharram. membuka lembaran baru dalam hidup ku..
tarbiyah dzatiyah akan diteruskan sehingga hilangnya jahiliyah dalam hati..
semoga menjadi individu muslim yang berjaya, syafiqah. :)

SALAM MAAL HIJRAH saudara ku sekalian. :)


 

Sunday 5 December 2010

jazakillah kheir

In the name of Allah, the Compassionate, the Merciful.

I really believe life is a test, its full of challenges and rewards
and if you take all that comes your way no matter how it hurts and do the right thing
you will pass this test in the end,
trust in Allah and love your family its all that matters .:)

jazakillah kheir kpd sahabat sekalian. :)
heart : syafiqah.

(3:139) Dan janganlah kamu merasa lemah,dan jangan pula bersedih hati. sebab kamu paling tinggi darjatnya, jika kamu orang beriman.

sesungguhnya Allah tidak akan sia-siakan hamba yang berdoa padaNya. 

*senyum*
 :)





Saturday 4 December 2010

Ujian Pertama

Bismillahirrahmanirrahim..

today is the day. everything comes out to be so tough for me. I know its sunnatullah to be like this. setiap daieyah akan diuji. ya, SAKIT. sangat sakit untuk mencabut jahiliyah dari dalam hati ini. kerana ia berkait dengan perasaan, HATI. sayang. KENANGAN. tapi kalau dah ia akan mengurangkan cinta kita kepada Al Khaliq, tentu sahaja ia perkara yang tidak elok. bukan?

kalam terakhir dari saya untuk kamu,

awak..
saya dah tahu semuanya..
she's a good girl for you..
and the most important is, she loves you.
saya tahu awak bahagia dengan dia.
pergilah..
saya bukan diri saya yang dulu lagi.
saya ada tugas lebih penting.
saya reda andai ini ujian pertama dari Allah untuk hamba yang mencintaiNya,
pesan saya cuma, jaga Allah, jaga iman..
dan terima kasih untuk semuanya.
salam,
ieka.


antara hitam dan putih tiada kelabu, maka antara benar dan batil tiada kompromi lagi. 

(3:14) Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan, berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan ,haiwan ternak, dan sawah ladang, itulah kesenangan hidup di dunia. dan di sisi Allah- lah tempat kembali yang baik.

***
Rabbana innana amanna faghfirli lana zunu bana waqina 'azabannar.

( ya Tuhan kami,kami benar-benar beriman, maka ampunilah dosa-dosa kami dan lindungilah kami dari azab api neraka.)
ameen.


Cinta kepada ALLAH dengan ketaatan,
cinta kepada RASUL dengan keperibadian mulia,
cinta kepada JIHAD dengan perjuangan,
cinta kepada makhluk dengan mentaati Allah,
mencontohi rasul dalam berperibadi dan sentiasa hidup dengan PERJUANGAN yang pastinya
menagih PENGORBANAN..


 Allah..... :'(   kuatkan hatiku....semoga cinta ku pada Mu melebihi cinta ku pada makhluk Mu..

Friday 3 December 2010

Quotes

Manusia yang hidup untuk mengharapakan pujian orang lain
sebaliknya akan mati akibat pujian pujian tersebut.
jangan kisah pandangan orang terhadap kita
kisahlah pandangan Allah terhadap kita . :)
ikhlas,
syafiqah.


Thursday 2 December 2010

Istiqomah

Bismillah..

Ya Allah. hari ini baru aku tersedar. betapa lalai nya aku selama ini dengan duniawi . :(
al haq sudah disaksi, tapi tiada tindakan yang diambil untuk melaksanakannya..
ampun kan hamba Mu ini ya Rabb.. :(


p/s : Ubah lah diri mu sebelum kamu mahu merubah manusia di sekelilingmu. ISTIQOMAH.
daieyah sekalian. kita bakal mencorak perubahan, maka langkah pertama haruslah dimulai dengan diri sendiri ya? :) jia you! wo men yi ding ke yi zuo dao de. :)

Wednesday 1 December 2010

Syahadatul Haq

Bismillahirrahmanirrahim..

(3:142) Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga.padahal belum nyata bagi Allah orang orang yang berjihad di antara kamu, dan belum nyata orang orang yang sabar.

(3:143) Dan kamu benar benar mengharapkan mati(syahid) sebelum kamu menghadapinya, maka(sekarang) kamu sungguh,telah melihatnya dan kamu menyaksikannya.

Subhanallah..semoga para daie dan daieyah teruskan perjuangan. Kita sama sama mendukung tanggungjawab menyampaikan kebenaran kerana telah membuat penyaksian terhadap Al-haq. (syahadatul haq) Ujian ini baru bermula. sabar ya? :)

Imam As-syahid Hassan Al Bana pernah berkata," wahai ikhwan, perlengkapkanlah dirimu dengan mendapat tarbiyah yang sahih dan pengalaman serta ujian yang terperinci... ujilah para bakal pejuang dengan amal yang kuat yang banyak, yang tidak disukai oleh mereka, yang membebankan mereka dan pisahkanlah mereka dengan hawa nafsudan kebiasaan mereka agar mereka tahu apa... itu HAKIKAT PERJUANGAN..."

para ikhwanul muslimin telah menghadapi lebih berat ujian berbanding kita. mereka bermati-matian pertahankan bumi palestin dari tangan tentera zionis Israel. Namun apa yang mereka dapat sebagai balasan? HUKUMAN dari kerajaan mesir. Mereka disiksa dalam bilik-bilik kecil yang gelap itu. di sebalik palang-palang besi, iman mereka diuji sehebat-hebatnya. Pelbagai jenis seksaan mereka hadapi semata-mata kerana menjalankan kewajipan seorang Muslim. Ya Allah.semoga Kau cucuri setiap roh para syuhada dengan rahmat Mu yang tidak terhingga. Dan masa itu juga, gugurnya seorang pejuang , HASSAN AL BANA ditembak mati. SYAHID. aku kira itu lah pengakhiran yang akan dihadapi bagi setiap pejuang Islam. tetapi tidak mengapa, roh itu kekal hidup di sisi Penciptanya. ;') 
 
Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah : “Apakah yang diperbuat musuh padaku!.. Aku, terpenjaraku adalah khalwat.Kematianku adalah mati syahid. Terusirku dari negeriku adalah rekreasi.”

Perjuangan ini telah bermula sejak azali, dan akan diteruskan oleh generasi seterusnya. biar berpuluh cedera,biar berpuluh syahid, akan ada penyambung nya. kerana dakwah itu akan terus berdiri walaupun tiada lagi manusia untuk mendirikannya. ;)