Friday 27 April 2012

神秘的国度

Bismillahirrahmanirrahim. 

Apa khabar Paris? Masih ingat kita bertemu di musim salju lalu?

"世界上,眞的會有那麼一個人默默關注著你,疼愛著你,卻永遠不敢靠近你。"

betul kan?
tapi sayang, dia bukan bulan.

Oh ya, masih menunggu kelopak seterusnya.

mimpi indah,
Beijing.

2157.













Monday 23 April 2012

Sakura dan Cinta

Bismillahirrahmanirrahim..

Ini aku.
aku seorang pemimpi, 
kadangkala aku berjalan di tanah,
kadangkala aku berlari ke gunung,
kadangkala aku terbang di langit,
kadangkala aku juga menyelam di laut.
itu aku.

Untuk meneruskan perjalanan,
yang aku mahu,
bukan pemimpi seperti aku,
yang aku ingin,
adalah dia yang sentiasa celik dan berjaga dalam sedar,
untuk menarik aku kembali ke bumi,
ketika aku asyik melayang di langit hingga terlupa,
bahawa aku sebenarnya milik bumi.
untuk membimbing aku,
bahawa syurga itu 
perlu kan pengorbanan jiwa dan tenaga.
Dunia ini,
adalah untuk berpenat lelah.
kerana kerehatan kita yang sebenar,
adalah saat kaki melangkah ke dalam Jannah.

Iya.Definisi kita berbeza.

Andai sudah tiba masanya, 
pasti Tuhan menemukan kita.

Menyayangi adalah untuk saling tarik ke syurga, bukan ke neraka. 
Jadi, tolong dia, 
menjaga hatinya.

Stay calm. and focus. 
Dakwah dan tarbiyyah.


0154
Beijing,China


Saturday 21 April 2012

Senyum

Bismillah..

Kau tersenyum membaca tulisanku,
padahal aku menulis kerana membaca senyumanmu.
-(karuzunique)



"Sungguh, penciptaa langit dan bumi itu lebih besar daripada penciptaan manusia, akan tetapi kebanyakan manusia itu tidak mengetahui."
(40 : 57 )

I wonder,
Mungkinkah Tuhan ciptakan langit senja dan senyuman ibu dari bahan yang sama?


Selamat Hari Lahir Ibu.

20042012



:')






Ini Kisah Hidup

Bismillahirrahmanirrahim.


yang ku kutip bukan indah,
yang ku mahu bukan angkut,
tetapi adalah pengalaman,
buat ku simpan dalam kocek.
untuk bekalan perjalanan.

kerana aku percaya,
setiap foto punya cerita di dalamnya.
lalu aku mahu jadi pengembara,
yang bermusafir dengan lensa.
(click untuk koleksi-mata-kasar)



tsumma Alhamdulillah.







Thursday 19 April 2012

Cermin

Bismillahirrahmanirrahim..

Tulisan ini buat sahabatku, yang sangat tabah dan kuat, mashaAllah, aku tuliskan kerana, merasai semangat perjuangannya dan ketinggian tawakalnya pada Allah juga pada jalan ini. Berikan aku peluang sahabat, untuk berkongsi barang sedikit apa yang ada dalam hatimu.

Khairun Rozman, saya terbaca status awak di skype,


"i thought i lost a mother. but i lost both a mother and my loyal listener. hahak takpe dinding ade
"pokpekpokpekpokpek"

tergelak saya, walau dalam hati, terlalu mahu merasai apa yang kamu rasa saat ini. 

Krun, percaya tak? Allah taala tak menciptakan wajah kita persis ibu dan ayah kita atas alasan saintifik semata. Tetapi wajah kita dilukis begini begitu supaya tiap kali kita merenung ke cermin, yang memantulkan, senyuman itu adalah senyuman bonda, mata itu adalah mata ayah, raut wajah itu adalah kombinasi mereka berdua, mashaAllah subhanAllah, lalu wajah mereka berdua kamu bawa kemana saja jasad dibawa, manusia apa yang kamu jadi, tetap mereka menemani.

Saya nampak dari wajah awak Krun, mata abah dan senyuman ummi awak, :') dan paling penting, semangat mereka, sentiasa tergambar dari sosok seorang dai'e, itu awak Krun.

Dan bila kita sudah tua, atau mereka sudah tiada, Allah tahu, bila kita rindu ,kita perlu lihat mereka. Maka, saya percaya , atas sebab itulah, Dia jadikan wajah kita persis wajah ibu dan ayah.agar nanti bila sudah tua, setiap kali memandang cermin, yang kita lihat adalah, 

mereka.

:')


Saya kirim pelukan-kasihsayang dari jauh. Moga Allah lindungi keluarga awak di sana.


andai nanti, salah seorang kita pergi menemui Allah dahulu, tolong,
sampaikan salam cintaku.

:')


Ana ukhtukumfillah,
syafiqah,
19042012
Beijing,China










ps: sedikit reference bagi yang bertanya, sedikit point dari tulisan ini olahan tulisan wani ardy :) boleh cari bukunya- Langit Vanilla. Jazakumullahkhairan katsira.

Wednesday 18 April 2012

Jika Engkau Redha, mudahkanlah

Bismillah..

Masjid Selat, Melaka

Aku punya satu impian,
di sini.
















Wednesday 11 April 2012

Obsesi dan Cinta. Dua benda berbeza

bismillah..

D5100

Polaroid Fujifilm Instax Mini7s


tiada siapa tahu,
mengapa begitu obsesi ku.

tapi percayalah,
obsesi ini lahirnya dari satu cinta.
kecintaan aku pada Teragung.
kalau bukan kerana Dia,
kalau bukan kerana indahnya cinta,
aku tidak mungkin mahu obsesi pada dua benda tidak bernyawa ini.

dan satu lagi,
kerana kecintaan ku pada indahnya puisi.

begitulah.
menghalakan obsesi kearah kompas yang betul,
agar nanti tidak kau tersesat di hujung.


oh ya.ini random.



tidak sabar mahu pulang ke bumi asal.
mahu tangkap gambar awan-langit-matahari-pantai banyak-banyak.
mahu juga tangkap senyuman keluarga buat kenangan di negeri asing nanti. :')

inshaAllah biidznillah.





Tuesday 10 April 2012

Gagap

Bismillahirrahmanirrahim.


...Dia,
yang fasih beramal,
namun selalu kehilangan kata-kata apabila bicara tentang kesolehahannya.
(*"Medan amal lebih luas dari medan kata-kata."- HAB )

Dia,
yang selalu aku 'bina' dalam doa yang diangkat ke langit ke-tujuh.
lalu terkumpul gunungan doa, dalam genggamanNya.
Entah mana satu yang akan dikabul di dunia,
atau nanti dilonggokkan untukku di akhirat sana.

Mungkin,
aku memilih akhirat?

Hatiku, memiliki do’a sederhana ; ingin menjadi sesuatu yang selalu bertahan dalam do’amu, misalnya.(quoted)


Entah mengapa, kata ini selalu menyentuh hingga ke dasar jiwa.

dan bila aku melihat engkau tersenyum, bagai langit pun menumbuhkan bunga-bunga.
indah.

namun lagi indah yang terukir di bibirmu.
:)

~sr 10042012~

Hana di bumi Beijing.
Spring 2012







Friday 6 April 2012

Khianat

Bismillah..

Hati, kau kata kebalmu menahan badai,
tapi mengapa sekarang,
kau bawa aku tenggelam larut dalam angan?
jangan khianat.

-"Kalau bukan kita, siapa?
   kalau bukan sekarang, bila? "


terkadang,
cemburu aku pada awan,
tinggi menyentuh langit,
dekat dengan Tuhan.

tapi rupanya,
Tuhan itu ada.
antara manusia dan hatinya.
(50: 16)

cumanya,
engkau saja yang pengkhianat.

Astaghfirullahal'azhim.  :(





Sunday 1 April 2012

Pena dan Kertas

Bismillahirrahmanirrahim..


Maaf.
Tak bisa ku tulis banyak.

Tinta habis,
tadi malam habis ku goresi langit.
dengan namamu.

*****

Ulangtahun kelahiran sahabat-yang-dikasihi,
semoga Allah memberkati usia dan amal dakwah mu sayang :)

Khairun Rozman
Huhu, krun ni nama besar kalau orang yang kenal dia. :p (pemenang video OSEM kan? ^^)

Krun,
pertama kali kita jumpa di Masjid KLIA, tempat bermula tarbiyyah pertama saya.
Kabur kabur,
saya hanya senyum bila jumpa sisters dari serata dunia,
nak menegur malu, nak bercakap tiada ilmu,
kamu semua hebat hebat belaka.
saya hanya senyum, di suatu sudut,
di situ saya kenal awak.
waktu 'bulatan' pertama kita.

Sedar tak sedar, dah nak masuk 2 tahun rupanya.
Asam garam dalam dakwah tarbiyyah,
turun naik iman dan hamasah,
dulu selalu kita bercurhat kan?
*senyum*

sekarang,awak makin berlari laju di jalan dakwah,
saya senyum bahagia.
video yang meng'usrah'kan ramai jiwa-jiwa tandus di luar,
subhanAllah! banyak 'saham' awak krun :')
cemburu saya. ^^

doakan saya,
agar nanti bila di depan Tuhan,
bisa saya persembahkan barang sedikit amal yang ada.
kadang-kadang, tidak faham.
oh, memang, tak perlu faham.
cinta itu macam air hujan.
kan?



Sanah helwa ya Ukhti :')
-sayang-sampai-syurga