Monday, 23 April 2012

Sakura dan Cinta

Bismillahirrahmanirrahim..

Ini aku.
aku seorang pemimpi, 
kadangkala aku berjalan di tanah,
kadangkala aku berlari ke gunung,
kadangkala aku terbang di langit,
kadangkala aku juga menyelam di laut.
itu aku.

Untuk meneruskan perjalanan,
yang aku mahu,
bukan pemimpi seperti aku,
yang aku ingin,
adalah dia yang sentiasa celik dan berjaga dalam sedar,
untuk menarik aku kembali ke bumi,
ketika aku asyik melayang di langit hingga terlupa,
bahawa aku sebenarnya milik bumi.
untuk membimbing aku,
bahawa syurga itu 
perlu kan pengorbanan jiwa dan tenaga.
Dunia ini,
adalah untuk berpenat lelah.
kerana kerehatan kita yang sebenar,
adalah saat kaki melangkah ke dalam Jannah.

Iya.Definisi kita berbeza.

Andai sudah tiba masanya, 
pasti Tuhan menemukan kita.

Menyayangi adalah untuk saling tarik ke syurga, bukan ke neraka. 
Jadi, tolong dia, 
menjaga hatinya.

Stay calm. and focus. 
Dakwah dan tarbiyyah.


0154
Beijing,China


2 comments:

A said...

kalau pemimpi itu, masih lagi dalam lingkungan potensial. pada gerakan yang wujud di luar roh manusia, potensial bisa menjadi aktual.

sekadar pemahaman sendirian aja daripada bahagian-bahagian akal menurut al-Kindi

:)

anis said...

:')

Mohon izin share gambar. Meaningful.