Thursday, 19 April 2012

Cermin

Bismillahirrahmanirrahim..

Tulisan ini buat sahabatku, yang sangat tabah dan kuat, mashaAllah, aku tuliskan kerana, merasai semangat perjuangannya dan ketinggian tawakalnya pada Allah juga pada jalan ini. Berikan aku peluang sahabat, untuk berkongsi barang sedikit apa yang ada dalam hatimu.

Khairun Rozman, saya terbaca status awak di skype,


"i thought i lost a mother. but i lost both a mother and my loyal listener. hahak takpe dinding ade
"pokpekpokpekpokpek"

tergelak saya, walau dalam hati, terlalu mahu merasai apa yang kamu rasa saat ini. 

Krun, percaya tak? Allah taala tak menciptakan wajah kita persis ibu dan ayah kita atas alasan saintifik semata. Tetapi wajah kita dilukis begini begitu supaya tiap kali kita merenung ke cermin, yang memantulkan, senyuman itu adalah senyuman bonda, mata itu adalah mata ayah, raut wajah itu adalah kombinasi mereka berdua, mashaAllah subhanAllah, lalu wajah mereka berdua kamu bawa kemana saja jasad dibawa, manusia apa yang kamu jadi, tetap mereka menemani.

Saya nampak dari wajah awak Krun, mata abah dan senyuman ummi awak, :') dan paling penting, semangat mereka, sentiasa tergambar dari sosok seorang dai'e, itu awak Krun.

Dan bila kita sudah tua, atau mereka sudah tiada, Allah tahu, bila kita rindu ,kita perlu lihat mereka. Maka, saya percaya , atas sebab itulah, Dia jadikan wajah kita persis wajah ibu dan ayah.agar nanti bila sudah tua, setiap kali memandang cermin, yang kita lihat adalah, 

mereka.

:')


Saya kirim pelukan-kasihsayang dari jauh. Moga Allah lindungi keluarga awak di sana.


andai nanti, salah seorang kita pergi menemui Allah dahulu, tolong,
sampaikan salam cintaku.

:')


Ana ukhtukumfillah,
syafiqah,
19042012
Beijing,China










ps: sedikit reference bagi yang bertanya, sedikit point dari tulisan ini olahan tulisan wani ardy :) boleh cari bukunya- Langit Vanilla. Jazakumullahkhairan katsira.

15 comments:

Unknown said...

Subhanallah. :')
Hukhuk.ttbe pndg cermin nampak juga.
Walau telah berpuluh tahun lama. :')
Jzkk qautsar. Atas ilham Allah, Dia dah kabulkan doa kita.
Rupanya ada pada wajah sendiri! ^^

Krun, walau dalam senyum statusmu (erk?), pasti akan ada juga tangis dihatimu.
Semoga kuat! Semoga Allah sentiasa menjagamu :)

pakurawan said...

:)

tak pernah terfikir.

Infiru said...

Alyaa,

:') huk. kan?Alhamdulillah, segalanya datang dari Allah, ni dapat ilham tadi masa baca buku Wani Ardy :')

lukisan itu pada wajah kita sendiri kan?


Hazen,

:)

Anonymous said...

subhanallah ..

husna said...

wajah kita adalah pantulan wajah ibu bapa kita,

just on time, terus terubat syndrome 'homesick tetiba' yg merebak 2-3 hari ni, jzkk!
lepas ni nk tengok cermin lama2 la, :p

Infiru said...

mujahidah,

:')


Husna!

hihi.
kan kan? :')

kte pun homesick kat sini, tu la, dalam doa sentiasa untk mereka :')

lepas ni peluk cermin nak tidur pun ;p

imaaaanj said...

subhnallah, Allah itu terlalu hebat dan pengasih :')

Umairah. said...

manis dan indah!
syukran, awak. :D

kruN. said...

2-3 kali bace pun.. speechless.... :')))) May Allah loves you more than we love each other, lillah :')))

cahayalembut said...

This entry made me smileee =) (tak berhenti senyum lagi.heheh)

Seriyesly, akak suka tengok gambar kalian berdua senyum :D

baby gee said...

moga Allah kuatkan kita semua:)
setiap orang yang mengaku beriman pasti akan diuji,
serious osem tgk ukhuwah jarak jauh akak2 yg jauh ni,dan entah kenape rasa nk jumpe akak2 n peluk semua.:)
uhibbuki fillah insyaAllah:)
#backgroun ni akk amik kt mne?sy crik instrumental ni xjumpe...osem kan!#cityhunter ost hek7

nopatin said...

aslkum akak...
saya ske dgr background music blog akak ... boleh tahu,lagu apa?
sebab mcm sesuai jea bace entry akak sambil dgr music yg slow nie... best ~~~

Syuk Iyagi said...

Assalamualaikum ukhti, boleh ana tahu judul buku karangan Wani Ardy ini? Kelihatan seperti sejuk hati untuk dibaca. Terima kasih atas post ini. Menarik ;)

Syuk Iyagi said...

Assalamualaikum ukhti, boleh ana tahu judul apa buku karangan wani ardy ni? Terima Kasih :)

Infiru said...

Wa'alaikumussalam warahmatullah akh,

inshaAllah judul bukunya,

Langit Vanilla- Wani Ardy :)

moga bermanfaat.