Wednesday 1 December 2010

Syahadatul Haq

Bismillahirrahmanirrahim..

(3:142) Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga.padahal belum nyata bagi Allah orang orang yang berjihad di antara kamu, dan belum nyata orang orang yang sabar.

(3:143) Dan kamu benar benar mengharapkan mati(syahid) sebelum kamu menghadapinya, maka(sekarang) kamu sungguh,telah melihatnya dan kamu menyaksikannya.

Subhanallah..semoga para daie dan daieyah teruskan perjuangan. Kita sama sama mendukung tanggungjawab menyampaikan kebenaran kerana telah membuat penyaksian terhadap Al-haq. (syahadatul haq) Ujian ini baru bermula. sabar ya? :)

Imam As-syahid Hassan Al Bana pernah berkata," wahai ikhwan, perlengkapkanlah dirimu dengan mendapat tarbiyah yang sahih dan pengalaman serta ujian yang terperinci... ujilah para bakal pejuang dengan amal yang kuat yang banyak, yang tidak disukai oleh mereka, yang membebankan mereka dan pisahkanlah mereka dengan hawa nafsudan kebiasaan mereka agar mereka tahu apa... itu HAKIKAT PERJUANGAN..."

para ikhwanul muslimin telah menghadapi lebih berat ujian berbanding kita. mereka bermati-matian pertahankan bumi palestin dari tangan tentera zionis Israel. Namun apa yang mereka dapat sebagai balasan? HUKUMAN dari kerajaan mesir. Mereka disiksa dalam bilik-bilik kecil yang gelap itu. di sebalik palang-palang besi, iman mereka diuji sehebat-hebatnya. Pelbagai jenis seksaan mereka hadapi semata-mata kerana menjalankan kewajipan seorang Muslim. Ya Allah.semoga Kau cucuri setiap roh para syuhada dengan rahmat Mu yang tidak terhingga. Dan masa itu juga, gugurnya seorang pejuang , HASSAN AL BANA ditembak mati. SYAHID. aku kira itu lah pengakhiran yang akan dihadapi bagi setiap pejuang Islam. tetapi tidak mengapa, roh itu kekal hidup di sisi Penciptanya. ;') 
 
Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah : “Apakah yang diperbuat musuh padaku!.. Aku, terpenjaraku adalah khalwat.Kematianku adalah mati syahid. Terusirku dari negeriku adalah rekreasi.”

Perjuangan ini telah bermula sejak azali, dan akan diteruskan oleh generasi seterusnya. biar berpuluh cedera,biar berpuluh syahid, akan ada penyambung nya. kerana dakwah itu akan terus berdiri walaupun tiada lagi manusia untuk mendirikannya. ;)


4 comments:

kid said...

:)

Infiru said...

:)

kid said...

ada daurah ya haritu?

Infiru said...

aah..ade daurah ;) alhamdulillah.murabbi dtg jauh2 utk ajar ilmu kat ktorg. ;)