Monday, 11 April 2011

Melihat dunia menerusi lensa.

Bismillah..
 
Semakin lama aku melihat dunia,
makin aku lihat tiada 'ruh' dalam kehidupan itu..
kosong. hambar.
Dunia yang ku lihat menerusi kaca mata hari ini,
bukan lagi dunia yang aku selalu mimpikan sewaktu kecil..
Penindasan,kerakusan manusia,
meratah setiap inci bumi..
Ini kah 'kemodenan' yang dicanangkan?
tidak. itu kekejaman.
Engkau berdiri megah di atas kesengsaaraan orang-orang di bawah..
Engkau tertawa ketika mereka mengalirkan keringat-keringat lelah..
Engkau memberi sebuah harapan kosong sewaktu mereka kesempitan hidup..
ahhh...Dusta belaka!
Apa yang engkau banggakan? harta? pangkat? darjat?
Semuanya akan hilang tatkala langit terbelah,
tatkala isi dunia dimuntahkan..
tatkala bintang-bintang berserakan..
 dan setiap jiwa yang akan ditanyakan mengenai amal yang telah ia kerjakan..


Aku, di sini..
masih berdiri,memerhati gelagat manusia,
akan cuba memberi manfaat selagi nyawa masih berada dalam jasad,
dan  aku lebih suka melihat dunia menerusi lensa.
kontak nya sempit tetapi aku masih dapat melihat keindahan dunia,
yang aku kira mungkin jauh lebih sempurna jika ianya hanya berada dalam foto sahaja.

-syafiqah-

ingin menjadi lalang itu.



Allah..rindu pada sawah tu :(

2 comments:

Akhyar said...

walaupun kotaknya sempit.

ada masa saya rasa minat fotografi adalah nikmat penyembuh hati duniawi paling mantap,sebab kita letak jiwa kita pada sekeping kertas coretan warna.

sedih. sedih. bila ditusuk kiri kanan atas mimpi yang silap bertandang.

entahla, maafla kalo komen tak kena. mode kecewa skang. huhu.

eh,saya suka sgt sajak ngn gambar dlm post.

*ade gak rase nak lari balik malaysia skang!*

Infiru said...

betul.kadang2 rasa dunia yg kita lihat menerusi lensa tu sangat berbeza dengan dunia sebenar. segalanya nampak lebih indah bila kita lihat dalam gambar. hmm,rupanya dunia ini masih lagi ada sisi yg sempurna,terpulang dengan cara kita melihatnya.

hidup ni bila kita rasa down or futur,segalanya nampak buruk. huu..tapi once bila kita sedar segalanya adalah nikmat Allah yg tak terhingga, even ujian itu sendiri adalah nikmat,kita akan tersenyum walau dalam kesusahan. *sorry macam takde kene mngena pun komen ni. =.="

er sajak tu tetiba je rasa nak tulis.ntah hape je.huk..
gmbar tu google.ada gmbar yg sy amik.tapi tak sempat nk resize. besar sgt kalau nk letak dlm blog ni. =.="

tu la.rindu nk amik gmbar scenery kat msia. :(