Monday, 3 December 2012

Journey


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum warahmatullah adik-adik yang akak sayangi sekalian,

Akak menulis surat ini buat usrah kita yang terakhir. Allah menentukan akak dapat menemani antunna semua sehingga perjalanan hari ini. Alhamdulillah, dengan rasa berat hati dan air mata, akak melepaskan antunna kepada kakak naqibah baru untuk menemani langkah-langkah kecil antunna kepada Allah dan syurgaNya.
Adik yang akak kasihi,
Masihkah antunna ingat saat pertama kali disentuh tarbiyyah? Saat pertama kali mengenal Allah? Saat pertama kali kita dipertemukan di bumi China? Bagaimana agaknya saat-saat itu ya? Akak rasa antunna lebih mengetahui , pahit, manis, sedih, ketawa, hati kita saling merasainya.

Adikku sayang,
Bermula dengan membuka mata mengenali tujuan hidup kita, sebagai Khalifah(2:30) dan ‘abidNya (51:56), adakah tarbiyyah ini telah betul-betul berkesan di hati dan mengubah diri kita? Cuba renungkan kembali setelah kita berusrah selama 1 tahun, apa yang telah tarbiyyah ini membawa kesan kepada diri antunna? Akak tidak punya jawapan untuk itu, cuma awak sahaja tahu.

Akak menulis ini dengan suatu harapan yang sangat besar buat kalian, islam yang kita pegang hari ini dengan tarbiyyah yang kita perolehi hari ini, adalah nikmat yang sangat besar tak terhingga, kalian adalah rijjal-rijjal yang Allah pilih, untuk memahami Ad-deen ini, untuk mengubah dunia ini. Tidak kah kalian merasainya?
Umat kita sedang sakit, saudara kita di luar sana sedang mencari-cari. Janganlah leka dengan dunia, kerana dunia ini tidak akan menjanjikan apa-apa untuk kita. Bangunlah, buka mata, buka hati, serahkan diri kita sepenuhnya untuk Islam. Masuklah Islam secara keseluruhan, seandainya kita masih berat meninggalkan jahiliyyah kita di belakang, nescaya pasti lebih susah untuk kita meraih redhaNya. Ingatlah, Allah akan menggantikan sesuatu yang jauh lebih baik daripada jahiliyyah yang kita cuba buang itu.

“the man who decides to change on the 12th hour died on the 11th "

-Perubahan tidak menunggu manusia. Jangan sampai kita menjadi orang-orang yang terlambat dalam mengejar redha Allah, jangan menunggu-nunggu untuk peluang berubah. Peluang itu kita yang cipta.


Mungkin ini warkah terakhir dari akak untuk antunna, mungkin juga akak akan pergi dahulu dari antunna, tetapi jangan berhenti dari jalan ini, teruslah melangkah dengan kukuh, bersama bekalan Al Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. Jangan menjadi orang-orang yang hanya menunggu perubahan kebaikan berlaku, instead of that, be the one who make the change!

Akak dengan ini, meminta seribu kemaafan, andai sepanjang kita bersama, akhlak dan iman akak yang compang camping ini, telah menghijab hidayah Allah dari sampai ke hati antunna. Maafkan akak andai antunna tidak merasai langsung ruh kepada usrah dan tarbiyyah itu sendiri. Islam is perfect. Tarbiyyah itu sifatnya mengubah, jika antunna merasakan tidak ada perubahan diri sepanjang usrah dengan akak, mungkin itulah kaffarah dari dosa-dosa akak sendiri. Asif jiddan. Minta maaf sangat-sangat. Astaghfirullahalazhim. 

Bagi yang bersama naqibah baru, sayangilah kakak itu, kerana dia juga akan membawa awak kepada jalan Allah yang diredhaiNya, inshaallah. Bukakan hati, berlapang dadalah dengan usrati(adik-beradik usrah) yang baru, sayangi mereka, kerana ukhuwwah adalah tali yang mengikat kita dengan satu aqidah yang sama. Jadilah seperti golongan ansar dan muhajirin. Akak sentiasa doakan kebaikan buat antunna. Ingatlah ,walau siapa pun yang membawa usrah kita, semuanya adalah membawa kepada Allah.
Akak harap dapat bersama-sama antunna lagi di jalan ini, bukan di dunia sahaja, tetapi sampai syurgaNya nanti. InshaAllah. J
Akak sayang awak semua kerana Allah.




Naqibahmu,
Kak Syafiqah
02/12/12
Beijing, China.

No comments: