Monday 11 July 2011

Tuhan,dengari aku.

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum warahmatullah..

hari ini baru dapat menjejak ke sini.Alhamdulillah. 
cuti sudah seminggu, hati masih mencari.
apa?

betul lah orang kata,
MALAYSIA medan sebenar jihad kita.
keluarga, adik adik, saudara mara, lontarkan sahaja siapa yang kau suka.
mereka belum faham.
jangan salahkan mereka.

ya, aku yang salah.
salah aku kerana tidak mahu menerima.
salah aku kerana tidak mahu berkongsi rasa.
nafas panjang bersesak sehingga tersekat di kerongkong.
air mata?
sudah habis agaknya.
senyum sajalah, kau tidak akan mampu puaskan hati semua orang.

bila yang salah diagung-agungkan,
yang betul dilenyek-lenyekkan.
kau ketawa?
aku menangis.

Tuhan,
dengari aku.





p/s : maaf pada komen yang belum berbalas di bawah.insyaAllah saya akan cuba balas secepat mungkin.rumah takde internet.sampai malaysia dah seminggu tapi baru harini dapat online. rindu kalian T_T rindu semangat yang kamu hulurkan. Allah...
di sini saya keseorangan, bersama Tuhan.

8 comments:

Unknown said...

assalammualaikum wbt.

insyaAllah. Allah sentiasa bersama umatNYA yg sabar. cukuplah syurga sbg motivasi ye sayang :D

kid said...

assalamualaikum wbt :)

semoga panasnya summer tak dapat mencairkan semnagat.
bertahanlah.

semoga medan di sini lebih mematangkan.
kerana di luar negara, segalanya terlalu ideal.

dan kematangan yang dibina di sini itulah yang akan membuatkan dakwah akan terus bernyawa walau dugaan sekalipun.
insyaAllah.

selamat pulang daripada persediaan ketenteraan, jundullah!

:)

fatinmarini said...

assalamualaikum syafiqah.

saya faham segalanya:
rasa itu. pahit itu.

yang beri faham itu Allah.
sabar. dan terus saja berdoa. moga Allah kurniakan kefahaman pada hatihati yang kita sayangi.

awak di sana, kuat ya?
dakwah memang tak pernah mudah.
sepayah mempertahankan apa yang kita faham.
kerana itu jalan dakwah ini digelar PERJUANGAN!

semoga Allah mempermudahkan segalanya untuk awak, saya dan kita semua.
:')

*hugs*

uskutsilence said...

salam alayk,sis..

welcome back!!

semoga kita sama2 ISTIQAMAH dalam perjuangan yg takkan habis ni..=)

Nadzipah said...

Bumi Malaysia ialah medan dakwah kita yang sebenar Syafiqah.
Segala persiapan dakwah dan tarbiyyah di luar negara ini adalah untuk menghadapi 'perang' di 'medan perang'.
Anggaplah sekarang ini, awak sedang membuat kajian dan analis.
Strategi yang jitu dan utuh boleh disusun selepas ini.
Insya-ALLAH, segala kekurangan dapat diperbaiki dari semasa ke semasa.
Bersabarlah. Tabahkan hati. Berdoalah.
ALLAH sentiasa bersama kita.
Medan ini memang diakui banyak cabarannya. Namun, beruntunglah orang yang mampu menghadapi segala cabaran itu dengan tabah.
Doa kami sentiasa mengiringi.Insya-ALLAH^^

*big hug*

Ain Mardhiah said...

salam ziarah dari bumi jordan..

allahu ma'ak, sister! ^^,

mira191 said...

kuatkan hatimu sahabat.. :)

nusrah said...

Assalamualaikum syafika,
rindunye kat awak.. :'(

I know how do you feel.Mungkin kita pernah berkongsi kisah yg lebih kurang sama..uhhukkk

Jangan pernah putus asa syafika. Letak pergantungan awak pada Allah sepenuhnya. Dia tidak pernah jemu bg kekuatan dan kasih sayang kat awak.

Moga terus dalam rahmat Allah. Jangan pernah segan jika mahu berkongsi dgn sy. I can lend u my ears. :)

Love Fillah.