Saturday, 21 January 2012

Sampai Syurga

Bismillahirrahmannirrahim..

Malam ini malam terakhir kami di Besancon. InsyaAllah esok pagi pagi akan gerak ke Paris untuk ambil flight ke Spain lusa.

Buat akhawat Bessac di sini, syukranlillah,

Untuk setiap kesabaran,
Untuk setiap senyuman,
Untuk setiap kebaikan,
Untuk setiap keramahan,
Untuk setiap perkongsian ilmu,
Untuk setiap kekuatan dan semangat.

Terima kasih.
Dari hati.

:')

Hanya Allah sahaja yang mampu balas segala kebaikan kalian. Saya tahu antunna semua buat bukan untuk kami tapi untuk Allah kan? :')

Semoga ketemu nanti di syurga.
Biidznillah.

Ukhtukumfillah,
Syafiqah Rahmat,
Al Insyirah, Bessac,
France.

Sedikit perkongsian gambar kenangan,





Tuesday, 17 January 2012

Bumi Tarbiyyah- France

Bismillahirrahmannirrahim..

Hamdulillah, penerbangan dari bumi Eire merentas udara lantas menjejak di bumi France. Bumi yang bakal mencoretkan sebuah lagi episod perjalanan kembara mencari Tuhan. Kami akhawat sisters seramai 11 orang disatukan untuk berjaulah bersama, sediakan hati untuk berlapang dada seluas-luasnya sepanjang perjalanan ini nanti. Bukanlah ukhuwwah fillah namanya andai tidak diuji dengan kesabaran dan keikhlasan. Semoga Allah kuatkan hati kami semua untuk teruskan perjuangan dakwah dan tarbiyyah. Allahumma amin.

Bumi Eire yang ditinggalkan telah meresapkan seribu satu semangat buat diri saya. Di sana saya belajar erti ukhuwwah yang bertunjangkan kerana Allah semata. Tiada kata yang mampu menggambarkan pengalaman di sana. Contoh paling ketara adalah setiap kali anda menjejak kaki pertama kali di rumah akhawat di sana, pasti akan merasakan ruh islam yang sangat basah, membasahkan hati kering yang sedang mencari cari ini. Alhamdulillah :') ( saya tak dapat nak cerita detail melalui penulisan di sini, insyaAllah kalau sahabat nak sharing nanti boleh contact saya , dapat jumpa lagi best :) untuk akhawat saja ye)

Dan sebagaimana yang saya tuliskan, saya menemui apa yang dicari di bumi pertama jaulah ini. InsyaAllah, pencarian di bumi france ini pula lebih kepada kedekatan hubungan dengan Allah, merasai taqarabullilallah..:')

Pesanan buat diri dan akhawat sekalian, tajdidkan niat kita selalu, kompaskan ia ke arah kiblat yang betul, banyakkanlah menangis daripada gelak ketawa. Semoga Allah meredhai dan melindungi hijrah kita ini.

Jalan ini panjang, yakinlah dengan janji Allah.

Ikhlaskanlah niat, kita berdakwah untuk mengharapkan cinta dan redha Allah, bukan sekadar obsesi syurga. Kerana manusia yang berdakwah tanpa keikhlasan dan hanya mahukan kesenangan pasti mudah penat lantas gugur dari jalan ini.

Wanaudzubillah :(

P/s : sangat sedih mendengar cerita akhawat di sini yang terpaksa dihalang mengamalkan Islam sebenar hingga terpaksa menanggalkan hijab adakalanya.:(

Teringat kisah khilafah yang menghantar batalion tentera hanya kerana tangisan seorang muslimah.

Hari ini sudah berapa banyak muslimah kita menangis, tetapi di mana pejuang Islam?

Urgensi untuk kembalikan UA makin terasa.


semoga Allah merahmati kalian,
Ukhtukumfillah,
Syafiqah Rahmat

Besancon, France

Friday, 13 January 2012

Langit Merah Jambu

Bismillahirrahmanirrahim..

Langit merah jambu,
Maghrib indah di bumi eire,
Di bawahnya tumbuh subur tarbiyyah
yang mensucikan jiwa-jiwa hamba.

Langit merah jambu,
Seperti gula kapas manisnya ukhuwwah fillah di jalan dakwah,
kau dan aku,
Kita adalah satu.


12012012
~Dublin, Eire~
Ukhtikumfillah,
Syafiqah

Bumi tarbiyyah-Ireland

Bismillahirrahmanirrahim..

Salam dari bumi eire, bumi tarbiyyah yang telah meresapkan seribu satu rasa ke dalam jiwa hamba yang sedang mencari erti diri.

Tsumma alhamdulillah.

Pencarian ini telah menemukan jawapan .

:')

Dan di sini aku menemuiNya,

Sekali lagi.


"Murobbi yang hebat adalah mereka yang berjaya mendidik hatinya, kerana mad'u pertama kita adalah jiwa kita sendiri."

Jazakumullahukhayr akhawat eire yang baik sangat2!

Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian. - kak izy, kak atikah, dara, khadijah, kak dilah, kak sakinah, kak najwa, and so on :')

Ingin sangat bertemu di syurga.

Alhamdulillah alhamdulillah. Bumi yang penuh dengan haruman tarbiyyah :')

~12012012~
SR
Dublin, Ireland
2040

Saturday, 7 January 2012

Tarbiyyah Akhawat- Retreat winter

Bismillahirrahmannirrahim..



Apa ertinya menjadi seorang akhawat?
Pabila hari-hari aku bukan seperti orang lain
Perlu berkejar-kejar ke program setiap minggu
Perlu juga ‘perform study’
Perlu menghadiri dan membawa usrah
Perlu berfikir bagaimana menjadi sebahagian masyarakat
Perlu memanifestasikan rijalud dakwah yg boleh menjadi qudwah
Tidak berhenti-henti berfikir
Tidak mahu ‘opportunity cost’, jadi kene bersungguh-sungguh dalam melakukan amalan setelah selesai satu amalan
Punyakah rehat santai?
Apa ertinya menjadi seorang akhawat?
Apabila orang memandang kita serba lengkap
‘In a positive and negative way’
Kerana kami juga manusia biasa
Punya kelemahan
Susahnya mahu ‘deal’ dengan yang jarang-jarang mahu menerima kelemahan seorang akhawat
Orang bisa ‘demand’ pelbagai dari akhawat
Itu ini dan sebagainya
Bisa punya ‘expectations’
Jasad bertanya;
Punyakah kekuatan aku ini!?
Lantas hati berkata;
Tentu! kita pasti bisa!
Dan Allah sahaja yang menghadiahkan kekuatan itu
Kesabaran itu
Motivasi itu hanya dariNya


Ibnul-Mubarak: Orang Mu’min itu selalu menerima keuzuran dan orang munafik selalu mencari-cari kesalahan orang lain.


Apa ertinya menjadi seorang akhawat?
Kalau ukhuwah fillah ini tidak manis
Hubungan akidah antara akhawat sangat ‘sweet’
Jatuh bangunnya bersama
Kalau kurang kenal maka taaruf
Kalau kurang cinta maka muhasabah semula cinta kepada Allah
Dan hubungan ini bukan seperti biasa
Hubungan yang tidak dibatasi sempadan geografi
Dimensinya seluas langit dan bumi yang menaungi alam
Bukan seperti birokrasi dan hierarki
Kerana mereka pilihan Allah bukan?
Dan kita tidak berhak mempertikai pilihan Allah ini.
Tidak layak mempertikai pilihan Allah ini.

“Apabila ada seorang daripada kamu mencintai sahabatnya, maka hendaklah kamu memberitahunya”
(R. Abu Daud)

Apa ertinya menjadi seorang akhawat?
Tatkala semua berlumba-lumba menjadi individu muslim yg sebenar-benarnya
Bagaimana fahamnya islam ini
Bagaimana tajarrudnya
Bagaimana ikhlasnya
Bagaimana mahu terus istiqamah
Bagaimana bertawakkal
Bagaimana itu dan ini
Terlalu banyak bagi seorang yang muda hijau menggalas gelaran akhawat
Mahupun bagi seorang yang telah mendukung pelbagai tanggungjawab
kerja, keluarga,
Bagaimana mahu terus ‘maintain’?
Tapi, tetap terus berusaha dan berusaha
Hanya Allah yang tahu kemampuan dirinya
Kerana apa dia terus berusaha?
Deen ini memerlukan fardhu muslim yang berkualiti
Untuk mendirikan baitul muslim dan mujtama’ muslim yang kukuh
Susahnya!
Membina manusia, berinteraksi dengan manusia bukan mudah
Untuk melawan perasaan sendiri lebih payah lagi
Sangat-sangat menguji
Tapi kenapa mahu terus menjadi akhawat?
Kerana seorang akhawat itu hatinya dalam genggaman Allah
Untuk tahu apa yang ada di dalam hatinya
Tanyalah pada Allah..

Setiap kali membaca tulisan-tulisan hebat di Muharikah, rasa seperti ditampar-tampar. Iya, mereka yang kisahnya tidak pernah diceritakan siapa-siapa. 

Orang kata, tulisan itu refleksi dari iman, bila mana kita menulis kerana Allah, tentu sahaja mudah untuk sampai ke jiwa manusia dan menyentuhnya. Mudah-mudahan dihitung kira sebagai saham amal di sana. InshaAllah.

Apa hebatnya tarbiyyah ini? sehingga mampu menjadikan manusia biasa diangkat tinggi darjatnya dari malaikat? Pernah dengar kisah Adam ? ketika diciptakan dari lumpur yang diberi bentuk, diberi Allah ruh suci lalu ditarbiyyahNya sendiri, hingga tunduklah sekalian malaikat yang menghuni langit kecuali Iblis yang  abaa wastakbar, merasakan diri lebih baik dari Adam kerana ia diciptakan dari api yang sentiasa julang ke atas tidak pernah pula tunduk ke bawah.

Kata seorang akhawat, "Tarbiyyah ini bukanlah selalu indah, malahan sering sahaja menuntut jiwa dan air mata." benar, kerana bagi mereka yang terbuai dengan keasyikan dan angan-angan di dalam tarbiyyah pasti akan merasakan yang indah-indah belaka. Sedangkan hakikat tarbiyyah adalah yang perit dan sakit seringnya, kerana untuk menghadirkan rasa ikhlas dalam amal, untuk mewujudkan rasa terbahagi dan kerendahan ego, tiada yang mampu melakukannya melainkan hati yang betul betul ikhlas demi Allah taala. Sungguh jujurnya, saya sendiri belum merasakan bahawa setiap amal sudah disisipkan keikhlasan di dalamnya, masih sering juga berbuat kerana manusia, masih juga jauh sudut hati ini mahukan pujian dunia. Astaghfirullah..Astaghfirullah..Astaghfirullah..

Sakitnya di dalam tarbiyyah, bukan kerana kesakitan jasad, kerana jika kesakitan jasad sudah tentu boleh saja pulih dengan ubatan. Tapi ini adalah sakitnya iman, sakitnya himmah, kesakitan yang tiada siapa mampu merawatnya kecuali kembali kepada Allah, kecuali mencintaiNya dan zuhud terhadap dunia. Tahukah lebih banyak cinta kita terhadap dunia, lebih sakit untuk kita meninggalkannya. tapi sakit itu tentunya dibayar dengan ganjaran setimpal dari Allah. 

Tarbiyyah, mampu menggoncang dunia. Kerana di dalam tarbiyyah, kita akan dapat menghasilkan manusia-manusia supersaiya yang lebih hebat dari superheroes barat yang digambarkan melalui karikatur mahupun filem-filem. Manusia supersaiya ini berjuang kerana Allah, berjihad mengorbankan harta dan jiwa untuk menjulang islam kembali. Bukan mudah tentunya, mahu menjadi manusia supersaiya harus melalui ujian-ujiannya, ujian yang bukan biasa-biasa.Sehinggakan pernah seorang murobbi saya mengatakan, "Orang-orang yang mati dalam keadaan mereka sedang ditarbiyyah itulah selayaknya mengatakan bahawa mereka adalah orang-orang yang ditarbiyyah." Allahurabbi, bagaimana pula kita ? 

Jujurnya, saya masih belum layak digelar seorang akhawat, kerana bagi saya gelaran itu sangat mulia letak tempatnya. Bagi diri saya yang sering sahaja 'sakit' imannya dan luntur hamasahnya, belum lagi layak digelar akhawat muharikah(penggerak dakwah).
Menangis hati bila keringnya mata,
lebih banyak menatap laman sosial dari menghayati ayat-ayat cintaNya,
meraung iman bila dibiarkan tanpa ruhnya,
sakit.
sakit..
sakit! 
sungguh terasa benar jahiliyyah sedang kembali meratah menjalar di setiap deru nafas.

tiba masanya untuk saya berundur seketika, untuk berada dekat denganNya.
dekat, yang amat.
untuk benar-benar merawat luka-luka iman.

Setiap usai solat, doa ini buat penguat jiwa,
" Ya Allah, andai ujian itu mendekatkan aku denganMu, maka berikanlah ia sebagai 'hadiah' buatku, agar aku belajar erti tawakal kepadaMu."

saya yang menulis dalam keadaan iman yang sakit.

Perjalanan jaulah saya akan bermula 2 hari lagi, semoga ketemu hati yang hilang dalam usaha mencari erti diri nanti.  InsyaAllah akan menjelajah bumi Allah, Ireland-->United Kingdom--> France--> Spain.

Andai di sana saya dijemput Tuhan, mohon doakan agar syuhada gelarannya.

Fi amanillah.

jaga diri, jaga iman, jaga Allah.

ukhtikumfillah,
Syafiqah Rahmat
07012012
Beijing, China



Thursday, 5 January 2012

Aku Hamba-Mu Tuhan!

Bismillahirrahmanirrahim..


Allah, ajarkan aku menjadi hamba.


Tanyakan pada diri, sudah berjayakah kita mendidik jiwa menjadi hamba?

maksud saya,
hamba yang sebetul-betul hamba.

layaknya seorang hamba yang sentiasa sujud dahinya di tanah.

tanah kotor debu lumpur hitam lekit.

sedarkah kita?

lumpur hitam pekat.
yang mana Iblis sendiri tidak rela mahu tunduk menyembah pada makhluk yang dipandang hina ini.
tetapi atas kerana kesucian ruh yang ditiupkan Tuhan,
makanya darjat Adam diangkat,
dan ditarbiyyah sendiri oleh Tuhan seluruh malaikat.

sungguh,
Betapa susahnya mahu menyedarkan jiwa ini bahawa ia adalah seorang hamba.
Kadang-kadang saya rasa, betullah,
memang kita perlu di'jatuh'kan ke tanah , tidak cukup dengan itu, Allah mahu kita tersembam sungkur lagi,
sesuai dengan hakikat diri.

agar jiwa itu kembali.
kembali ke tempat asalnya Cinta.

bukan merintih sahaja,
malah selitkanlah kerinduan padaNya.

lewat malam meniti sepi,
ada butir suci yang memadamkan api.

semoga,
jiwa itu adalah jiwa suci,
biar nanti tujuh awan bersorak ria menyambutnya pulang bertemu Rabbi.

~SR 05012012~

#Tarbiyyah 1

Bismillahirrahmannirrahim..




"Dan orang-orang beriman serta mengerjakan kebajikan, Kami tidak akan membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya. Mereka itulah penghuni syurga, mereka kekal di dalamnya, dan Kami cabut rasa dendam dari dalam dada mereka, di bawahnya mengalir sungai-sungai. Mereka berkata, "segala puji bagi  Allah yang telah menunjukkan kami ke syurga ini. Kami tidak akan mendapat petunjuk sekiranya Allah tidak menunjukkan kami.Sesungguhnya rasul-rasul Tuhan kami telah datang membawa kebenaran." Diserukan kepada mereka ,"itulah syurga yang telah diwariskan kepadamu, kerana apa yang telah kamu kerjakan."
Al A'raf : 42 : 43


Di saat hati jatuh rebah,
hanya Dia yang mampu memapahnya,
di saat iman tersungkur lumpuh,
hanya Dia yang mampu merawatnya.

manakan lagi nikmat yang aku mahu dustakan?

Syukurlah. 
hari ini masih bisa melihat awan.


p.s : perkongsian ayat bermula 2012. (err. bolehlah. ye?)

pesan buat diri sendiri,

"‎always keep your words soft and sweet, just in case you have to eat them"


Allah..Allah..



Tuesday, 3 January 2012

心语

Bismillahirrahmannirrahim...


Menangis kerana Allah itu lebih baik dari menangis kerana manusia.


Allah,
izinkan aku menangis di depan-Mu.


dalam sujud panjang sepertiga malam.




- 汉语概论 susah gila. sakit tengkuk jawab paper.