Tuesday, 17 January 2012

Bumi Tarbiyyah- France

Bismillahirrahmannirrahim..

Hamdulillah, penerbangan dari bumi Eire merentas udara lantas menjejak di bumi France. Bumi yang bakal mencoretkan sebuah lagi episod perjalanan kembara mencari Tuhan. Kami akhawat sisters seramai 11 orang disatukan untuk berjaulah bersama, sediakan hati untuk berlapang dada seluas-luasnya sepanjang perjalanan ini nanti. Bukanlah ukhuwwah fillah namanya andai tidak diuji dengan kesabaran dan keikhlasan. Semoga Allah kuatkan hati kami semua untuk teruskan perjuangan dakwah dan tarbiyyah. Allahumma amin.

Bumi Eire yang ditinggalkan telah meresapkan seribu satu semangat buat diri saya. Di sana saya belajar erti ukhuwwah yang bertunjangkan kerana Allah semata. Tiada kata yang mampu menggambarkan pengalaman di sana. Contoh paling ketara adalah setiap kali anda menjejak kaki pertama kali di rumah akhawat di sana, pasti akan merasakan ruh islam yang sangat basah, membasahkan hati kering yang sedang mencari cari ini. Alhamdulillah :') ( saya tak dapat nak cerita detail melalui penulisan di sini, insyaAllah kalau sahabat nak sharing nanti boleh contact saya , dapat jumpa lagi best :) untuk akhawat saja ye)

Dan sebagaimana yang saya tuliskan, saya menemui apa yang dicari di bumi pertama jaulah ini. InsyaAllah, pencarian di bumi france ini pula lebih kepada kedekatan hubungan dengan Allah, merasai taqarabullilallah..:')

Pesanan buat diri dan akhawat sekalian, tajdidkan niat kita selalu, kompaskan ia ke arah kiblat yang betul, banyakkanlah menangis daripada gelak ketawa. Semoga Allah meredhai dan melindungi hijrah kita ini.

Jalan ini panjang, yakinlah dengan janji Allah.

Ikhlaskanlah niat, kita berdakwah untuk mengharapkan cinta dan redha Allah, bukan sekadar obsesi syurga. Kerana manusia yang berdakwah tanpa keikhlasan dan hanya mahukan kesenangan pasti mudah penat lantas gugur dari jalan ini.

Wanaudzubillah :(

P/s : sangat sedih mendengar cerita akhawat di sini yang terpaksa dihalang mengamalkan Islam sebenar hingga terpaksa menanggalkan hijab adakalanya.:(

Teringat kisah khilafah yang menghantar batalion tentera hanya kerana tangisan seorang muslimah.

Hari ini sudah berapa banyak muslimah kita menangis, tetapi di mana pejuang Islam?

Urgensi untuk kembalikan UA makin terasa.


semoga Allah merahmati kalian,
Ukhtukumfillah,
Syafiqah Rahmat

Besancon, France

6 comments:

Haslina said...

sejak tingkatan lima, saya banyak berjaulah seorang diri (dlm malaysia). naik flight sorang, bas sorang, train sorang.

but then end 2011 banyak pulak jaulah dengan kengkawan.

fuh, awkward.

haha.

Khazinatul_Asrar said...

Subhanallah, sgt bestkan dapat jumpa akhwt di bumi2 Allah yg lain? Lagi2 bila dapat share pengalaman mereka berDnT di sana :')

Huhu sgt betul, kat france camtulah. Erm, mujur tak lama di sana, mmg tak betah duduk di sana lama pun. Belum merasa ruh Islam di sana, dan ya, mungkin itulah urgensi kita utk capai UA.

Moga dipermudahkan urusan enti dan akhwt lain.

Berjalan melihat kebesaran Allah akan merasai dekat denganNya. Fi amanillah ukhti :')

teratai biru said...

selamat bermusafir.


Tanyalah alam tentang keagungan Tuhan, ia takkan menipu kita. =)

kirim salam kpd seluruh ahli jaulah ya...

zuhaili said...

mcm mana mahu contact ye??teringin juga mahu dgr cerita akak..^^

qaseh ashuffi_zahirah said...

semoga akak pulang dgn hati yg basah

..::Srikandi Asytari::.. said...

kakak..