Friday, 29 November 2013

Moga-moga Tuhan terima

Bismillahirrahmanirrahim.

"Lama hilang?"
"Belum kuat mahu pulang."
"Sampai bila?"
diam. 
"Doakan saja."

Kali ini pemergian aku yang paling lama. Sangat lama. 
Mencari-cari, entah apa. Sudah jumpakah? Angkat bahu, geleng kepala. 

Tetapi sungguh, fitrah dari kecintaanku pada penulisan tidak pernah hilang. Masih menulis, cuma lebih pendek, dan lebih tersimpan. Aku rasa. 

Kita perlu jatuh cinta atau patah hati untuk dapat membuat puisi yang bagus.” 

― Helvy Tiana Rosa  

Sungguh, 3 bulan yang lalu merupakan detik-detik ujian paling lebat dalam perjalanan hidupku.

Kau tahu, patah hati bisa membuatkan seseorang menjadi dua kemungkinan,
patah hati yang membuatkannya jatuh terduduk namun bangkit melangkah lebih jauh,
ataupun patah yang membuatkannya tersungkur lalu tenggelam dalam kesedihannya tanpa berusaha untuk timbul.

Alhamdulillah, subhanAllah. 

Keretakan yang membuatkan aku sedar diri ini hanya hamba yang hina, bahawa jalan inilah sepatutnya jalan kecintaanku sepenuh jiwa raga. Ampuni aku ya Tuhan, tanpa sedar jalan ini aku duakan. 

InshaAllah, blog ini akan kembali dihidupkan.
Moga-moga Tuhan masih sayang, masih mahu pandang,

lelah hina hamba ini yang selamanya berusaha untuk pulang.

29112013
Beijing,China
Mengira-ngira hari bilakah akan ditarik pergi.

Autumn Trip, Sichuan, China 2013.


5 comments:

Cahaya said...

lamanya akak menghilang. :')

moga terus diberi oleh kekuatan oleh Dia untuk terus menebar cebisan cinta itu.

<3

Ainum Lathifah said...

akakk :)

akak qowiyyy !

nak rembat kata-kata bunda tu nak letak dekat sidebar. hee

Anonymous said...

Kalau siku-siku luka itu ,
Banyaknya menghasil setiap detik suka ,
Lalu untuk apa kau tolak bala bencananya ?

Moga senyum dalam duka
Kerana kita tahu
Allah sentiasa ada :)

AE
301113

Anonymous said...

akak, saya ada 2 buah buku untuk akak. tapi bagaimana ya, mahu hantar kepada akak? kasi alamat kak.. sy pos. walau ke beijing sekalipun. insyaAllah :)

Infiru said...

@Cahaya:

Awak :') jazakillahkhair, sudi singgah di sini.Walau akak selalu tuliskan yang patah-luka sahaja. jujur,kehadiran awak sangat memberi semangat buat akak. Di sini.

inshaAllah moga kita bangkit sama-sama dalam setiap kali jatuh di jalanNya.

Allah hafeez :')
salam ukhuwwahfillah.

@ainumsolehah:

wah ainum,hihi sila-sila adik qowiy! ^^ <3

uhibbukifillah :')


@AE

azira :)
jzkk atas setiap kata-kata,
akak tahu awak pun sedang struggle dalam diri awk kan?

akak dah laluinya, inshaallah yakinlah,ALlah tidak pernah meninggalkan kita, dan sahabat-sahabat yang menyayangi kita juga tidak pernah lupa mendoakan kita :')

kena yakin tu.

:)

may Allah bless.


@Faqir,

Allahu. akak dapat email ttg komen awk dua hari lepas, maaf ya baru sempat nak balas di sini :(

kita contact dari email ya nnti?
- email akak:

syafiqahrahmat17@gmail.com