Saturday, 31 May 2014

The Unknown Hero

Bismillahirrahmaanirraheem.

Orang-orang yang baik yang bertaqwa yang tak dikenal, bila mereka tidak hadir tidak dicari-cari, dan jika mereka hadir, mereka tak dikenali orang. (HR Tirmidhi)

halaman 16, Madrasah Tarbiyyah HAB

Ukhti, simpan amalmu biar tidak terlihat oleh manusia lainnya.
tidak perlu engkau menyatakan agar mereka tahu betapa engkau telah bersusah payah berusaha untuk melaksanakan amal itu.
Dan tidak perlu juga engkau meyakinkan mereka sesungguhnya engkaulah yang paling banyak berbuat kerja.

kerana tarbiyyah ini tidak mengajarkan kita meraih pujian dan terima kasih dari manusia, ukhti.

"imbalanku hanyalah dari Allah."- Zulqarnain (Al Kahfi)

Mari kita belajar, menjadi perajurit yang tidak dikenali, baik ketika berperang, mahupun ketika meraih kemenangan.

semoga kesibukan dan kepenatan tidak sampai melesukan semangat kita di jalan ini.

Allah hafeez
31052014
oh entri pertama untuk tahun 2014.
agak kaku di sini. abaikan.

tulips untuk musim bunga terakhir. 


Saya rindu.

6 comments:

Ainum Lathifah said...

saya pun. rindu tulisan akak. rindu akak. huhu.

tulislah lagi akak. biar basah hati ini lagi dan lagi.

Anonymous said...

jazakillahu khairan jaza' akak.

(=

masitah omar said...

subhanaAllah bru saja menyelak buku tu dan tersentuh bagian yang sama:)

Anonymous said...

mengapa lama tidak mencurah rasa?

Faaeinz said...

Rindu nak baca lagi nukilan Syafiqah. Semoga kamu selamat di mana saja kamu berada. =)

Infiru said...

ainum, :')

tetaplah menjadi perempuan teguh yang mencintai Tuhan.

Chad(nadiah :)

alhamdulillah inshaAllah moga kita sama sama mampu menjadi jundi yang beramal di medan ;)

masitah,
alhamdulillah :') akak refresh balik bacaan sebab ada program, tak sangka setiap kali baca itulah Allah titipkan rasa jiwa yang baru.

sahabat anonymous,
:')

ada saja di sini, cuma belum kuat mahu menitip rasa.


faarihin:

:') moga kamu juga sahabat, semoga mendapat lindungan dan rahmat Allah selalu ya :')