Wednesday, 10 September 2014

Sekuat Apakah?

bismillahirrahmaanirrahiim.


hujan Kuala Lumpur, 30082014

"Jika bersama dakwah saja kau serapuh itu,
lalu sekuat apakah kau jika seorang diri?"
(Al Marhum) Ust KH Rahmat Abdullah

Alhamdulillah wastaghfirullah, sekembali ke tanah air, maka kita kembali juga kepada asolah dakwah dan tarbiyyah.

Sungguh, jalan ini bukan mudah, walaupun "usrah" sudah menjadi suatu fenomena yang popular dan diterima dalam masyarakat kita, tapi untuk membumikan fikrah "usrah" seperti yang kita fahami, masih jauh lagi perjalanannya, tapi segala puji bagi Allah, yang Maha Mengatur segala urusan kita, masih lagi hingga kini, dalam setiap langkah kita dipimpin olehNya. 

Frasa kata-kata tersebut diucapkan oleh Sang Murobbi dari bumi Indonesia, yang mana perjuangannya di jalan dakwah sehingga habis nyawanya (moga syurga buatmu), kata-kata yang begitu menginsafkan kita (so-called "daie") yang masih hijau dalam meniti jalan para rasul dan solehin ini. 

Kita(saya) walaupun sudah bergelar dai'e, lebih-lebih lagi yang sudah menjadi murobbi, kadang-kadang kita terlupa, kita cenderung untuk meluahkan rasa-rasa jiwa kita pada aksara kata tatapan manusia, daripada doa yang dipanjat dalam sujud kepada Yang Maha Esa. atau dalam tadah tangan yang mengangkat segala duka menjadi kuntum doa yang diangkat ke langit sana. 

Rapuh, iya, kita rapuh sebagai seorang hamba, dan rapuh itu membuatkan kita sedar tanpa Dia, kita bukan siapa-siapa. 

Lalu kata-kata ini mengetuk jiwa kita(saya), yang menyedarkan kita(saya) kembali bahawa jika dengan jalan dakwah ini saja kita(saya) sudah serapuh ini, bagaimana pula jika seorang diri? 

Ramai golongan yang walau sudah berada di jalan ini, tapi masih ragu-ragu, apa benar ijtihad kita? apa benar hala tuju cara gerak kerja kita? apa benar fikrah kita? dan keraguan-keraguan lain hingga membuatkan kita tidak lagi mahu mengikuti gerabak dakwah ini, lebih-lebih lagi apabila golongan ini telah melihat jatuh bangun dan cacat rompong jemaah ini, dari awal hingga kini, lalu semakin pudar keyakinan untuk melihat jalan dakwah ini berjaya. *maaf saya tidak mahu membangkitkan isu perbezaan jemaah di sini, kalau mahu berbincang, kita boleh bertemu muka suatu hari nanti inshaAllah :) *

"Seburuk apapun, sekeruh apapun kondisi kapal layar kita, janganlah sekali-kali mencoba untuk keluar dari kapal layar ini dan memutuskan berenang seorang diri, karena pasti kau akan kelelahan dan memutuskan menghentikan langkah yang pada akhirnya tenggelam di samudera kehidupan." - KH Rahmat Abdullah

Anggaplah jalan ini adalah kapal layar kita, secacat mana pun ia, marilah kita sama-sama perbaiki iman kita dan kapal layar kita, kerana ia adalah seperti "bahtera Nuh" yang akan menyelamatkan kita dari fitnah dunya, lalu membawa kita ke syurgaNya. 

- maaf jika ada yang tidak memahami signifikan entry ini. moga kita semua terus tsabat dan berlari menuju keampunan Allah. 

harap masih sudi mendoakan saya :') untuk tetap di jalan ini inshaAllah. Doakan jua untuk istiqomah dalam dunia penulisan ini. *banyak kali dah fikir nak delete blog ni* 

ukhtukumfillah,
Syafiqah Rahmat

catatan 12.01am 
10 September 2014

2 comments:

Merentas Horizon said...

Assalammualaikum ukhtifillah.

Semoga terus tsabat dalam dakwah, dan terus mengekalkan momentum dalam penulisan.
Mungkin dakwah dan tarbiyah di Malaysia terasa tak sekencang di china dan ketika masa kita belajar.

Tapi, inilah medan sebenar kita. Terus bergerak saudariku.

ana uhibbukifillah. :)

Infiru said...

Waalaikumussalam wbt ukhti fillah ;')

alhamdulillah3, wa astaghfirullah.
jzkk atas nasihat dan kata-kata :)

betul, inilah medan sebenar kita :) inshaAllah, semoga mampu kita kukuh melangkah bersama.

fi hifzillah :')
ana uhibbukifillah aidhon..