Tuesday, 27 December 2011

Wanita Penggenggam Hujan

Bismillahirrahmanirrahim..

'kita hidup ini bukan untuk berkahwin sahaja.. ' - Hilal Asyraf

Tersenyum di situ.

Jujurnya, saya sangat setuju dengan ayat di atas. Bagi kebanyakan perempuan, akhawat, isu baitul muslim boleh dikatakan agak 'panas' dan kalau sekali ditimbulkan, memang susah la nak habiskan. Mungkin fitrahnya seorang wanita itu selalu mengimpikan kebahagiaan bersama pasangan halal untuknya kan.

Saya ambil contoh ,kalau bahan bacaan berkenaan dengan tajuk baitul muslim, contoh: nikah, bertunang, khitbah, jodoh, memang selalu akan dapat highest rating kan. kalau saya buat post 'ku pinang kamu dengan bismillah' itu, tak sampai 10 minit sudah ramai yang baca.(ini contoh,bukan mahu riak.Astaghfirullah) Allah, nasib baik bukan tentang 'tunang' yang betul-betul. Sengaja dibuat bentuk cerpen tentang mahu mengajak adik-adik masuk usrah. *senyumsorangsorang*

Jadinya, kalau para dai'e, atau naqibah yang baru mula nak men'DF' adik-adik junior perempuan, bolehlah gunakan cara di atas. Golongan wanita memang jiwanya lembut dan mudah tertarik dengan benda-benda macam ni, dakwah itu kan 'try and error' , kalau tak boleh guna cara A, gunakan cara B, kiranya cara ini sudah nampak keberhasilannya,boleh la digunapakai lain kali kan?

Tapi realitinya, bila mana hati kita semakin terikat kuat dengan cinta kepada Allah, dan cinta kepada perjuangan Rasulullah saw, soal berbaitul muslim ini tidak lagi menjadi isu besar, maksud saya bukan menjadi keutamaan lagi bagi seorang dai'eyah. Bukanlah maksudnya tidak lagi menjadi wanita normal, cumanya kita akan cenderung untuk menapaki dakwah ini dengan lebih kukuh dan tsabat, berbanding hanya memikirkan mahu berkahwin dan mempunyai keluarga mawaddah sakinah, tapi tentulah, tidak dinafikan, perkahwinan itu juga adalah satu medium untuk kelangsungan dakwah dan tarbiyyah. (kena niat ikhlas untuk Allah dan dakwah dahulu)

Ekstrem ke golongan yang berfikir macam ni? saya rasa tidak. (sebab saya salah seorang. *senyum*) Tipulah kalau saya kata saya langsung tidak pernah memikirkan mahu memiliki keluarga yang bertunjangkan tarbiyyah dan diredhai Allah, itu fitrah. Cumanya dakwah itu masih lagi menjadi matlamat sebenar dalam kewujudan sebuah institusi kekeluargaan berasaskan islam.

Dakwah ini satu perkara yang serius,maksud saya serius itu dari segi peripenting dan kebutuhannya untuk dilaksanakan, tetapi terpulang bagi setiap dai'e yang membawa dakwah itu untuk melaksanakan dengan cara yang pelbagai. Dakwah ini juga kreatif dan tidak rigid pada satu satu cara sahaja. Hamdan lillah, itulah hikmah dalam berdakwah kan?

Tarbiyyah ini memerlukan orang-orang yang matang. Dan sungguh, tarbiyyah ini juga mematangkan. Dakwah ini mengajar kita untuk sentiasa memikirkan benda-benda yang besar daripada perkara-perkara kecil, seperti kemaslahatan masalah ummah daripada hanya memikirkan kesenangan diri sendiri. Allahuakbar, seperti kata-kata Sayyid Qutb,

"Manusia yang hidupnya untuk dirinya sendiri, usianya amatlah pendek. Bermula dari hari kelahirannya dan tamat ketika maut. Akan tetapi bagi mereka yang hidupnya untuk perjuangan, usianya panjang, sepanjang perjuangan itu. Bermula dari hari diciptakan Adam, dan berakhirnya ketika Dia memusnahkan alam."

MashaAllah. Bagaimana kiranya seseorang yang hidup dalam ideologi perjuangan yang tidak pernah rehat dan tiada penghujungnya? sehingga Dia memusnahkan alam, iaitu apabila laungan Qiamat diperdengarkan. SubhanaAllah. Maha Suci Allah yang menciptakan.

Saya lebih suka mengambil tindakan untuk senyum sahaja apabila membaca status-status sahabat perempuan yang lebih kepada isu-isu yang saya sebutkan di atas. Tersenyum, kerana saya juga pernah berfikiran seperti itu. Tersenyum kerana ramai yang berlumba-lumba menjadi solehah kerana mahu mendapat yang soleh. Tetapi , jodoh itu kan rahsia Allah ? Sedangkan nabi Allah dahulu pun pernah dijodohkan dengan isteri yang tidak taat dan kufur kepada Allah. Inikan pula kita hamba yang tidak punya apa. Jadi senyum sajalah. (eh?) 

Tidak semua orang yang bergerak dalam dakwah ini berfikiran seperti saya. Tentulah, mana ada orang yang sama kan. Cumanya saya mahu mengingatkan diri (khususnya) dan kepada sahabat akhawat yang di luar, jangan menjadikan medan dakwah ini untuk kita mendapat jodoh dengan ikhwah (orang yang ditarbiyyah, soleh sahaja), ikhlaskanlah niat kamu , perbaharuilah selalu, syaitan akan selalu membisikkan kata-kata yang akan menghancurkan keikhlasan kita dalam usaha menyemai benih dakwah.Sentiasalah berfikir untuk Allah dan ummah, kerana jika dunia mula menguasai hatimu, maka beratlah langkah, hilanglah mujahadah untuk terus tsabat di jalan dakwah. nauzubillahiminzalik.

Bagi saya, kisah cinta paling indah adalah bercinta dengan Allah dan Rasulullah saw, mencintai jalan ini yang akan menghubungkan kita terus dengan perjuangan para sahabah ,nabi-nabi dan rasul terdahulu. Saya mahu menjadi seperti lelaki penggenggam hujan (tukarlah : wanita penggenggam hujan) , walaupun di dunia ia tidak menemukan jodoh pasangan yang menemani perjuangannya, tetapi namanya sudah disebut-sebut oleh para penduduk langit sana. Allah. (terharu) 

ditekankan, saya bukan menolak perkahwinan.Tidak. Jangan salah faham. Cumanya, saya merasai indahnya bercinta dengan Allah melebihi indahnya bercinta dengan manusia. Rasulullah saw yang maksum juga berkahwin, dan mempunyai zuriat, takkanlah saya umatnya yang hina dina ini mahu menjadi lebih 'hebat' dengan tidak berkahwin, beribadah seorang diri sampai tua pula kan.

Dahulu saya menolak untuk membaca buku-buku cinta islamik, sebab saya rasakan cinta lelaki-wanita yang islamik itu pun kan banyak yang membawa kepada imaginasi yang kurang elok. Tetapi saya ditegur oleh naqibah saya, mungkin saja itu cara dakwah yang dekat dengan pemikiran masyarakat sekarang, jadinya itu yang lebih mudah diterimapakai dan cara tarbiyyah yang lebih senang diserapkan. Allah. tak terfikir pula saya.  Itulah kena husnudzhon kan? Jangan nak jadi 'jiwa keras' sangat. Astaghfirullah. 

Akan tiba masanya segolongan yang jiwanya 'hidup' untuk bangkit meneruskan perjuangan dakwah ini. Allah. Mari menjadi golongan itu. *senyum* 


‎"Wahai Ikhwan Muslimin, terutamanya mereka yang bersemangat dan tergesa-gesa di kalangan kamu.Jalan kamu ini telah pun dilakarkan perancangan-perancangan dan diletakkan batas-batasnya, aku tidak akan menyalahi batas-batas tersebut yang memberi keyakinan kepadaku bahawa ia adalah jalan yang paling selamat untuk sampai ke destinasinya, benar, boleh jadi jalan ini panjang, namun di sana tiada lagi jalan selainnya. Kelakian hanya lahir dengan kesabaran, tabah, serius, dan amalan yang berterusan. Barangsiapa kalangan kamu yang hendak mempercepat buah sebelum ia masak atau bunga sebelum ia mekar, maka aku tidak akan bersamanya dalam keadaan ini biar apapun keadaannya. Adalah lebih baik berundur diri dari dakwah ini dan menyertai dakwah lain. Barangsiapa yang bersabar bersamaku sehingga bercambahnya benih, tumbuhnya pokok, masaknya buah dan sampai ketikanya untuk dipetik, maka pahalanya adalah urusan Allah. Kami dan ia tidak akan terlepas dari ganjaran orang-orang yang baik sama ada kemenangan atau syahadah. Wahai Ikhwan, pakaikan pada gelojak emosi kamu dengan ladam pertimbangan akal, sinari akal kamu dengan nyalaan emosi (semangat), janganlah kamu cenderung berlebihan nescaya kamu akan menjadikannya tergantung tanpa bertali. Janganlah kamu menyalahi peraturan alam kerana ia pasti akan menang. Sebaliknya atasilah emosi kamu dan gunakannya serta ubah gelombangnya. Gunakan kedua-duanya pada tempatnya, dan insya-Allah nantilah saat-saat kemenangan, sesungguhnya ia tidak jauh dari kamu. Aku telah katakan kepada golongan yang bersemangat kalangan kamu agar mereka perlahan dan menunggu peredaran masa, sementara aku katakan kepada mereka yang tidak bekerja agar bangun dan bekerja, tiada kerehatan dalam jihad."

- Imam Hassan Al Banna.



ini saya pinjam kata-kata seorang ukhti yang baikhati,

Wait patiently. Grow & be ready, InsyaAllah,
 you’ll see Allah will give you a love story far better than you could ever dream of. 


Jaga aurat, jaga peribadi, jaga akhlak, & jagalah hati... milikilah dahulu cinta Allah & letakkanlah Allah di tempat yang paling tinggi di dalam hatimu, insyaAllah kelak Dia akan menyerahkan hatimu kepada pemilik yang juga turut mencintaiNya sebagaimana dirimu mencintaiNya..

Terfikir tak? Bahawa jodoh kita belum tiba kerana Allah mahu memanjangkan waktu untuk kita membenih cinta bersamaNya, bersama Rasulullah, Ibu, ibu, ibu, ayah & keluarga. Benih cinta yang baik & dijaga dengan rapi itu bakal membuahkan hasil yang berkualiti & baik juga..  

~SR 27122011~

p/s : Maaf jika ada yang tidak menerima pendapat saya. Hanya sekadar pandangan, dialu-alukan untuk membantah. Sila-sila. :)

Hari ini hari kedua 'Kampung Tarbiyyah' di Jepun, sedih tak dapat pergi. Semoga Allah bantu mereka sepanjang program daurah itu. Hamdulillah.

Bukan Hikayat Sang Penglipurlara

Bismillahirrahmanirrahim..

terlebih dahulu saya ingin memohon maaf, terutama pada Allah swt, (astaghfirullahalazim) dan pada sahabat yang mungkin sedang membaca, kerana sekarang saya menulis dengan keadaan tidak tenang, pendek kata, hati yang sedang terganggu, takut takut mungkin iman saya yang sedang tidak stabil ini akan mengalirkan aura kurang elok kepada kamu yang sedang membaca. (eh?) serius.betul ni. tak tipu. tapi takkanlah saya nak cerita masalah apa kat sini kan, kalau nak tahu boleh la contact saya, nanti kita cerita pillow-talk eh. (akhawat saje) *senyum*

tiada apa yang termampu dikongsi kali ini, cumanya mahu mengingatkan diri sendiri, dan berkongsi sedikit dengan para sahabat,

"Kesian ikhwah nak jaga perasaannya, macam mana nak jaga perasaannya kalau akhawat pun suka pula komen-komen di blog dan status FB nya. Mereka juga manusia biasa tahu,malah kita akhawat, perlu lebih-lebih menjaga iman kita." 
Muharikah


Oh, rasa seperti ditampar. Alhamdulillah, Allah masih mahu menegur kan?
berapa banyak agaknya ikhwah akhawat ,orang yang ditarbiyyah, baik lelaki atau perempuan, yang sangat menjaga pergaulannya di luar, menundukkan pandangan, tetapi di ruang maya? walaupun terhijab oleh medan yang tidak nampak, tetapi hati kita masih diduduki syaitan, masih lagi boleh melangkau adab pergaulan. Nauzubillahiminzalik. Astaghfirullahalazhim..

semoga kita semua tetap menjaga batas ikhtilat (pergaulan antara lelaki dan perempuan) di luar mahupun di alam maya sekalipun. Maaf, tuan yang berkata sekarang ini juga masih lagi berusaha sedaya upaya untuk menjaga. 'saya juga manusia biasa' itu bukan alasan tiket untuk kita tetap melakukan dosa dan maksiat. Istighfarlah, dan bertaubat, memang, manusia itu tiada sempurna, tetapi jangan mencari alasan untuk menutupi kesalahan yang kita lakukan. Bertaubatlah selalu, Allah itu Maha Pengampun.

Saya sayangkan kamu semua kerana Allah. dan saya nak kita sama-sama masuk syurga bertemu Dia.
Semoga kita berusaha menjadi hamba.

:')

Buat 'mereka'. Saya tidak ada jawapan buat masa sekarang. Hati saya bukan saya yang pegang, kalau mahu, mintalah pada Allah.

saya tidak punya apa apa.

dan tolong, jangan tarik ketenangan saya sekarang.

saya hanya mahu bersama Allah.
di sini.
tanpa gangguan.

sekalipun saya akan berseorangan di dunia sampai tua.
tak kisah.
asalkan ada Dia.

bahagia.
kerana cinta Dia lebih indah.

dan dakwah ini,
perlukan saya serahkan seluruh jiwa dan raga,
inilah cinta saya.
saya mencintai jalan dakwah.


(terima kasih ukhti najah tolong ambilkan gambar saya ni, QingDao 2011,China)

zikirku tidak seperti taatnya lautan,
terus menerus memuji Tuhan.
tetapi akan ku teguhkan langkah kuatkan iman,
semoga bertemuNya di penghujung jalan.

Allah,
aku hanya mahu Engkau bersama.

~sr 27122011~

bittaufiq fil imtihan.

current music: Ini Langkahku (izzatul Islam)
bangkitkan JIHAD!  

Saturday, 24 December 2011

Untuk Semua Rasa Allah Hebat

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah wa syukurillah, atas nikmat iman dan tarbiyyah, sehingga hari ini, dan semoga ianya kekal sampai hujung nafas nanti. InshaAllah.

Ramai bertanyakan, bagaimana rasanya menjadi seorang akhawat? bagaimana rasanya menjadi orang-orang yang berada dalam lingkungan tarbiyyah, biah solehah (suasana yang menaikkan iman) dan paling penting, apa rasanya USRAH?

untuk menjawab persoalan-persoalan ini, wakil yang terbaik bukanlah diri saya, kerana ilmu di dada tidak lah setinggi mana, tetapi jawapan yang saya boleh berikan, adalah, untuk merasai apa itu USRAH, marilah kita duduk bersama di dalamnya, kerana yang dapat memberikan apa rasa itu hanyalah Allah.

USRAH,
adalah sebuah 'keluarga',
bagaimana dapat ku katakan,
tidak terluah oleh perkataan,
kerana yang memaknai ikatan itu adalah iman sendiri.

USRAH,
terwujud ia atas kerana kesedaran,
kesedaran bahawa ummat kita perlukan pengislahan,
kesedaran bahawa perlunya hidup bertuhan,
berpaksikan cinta dan syariat.

USRAH,
di sini tarbiyyah bermula,
bersama kita membangkitkan iman yang lesu,
bersama kita memperbaiki amal dan ibadah,
untuk sama berpimpin tangan menuju mardhotillah.

USRAH,
berpandukan Al Quran dan As Sunnah,
Allah menjadi matlamat kehidupan,
Rasulullah menjadi penunjuk kebenaran,
di sinilah, baru ku mengerti makna diciptakan.

USRAH,
mengeratkan sebuah ikatan,
dari asing menjadi mesra,
'adik beradik' yang bukan kerana talian darah,
tetapi terikatnya kita kerana iman dan aqidah.
(49 :10)
di dalam 'keluarga' ini juga kita akan belajar untuk memahami,
saling menyayangi kerana Allah,
menguatkan masing-masing untuk sama berubah,
dari jahiliyyah kepada Islam.

USRAH,
di dalamnya kita ada 'bahasa' sendiri,
'bahasa' yang tidak diajar di mana-mana,
kerana untuk memahami 'bahasa' itu sendiri,
perlunya menggunakan hati dan iman.
biarpun mungkin kita adalah dari latar yang berbeza,
tetapi sedikit tidak menghalang,untuk kita menjadi saudara kerana Allah.

USRAH,
seorang naqibah/murobbi yang akan membawa anak-anak usrahnya,
mengenali Allah, dan belajar mencintaiNya,
menyayangi Rasulullah, dan belajar mengikuti perjuangannya,
sungguh,
dia-lah ibu,
dia-lah guru,
dia-lah sahabat,
dan dia juga adalah pendengar yang tidak pernah rehat.
untuk menjadi seperti itu, perlukan kekuatan jiwa yang kuat,
perlukan pembinaan diri yang hebat.
subhanAllah, :')
hanya kepada Allah datangnya kekuatan.

USRAH,
juga tempat untuk kita melatih diri menjadi jundi(tentera) Allah,
jundi yang tidak berhenti memikirkan dakwah dan tarbiyyah,
semoga kita menjadi golongan ansorullah,
iaitu mereka yang menjadi penolong agama Allah.

terlalu panjang huraian, tetap tidak akan mampu membawa erti sebenar tarbiyyah itu sendiri,melainkan, kamu benar-benar berada dalam golongan-golongan ini. Saya sekadar mampu berbicara dengan pengalaman, kerana pengalaman itu sendiri adalah tarbiyyah Allah yang paling hebat, kan?

Di dalam medan ini, bukanlah penulisan dan percakapan yang menjadi ukuran takar tahapan iman, tetapi yang membezakan adalah sejauh mana amalan kita di depan Tuhan. Siapa sahaja yang tidak mahukan syurga? tetapi syurga yang luarbiasa itu adalah untuk mereka yang luarbiasa pengorbanannya bukan? Makanya, siapkanlah dirimu, sebelum dipakaikan pakaian syurga, berusahalah bersungguh-sungguh di medan dunia, dan ikhlaskan setiap amalan itu kerana Allah.

Bukan kerana saya terlalu fanatik dan ekstremis, tidak, tetapi saya hanya mahu menunjukkan bahawa pentingnya kita untuk mengenal Tuhan, pentingnya tarbiyyah di dalam kehidupan.Sedangkan Rasul Allah, manusia yang dijanjikan tempatnya di Syurga, tidak pernah berehat sedetik langsung ketika hidup di dunia, kerana baginda mengerti perlunya tanggungjawab mendidik manusia, supaya kembali kepada Allah.

"Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, kerana kamu menyuruh berbuat makruf dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah.." Ali Imran :110

And He found you lost and guided [you],
Ad-Duhaa: 7
ayat yang sering meluruhkan air mata. :'( 

ya, usrah adalah tempat untuk kita kembali,
kembali kepada fitrah,
fitrah seorang hamba kepada Penciptanya.

harus diingatkan, Islam tidak perlukan kita,
tetapi kita yang perlukan Islam.

(baca gunakan hati : AWAK  )

segala yang baik dari Allah,
dan segala yang buruk adalah dari saya sendiri.