Saturday 7 January 2012

Tarbiyyah Akhawat- Retreat winter

Bismillahirrahmannirrahim..



Apa ertinya menjadi seorang akhawat?
Pabila hari-hari aku bukan seperti orang lain
Perlu berkejar-kejar ke program setiap minggu
Perlu juga ‘perform study’
Perlu menghadiri dan membawa usrah
Perlu berfikir bagaimana menjadi sebahagian masyarakat
Perlu memanifestasikan rijalud dakwah yg boleh menjadi qudwah
Tidak berhenti-henti berfikir
Tidak mahu ‘opportunity cost’, jadi kene bersungguh-sungguh dalam melakukan amalan setelah selesai satu amalan
Punyakah rehat santai?
Apa ertinya menjadi seorang akhawat?
Apabila orang memandang kita serba lengkap
‘In a positive and negative way’
Kerana kami juga manusia biasa
Punya kelemahan
Susahnya mahu ‘deal’ dengan yang jarang-jarang mahu menerima kelemahan seorang akhawat
Orang bisa ‘demand’ pelbagai dari akhawat
Itu ini dan sebagainya
Bisa punya ‘expectations’
Jasad bertanya;
Punyakah kekuatan aku ini!?
Lantas hati berkata;
Tentu! kita pasti bisa!
Dan Allah sahaja yang menghadiahkan kekuatan itu
Kesabaran itu
Motivasi itu hanya dariNya


Ibnul-Mubarak: Orang Mu’min itu selalu menerima keuzuran dan orang munafik selalu mencari-cari kesalahan orang lain.


Apa ertinya menjadi seorang akhawat?
Kalau ukhuwah fillah ini tidak manis
Hubungan akidah antara akhawat sangat ‘sweet’
Jatuh bangunnya bersama
Kalau kurang kenal maka taaruf
Kalau kurang cinta maka muhasabah semula cinta kepada Allah
Dan hubungan ini bukan seperti biasa
Hubungan yang tidak dibatasi sempadan geografi
Dimensinya seluas langit dan bumi yang menaungi alam
Bukan seperti birokrasi dan hierarki
Kerana mereka pilihan Allah bukan?
Dan kita tidak berhak mempertikai pilihan Allah ini.
Tidak layak mempertikai pilihan Allah ini.

“Apabila ada seorang daripada kamu mencintai sahabatnya, maka hendaklah kamu memberitahunya”
(R. Abu Daud)

Apa ertinya menjadi seorang akhawat?
Tatkala semua berlumba-lumba menjadi individu muslim yg sebenar-benarnya
Bagaimana fahamnya islam ini
Bagaimana tajarrudnya
Bagaimana ikhlasnya
Bagaimana mahu terus istiqamah
Bagaimana bertawakkal
Bagaimana itu dan ini
Terlalu banyak bagi seorang yang muda hijau menggalas gelaran akhawat
Mahupun bagi seorang yang telah mendukung pelbagai tanggungjawab
kerja, keluarga,
Bagaimana mahu terus ‘maintain’?
Tapi, tetap terus berusaha dan berusaha
Hanya Allah yang tahu kemampuan dirinya
Kerana apa dia terus berusaha?
Deen ini memerlukan fardhu muslim yang berkualiti
Untuk mendirikan baitul muslim dan mujtama’ muslim yang kukuh
Susahnya!
Membina manusia, berinteraksi dengan manusia bukan mudah
Untuk melawan perasaan sendiri lebih payah lagi
Sangat-sangat menguji
Tapi kenapa mahu terus menjadi akhawat?
Kerana seorang akhawat itu hatinya dalam genggaman Allah
Untuk tahu apa yang ada di dalam hatinya
Tanyalah pada Allah..

Setiap kali membaca tulisan-tulisan hebat di Muharikah, rasa seperti ditampar-tampar. Iya, mereka yang kisahnya tidak pernah diceritakan siapa-siapa. 

Orang kata, tulisan itu refleksi dari iman, bila mana kita menulis kerana Allah, tentu sahaja mudah untuk sampai ke jiwa manusia dan menyentuhnya. Mudah-mudahan dihitung kira sebagai saham amal di sana. InshaAllah.

Apa hebatnya tarbiyyah ini? sehingga mampu menjadikan manusia biasa diangkat tinggi darjatnya dari malaikat? Pernah dengar kisah Adam ? ketika diciptakan dari lumpur yang diberi bentuk, diberi Allah ruh suci lalu ditarbiyyahNya sendiri, hingga tunduklah sekalian malaikat yang menghuni langit kecuali Iblis yang  abaa wastakbar, merasakan diri lebih baik dari Adam kerana ia diciptakan dari api yang sentiasa julang ke atas tidak pernah pula tunduk ke bawah.

Kata seorang akhawat, "Tarbiyyah ini bukanlah selalu indah, malahan sering sahaja menuntut jiwa dan air mata." benar, kerana bagi mereka yang terbuai dengan keasyikan dan angan-angan di dalam tarbiyyah pasti akan merasakan yang indah-indah belaka. Sedangkan hakikat tarbiyyah adalah yang perit dan sakit seringnya, kerana untuk menghadirkan rasa ikhlas dalam amal, untuk mewujudkan rasa terbahagi dan kerendahan ego, tiada yang mampu melakukannya melainkan hati yang betul betul ikhlas demi Allah taala. Sungguh jujurnya, saya sendiri belum merasakan bahawa setiap amal sudah disisipkan keikhlasan di dalamnya, masih sering juga berbuat kerana manusia, masih juga jauh sudut hati ini mahukan pujian dunia. Astaghfirullah..Astaghfirullah..Astaghfirullah..

Sakitnya di dalam tarbiyyah, bukan kerana kesakitan jasad, kerana jika kesakitan jasad sudah tentu boleh saja pulih dengan ubatan. Tapi ini adalah sakitnya iman, sakitnya himmah, kesakitan yang tiada siapa mampu merawatnya kecuali kembali kepada Allah, kecuali mencintaiNya dan zuhud terhadap dunia. Tahukah lebih banyak cinta kita terhadap dunia, lebih sakit untuk kita meninggalkannya. tapi sakit itu tentunya dibayar dengan ganjaran setimpal dari Allah. 

Tarbiyyah, mampu menggoncang dunia. Kerana di dalam tarbiyyah, kita akan dapat menghasilkan manusia-manusia supersaiya yang lebih hebat dari superheroes barat yang digambarkan melalui karikatur mahupun filem-filem. Manusia supersaiya ini berjuang kerana Allah, berjihad mengorbankan harta dan jiwa untuk menjulang islam kembali. Bukan mudah tentunya, mahu menjadi manusia supersaiya harus melalui ujian-ujiannya, ujian yang bukan biasa-biasa.Sehinggakan pernah seorang murobbi saya mengatakan, "Orang-orang yang mati dalam keadaan mereka sedang ditarbiyyah itulah selayaknya mengatakan bahawa mereka adalah orang-orang yang ditarbiyyah." Allahurabbi, bagaimana pula kita ? 

Jujurnya, saya masih belum layak digelar seorang akhawat, kerana bagi saya gelaran itu sangat mulia letak tempatnya. Bagi diri saya yang sering sahaja 'sakit' imannya dan luntur hamasahnya, belum lagi layak digelar akhawat muharikah(penggerak dakwah).
Menangis hati bila keringnya mata,
lebih banyak menatap laman sosial dari menghayati ayat-ayat cintaNya,
meraung iman bila dibiarkan tanpa ruhnya,
sakit.
sakit..
sakit! 
sungguh terasa benar jahiliyyah sedang kembali meratah menjalar di setiap deru nafas.

tiba masanya untuk saya berundur seketika, untuk berada dekat denganNya.
dekat, yang amat.
untuk benar-benar merawat luka-luka iman.

Setiap usai solat, doa ini buat penguat jiwa,
" Ya Allah, andai ujian itu mendekatkan aku denganMu, maka berikanlah ia sebagai 'hadiah' buatku, agar aku belajar erti tawakal kepadaMu."

saya yang menulis dalam keadaan iman yang sakit.

Perjalanan jaulah saya akan bermula 2 hari lagi, semoga ketemu hati yang hilang dalam usaha mencari erti diri nanti.  InsyaAllah akan menjelajah bumi Allah, Ireland-->United Kingdom--> France--> Spain.

Andai di sana saya dijemput Tuhan, mohon doakan agar syuhada gelarannya.

Fi amanillah.

jaga diri, jaga iman, jaga Allah.

ukhtikumfillah,
Syafiqah Rahmat
07012012
Beijing, China



18 comments:

Unknown said...

Selamat berjelajah ke bumi Eropah, Pika. Moga perjalanan diiringi pengawasan Allah.

Infiru said...

Jzkk hafidz,

inshaAllah inshaAllah.

:')

mohon doanya.

nzuhaili said...

semoga setiap langkahmu di bumi Eropah nnti diiringi redha Ilahi..^^

Nia Ridzwan said...

Fi amanillah. Semoga Allah berkati perjalanan akak. Perjalanan mencari Tuhan :')

Infiru said...

Zu,

:') amin amin. semoga Allah redha.
zu jaga diri ya? nanti insyaAllah ada rezeki kita sembang lagi.

:)


Nia,

insyaAllah, semoga.

"perjalanan mencari Tuhan."
- :') suka.

perjalanan juga mencari sebuah jawapan.

ila husna said...

Subhanallah..
Selamat bermusafir, syafiqah.. :)

Infiru said...

ukhti ila husna,

:') terima kasih ukhti. doa saya kirimkan pada Tuhan nanti.

buat sahabat semua.

inshaAllah.

:)

Unknown said...

Berholiday mencari Allah itu sangat menenangkan.
daripada berholiday mencari ketenangan.
Allahh :')
Selamat berjihad (valid x?)
rasa mcm nk ikut sekali je :')

Umairah. said...

subhanallah,
selamat menemukan 'ibrah, syafiqah!

"kita adalah apa yg kita lihat. dan cara kita lihat, akan menentukan apa yg kita dpt." ust hasrizal

umy tunggu refleksi dr pmusafiran, okeh.

hehe.

slm syg, umy~
:')

Anonymous said...

Fi amanillah ukhti habibaty:)

InshaAllah semoga hati mu menjadi tenang tatkala menjelajah serta tadabbur bumi Allah ini yang tiada taranya lagi. Sampaikan salam pada akhawat2 seantero dunia nnt ya :)

Ada masa nnt update la ya xtvt2 di sana. Brapa lama ke sana ukhti?

-syazana adnan-
Hehe malas nak login:p

Hazimah.Razak said...

moga setiap derap langkah diiringi mardhotillah dan semoga jaulah itu menyembuhkan luka iman.

be strong kak syafiqah! ummah needs you.

Anonymous said...

uk- spain-france saya juga akan pergi.

kalau jumpa tegur2 la ye.

:D
-sadis

Infiru said...

Ukhti Alyaa,

syukran alyaa ^^ betulkan ?ketenangan yang hakiki itu datangnya dari Ilahi. subhanAllah. doakan saya dapat ketenangan tu juga ya? :')

hee.boleh juga, berjihad di jalanNya:)

haa,insyaAllah ada rezeki nanti boleh la berjaulah sama2 ^_^


Ukhti Umy,
Allah Allah..

malu sendiri saya jadinya. InsyaAllah ukhti, andai diberi hidayah dan taufiqNya di sana, akan saya kongsikan barang sedikit dua di sini. :')

salam sayang juga! ukhtikumfillah :')

<3 jzkk umy :)


Ukhti Syazana Adnan,
InsyaAllah insyaAllah, andai ketemu mereka di sana ^^
syukran ukhti,

saya juga akan doakan para sahabat semua :')

semoga dalam lindungan Allah hendaknya.

tak tahu sempat update ke tak nanti, kat sana insyaAllah 3 minggu :)

hee.^^ terima kasih ya ukhti ^^


Zimah,

Allah Allah...

moga sembuh iman dengan sentuhan tarbiyyah dari ibrah sejarah di sana.
:')

jzkk syg. 'ummah needs you' what a strong word. :') tak mampu lagi akak nak galas.


Hazen,

Yeke?

pergi ramai2 ke? bukan shafiq dah pergi hari tu?

selamat berjaulah juga.

insyaAllah kalau jumpa :)

may Allah bless.

Hazimah.Razak said...

InsyaAllah. Akak pasti mampu. Akak jugak pernah pesan kan yang setiap orang tu ada peranan masing2 dalam dakwah ni?

Bawa kembali ibrah itu bersama2 iman yang baru. Bismillah. Biiznillah :)

fatinmarini said...

salam 'alaik, ukhti.

menunggu kedatangan awak dengan penuh cinta.

:')

Fasyue said...

Pleaseeeee take a great care kak piqa ! me gonna miss u a lot a lot a lot sis ! :'(

Anonymous said...

salam..pka..
sbnrnye..mse exam week, mse study week, ak merajuk ngn ko..ntah la..sbb ape eh..sbb ko bz kot..ak tau ko layan ak..tp ak rse x mcm dlu2..ak juz..rindu..
pka..mse ko ckp ko rindu ak ble ak da kt msia tu..ak rse sedih..npe ko xckp b4 ak blk msia lg..TT
ble ko da g jauh ni..ak rse ko lg jauh..ak sedih..TT pka..nti ko ley on9, after bce msg ni..text ak k..insya Allah ak x g mne2..;(

p.s: ak tau..tugas ko sbg akhawat tu..ak x penah mrh pn kalo ko lpe kn ak..ak tau ko bkn leka dgn sape2..ko mencari yg hakiki jgk kn? ;) sobs......

-amal..........

Faaein Talip Roy said...

Entri yang sangat terkesan di jiwa.. benarlah.. bila hati itu ikhlas menulis kerana-Nya.. InshaAllah.. apa yang disampaikan itu memberi manfaat pada yang membacanya..

cemburu dengan penulisan sebegini.. [-__-]


*Semoga selamat perjalan kamu syafiqah.. selamat mencari erti diri di samping menghayati ciptaan Ilahi.. InshaAllah.. jumpa lagi nanti.. ^^,..


* lagu juga menyentuh jiwa..