:') |
Hari ini perkongsian tazkirah dari Kak Izzati, dalam 'keluarga' biatus solehah kami, tentang Pahlawan yang dekat dengan kita. Iya, pahlawan yang berada di sekeliling kita, selama kita membesar menjadi manusia.
terlupa, rupanya, mereka yang tidak henti menembak doa, dari saat pertama degupan jantung bermula, adalah dia dan dia, dua orang insan yang jasanya mungkin habis berkalang nyawa digadai, belum mahu terbalas barang sepersepuluh darinya.
Lelaki unggul.
Yang cintanya dia pada bondamu hingga tersulam dirimu,
yang menghisab gaji bulanbulan membeli susu tepung mahal,
yang menangguh impiannya untuk mencanting impianmu,
yang perkenal Quran dan Tuhan serta muzik dan matematik,
yang mengucup dahimu sebelum sempat bibir lelaki lain mengucup dahimu,
yang mengazankanmu sebelum sempat bunyibunyi lain menyinggah deriamu.
- – Ayah.
(Wani ardy)
buat,
Ayah, Rahmat Abdullah, lelaki unggul.
Ibu, Roziah Baba, wanita indah.
Yang merindui.
29032012
1 comment:
muhasabah2x
duit jutaan ringgit bukan nilaian untuk membayar pengorbanan MEREKA
Post a Comment