Wednesday, 30 May 2012

Daun Semalu

Bismillahirrahmanirrahim..

terima kasih kawan, lainkali aku belanja buku lain pula ya? :) 

Aku tak tipu,
bila aku kata aku pemalu
Kau tanya gitar aku-
waktu aku berkenan ke dia awal dulu
aku curi pandang saja cermin kedai itu
Walhal boleh saja aku cuba-cuba sentuh
tapi, dasar aku daun semalu.
#WaniArdy- Langit Vanilla


- tulisan doa dari Wani Ardy sendiri tu, paling buat aku mau leleh air mata. Serius! 


Ini antara hadiah terbaik yang pernah aku dapat tahun ini,
selain doa ibu ayah dan sahabat-sejiwa,
macam pernah aku bilang dahulu, 
aku suka buku kuning lama yang penuh dengan bauan memori cerita.
yang selalunya tidak ada pada buku baru.
dan terus, buku ini kertasnya kuning, walau baru, tapi ia penuh dengan puisi,
yang menjadikan ia cinta.

cinta aku pada puisi, bagai cinta aku pada bumi Indonesia.
Oh tidak sabar mahu pulang, mahu terbang,
ke bumi itu.

moga Allah permudahkan dan redhakan jaulah ke sana kali ini. 
# aku percaya, setiap bumi itu ada cerita, yang akan mengajarkan kita tentang erti hidup pada rasa yang berbeza. kan? 

okay nak senyum balik. Allah mahu ajar sesuatu tentang rasa kesedihan tempoh hari.
Alhamdulillah. Oh ya, FB saya tengah tingtong sikit, tak boleh balas apa apa mesej, boleh contact saya di sini, atau melalui email : narcissa_pka@yahoo.com.my

# imanlah yang akan menggerakkanmu. Semoga terus beriman dan beramal.

Allah hafeez.
30052012






2 comments:

..::Srikandi Asytari::.. said...

:)

nusrah said...

Akak pun dah habis baca buku ni.
oh ya, nak tnya. piqa ad akaun goodreads? akaun yg boleh kita mark bku yg kita dah baca dan boleh tgk review org lain (macam on9 bookshelf ^^)