Thursday 31 May 2012

Rindu, dalam bentuk Doa

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari-hari ini, semua orang menulis, semua orang mengambil gambar,semua orang bernasyid, semua orang ber itu ber ini, semua orang berusrah, semua orang berdakwah, dan semua orang ingin menajamkan logamnya di dalam medan tarbiyyah ini.

dan timbul persoalan,

maka,
apa istimewanya kita?

Semua orang melakukan hal yang sama.
tapi,
yang membezakan kita adalah,

'niat' di awalnya.

kata-kata sentapan dari murobbi, 'betapa banyak amal besar yang menjadi kecil, dan amal yang kecil menjadi besar, hanya kerana niat di awal permulaan."

Suatu hari, saya mahu membeli kamera D5100, berbanding dengan kamera yang lama, D3000, kamera terbaru ini punya video dan LCD yang boleh putar (padahal biasa je pun ). Hati sebenarnya dah lama berkenan tapi still mahu bertanya pendapat pada akhawat sama ada patut beli atau tidak, dan jawapan yang terima memang Allah hai, sungguhlah akhawat :')

".. semua orang beli dslr, tapi kerana apa kita beli ,niat kita, itu yang menjadikan ia istimewa kan?"

mashaAllah. Sungguh benda ni pun boleh jadi satu bentuk tarbiyyah. Mau leleh air mata kalau hari hari dapat tarbiyyah macam ni. Allah.

Alhamdulillah tsumma alhamdulillah binikmati tarbiyyah.

setiap daun yang gugur ,
adalah kerana rindunya pada bumi.

mungkin, rindu itu juga salah satu bentuk doa.
aku rasa.


Allah hafeez.
31052012
Beijing,China

1 comment:

Unknown said...

Alhamdulillah tsumma alhamdulillah binikmati tarbiyyah.
....
Mungkin.
Antara nikmat terbesar, kita berada di jalan tarbiyyah.
Aku rasa.