Thursday, 31 May 2012

Rindu, dalam bentuk Doa

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari-hari ini, semua orang menulis, semua orang mengambil gambar,semua orang bernasyid, semua orang ber itu ber ini, semua orang berusrah, semua orang berdakwah, dan semua orang ingin menajamkan logamnya di dalam medan tarbiyyah ini.

dan timbul persoalan,

maka,
apa istimewanya kita?

Semua orang melakukan hal yang sama.
tapi,
yang membezakan kita adalah,

'niat' di awalnya.

kata-kata sentapan dari murobbi, 'betapa banyak amal besar yang menjadi kecil, dan amal yang kecil menjadi besar, hanya kerana niat di awal permulaan."

Suatu hari, saya mahu membeli kamera D5100, berbanding dengan kamera yang lama, D3000, kamera terbaru ini punya video dan LCD yang boleh putar (padahal biasa je pun ). Hati sebenarnya dah lama berkenan tapi still mahu bertanya pendapat pada akhawat sama ada patut beli atau tidak, dan jawapan yang terima memang Allah hai, sungguhlah akhawat :')

".. semua orang beli dslr, tapi kerana apa kita beli ,niat kita, itu yang menjadikan ia istimewa kan?"

mashaAllah. Sungguh benda ni pun boleh jadi satu bentuk tarbiyyah. Mau leleh air mata kalau hari hari dapat tarbiyyah macam ni. Allah.

Alhamdulillah tsumma alhamdulillah binikmati tarbiyyah.

setiap daun yang gugur ,
adalah kerana rindunya pada bumi.

mungkin, rindu itu juga salah satu bentuk doa.
aku rasa.


Allah hafeez.
31052012
Beijing,China

Wednesday, 30 May 2012

Daun Semalu

Bismillahirrahmanirrahim..

terima kasih kawan, lainkali aku belanja buku lain pula ya? :) 

Aku tak tipu,
bila aku kata aku pemalu
Kau tanya gitar aku-
waktu aku berkenan ke dia awal dulu
aku curi pandang saja cermin kedai itu
Walhal boleh saja aku cuba-cuba sentuh
tapi, dasar aku daun semalu.
#WaniArdy- Langit Vanilla


- tulisan doa dari Wani Ardy sendiri tu, paling buat aku mau leleh air mata. Serius! 


Ini antara hadiah terbaik yang pernah aku dapat tahun ini,
selain doa ibu ayah dan sahabat-sejiwa,
macam pernah aku bilang dahulu, 
aku suka buku kuning lama yang penuh dengan bauan memori cerita.
yang selalunya tidak ada pada buku baru.
dan terus, buku ini kertasnya kuning, walau baru, tapi ia penuh dengan puisi,
yang menjadikan ia cinta.

cinta aku pada puisi, bagai cinta aku pada bumi Indonesia.
Oh tidak sabar mahu pulang, mahu terbang,
ke bumi itu.

moga Allah permudahkan dan redhakan jaulah ke sana kali ini. 
# aku percaya, setiap bumi itu ada cerita, yang akan mengajarkan kita tentang erti hidup pada rasa yang berbeza. kan? 

okay nak senyum balik. Allah mahu ajar sesuatu tentang rasa kesedihan tempoh hari.
Alhamdulillah. Oh ya, FB saya tengah tingtong sikit, tak boleh balas apa apa mesej, boleh contact saya di sini, atau melalui email : narcissa_pka@yahoo.com.my

# imanlah yang akan menggerakkanmu. Semoga terus beriman dan beramal.

Allah hafeez.
30052012






Sunday, 27 May 2012

Letak Diri, Lohong Sunyi

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku tak tahu, sampai bila mungkin perlu,
tapi izinkan aku,
sebentar duduk memeluk diri,
di sini,
dan menangis lagi.

aku janji,
bila sudah reda tangis,
aku akan melangkah pergi.
dengan gagah sekali.











#ayat ini paling dalam.


kerana aku percaya, bila dua jasad bertemu,
pelukan mendekatkan hati,
melekatkan cinta,

di situlah kekuatan akhawat bermula.
pelukan ajaib, yang merawat hati luka.

bisa enggak,
peluk aku malam ini?
biar tangis ini dibenam dalam dalam.
tanpa sekeliling alam sedar.

yang dai'e ini punya jiwa serapuh kertas.


tolong?




p/s :  aku pikir, akhir akhir ini, gland air mata aku terlalu aktif barangkali ya? mudah banget deh ia membanjir menumpah bah.

hingga habis pipi, basah bantal dibuatnya. oh, aku selalu menangis bila tutup muka dengan bantal, bawah selimut. dari kecil lagi.

Thursday, 17 May 2012

Secebis untuk dikenang

Bismillahirrahmanirrahim.

belek belek buku nota kecil, sehelai daun maple kering jatuh.

...kenangan dari Granada. Hadiah dari Al Hambra.

Allah.
rindu.

Jumpa lagi sesuatu,

"... bagaimana tadi, dada sudah panas, mata sudah bergenang,
tapi kemudian tergelak lucu.

begitulah,
Perempuan.

makhluk indah,
yang Tuhan cipta.

~SR 05032012
-汉语课 301 教室  "

Rupanya aku masih punya tabiat menconteng.



Maaf, kebutuhan di medan realiti sedang kritikal. Balik ke sini untuk menjenguk. InshaAllah, andai masih punya masa, akan dicoret barang sepatah dua.

Kepercayaanku :

"Didiklah mad’umu seperti seorang manusia. Bukan seperti robot tidak bernyawa. Bercakap dengan lembut dan tenang tidak beerti tidak mampu kelihatan tegas dan disiplin. Bersuara rendah dan tidak banyak berkata-kata bukan beerti tak buat kerja.

Kerana aku terlalu percaya, bahawa kelembutan dan kasih sayang selalu lebih mampu mengubah manusia.Kerana di situ, letaknya fitrah seorang mutarobbi yang ingin disayangi murobbinya."
-jzkk ukhti :')


Allah hafeez.
Fi amanillah.

17 Mei, 2012
Beijing,

Friday, 4 May 2012

Huwajtabaakum

Bismillahirrahmanirrahim.

Bukan sedikit dakwah di bumi lain yang kacau bilau, disebabkan golongan pioneernya yang bermain-main.Nauzubillahiminzalik.

Dua ending points yang berbeza, adalah kerana usaha awal yang berbeza.
Allah telah memilih, dan akan terus memilih. Persoalannya, adakah kita akan terpilih lagi esok?


Berbahagialah wahai sang perintis, sesungguhnya pahala yang berlipat kali ganda sedang menanti,
sehingga nanti walau sedang tidur lena sekalipun, akan ada saham pahala yang masuk ke dalam 'akaun' bank kita di akhirat nanti.

bekerjalah, dan beramal, all out untuk dakwah di bumi ini.
kerana Allah dan RasulNya sentiasa melihat.

-assabiqun awwalun-
china.