Bismillah..
Alhamdulillah segala puji hanya untuk Allah, yang meletakkan hambaNya di suatu tempat tanpa sia-sia. Sungguh, tiada tarbiyyah paling sempurna melainkan tarbiyyah terus dariNya.
Hari pertama semalam tiba di indonesia, dijemput oleh akhawat dan acara-acara taaruf, bikin saya makin jatuh cinta dengan orang orang dan kehidupan di sini. Pernah tak rasa hanya dengan sedikit kata-kata namun boleh terus sentap menyentuh di jiwa. Alhamdulillah, bukanlah manusia itu yang menuturkan kata hingga mengesani jiwa, tetapi Allah yang mencampakkan rasa, dan Dia yang memberi kita peluang sekali lagi, untuk menjiwai tarbiyyah itu.
Di sini, saya disedarkan, betapa jika kita sangat merindui perasaan saat pertama kali disentuh tarbiyyah dulu, tinggi hamasahnya, manis qiamulailnya, dan lain lain, ketahuilah yang kamu takkan bisa merasai lagi kemanisan itu, kerana kamu sudah merasakan di saat pertama kali, seperti kita pertama kali makan manisan yang sedap, jika dihidangkan buat kali kedua, walau manisan yang sama, sudah tidak sinonim dengan yg pertama lagi. Apa yg boleh kita lakukan ialah berusaha untuk meningkatkan lagi rasa itu, manis ibadat dan tinggikan momentum iman dari masa ke masa.
SubhanaAllah, terlalu banyak mau dikongsikan, tapi gerombolan kata tidak sempat ku nyanyikan dalam bentuk tulisan, tapi sungguh, insyaAllah, tarbiyyah di sini benar benar mematangkan jiwa, membasahkan hati :')
Hari ini baru lepas dapat pengisian dari akhawat PKS, subhanaAllah alhamdulillah. InsyaAllah ada rezeki saya akan update lagi :')
Doakan kami ye? Seperti mana saya mendoakan kalian. InshaAllah :')
Moga sentiasa dalam lindungan Allah.
"aku mencintaimu, seperti mana Quraisy mencintai Utsman."
- Dalam dakapan Ukhuwwah, m/s 225
SR
Jakarta, Indonesia 03072012
Tuesday, 3 July 2012
Sunday, 1 July 2012
Nafas Kader
Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah tsumma Alhamdulillah. Sudah lama tidak kunjung kemari, banyak cerita mahu dikongsikan, tapi urgensi dakwah di medan amal lebih diperlukan, moga kesibukan ini nanti dibayar syurga. Amin.
Semalam terbang pulang dari Beijing dan sudah tiba di kampung halaman, Malaysia, bumi kian subur tarbiyyah menyeru manusia kembali pada Allah. InshaAllah.
Kepulangan cuti kali ini akan dimulakan dengan jaulah ke bumi Hamka. Indonesia, bumi yang selalu saya rindu dalam angan-angan. Entah, mungkin ruhnya yang beda, dari segi tarbiyyahnya yang mengajar tentang erti hidup yang tidak ada pada lain.
p/s : Pesanku pada sahabat yang sama bercuti, Waktu kita sama,cara kita menggunakan waktulah yang membuat kita berbeda."barang siapa tidak menyibukkan diri dalam kebaikan, nescaya dia akan disibukkan dengan keburukan (jahiliyyah) ".
~New Quantum Tarbiyyah, m.s 116
-Betapa ramai yang gugur akibat dilekakan dalam kesenangan, kerana itu waktu senggang adalah ujian yang paling hebat buat para rijjal. Ayuh kita isi masa cuti dengan perbanyakkan bacaan fikrah, tambahkan momentum iman, penuhi dengan mengingati Allah dan memikirkan dakwah&tarbiyyah, moga-moga kesibukan ini dibayar syurga.
Alhamdulillah tsumma Alhamdulillah. Sudah lama tidak kunjung kemari, banyak cerita mahu dikongsikan, tapi urgensi dakwah di medan amal lebih diperlukan, moga kesibukan ini nanti dibayar syurga. Amin.
Semalam terbang pulang dari Beijing dan sudah tiba di kampung halaman, Malaysia, bumi kian subur tarbiyyah menyeru manusia kembali pada Allah. InshaAllah.
Kepulangan cuti kali ini akan dimulakan dengan jaulah ke bumi Hamka. Indonesia, bumi yang selalu saya rindu dalam angan-angan. Entah, mungkin ruhnya yang beda, dari segi tarbiyyahnya yang mengajar tentang erti hidup yang tidak ada pada lain.
Nafas Kader
Waktu malam untuk ibadah.
perjalanan untuk membaca, jaulah dakwah
untuk menebar fikrah dan berharakah untuk mewarnai dunia.
(~New Quantum Tarbiyyah, m/s 74)
Moga kepergian ku ini membawa seribu erti, dan mengajar diri sekali lagi, untuk tunduk sujud pada Ilahi.
Pesan kakak, sebelum bertolak pulang,
"Setiap bumi itu ada tarbiyyahnya, tarbiyyah yang menyucikan jiwa. Pernah dahulu ada dua orang sahabat Rasulullah saw, seorang bertanyakan kepada yang seorang lagi, 'bilakah kita akan ke negeri Mekah? aku teringin sekali menyucikan diri di sana. " lalu jawab sahabat yang seorang itu, " Tidak semestinya menyucikan diri perlu sampai ke negeri Mekah. Mana-mana bumi, yang di atasnya dijalankan tugas khalifah dan hamba, berbuat amar makruf dan nahi mungkar, maka itulah bumi suci yang membersihkan jiwa.' Semoga bumi Hamka ini akan menjadi bumi yang menyucikan jiwa-jiwa antunna, hiruplah tarbiyyahnya, sediakan hati yang bersih, letakkan niat yang betul. Lillahita'ala."
"Berjalanlah kamu di atas muka bumi, kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang yang mendustakan itu." (Al An'am: 11)
"Berjalanlah kamu di atas muka bumi, kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang yang mendustakan itu." (Al An'am: 11)
Moga-moga jiwa ruhi terisi dengan nikmat tarbiyyah dari bumi yang dirahmati :')
~New Quantum Tarbiyyah, m.s 116
-Betapa ramai yang gugur akibat dilekakan dalam kesenangan, kerana itu waktu senggang adalah ujian yang paling hebat buat para rijjal. Ayuh kita isi masa cuti dengan perbanyakkan bacaan fikrah, tambahkan momentum iman, penuhi dengan mengingati Allah dan memikirkan dakwah&tarbiyyah, moga-moga kesibukan ini dibayar syurga.
| Kecintaan ku pada bumi indonesia sama seperti kecintaan ku pada puisi. semoga Allah redha jaulah ini. Bismillah. Allah hafeez. 01072012 bumi Melaka |
Wednesday, 6 June 2012
Malu-malu
Bismillahirrahmanirrahim..
![]() |
| masih tetap indah. |
hadiah 15 Rejab.
terima kasih Tuhan.
Beijing,China.
doakan kami di sini, tetap tsabat dan ikhlas dalam jalan dakwah.
Moga kepeningan memikirkan formula terbaik D&T di sini, membawa selangkah ke arah redha Allah.
biidznillah.
Subscribe to:
Posts (Atom)

