Tuesday, 23 November 2010

Aidiladha ke2 di Beijing :)

Bismillah.. :) 

Alhamdulillah, hari ini pagi pagi dah bersemangat , siap siap untuk ke Masjid NiuJie, untuk menunaikan solat sunat Aidiladha. walaupun tiada keluarga menemani, sambutan Aidiladha masih dirai. :) suhu sejuk menggigit tubuh tidak lagi terasa, kerana kehangatan Aidiladha lebih bermakna.
~3' degree celcius. hee..DSLR tersayang aku muroqib kami pergi ke sana.;p



8.30 pagi - Perhentian Bas BFSU Xiyuanr

*kamera nabila* amalina, aku, wanny & zarina :)

9.15 pagi- Masjid Niujie

jemaah lelaki terlalu ramai, solat di luar.

10.00 pagi- solat sunat aidiladha.

saf wanita  penuh di ruang solat. kawasan luar terpaksa digunakan. hebat tak solat pun pakai winter coat? :p

usai solat.
Islam unites all ppl around the world ;)

kami : zarina, amalina, nabila, syafiqah(saye), wanny, and azrina :)


BINATANG SYURGA ;') 
terharu tengok lembu lembu dan qibas yang bakal dikorbankan. terbayang alangkah bertuahnya mereka kerana dipilih terus ke syurga. fikirkan nasib diri, apa mungkin dapat mencium bau syurga kelak?









Proses Qurban *sila jangan tengok jika anda fobia darah* :p

jangan menangis wahai makhluk terpilih..
darahmu tidak sia-sia mengalir di bumi ini..
kelak menjadi tunggangan mulia di akhirat..
menuju ke syurga firdausi..
andai kita bertemu di sana..
harapnya menjadi pengakhiran terindah ;)

























SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA :)






Tuesday, 16 November 2010

Salam perantauan ke-2

Bismillah..

Salam Aidiladha 
buat keluarga tercinta
;')
doa ku sentiasa melingkari kalian di sana..

rindu.


Aku suka

Bismillah..

Aku radikal, kata mereka.
Aku balas "Aku konservatif."
"Engkau eksentrik", ujar mereka lagi.
Aku bidas "Tidak...cuma berbeza"
Mereka diam. Aku bertanya.
"Atas dasar apa untuk menilai seseorang?
Wang, harta, rupa atau darjat?"

*Sunyi*

Aku teruskan,"Kalau salah satu antara itu, aku tiada. Aku hanya seorang perempuan angkuh yang merasa dirinya nenek tua umur 73, vintaj. Kesendirian hidup dalam solitari itu baginya ketenangan. Kebingitan juga tidak diendahkan tapi jangan alam dicemarkan. Mimpinya mudah saja; merantau ke pelosok dunia dalam kereta api,mengambil foto sepanjang perjalanan & menjadi seorang abd' sentiasa bersyukur. Moden tapi minimalis disertakan kemasan kayu adalah deskripsi casa impian beliau. Waktu senggangnya diisikan dengan mendengar musik, tidak kira apa jenis; universal. Gitar beliau yang berusia 5 tahun baru digunakan sepenuhnya tika ini, dan mungkin kalian akan berkesempatan untuk didendangkan Stairway to Heaven, hasil tunjuk ajar Ana, rakannya...justeru apa lagi, ya? Benar, aku pemikir yang suka menyusahkan hidup orang yang ingin tahu seringkas mungkin tentang aku."

*Senyum*

---------------------------------------------------------------------------------
bait bait kata itu menyentuh, aku juga begitu.
dunia ini terasa bisu andai semua memiliki pemikiran yang sama.
mau kah kamu menjadi salah seorang daripada mereka?
tidak.
aku ialah aku.
ingin terbang setinggi langit
tapi masih tetap tunduk sujud pada Ilahi.
milik Al Khaliq.


p/s : mula merepek.abaikan. -.-"



Monday, 15 November 2010

Cinta tak seharusnya memiliki

Bismillah....

CINTA memang tidak seharusnya memiliki.
andai diri ini ditakdirkan harus pergi. biar ku genggam MARUAH DIRI,
agar tidak terjatuh tersembam di bumi. akan ku kalung cinta ini, sebagai ganti.
buat mengenang diri mu sebgai cinta duniawi. 
ALLAHUAKBAR.
 
 

Sunday, 14 November 2010

1...2....3.......


PATHETIC.
thats all i can say.
Allah..... ;'(


Saturday, 13 November 2010

Allah.... Allah....Allah....

Allah..
Lemahnya diri ini
Baru sikit Allah menguji
Sudah rebah tak mampu berdiri

 Allah..
Lemahnya diri ini
Baru saja bayu dunia menyapa pipi
Sudah melayang tak sedarkan diri

Allah..
Lemahnya diri ini
Baru sekelumit keindahan wajah diberi
Sudah mula lupa diri

Allah..
Lemahnya diri ini
Baru sikit kejayaan diberi
Sudah lupa siapa yang beri

Allah..
Lemahnya diri ini
Baru sikit buat kebaikan
Riak dan ujub bersorak riang

Allah..

Lemahnya diri ini
Bila suatu kebajikan dimulakan
Tak berdaya nak teruskan
Tiada istiqamah dalam amalan

Allah..

Lemahnya diri ini
Baru diuji dengan seorang lelaki/wanita
Iman sudah bisu menyepi
Nafsu pula mengawal diri

Allah..

Lemahnya diri ini
Jalan dakwah kata nak tempuhi
Baru saja melangkah kaki
Beberapa tapak sudah berhenti

Allah..

Lemahnya diri ini
Nikmat anugerah Ilahi
Biar sudah tak terhitung lagi
Tapi masih lupa mensyukuri

Allah..

Lemahnya diri ini
Asyik lagha dengan urusan duniawi
Tak pernah khuatir amalan diterima
Atau dipaling

Allah..

Lemahnya diri ini
Bagaimana nak sahut seruan jihad?
Baru sikit dilukai
Sudah menangis meratapi

Allah..

Lemahnya diri ini
Lupa matlamat lupa syari’at
Terkejar-kejar yang tak pasti
Leka dibuai syaitan terlaknat

Allah..

Lemahnya diri ini
Asyik ketawa tak kering gusi
Lupa menangis mengingat MATI…

Ya Allah…
Lemahnya diri ini..
Kami pohon kekuatan daripadaMu
Tuntunilah langkah kami
Biar hanya mampu merangkak
Itu pasti lebih baik
Daripada terus rebah dalam kaku

Berikan kami peluang
Merentasi jalan yang Engkau redhai
Ampunilah kekhilafan semalam
Atas kejahilan kami mengenal makna
Kasih sayangMu…Ya Rabbal’alamin.

 p/s :
sumber dari laman sesawang labahlabah.
diedit sedikit oleh tuan punya blog. *suka hati ai lah. =.=
yang penting mesej yang hendak disampaikan . :)

Friday, 5 November 2010

Senyum


Bismillah..


Orang kata hidup ini tak selalu nya indah
orang kata hidup ini kita perlu selalu mengalah
mungkin benar
tapi aku tahu Dia ada untukku
buat aku tetap tersenyum
walaupun pahit maung menunggu..


p/s : andai ada gadis lebih baik yang menunggu awak,pergilah.. 
saya izinkan.

Wednesday, 3 November 2010

Kisah Cinta

Bismillah.. Assalamualaikum :)
post yg ke 70 ni buat kelainan sedikit. nak kongsi satu kisah cinta.
sebenarnya cerita ni takde lah best mana pun, tapi sangat istimewa kot bagi aku.:P
maaf lah, aku memang macam ni. haha.kisah cinta yang simple pun aku rasa istimewa sangat da.
kan best kalau betul betul wujud lelaki yang ada ciri ciri macam dalam kisah ni kan kan ? :)
entah siapa lah agaknya orang tu.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bila aku teringat balik cerita nih..aku mesti tergelak sorang-sorang…

Alkisahnya…aku nih ditakdirkanlah kawin dengan sorang mamat nih..ntah dari mana la datangnya…mak aku yang suruh..dia kata budak nih baik la alim la pandai la..lepas tu terus kami kawin.

Masa first time kawin tu, memang kucar kacir gak arr rumah tangga kami..dan yang aku paling tak tahan tu dia memang selalu saja buat aku sakit hati…

Eiiiii…geramnya aku!!!

Mana taknya,aku basuh baju dia sekali la ngan baju aku..then lepas basuh..nak jadi cerita..ada lah plak baju dia yang turun warna melekat kat baju aku….haihhh..memang sakit hati…baju baru kot…mahal lagi!!! Then bila aku tanya dia..kenapalah tak bagitau aku yang baju dia ada yang turun warna..dengan slumber dia kata..

”Lah..awat tak tanya…”

Eiii..geramnya aku!!!

Selang beberapa hari, dia ada ajak aku pi shopping.Ok,fine..aku ikut jer la…weekend la katakan. Lepas tu nak jadi cerita, dia punyalah excited nak pi shopping..sampai aku kalih kalih belakang..HILANG!!..

Aku cari gak dekat dekat area situ kot kot ada tapi memang hampeh…Aku try call, tak angkat..call lagi pon tak angkat..huhh..tension betul!! Then, aku amik keputusan tunggu kat kereta jer..seminit,..lepas tu dua minit,… lepas tu….SEJAM KOT!! Huhh..memang sakit hati betul!! Then bila dia mai dekat kereta, aku tanya, pegi mana? kenapa call tak angkat??!! Yang aku tak tahan, dia dengan slumber jawab..

“Lah..gi shopping la sayang…owh..ada call ekk?? Alah..lupa nak bagi tau…terlupa bawa hanset..hehe..”

Eiiii..geramnya aku!!!!

 Seminggu lepas tuh..dia kata teringin nak makan masak ayam berempah dengan masak lemak cili  api.. ok..fine…aku masak jer…Tapi memang la aku nih tak la pandai masak sangat…tapi bolehlah klu setakat nak makan kan..aku hidang bagi dia makan…Masa first time dia suap kat mulut tuh…Aku bajet dia nak kata apa-apa..Tapi dia diam..Memang tak kata apa-apa pon sampai dia habis makan..Habis makan pon tak kata apa..

Aku pon confius…dia ni no respond..sedap ka tak?? Hmm..klu ikut aku la..orang yang masak ni la kan…aku rasa ok jah lah..tapi tak tau la orang yang makan nak kata apa..huhhh…..

Esok plak, time aku on the way nak balik dari tempat keje, kereta aku plak wat hal..tak boleh start..panik gak arr aku time tuh..malam dah nih..nak masuk Isyak dah…haihh..time aku balik keje lewat2 lah keta nak wat hal..then, aku call dia…

Yang aku tak boleh tahan tu..dia dengan slumber kata..

“Lah awat la call saya…call la mekanik…ingat call saya keta awak bleh jalan??….”

Eiii…geramnya aku!!!

Tapi…dia mai jugak lepas tuh…ada lah dia check apa ntah kt depan bonet tuh…dan lepas start…terus boleh…hmmm..dalam hati…aku kata,

“bleh la jugak mamat nih nak diharap…mekanik kecil-kecilan, janji free”…

Satu hari, dia ada bagitau yang dia kena pi outstation kat overseas. Dia kata pi kejap jah…2 MINGGU!!..hmm..aku memang no komen lah…dia nak pi buat keja dia…takkan nak kata tak boleh kot…keja arkitek…biasalah…busy la kot…

Tapi..memang agak sakit hati jugak lah..bleh dia lesap macam tu jah..lepas2 naik flight....kot2 la nak call bagitau dah sampai ka..ada kat mana ka…tapi memang hampeh!!..langsung dia tak call!! Kot2 la nak bagi emel ka..tapi memang tak dak…kosong inbox!!

Eiii…geramnya aku!!!

Pagi tuh..aku basuh baju…ok..sekarang aku dah taw dah baju mana yang turun warna…aku ambik satu persatu dalam bakul nak basuh..sampai la aku jumpa bungkusan misteri dekat bahagian bawah baju-baju tuh…jeng3..huishh..siap dengan surat lagi..

Suratnya berbunyi begini:

Kehadapan isteriku (cewahhh..),

            Semoga berada dalam keadaan yang sihat sentiasa…jangan marah-marah ek..hehe..Saya bukannya apa…saja tulih surat nih..bosan…tak tau nak buat apa…hihi
            Pertama sekali…saya nak bagi tau lah..mungkin awak tak kenal saya..tapi saya kenal jer awak…sejak awak darjah 6 lagi kot!! Haha..eh..awak tak ingat ka anak Pak Mail kawan ayah awak yang mai beraya kat umah awak time tuh??!! …Masa tuh..saya nampak awak dok main masak-masak kat belakang umah…hahaha…memang sangat lucu…saya nampak awak macam 'anak patung'..comel sangat…

Ishkk..awak ni..tak berasan ker??

            Keduanya, sori la pasal hal shopping tuh..memang saja jer saya tak mau bawa hanset time tuh…hihi..takot terkantoi…yer la…saya pi cari baju awak kot!! Ingat baju yang awak kata terkena warna tuh?? Huh…memang tension..susah btul nak cari..memang patut la mahal dan memang patot la awak bengang satu hari…hihi…

            Ketiganya, pasal ayam berempah dengan masak cili api yang awak masak…hmm…mesti awak bengang kan sebab saya no respond…huhu…sebab SEDAPPPP SAAANGAT  sampai saya jadi tak terkata…Eh,saya makan dalam masa 5 minit ja kot..ikut jam dinding kat umah kita…

Ishkk..awak ni..tak berasan ker??

            Keempatnya…time keta awak rosak…hmm..awak tau tak saya CANCELLLL appointment saya dengan klien penting dari overseas sebab nak pi kat awak??!! Lepas2 tuh..jenuh saya nak pujuk diorang balik…Tau tak saya langgar smua traffic light merah!! Baju saya basah dengan peluh masa saya sampai kat awak??

Ishkk..awak ni..tak berasan ker??

            Tapi lepas saya tahu saya kena pi outstation kt overseas..saya lagi seronok…happy glerr..sebab saya tau awak mesti rinduuu kat saya kan..kan2?? Saya memang saja jer tak call awak…hihi…tapi saya ok jah…saya rasa saya dah sampai dah kot lepas awak baca surat nih…

“Wow,look at the Eiffel Tower!! Fuyoo!!! Cantik kot!! “

Hahahahahaaaaaaaa..jangan jeles..(^-^)

            Last but not least…awak..awak jangan nakal-nakal ekk…sebab saya saaaaayang awak…

P/S: Try tengok sama x dengan baju awak yang rosak ari tu “bungkusan” nih…hihi

                                                                                                            Love,
                                                                                                            Suamimu


Quotes :)


Apabila hati
terikat dengan Allah, kembalilah wanita dengan asal fitrah
kejadiannya, menyejukkan hati dan menjadi perhiasan kepada dunia - si
gadis dengan sifat sopan dan malu, anak yang taat kepada ibu bapa,
isteri yang menyerahkan kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya
pada suami.




p/s: sejuk gila sekarang. dalam bilik pun pakai sweatshirt and glove. *mengada. tapi seriyus sejuk ni.
esok last paper. setakat ni Alhamdulillah :) terima kasih ya Allah. :)

Tuesday, 2 November 2010

Wanita Solehah

Bismillah..

Tersentuh mendengar lagu ni. beruntungnya mereka yang diberi gelaran wanita solehah.
Andai aku juga mampu merasai sekelumit perasaan itu...


Tangisan sanubari telah terhenti
Kala suram suria memancar sinarnya
Pertemuan seindah bayangan firdausi
Menjadi zikir kasih yang suci

Lukisan dua jiwa menjadi satu
Terkenang detik bertemunya kau dan aku
Santun berhikmah mengingatkan diri
Hidup dan mati hanya untuk Ilahi

Menggenggam janji cinta ini
Bertemu kasih tanpa jasad
Bicara tanpa suara
Hanya tulisan bahasa indah
Mengeratkan antara kita
Hinggalah ke akhirnya

Kau ku sanjung kerna pengorbanan
Bagai puteri di kayangan
Tika ku lesu hadapi hidup
Kau hembuskan nafas semangat
Penawar hati

*amar amani*

semoga perkahwinan mereka kekal bahagia hingga ke syurga. :)
bestnya dah kahwin!nak kawin jgak lah. tibe. :p



.

Bismillah..

Ya Allah..
di depan ku terdapat pilihan..
namun adakah pilihan itu yang paling tepat?
nafas ku hela.

maaf , saya bukan orang yang kamu cari.
tarbiyah diri saya masih belum cukup kukuh lagi.
Andai jodoh kita memang tersurat di Lauh Mahfuz,
pasti cinta hati ini kamu miliki.
setelah mendapat redha Ilahi.

monolog : mampukah aku menjadi wanita solehah?

Monolog ( 补写)

Bismillah..

Surau.Tingkat 4.Zuhur. Waktu puncak bagi mereka yang keluar makan tengah hari.
Aku di sini, meneleku sendirian. Berdiri di tepi jendela, menjenguk ke tingkat bawah.
Di situ, aku lihat pelajar dari pelbagai ceruk dunia berpusu-pusu keluar masuk dari fakulti
bangunan. Setiap daripada mereka memiliki ekspresi seiras walau tidak serupa. Mereka
tersenyum. Bergelak ketawa. Namun , ada suatu 'kekosongan' dalam senyuman itu, dalam deraian tawa itu.

Teringat aku ketika dalam program KILAT tempoh hari, salah seorang fasi yang menyampaikan tajuk GHAZWUL FIKR (argh.aku lupa lagi namanya.) Dia pernah berkata, cuba letakkan diri kita di atas paras yang tinggi dan lihatlah ragam manusia di bawah mu. Ya, aku mengalaminya sekarang. Di tengah-tengah kesibukan hiruk pikuk kota Beijing, ku berhenti sambil memerhati gelagat orang sekeliling . Mereka terlalu sibuk sehingga mengabaikan kehadiran aku di situ. Suasana senyap sunyi.
Aku melihat mereka ibarat robot yang telah ditetapkan kadar dan rutinnya setiap hari. Hari-hari melakukan pekerjaan/aktivit yang sama. Tidak kah mereka bosan?
Mungkin robot-robot ini cuba mencari keseronokan dalam hiburan seperti clubbing, jamming, and so on. Tapi itu hanya mengisi kekosongan jasad mereka, bukannya jiwa. Seperti suatu lubang hitam yang memakan diri.

Mahu sahaja aku berteriak kepada mereka. " Hey robot ! Sedar lah! " mereka cuma akan membalas dengan pandangan kosong. Sedar dari apa? Lalu mereka terus berjalan dan mencari lagi , apa mungkin ada cahaya yang menerangi lubang gelap dalam diri mereka itu.


"Jika Allah mengkehendaki kebaikan kepadanya, maka dia akan diberi kefahaman di dalam Addin."

"Sungguh engkau (Muhammad) tidak dapat memberi petunjuk kepada orang yang engkau kasihi, tetapi Allah yang memberi petunjuk kepada orang yang Dia kehendaki, dan Dia lebih mengetahui orang orang yang mahu menerima petunjuk . " (28:56)